Isnin, 11 September 2017

HUKUM MENGENAI ARAK.

Terdapat beberapa dalil yang jelas menunjukkan tentang pengharaman arak. Allah Swt berfirman :

(90) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

(91) إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌   ۖ   فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ

"Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah Swt dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?"
(Surah Al-Ma'idah : Ayat 90 - 91)

Firman Allah Swt di dalam Surah Al-Ma'idah ayat 90 dan 91 di atas memperjelaskan kepada kita tentang hukum pengharaman arak. Umat Islam telah diperintahkan oleh Allah Swt agar menjauhkan diri dan tidak terlibat dengan hal-hal yang berkaitan dengan arak. Seseorang yang berusaha untuk tidak terlibat dengan arak dan menjauhkan diri darinya (arak), akan mendapatkan keuntungan. Jika seseorang itu melibatkan dirinya di dalam hal-hal yang berkaitan dengan arak, mereka adalah termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi. Selain dari memudaratkan kesihatan, arak juga dapat menimbulkan banyak keburukan, permusuhan dan kebencian. Oleh kerana itulah Allah Swt telah memerintahkan kepada hamba-hamba-Nya supaya meninggalkan arak dan menjauhkan diri darinya. Pada ayat terakhir (فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ) di dalam Surah Al-Ma'idah di atas, Allah Swt juga memerintahkan agar kita berhenti daripada terus mengerjakannya. (Lihat Sahih Fiqh Sunnah : 1/385)

Rasulullah Saw telah bersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ

Maksudnya : "Allah Swt melaknat arak, orang-orang yang meminumnya, orang-orang yang menuangnya, orang-orang yang menjual dan membelinya, orang-orang yang memerahnya, orang-orang yang mengambil hasil perahannya, orang-orang yang menghantarnya dan juga orang-orang yang meminta untuk dihantarkan."
(Hadith Riwayat Abu Daud : No.3674 dan Ibnu Majah : No.3380, dari Ibnu 'Umar, Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadith tersebut adalah sahih. Lihat juga Sahih At-Targhib Wa At-Tarhib : No.2356)

Hadith di atas memperjelaskan kepada kita bahawa Allah Swt melaknat zat arak, agar setiap orang menjauhinya. Boleh juga difahami dengan apa yang dimaksudkan dengan 'Allah Swt melaknat arak', iaitu melaknat orang-orang yang memakan hasil upah daripada penjualan arak. (Lihat 'Aunul Ma'bud : 8/174, Mawqi' Al-Islam)

Para ulama' juga Ijma' (Kesepakatan para ulama' umat Islam) dengan menyatakan bahawa arak itu adalah haram. (Lihat Al-Mawsu'ah Al-Fiqhiyah Al-Quwaitiyah : 2/8757)

Setelah jelas mengenai pengharaman arak ini, sebagai natijahnya seseorang itu tidak boleh memiliki arak dengan cara apa sekali pun, sama ada ianya adalah pilihan atau kehendaknya sendiri seperti melalui jual-beli dan hadiah. Hal ini adalah berdasarkan daripada sabda Rasulullah Saw :

إِنَّ الَّذِى حَرَّمَ شُرْبَهَا حَرَّمَ بَيْعَهَا

"Sesuatu yang haram diminum, haram pula untuk menjualnya."
(Hadith Riwayat Muslim : No.1579, dari Ibnu 'Abbas)

Rasulullah Saw juga bersabda :

إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالأَصْنَامِ

"Sesungguhnya Allah Swt mengharamkan jual-beli arak, bangkai, babi dan berhala."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari : No.2236 dan Muslim : No.1581, dari Jabir Bin 'Abdillah)

Oleh kerana itu, umat Islam tidak boleh terlibat dengan apa jua hal yang berkaitan dengan arak atau bekerjasama untuk mengeluarkan, mengedarkan, menjualnya, menjadi pekerja (buruh) dan apa saja yang mempunyai kaitan dengannya, kerana hasil yang diperolehi darinya adalah haram, sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadith-hadith di atas.

Wallahua'lam...

"...BINTANG, BULAN DAN MATAHARI..."

Bintang paling jauh sudah mula melihatkan sedikit sinar. Sang awan sudah mula berarak &  memberikan sedikit laluan utk bintang paling jauh melimpahkan sedikit cahaya di atas muka bumi. Walaupun ia masih tak dpt nak mengatasi kilauan bintang2 yg lain, namun awan2 yg berarak seakan memberikan sedikit harapan kpd bintang paling jauh utk bersinar. Mungkin suatu hari nanti ia akan mampu utk memagari bulan semula...

Tapi, di dlm ketaksuban bintang paling jauh mencari cahaya & memandang bulan, ia seperti lupa akan sumber cahayanya, sang matahari. Ia semakin jauh, semakin melupakan kewujudannya. Kini, bintang paling jauh tersedar, bahawa kekuatannya adalah sang matahari & bknnya sang bulan. Dek terlalu asyik ingin memagar bulan, sang matahari dilupakan.  Begitu juga dgn gua. Bila gua terlalu taksub mengejar sesuatu, adakalanya gua mudah meninggalkan sesuatu yg ada disekeliling gua & melupakannya.

Dlm hidup gua, apa yg gua selalu perasan, bila gua terlalu menginginkan sesuatu, mesti gua takkan dpt, dari gua kecik sampailah skrg. Lantaran kerana hakikat itulah yg membuatkan hati gua menjadi semakin kuat. Mungkin Allah nak menguji gua & mungkin juga Allah mahu memberikan sesuatu yg lebih berharga pada gua suatu hari nanti, kalau ada rezeki gua, kalau ada rezeki la, mana la tau kan. Tapi apa yg gua sentiasa percaya, Allah itu maha adil. Bila gua percaya & terima segala ketentuannya, gua yakin suatu hari nanti apa yg gua nak pasti gua akan dpt dgn keizinan-NYA. Sebab itu pada waktu ini, gua tak meletakkan harapan yg begitu tinggi dlm hidup gua. Apa yg gua inginkan cuma satu je, "Gua nak memperbaiki diri gua menjadi org yg baik". Gua harus perbetulkan Syahadah & kiblat gua. Mungkin apa yg gua inginkan ini akan diberikan petunjuk & dipermudahkan oleh Allah.

Teruskan....

"...SEMALAM, HARI INI DAN HARI ESOK..."

Di dlm gua menjalani hidup yg serba mencabar ni, dh bermcm jenis manusia yg gua jumpa. Ada manusia yg benar2 ikhlas dgn gua, ada manusia yg cuma dtg utk singgah & ambil sesuatu kemudian hilang begitu saja & ada jgk manusia yg dtg singgah lalu mengambil keputusan utk menjadi sebahagian drpd hidup gua, lantas keputusan itu telah merubah seluruh perjalanan hidup gua. Terkadang, gua tak sedar pun tentang hari semlm yg telah berlalu itu meninggalkan seribu satu cerita yg mampu membuatkan gua ketawa terbahak-bahak di hujung sudut. Ada juga cerita yg mampu membuatkan gua menangis sampai penuh tempayan dgn air mata yg blh dipersembahkan sebagai hantaran utk meminang puteri gunung ledang. Bila difikir-fikirkan balik, cerita semlm itu sebenarnya byk memberikan pedoman pada gua agar gua dpt mempersiapkan diri utk menempuh hari2 yg sedang gua lalui mahupun hari esok.

Gua sgt bersyukur pada pencipta langit & bumi. Cerita2 semlm yg gua lalui sgt berharga & memberikan gua suatu kekuatan yg cukup utk gua menggenggamnya & membawanya bersama. Gua tak tau apa yg akan gua lalui pada hari esok. Tapi apa yg pasti, hari esok jln masih lagi terbentang luas utk gua berlari ke langit. Hidup lebih indah jika gua tak tau apa yg akan berlaku pada hari esok. Kerana misterinya itulah yg membuatkan gua lebih menghayati setiap detik & saat gua sebagai seorg manusia. Kalau gua tau apa yg akan berlaku pada hari esok, segalanya akan hambar. Jadi, gua tak pernah berangan-angan utk memiliki sebuah mesin masa yg mampu membawa gua mengembara melangkaui batas masa. Dan yg pastinya, hari ini adalah satu kenyataan yg mahu atau tidak, gua harus menghadapinya. Semlm adalah satu pengalaman yg patut gua hargai & esok adalah suatu impian utk gua menghambat sesuatu yg gua inginkan. Gua masih lagi gua, yg masih penuh dgn cinta & cerita. Gua sedang mencipta sebuah kisah klasik utk masa depan yg mampu memberikan pelbagai rasa pada anak cucu gua bila gua mula bercerita tentang gua. Dlm gua ada semua. Ada cinta, ada kita & ada semua. Akan gua simpan & ingat setiap insan yg pernah dtg & pergi dlm kisah hidup gua, walaupun mereka hanya sebagai watak2 picisan cuma.

Gua hanya insan biasa yg tak lari dari melakukan kesilapan. Gua menyakiti & gua juga disakiti. Jika sakit yg gua rasakan, maka sakit jugalah yg gua serahkan. Itu karma. Terkadang gua seakan berlari dari diri sendiri. Terkadang gua tak begitu pasti apa yg gua cari. Terkadang gua secara tiba2 seperti hilang posisi & destinasi diri. Gua seperti berlari di atas sebuah lautan yg luas. Jika gua yakin blh berlari di permukaannya, maka gua mampu terapung berdiri di atasnya. Tapi jika tiba2 keyakinan itu hilang, lemas & tenggelamlah gua ke dasar yg dlm umpama membunuh diri, atau mungkin juga gua akan terapung bagaikan kepingan2 kecil yg terdampar di lautan yg luas & dlm, menahan diri dari segala kesakitan.

Gua juga cuma seorg insan yg cuba mencari dirinya di dlm diri semua, cuba utk melihat semuanya menjadi satu. Lantas, di dlm perjalanan gua mencari diri, telah byk hati yg terluka. Ada di antara hati2 itu menangis, berdendam & merasa sangat terseksa. Justeru, gua menjadi kutukan & langsung menerima berbagai tohmahan. Namun, gua berusaha utk membuka pintu hati gua utk menerima segalanya dgn hati yg terbuka. Mungkin benar gua seperti yg dikata. Mereka ada cerita mereka sendiri & gua jgk ada cerita gua sendiri. Masing2 mempunyai cerita yg berbeza. Diri kita sendirilah yg menentukan watak apa yg ingin didokongi. Ketika ini gua terfikir, apakah watak gua sebenarnya? Adakah seorg pangeran cinta, ataupun cuma seorg hopeless romantic?

Teruskan.....

"...GUA BERCERITA TENTANG 'KAYA'..."

Masa gua kecik2 dulu, gua selalu berangan bila gua besar nanti gua nak jadi kaya, tapi nak jadi kaya yg mcmana gua tak pernah tau.Yg pasti apa yg gua ingat masa tu, kalau gua ada sebijik rumah banglo yg ada swimming pool, sebijik kereta sport & sebijik superbike, itu dh boleh dikira kaya. Gua selalu cakap dgn kawan2 gua, bila umur gua dh 25 tahun nanti gua nk capai semua tu. Tapi malangnya, sampai skrg bayang2 drpd semua tu pun gua takde...

Kaya... Ramai yg jadi buta & lupa bila dah kaya. Tak dpt nak dinafikan hakikat tu. Manusia kebykkannya mmg sukar nk jadi diri sendiri bila dah jadi semakin kaya. Perasaan bongkak, angkuh & tinggi diri tu adalah sahabat karib pertama yg akan mendekati seseorg bila dah jadi semakin kaya. Sedikit sebyk itulah yg gua pernah rasa, walaupun ianya hanya berupa sedikit kesenangan hidup & bkn seperti apa yg gua inginkan masa zaman gua budak2 dulu. Tapi gua bersyukur, sebab jika gua dpt memiliki apa yg gua inginkan dulu, mungkin gua dah jauh hanyut dgn dunia gua & menjadikan gua semakin jauh dari-NYA. Kerakusan di alam 'Ringgit kasorga' jgk membuatkan gua lalai & lupa akan tanggungjwb gua kepada-NYA. Gua berharap, semoga 'Ringgit' takkan membebankan kehidupan gua lagi. Sesungguhnya, ramai insan berada dlm kealpaan kerana 'Ringgit'.

"...BERLAGU RASA..."

Hmm... Jam dah pkl 4:30 pagi, tapi mata gua tak blh lelap. Dah mcm2 cara gua cuba, tapi tetap tak blh lelap jgk. Apakah ini kesan kopi cap kapal api yg gua minum mlm tadi, atau pun sbb terlalu byk benda yg berlegar dlm kepala gua? Kemudian gua capai gitar kapok gua yg masih setia bersama gua sejak dari 17 tahun yg lalu sehingga kini. Gua cuba mendapatkan tuning yg sempurna, lantas gua zahirkan melodi yg bermain di dlm kepala gua dgn petikan gitar kapok teman setia gua. Di pagi yg hening & sepi ni, gua rasa sesuai utk gua berlagu rasa & mencoretkan apa yg gua rasa. Gua merenung ke dlm diri di hadapan cermin di dlm bilik gua sambil berfikir, apakah sebenarnya yg gua cari selama ni.

Sepanjang gua hidup selama 36 tahun ni, pengalaman telah byk mengajar & memberi rasa pada gua. Rasanya tak perlu utk gua jelaskan setiap rasa yg gua rasa, tapi yg pastinya setiap rasa itu hadir dgn berbagai-bagai cerita yg blh membawa sedikit erti dlm hidup gua. Ada org suka bercerita tentang si polan & si polan, ada org yg suka bercerita tentang kemegahan & ada jgk org yg suka bercerita tentang hiburan tanpa batasan. Tapi entah knp sejak kebelakangan ni, gua sering berfikir & bercerita tentang kehidupan. Bkn hanya secara khasnya kehidupan gua, sebaliknya kehidupan lalu yg muncul di hadapan gua. Lantas kehidupan itu telah menjadi sebahagian & watak di dlm cerita kehidupan gua.

Rasa... Apa yg gua mahukan cuma rasa. Rasa apa? Rasa di mana gua berada dlm keadaan gua masih mampu merasa. Rasa sakit, rasa tenang, rasa duka, rasa gembira & berbagai mcm rasa lagi. Apa yg penting gua dpt merasakannya. Rasa cinta sebenar yg paling utama. Jika rasa itu pun gua tak dpt merasakannya, maka tak perlulah gua mengimpikan bulan & bintang di atas langit itu jatuh ke telapak tangan gua & tak perlulah gua cuba utk merubah dunia dgn berfantasi menjadi seorg adiwira yg termegah.

Langkah... gua mula melangkah, tapi blm mula berlari, kerana gua masih mencari, jalan mana yg harus gua hayunkan langkah ini, yg memerlukan ketekunan diri gua & keredhaan maha pencipta utk menjadikan gua salah seorg hambanya yg berjaya. Gua harus kuat & tabah. Gua harus memberikan sedikit kepercayaan pada diri gua bahawa gua mampu utk melakukan sesuatu yg org lain juga mampu melakukannya. Gua harus mula sedar bahawa masa gua kini semakin suntuk. Gua tak punya byk masa utk memberikan kegembiraan kpd insan2 yg gua syg, kerana masa gua hanyalah suatu pinjaman, bila2 masa saja Allah boleh menarik masa itu kembali.

Gua melangkah & terus melangkah. Namun, langkah kaki terkadang membuat pahala, terkadang terlepas jgk melangkah membuat dosa. Lumrah manusia, acapkali terlupa bila kesenangan dpt dirasa. Begitu jgk dgn gua. Tetapi selagi gua masih sedar yg gua telah byk melakukan dosa & merasa kesal dgn dosa yg ada, rasanya masih blm gelap & hitam lagi hati gua utk kembali kpd fitrah sebenar. Gua harus meneruskan perjalanan gua utk mencari diri & menyimpan satu harapan moga diri itu mendapat redha. Rasa canggung menjadi begini bila mengenangkan kisah silam yg gelap & sangat buruk perilakunya. Kini, gua masih lagi tercari-cari & terus mencari, jalan manakah yg harus gua lalui. Namun singga kini, gua masih blm benar2 'Sampai'. Perjalanan gua utk ke sana masih jauh. Hala tuju gua jgk masih blm jelas. Semoga Cahaya-NYA akan menyinari perjalanan gua utk ke sana. Gua benar2 memerlukan kekuatan, kebijaksanaan & ketabahan pada waktu ini.

Ketika gua mulai melangkah & berjalan, mungkin jalan yg gua lalui itu lurus saja, lantas gua pun meneruskan perjalanan gua sambil menikmatinya dgn tenang. Tapi, pada ketika gua dihadapkan dgn jalan yg berbengkang-bengkok & berliku-liku, pada saat itulah gua merasa seperti ingin menghentikan perjalanan gua, atau mungkin terus membatalkannya. Lumrah manusia, apabila 'Sudah terhantok barulah terngadah', begitu jgk dgn diri gua. Seandainya gua hanya menelusuri jalan2 yg lurus saja, mungkin gua tidak akan pernah terfikir apakah pengakhiran dari perjalanan ini. Terkadang gua merasa terlalu sedih, penat & lelah serta berbagai mcm lagi rasa.

Kehidupan & perjalanan memang mirip, cuma yg membezakannya adalah jalan mana yg harus gua pilih utk gua terus melangkah, kerana hidup harus dijalani & perlu diteruskan. Gua juga perlu memikirkan apakah 'Bekal' yg telah gua persiapkan. Biasanya manusia itu hanya mula tersedar apabila merasakan bekal yg dimiliki benar2 kurang pada saat perjalanan yg semakin hampir pada penamatnya.

Teruskan...

"...GUA DAN SEBUAH BUKU..."

Hidup kita ni ibarat sebuah buku. Kulit depannya adalah tanggal lahir, manakala kulit belakangnya pula adalah tanggal 'pulang'. Ada buku yg tebal & ada buku yg nipis. Setiap lembarnya adalah hidup kita. Seburuk manapun halaman2 sebelumnya, akan sentiasa tersedia halaman2 berikutnya yg baru, putih bersih & tiada cacat-celanya. Sama jgk dgn hidup gua. Seburuk mana pun hari2 gua yg berlalu, Allah Swt senantiasa menyediakan hari2 yg baru utk gua agar melakukan sesuatu yg benar di hari2 yg mendatang & memperbaiki segala kesalahan2 yg lalu, melanjutkan jalur cerita yg telah ditetapkan oleh-Nya. Walaupun Allah Swt telah menetapkan perjalanan setiap hamba2-Nya, tetapi gua sebagai manusia perlu merancang & mencorakkannya & hanya Allah Swt yg berkuasa utk menentukannya. Gua perlu belajar utk tidak memandang rendah pada diri sendiri & tidak bersangka buruk pada segala takdir & ketentuan-Nya.
Allah Swt itu Maha Pengasih, Maha Bijaksana & Maha Adil. Tidak terhitung segala nikmat-Nya jika hendak dibandingkan dgn segala ujian2 dari-Nya. Gua perlu belajar & yakin serta tidak berputus asa dari segala rahmat-Nya.

(87) يَـٰبَنِىَّ ٱذۡهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَاْيۡـَٔسُواْ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ‌   ۖ   إِنَّهُ  ۥ لَا يَاْيۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah Swt. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah Swt itu melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf : Ayat 87)

Amin... Amin... Ya Robbal'alamin...

AGENDA TERSEMBUNYI ILLUMINATI.

Hukum perundangan buatan manusia pada akhir zaman kini sudah menjadi semakin pincang. Seorang lelaki yang banyak berjasa dengan merawat ramai pesakit kanser dengan kaedah penggunaan marijuana, telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, sedangkan ianya adalah bertentangan dengan hukum ajaran Islam. Apa yang lebih menyedihkan lagi, majoriti umat Islam pula menyokong sepenuhnya mengenai sistem ini. Dari satu sudut lain, negara-negara Islam kini sentiasa berperang sesama sendiri, berpecah-belah dan tidak bersatu untuk menentang musuh-musuh Islam yang sebenar. Di sini diperjelaskan dengan sedikit pencerahan paling ringkas untuk mereka yang masih lagi belum jelas mengenai perkara ini.

PEPERANGAN.
Tanpa peperangan, bagaimana mungkin syarikat-syarikat pembekal senjata perang milik mereka mahu meraih keuntungan? Maka fitnah-fitnah dan huru-hara untuk mencetuskan peperangan perlu dirancang dan dilaksanakan. Sasaran utama mereka adalah dengan menyebarkan fitnah ke atas Islam sebagai pengganas. Amerika dan para sekutunya akan melaksanakan perancangan rahsia sulit mereka dan menjual senjata-senjata perang kepada negara-negara Islam supaya umat Islam berperang dan berbunuhan sesama sendiri. Setelah peperangan berakhir, para pemimpin dari kedua-dua pihak yang terlibat di dalam peperangan tersebut akan berhutang pula dengan bank-bank kepunyaan keluarga Rothschild untuk menampung segala kerugian-kerugian yang mereka alami kesan dari peperangan tersebut seperti untuk membangunkan semula kemusnahan yang berlaku, memulihkan semula ekonomi negara mereka dan sebagainya. Maka, secara tidak langsung, menjadilah mereka seperti pemimpin boneka. Jika cuba melawan atau menentang, pasti akan dibunuh, seumpama kaki mereka telah dirantai dengan sistem perbankan riba, iaitu senjata utama keluarga Rothschild. Inilah yang terjadi ke atas Arab Saudi pada saat ini yang senantiasa tunduk dan akur pada kuasa besar Amerika kerana terikat dengan perjanjian Petrodollar dan juga menjadi punca mengapa negara-negara Islam di dunia ini tidak bersatu sejak dahulu sehinggalah ke saat ini. Ianya bukan semata-mata mengenai 'geopolitik', tetapi ada perkara yang lebih besar yang menjadi agenda sulit mereka. Misi utama Amerika dan para sekutunya adalah untuk memecah-belahkan negara-negara Islam dan seluruh umat Islam di dunia ini, dan juga merupakan sebagai persediaan mereka untuk menghadapi peperangan akhir zaman yang akan tercetus kelak. Sesungguhnya, kelangsungan kerajaan Namrud ini sememangnya telah memusuhi Islam sejak dari ribuan tahun yang lalu.

UBAT-UBATAN.
Jika tidak ramai para pesakit, bagaimana mungkin syarikat-syarikat perubatan mereka dapat meraih keuntungan? Maka wabak-wabak dan penyakit-penyakit moden perlu dicipta dan disebarkan ke atas masyarakat dunia. Mereka perlu menjadikan masyarakat dunia terus bergantung dengan sistem perubatan mereka yang sebenarnya memberi kesan yang mudarat, sama ada di dalam jangkamasa yang singkat atau pun jangkamasa yang panjang. Ubat-ubatan ciptaan mereka hanyalah untuk meredakan gejala-gejala wabak dan penyakit untuk sementara waktu sahaja dan bukan untuk menyembuhkannya. Bagi mereka, manusia itu hanya dijadikan sebagai bahan ujikaji seperti tikus makmal. Penjual-penjual dan orang-orang yang banyak berjasa merawat dan menyelamatkan ramai pesakit seperti pesakit yang menghidapi penyakit kanser dengan menggunakan sumber-sumber perubatan yang alami seperti yang bersumberkan daripada marijuana dan 'Cannabis Oil', ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati untuk mengelakkan perniagaan mereka 'gulung tikar', kerana 'kanser dan kimoterapi' merupakan salah satu daripada perniagaan terbesar mereka. Kerajaan, kementerian kesihatan, doktor, pihak berkuasa dan para 'ulama'-ulama' sarkis' pula perlu di'sihir' dan dijadikan sebagai bidak catur untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka kepada masyarakat dunia bahawa '2 x 2 = 5'. Mereka perlu melahirkan 'Para Ilmuan Pro Mason' untuk 'Brainswashed' (mencuci minda) masyarakat dunia bahawa '2 x 2 = 5'. Golongan-golongan yang mempertahankan '2 x 2 = 4' pula perlu dikecam dengan tuduhan-tuduhan paranoid, teori konspirasi, taksub, khurafat, terpesong akidahnya, sesat dan sebagainya.

Kesimpulannya di sini, kita dapat membahagikan dunia ini seperti yang berikut :
Negara di dunia ini semuanya tunduk dan mengikut telunjuk PBB, manakala PBB pula mengikut arahan dari Amerika, Amerika pula ditadbir oleh Trump, manakala Trump pula tunduk kepada arahan Rothschild, dan Rothschild pula menurut arahan siapa? Siapa pula yang menjadi 'pengarah' kepada watak Rothschild ini, yang bertanggungjawab di dalam mengheret kita semua ke dalam kancah penipuan wang kertas dan sistem riba'? Bagi mereka yang telah jelas memahami dan sedia maklum mengenai perkara ini, pastinya telah terbayang dan terlintas di fikiran mereka siapakah yang menjadi 'pengarah kepada watak' Rothschild ini. Bagi mereka yang masih belum jelas dan belum mengetahui jawapan kepada persoalan ini, anda pasti akan menemui jawapannya sekiranya anda benar-benar peduli mengenai apakah yang sedang berlaku di dunia dan benar-benar ingin mengambil tahu mengenainya. Namun bagi mereka yang tidak mahu mengambil tahu dan langsung tidak peduli mengenai perkara ini yang lebih suka hidup dengan keselesaan nikmat dunia ciptaan para penyembah syaitan, pasti akan menjawab, "Karut! Tahyul! Merepek!" dan yang seangkatan dengannya. Dari Abu hurairah Radhiyallahu'anhu, bahawa Rasulullah Saw bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat yang terdahulu." Sahabat kemudiannya bertanya : "Apakah penyakit-penyakit umat-umat yang terdahulu itu, ya Rasulullah?" Baginda menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah mereka terlalu banyak berseronok, terlalu mewah dan sibuk menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu-menipu di dalam merebut harta dunia, saling memarahi dan hasut menghasut sehingga terjadi zalim-menzalimi."
(Hadith Riwayat Hakim)

Allah Swt berfirman :

(14) قَالَ أَنظِرۡنِىٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ
Iblis berkata : "Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)."

(15) قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ
Allah Swt berfirman : "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)."

(16) قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus."

(17) ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌   ۖ   وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."

(18) قَالَ ٱخۡرُجۡ مِنۡہَا مَذۡءُومًا مَّدۡحُورًا‌   ۖ   لَّمَن تَبِعَكَ مِنۡہُمۡ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمۡ أَجۡمَعِينَ
Allah berfirman : "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya, sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya."
(Surah Al-A'raf : Ayat 14 - 18)

Hal ini juga di antara sebab mengapa pergerakan Al-Maunah dahulu begitu menentang akan sistem Rorhschild ini. Namun, pergerakan Al-Maunah terkubur begitu sahaja kerana fitnah-fitnah yang keterlaluan telah disebarkan kepada dunia yang mendakwa bahawa mereka adalah satu pergerakan yang mahu menentang raja-raja melayu. Ini juga merupakan jawapan kepada persoalan mengapa PAS masuk melalui sistem demokrasi untuk melawan sistem sekular. Ada pertanyaan yang diajukan mengenai PAS, yang bertanyakan mengapa PAS tidak mengikut ajaran Al-Qur'an dan Sunnah jika terlalu ingin melaksanakan hukum Islam, dan mengapa pergerakan Al-Maunah tidak bergabung dengan PAS dan PAS pula tidak menyokong pergerakan Al-Maunah? Jawapannya adalah kerana sistem demokrasi Rothschild bukanlah cara Islam dan pergerakan Al-Maunah dahulu tidak mahu bergabung dengan PAS adalah kerana mereka tidak mahu mengikuti cara PAS yang panjang dan berbelit-belit. Pergerakan Al-Maunah adalah cara dengan 'mencantas sahaja apa yang ada di depan mata', tetapi bukan 'mencantas' secara melulu, tetapi 'mencantas' demi menegakkan agama Islam. semua terpulang kepada penilaian individu itu sendiri.

Wallahua'lam...

DOJ (DEPARTMENT OF JUSTICE) DAN 1MDB (1 MALAYSIA DEVELOPEMENT BERHAD).

Gua lebih suka mengkaji sistem dan sejarah Amerika dari sejarah negara kita sendiri kerana sejarah negara kita penuh dengan penipuan yang dirancang oleh para penyembah syaitan. Apa yang gua dapat lihat di dalam sistem dan sejarah Amerika, bermula dari bagaimana sistem perundangan dan badan-badan di dalam kerajaan mereka berfungsi seperti FBI (Federal Bureau Of Investigation), CIA (Central Intelligence Agency), NSA (National Security Agency), NCIS (Naval Criminal Investigative Service), NASA (National Aeronautics And Space Administration), IRS (Internal Revenue Service) dan lain-lain lagi, banyak perkara yang dapat gua ketahui dan pelajari. Kejahatan Amerika dan para sekutunya dengan menjatuhkan negara-negara Islam seperti Afghanistan, Iraq, Libya, Mesir, negara-negara Afrika dan lain-lain lagi adalah amat terancang dan begitu teliti sekali. Pelan perancangan dan strategi yang cukup kukuh akan disusun apabila terdapat pihak yang tidak mahu mengikuti dan menurut segala kehendak mereka. Mukadimah ini adalah untuk menyentuh isu Department of Justice (DOJ) dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tidak perlu bercerita tentang bilakah kewujudan dan sejarah mengenai DOJ, atau apakah yang pernah mereka lakukan. Straight to the point, DOJ adalah pihak yang meluluskan sebarang akta tentang perkara-perkara yang akan mengancam negara, ekonomi atau kejatuhan dolar Amerika. Pada tahun 1970, mereka telah meluluskan OCCA (Crime Control Act) dan CDAPC (Comprehensive Drug Abuse Prevention And Control Act), dan kelulusan serta-merta ini adalah kerana 'tokey-tokey dadah' yang kaya raya telah membeli harta-harta yang bernilai berbilion dolar di dalam negara Amerika dan ianya akan menggugat ekonomi negara Amerika. 'Tokey-tokey dadah' ini juga telah membersihkan wang 'haram' menjadi 'halal' di dalam negara Amerika. Inilah apa yang disebutkan sebagai 'Money Laundering'. Kegiatan 'Money Laundering' ini telah meningkat dari 13 bilion kepada 48 bilion di dalam tempoh masa setahun, dan dolar Amerika sangat terkesan mengenai perkara ini kerana mengalami kejatuhan yang mendadak. Jika nilai matawang dolar Amerika terus merudum, maka kuasa besar Amerika tidak akan dapat bertahan lama. Jadi, DOJ diluluskan aktanya serta-merta dan mula ditugaskan untuk menyita harta 'tokey-tokey dadah' tersebut. Ini juga adalah salah satu sebab mengapa Amerika masih belum meluluskan tentang penggunaan marijuana atau ganja.

Jadi, apakah kaitannya akta ini dengan 1MDB?
Kes mengenai 1MDB pula lain ceritanya. Pada tahun 1984, satu lagi akta iaitu CCCA (Comprehensive Crime Control Act Of 1984) telah diluluskan. Melalui akta ini, pihak berkuasa Amerika telah diberi kuasa untuk 'Seize And Forfeiture' mengenai apa sahaja harta-harta yang disyaki oleh mereka sebagai 'Haram'. Di sini, kita perlu memahami dahulu apakah perbezaan OCCA, CDAPC dan CCCA. Perbezaan ketiga-tiga akta ini ialah dua akta awal daripadanya hanya digunapakai untuk 'tokey-tokey dadah', manakala akta CCCA pula digunapakai ke atas sesiapa saja dan mereka (DOJ) boleh menyita sebarang harta yang dirasakan oleh mereka sebagai haram atau 'Black Money'. Dari permulaan kes 1MDB, DOJ hanya menggunapakai akta ini kerana ingin menyita harta-harta yang mereka rasakan ianya adalah dari sumber yang haram. Namun, melalui akta ini juga mereka tidak boleh menahan atau memenjarakan sesiapa pun yang terlibat. Aku tak peduli pun jika DOJ nak menyita harta-harta tersebut kerana di dalam laporan sebanyak 251 muka surat mengenai kes itu, hanya 4 nama yang dinyatakan memiliki harta-harta tersebut, dan salah satu darinya ialah MO1 (Malaysian Official 1). Jadi, tidak timbul isu campur tangan negara luar di dalam negara kita. Jika DOJ mahu menyita harta-harta di dalam negara kita, kita boleh memfailkan kes tersebut terhadap DOJ dengan bukti-bukti yang kukuh dari siasatan SPRM dan laporan bahawa tidak berlakunya penyelewengan dari Peguam Negara Tan Sri Apandi. Dengan ini, DOJ tidak boleh menjatuhkan negara kita dengan menyita harta-harta tersebut, sebaliknya kita boleh mencabar keputusan DOJ di mahkamah antarabangsa. Persoalannya kini, mengapakah Malaysia tidak bertindak?

Pertama, polis negara kita masih mencari Jho Low yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram sebagaimana yang didakwa oleh DOJ. Jadi, siasatan tersebut masih lagi belum lengkap walaupun peguam negara telah 'memperlengkapkannya' dari awal.

Kedua, Riza yang telah dinyatakan namanya di dalam laporan DOJ tersebut tidak di siasat oleh SPRM atau pihak berkuasa di negara kita. Ini adalah kerana jika mahu melakukan siasatan ke atas anak kepada seorang Perdana Menteri, ianya bukanlah suatu perkara yang mudah.

Ketiga, kita mendakwa bahawa DOJ tidak mempunyai bukti yang kukuh mengenai 1MDB, tetapi kita lupa bahawa kita juga tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh untuk 'counter' DOJ mengenai isu tersebut. Jika kita telah melakukan siasatan yang penuh, maka peguam negara sepatutnya telah bertindak.

Wallahu'alam...

ASAL-USUL NAMA-NAMA HARI DAN BULAN DI DALAM KALENDAR MASIHI.

Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno di bawah pimpinan Al-Masih Ad-Dajjal laknatullah yang telah diperpanjangkan umurnya & diberikan kelebihan padanya oleh Allah Swt itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya umat Islam telah dibentuk & dikuasai secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala yahudi & nasrani. Kita tidak menyedari bahawa kehidupan kita pada hari ini khususnya anak-anak kita, telah pun diajarkan di sekolah dengan nama-nama dewa berhala sejak dari kecil lagi. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala mereka ke dalam diri kita. Perancangan Al-Masih Ad-Dajjal telah berhasil dengan izin Allah Swt, apabila berjaya menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar utama dunia melalui dua konsep iaitu 'Penjajahan' dan 'Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu'.

ASAL-USUL NAMA BULAN-BULAN MASIHI.

1. JANUARI - Nama Januari berasal dari perkataan 'Janus', iaitu tuhan berhala orang-orang Romawi yang 'berwajah dua'. Sebelah muka melihat ke hadapan dan sebelah muka lagi melihat ke belakang.

2. FEBRUARI - Nama Februari berasal dari bahasa Latin iaitu 'Februo' yang bermaksud 'Kesucian'. Biasanya di dalam bulan ini bangsa Romawi akan mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa di dalam suatu majlis, yang mereka percayai dapat menghilangkan dosa-dosa mereka.

3. MAC - Nama Mac berasal dari perkataan 'Mars', iaitu salah satu tuhan berhala bangsa Romawi.

4. APRIL - Nama April berasal dari bahasa latin iaitu 'Aperto', yang bermaksud 'Terbuka’ atau 'Berkembang'. Di dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang-orang Saxon menggelarkan bulan ini sebagai 'Easter' untuk menghormati tuhan musim panas (summer).

5. MEI - Nama Mei berasal dari perkataan 'Maia' iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi yang bernama 'Atlas'.

6. JUN - Nama Jun berasal dari perkataan 'Juno', iaitu salah satu dari tuhan berhala bangsa Romawi.

7. JULAI - Nama Julai berasal dari bahasa latin iaitu nama seorang pemerintah yang bernama 'Julius Caesar', yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

8. OGOS - Nama Ogos berasal dari nama seorang pemimpin Rom iaitu 'Caeser Augustus' yang bermaksud bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama 'Sextilitis', iaitu bulan ke enam mengikut kalendar bangsa Romulus.

9. SEPTEMBER - Nama September berasal dari perkataan 'Septem' yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.

10. OKTOBER - Nama Oktober berasal dari perkataan 'Octo' yang bererti lapan, tetapi ianya telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.

11. NOVEMBER - Nama November berasal dari bahasa latin iaitu 'Novem' yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.

12. DISEMBER - Nama Disember berasal dari bahasa latin iaitu 'Decem' yang bererti sepuluh, tetapi kemudian ianya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

NAMA ASAL HARI-HARI MASIHI
1. SUNDAY (AHAD) - Berasal dari perkataan 'Sun's Day' yang bermaksud 'Matahari'.

2. MONDAY (ISNIN) - Berasal dari perkataan 'Moon's Day’ yang bermaksud 'Hari Bulan'.

3. TUESDAY (SELASA) - Berasal dari perkataan 'Day Of Tyr' iaitu sempena hari dewa perang masyarakat Rom yang bernama 'Tyr'.

4. WEDNESDAY - Berasal dari perkataan 'Woden' iaitu salah satu nama daripada dewa suci Rom.

5. THURSDAY (KHAMIS) - Berasal dari perkataan 'Day Of Thor’, yang diambil sempena nama dewa Rom bernama 'Thor' yang bermakna 'Dewa Halilintar'.

6. FRIDAY (JUMAAT) - Berasal dari perkataan 'Day Of Freya' iaitu Dewa Hari Perkahwinan bangsa Rom yang bernama 'Freya'.

7. SATURDAY (SABTU) - Berasal dari perkataan 'Saturnus' yang bermaksud 'Bintang Saturnus' mengikut kepercayaan bangsa Romawi.

Mengapa bahasa bangsa Romawi dijadikan sebagai rujukan utama?
Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Sejak dari zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewaskan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintahan Julius Caesar dan Hercules, manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan para cendekiawan mereka seperti Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain lagi.
Perlu diingat bahawa di dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga di antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato. Masyarakat Eropah dan Amerika pada zaman sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Segala ilmu yang mereka perolehi, yang mereka cipta dan yang mereka ciplak dari para sarjana Islam, akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek. Misalnya disiplin ilmu 'Psikologi', yang kini banyak diajarkan di universiti-universiti di seluruh dunia termasuk negara-negara Islam. Kesemua para sarjana Yahudi dan Nasrani telah menciplak ilmu ini dari para sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.
Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes, manakala di dalam dunia Islam disiplin ini telah diperkenalkan sejak dari 950 M oleh Abu Nasr Al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk 'Opinions Of The Citizens Of Uthopia'. Kemudian disiplin ini mula diperkembangkan lagi oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sejak sebelum Descartes dilahirkan. Di antara tokoh-tokoh Islam lain yang memperkembangkan lagi disiplin ini ialah :

• Ibnu Sina - (Meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk 'The Moods Of Psyche' dan 'Hints And Notices'.

• Imam Al-Ghazali - (Meninggal pada 1111 M), menulis kitab yang berkaitan dengan jiwa iaitu 'Ihya Ulumuddin'. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.

Untuk mengaburi mata masyarakat dunia, golongan yahudi dan nasrani telah memberikan nama disipilin yang berkaitan dengan jiwa kepada nama 'Psikologi' yang berasal dari perkataan 'Psychos' (Jiwa) dan 'Logos' (kajian) yang bermaksud kajian mengenai jiwa. Nama-nama para tokoh Islam tidak disebut langsung di dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah dari masyarakat barat. Permasalahan di atas telah pun dibincangkan di dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Makkah yang bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah daripada Malaysia telah hadir di dalam persidangan tersebut.

Wallahu'alam...

INSTITUSI PONDOK.

Sejak daripada 100 tahun yang lalu, atau lebih lama dari itu, Institusi pengajian pondok telah melahirkan ramai para ulamak-ulamak Khalaf. Punca sebenar kepada keganasan dunia pada hari ini adalah orang-orang yang berfahaman al-wahabiyyah yang tersebar luas sejak daripada kurun ke-13 sehingga kini, yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad Ibn Abdul wahab Ibn Sulaiman Ibn Al-Tamim dari Najed dan menawan kota Makkah Al-Mukarramah, Madinah Al-Munawarah dan diikuti dengan seluruh negeri Hijaz yang dibantu oleh Imam Muhammad Ibn Al-Saud Dar'iyyah dan diteruskan lagi oleh keturunan mereka iaitu Keluarga Dinasti Raja Arab Saudi King Abdul Aziz Rahman Faisal Al-Saud Dar'iyyah. Mereka semua adalah dalang kepada kejatuhan empayar Islam Bani Uthmaniyyah di kota Makkah Al-Mukarramah yang pada ketika itu di bawah penguasa Makkah dan Madinah Al-Munawarah dari keturunan Rasulullah Saw yang juga merupakan Syarif Makkah yang terakhir iaitu Syarif Ali Bin Husein. Fahaman Al-Wahabiyyah telah tersebar keburukannya yang ekstremis pada abab ke-21 atau kurun ke-15. Apabila golongan Al-Wahabiyyah ini mendapat tempat di dalam kerajaan dan politik, kita akan melihat keadaan yang sama bakal terjadi sebagaimana yang dilakukan oleh Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab bersama-sama dengan Muhammad Ibn Al-Saud Dar'iyyah menghancurkan kerajaan Islam dan umat Islam. Banyak kitab-kitab yang telah dikarang oleh para Ulamak Khalaf untuk menolak fahaman Al-Wahabiyyah ini. Hanya orang-orang agama di dalam kerajaan sahaja yang menjual agama hanya demi sedikit kesenangan dunia.

Di antara pondok-pondok yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh ulama' yang terkenal adalah pondok Khairiah Al-Isamiah dengan tokoh pengasasnya iaitu Tuan Hussein Bin Nasir Al-Banjari yang berketurunan dari Syeikh Arsyad Al- Banjari. Pondok ini telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada awal abad ke -20. Selain dari itu, pondok-pondok yang telah melahirkan ramai ulama'-ulama' terkenal adalah :
1. Madrasah Al-Khairiyah Al-Islamiah - Pokok Sena, Kepala Batas.
2. Madrasah Dairat Al-Ma'arif Al-Wataniah - Kepala Batas .
3. Madrasah Al-Nusyu' Wal-Irtiqa - Lahar Yooi, Kepala Batas.
4. Madrasah Saulatiyah - Ditubuhkan oleh Ulama' dari India iaitu Syeikh Rahmatullah Bin Khalilurrahman Al- Kiranawi (1818 - 1891) pada tahun 1873.
5. Madrasah Dar Al-Uluw Makkah - Ditubuhkan oleg Syeikh Yasin Al-Fadani (1916- 1990) bersama guru- guru Di sana.

Adakah mereka semua ini melahirkan para ekstremis (pengganas di dalam agama) atau membentuk jati diri kepada masyarakat untuk cinta kepada ilmu agama? Siapakah yang membawa kepada perubahan ekstremis di dalam agama?

PM DAN DEDAK.

Al-kisah... Tersebutlah kisah... Pada zaman dahulu, di sebuah negeri yg bernama maramprappukapundenparanskepper, berlakulah sebuah kisah, di mana PM di kampung tersebut telah memanggil kesemua menteri-menterinya utk suatu mesyuarat tergempar. Maka, hadirlah kesemua menteri-menteri tersebut dan senyap-sunyi serta khusyuklah mereka utk mendengar apa yg akan disampaikan oleh PM mereka itu. Tiba-tiba, suasana hening dan senyap sunyi itu bertukar menjadi riuh apabila kesemua menteri-menteri itu hampir-hampir menjadi beruk mat yeh kerana begitu terperanjat yang amat terkujat sekali apabila PM mereka telah mengeluarkan seekor ibu ayam dan diletakkan di atas meja dihadapannya. PM kemudiannya telah mencabut sehelai demi sehelai bulu-bulu ayam itu walaupun ayam itu menjerit-jerit kesakitan yg amat sgt. PM tidak mempedulikannya malah dgn rakusnya ia meneruskan perlakuannya sehingga togellah ayam tersebut. Kemudian PM tersebut melepaskan ayam itu lalu meletakkannya di atas meja dan menabur dedak pada ayam tersebut. Lantas ayam itu memakannya dgn begitu lahap sekali. Apabila habis dedak tersebut, PM kemudiannya bangun dari meja beliau dan menabur pula dedaknya di atas lantai. Ayam itu terus mengikuti PM yg sedang menaburkan dedak utknya. Kesemua menteri-menterinya melopong kehairanan dgn perlakuan PM mereka. Setelah selesai dgn perlakuannya itu, bertanyalah PM tersebut kepada para menterinya : "Apakah pengajaran yg kamu dpt drpd apa yg kamu semua lihat sebentar tadi?" Lalu suasana menjadi senyap sunyi kembali apabila kesemua para menterinya yg masih tercangak bangang itu melopong kerana merasa pelik namun tidak berani berkata apa-apa. Beberapa minit kemudian, apabila jawaban kepada pertanyaannya itu tidak kunjung tiba, akhirnya PM pun bersuara : "Kamu semua tentu dapat melihat ayam tersebut tetap mengikuti saya walaupun saya telah menyakitinya. Kesimpulannya di sini ialah, jgnlah kamu semua merasa takut utk menyusahkan rakyat dan menyakiti mereka, kerana selagi kita semua mempunyai dedak, mereka semua pasti akan tetap mengikuti kita." Ucapan PM itu kemudiannya telah mendapat sorakan dan tepukan yg begitu gemuruh sekali dari para menteri-menterinya. Lalu berkumandanglah lagu-lagu mereka dan berjoget-jegotlah mereka semua di dalam majlis tersebut.

-Tamat-

"Renung-renungkan... Dan Selamat Beramal...."

NEW WORLD ORDER (NWO)

Maha suci Allah Swt dari sebarang kekurangan...
Maha suci Allah Swt yang memiliki Qursi@Kerajaan yang maha luas berbanding langit-langit milik-Nya...
Maha suci Allah Swt yang memiliki Arasy yang menampung Qursi-Nya berserta dengan malaikat-malaikat pemikul Arasy-Nya. Keluasan langit dan bumi-Nya juga tidak setanding dengan Qursi-Nya

Sehebat manapun kerajaan manusia, ia hanyalah sebesar debu nilainya di sisi Allah Swt. Layakkah seseorang manusia itu berlagak sepertu tuhan sedang nafas dan degup jantungnya masih berjalan hanya dengan izin Allah Swt, sedang ia memakan rezeki pemberian Allah Swt dan meminum air yang diturunkan oleh Allah Swt. Bila-bila masa saja Allah Swt boleh menarik kembali segala apa yang telah diberikan-Nya. Tetapi Allah Swt itu Maha Pemurah dan Maha Pengasih, memberikan rezeki dan petunjuk-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya sebagai tanda kekuasaan-Nya. Mereka menyangka bahawa hidup dan mati penduduk dunia berada di dalam percaturan mereka, sedangkan hidup dan mati mereka itu sendiri adalah di dalam genggaman Allah Swt. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang keliru, orang-orang yang menjual jiwa-jiwa mereka kepada Iblis, sedang Iblis itu kelak berlepas diri dari mereka di padang mahsyar nanti. Mereka ini adalah golongan yang  akan dicampakkan ke dalam neraka tanpa di hisab kerana mereka telah membunuh jiwa orang-orang yang beriman dan menghalang manusia ke jalan Allah Swt. Tiada tempat kembali yang lebih sesuai untuk mereka melainkan Neraka Jahannam!
Sehebat manapun perancangan mereka, mereka itu tetap diperdaya oleh Allah Swt. Sedang mereka berusaha untuk memperlemahkan seluruh umat Islam hingga ke puncak kelemasan, secara tidak sedar mereka sendiri telah melaksanakan segala perancangan Allah Swt untuk membangkitkan kembali Khalifah yang mengikut petunjuk Nabi. Sesungguhnya Allah Swt itu Maha Berkuasa menewaskan segala tipu daya. Sedang mereka menyangka mereka berhasil memperdaya seluruh penduduk dunia, pada saat yang sama mereka sendiri telah diperdayakan oleh Allah Swt, kerana mereka sendiri telah membawa dunia ke gerbang kebangkitan semula Khalifah yang akan menamatkan keangkuhan super power mereka. 'New World Order' adalah lubang kubur yang mereka gali sendiri.

Wallahua'lam...

KAITAN DI ANTARA DAJJAL DAN ILLUMINATI.

Para Ilmuwan Islam meyakini (sepanjang pembacaan dan penelitian) bahawa Al-Masih Ad-Dajjal itu adalah seorang manusia. Hal ini bukan saja ada disebutkan di dalam benerapa hadith, tetapi ianya juga diperkuatkan lagi dengan pembuktian mengenai perkembangan yang berlaku di dalam sejarah dunia, khususnya di Benua Eropah. Segala perkembangan yang berlaku sejak dari ratusan tahun dahulu didapati adalah selari dengan perkembangan agama Judais yang juga mengalami perkembangan sejak ratusan tahun dahulu. Berikut adalah di antara sebab-musabab mengapa dikatakan Al-Masih Ad-Dajjal itu adalah seorang manusia yang mengawal pergerakan Illuminati :

• Penubuhan Illuminati pada 1 May 1776 di Perancis.
• Perjumpaan 100 tahun sekali oleh para Rabbi (paderi yahudi).
• Pernyataan-pernyataan yang terkandung di dalam Protokol Pemimpin Zionis.

Cuba perhatikan pada wang kertas dollar Amerika, terdapat lambang mata satu iaitu 'All Seeing Eye' pada bahagian atas hujung piramid dan angka roman MDCCLXXVI yang bermaksud 1 May 1776, iaitu tarikh penubuhan keluarga illuminati.

BUKTI 1 : PENUBUHAN ILLUMINATI PADA 1 MAY 1776 DI PERANCIS.
Pengasas Illuminati iaitu Adam Weishaupt merupakan seorang profesor perundangan di universiti Ingoldstald, Perancis. Di sepanjang penubuhan Illuminati ini, Adam Weishaupt telah menghasilkan suatu kertas kerja pada 1 May 1776 yang merangkumi segala perancangan Illuminati untuk menguasai dunia yang bermula dengan negara-negara Eropah. Perancangan tersebut ditulis dengan mengandaikan bahawa yahudi akan dapat menguasai dunia di dalam tempoh kurang dari 300 tahun. Kertas kerja mengenai perancangan ini telah diedarkan kepada semua ahli-ahli Illuminati di seluruh Eropah. Namun yang demikian, pembawa buku rahsia Illuminati ini telah mati dipanah kilat pada tahun 1784 semasa membawanya di Perancis. Pihak berkuasa Perancis telah mengkaji dokumen-dokumen rahsia tersebut dan mengedarkannya ke seluruh negara Perancis dan beberapa negara-negara Eropah lain sebagai tanda amaran tentang bahayanya pertubuhan Illuminati ini. Dokumen-dokumen tersebut kemudiannya dikeluarkan semula dengan tajuk 'The Original Writings Of The Order And Sect Of The Illuminati'.

Pada tahun 1789, salah seorang daripada pemimpin Freemason iaitu Robinson yang tidak sefahaman dengan Adam Weishaupt telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'The Proof Of A Conspiracy To Destroy All Governments And Religions'. Tujuan buku ini dikeluarkan adalah untuk memberi amaran kepada para golongan Diraja Perancis tentang perancangan sulit Adam Weishaupt untuk mencetuskan Revolusi Perancis pada tahun yang sama iaitu tahun 1789.

Apakah kaitannya penubuhan Illuminati dan kewujudan Al-Masih Ad-Dajjal?
Hujah untuk memperkukuhkan lagi pendapat bahawa Al-Masih Ad-Dajjal itu adalah manusia ialah dengan merujuk kepada dokumen-dokumen rahsia Illuminati yang bertajuk 'The Proof Of A Conspiracy To Destroy All Governments And Religions' dan 'The Original Writings Of The Order And Sect Of The Illuminati'. Kedua-dua dokumen ini adalah satu pendedahan dari Robinson dan Polis Perancis pada tahun 1780an. Persoalannya, di antara isi kandungan dokumen-dokumen tersebut, ianya mengandungi suatu perancangan rahsia yang menyebut mengenai tempoh 300 tahun. Di dalam pemikiran logik kita sebagai manusia biasa, adakah kita mampu merancang sesuatu perkara itu dengan mengambil tempoh masa yang begitu panjang? Di dalam dokumen tersebut juga ada menyatakan bagaimana untuk melaksanakan revolusi-revolusi dan menjatuhkan pemerintahan beraja di negara-negara Eropah. Di dalam erti kata lain, untuk menulis dokumen yang menceritakan mengenai segala perancangan mereka ke atas seluruh negara-negara Eropah, ianya memerlukan seseorang yang pernah menjelajah ke seluruh dunia dan memahami segala macam bentuk kekuatan dan kelemahan kerajaan di negara-negara Eropah. Dan apa yang menjadi persoalan juga, adakah benar isi kandungan dokumen tersebut adalah idea asal dari Adam Weishaupt, sedangkan ia sibuk bekerja sebagai profesor perundangan di Ingoldstadlt? Selain dari itu, di dalam masa yang sama ia juga sibuk dengan pembinaan kuil syaitan (Synagogue Of Satan) di sebuah gereja katholik. Jadi, dimanakah masa yang digunakan olehnya untuk mengkaji seluruh pentabdiran di seluruh negara-negara Eropah? Ianya tidak lain dan tidak bukan, adalah perancangan Al-Masih Ad-Dajjal Laknatullah...! (Dengan izin Allah Swt)

BUKTI 2 : PERJUMPAAN YANG DIADAKAN PADA SETIAP 100 TAHUN SEKALI OLEH PARA RABBI YAHUDI.
Suatu yang agak aneh dan tidak terdapat pada mana-mana pertubuhan di dunia ini, di mana mereka mengambil tempoh masa yang begitu lama untuk mengadakan satu perjumpaan seperti mana yang dilakukan oleh pertubuhan illuminati. Ramai dari kalangan mereka termasuk seluruh rabbi yahudi yang menyokong zionis dan idea mengenai 'One World Goverment' yang diperkenalkan oleh Illuminati telah hadir di dalam perjumpaan tersebut. Perjumpaan pada setiap 100 tahun sekali ini merupakan satu perjumpaan sulit dan rahsia, yang mana ia secara tidak sengaja telah didedahkan oleh Rabbi Reichhorn semasa ia berucap pada majlis pengebumian Rabbi Semeon Bin Yehuda. Ucapan tersebut telah dilakukan pada tahun 1869. Di dalam ucapan tersebut, Rabbi Reichhorn telah menyatakan dengan jelas bahawa :
"Pada setiap 100 tahun, kami para pendeta Israel pada kebiasaannya akan mengadakan satu perjumpaan di Sanhedrin untuk meneliti dan memperbincangkan mengenai kemajuan kami ke arah penguasaan dunia seperti yang telah dijanjikan oleh Jehovah, dan juga mengenai penaklukan kami ke atas musuh-musuh kami iaitu Kristian."
Ucapan Rabbi Reichhorn tersebut telah didedahkan oleh sebuah syarikat penerbitan di Rusia yang bernama 'La Vieilla France' pada 21 Oktober 1920 (No.195).

Apakah kaitannya ucapan Rabbi Reichorn dengan Al-Masih Ad-Dajjal?
Hal ini dapat di lihat pada tempoh masa perjumpaan tersebut yang telah ditetapkan dan juga pada beberapa rangkap perkataan yang terkandung di dalam ucapan tersebut. Tempoh masa selama 100 tahun itu adalah satu tempoh masa yang terlalu lama. Pada logik akal pemikiran manusia, sekiranya seseorang itu telah menghadiri perjumpaan tersebut pada hari ini, kemungkinan besar ia tidak lagi akan dapat menghadiri perjumpaan yang seterusnya, kerana tempoh masa yang seterusnya adalah selama 100 tahun lagi. Apakah rasionalnya perjumpaan tersebut ditetapkan pada tempoh setiap 100 tahun sekali? Seperti apa yang kita ketahui, 100 tahun itu adalah bersamaan dengan 1 abad. Pada setiap kali perjumpaan tersebut diadakan, akan disertakan dengan satu laporan mengenai perkembangan perancangan mereka pada 100 tahun yang lepas. Jadi, mampukah kita membaca, menilai dan meneliti kembali perkembangan mengenai perancangan mereka pada 100 tahun yang lalu untuk di teliti, di analisis dan diperbincangkan? Allah Swt telah memberikan beberapa keistimewaan kepada Al-Masih Ad-Dajjal dan dipertangguhkan ajalnya seperti mana Nabi Isa Alaihissalam. Al-Masih Ad-Dajjal mengetahui bahawa ia mampu hidup lama, malah ia juga mengetahui bahawa dirinya adalah manusia akhir zaman. Penetapan tarikh perjumpaan pada setiap 100 tahun sekali itu sememangnya adalah untuk memudahkan Al-Masih Ad-Dajjal membuat pertimbangan dan penilaian ke atas perkembangan masyarakat dunia (dengan izin Allah Swt).

BUKTI 3 : PERNYATAAN YANG JELAS MENGENAI KEWUJUDAN AL-MASIH AD-DAJJAL DI DALAM PROTOKOL-PROTOKOL RAHSIA SULIT ZIONIS.
Bukti ketiga ini merupakan bukti yang paling kukuh untuk menyokong hadith-hadith Nabi, bukti pertama dan juga bukti kedua yang telah dinyatakan sebelum ini. Para pemimpin zionis itu sendiri telah mengeluarkan kenyataan mengenainya dengan mengaku bahawa mereka sedang giat melakukan persiapan untuk menanti ketibaan raja syaitan mereka. Para pemimpin zionis juga mengetahui bahawa raja mereka itu sememangnya wujud dan pasti akan muncul. Kaedah dan cara mereka (zionis) melaksanakan kerja-kerja mereka juga dengan sendirinya telah membuktikan bahawa mereka memang senantiasa menantikan akan ketibaan raja syaitan mereka yang mereka anggap sebagai seorang yang terhebat dan bakal memerintah dunia kelak. Pernyataan ini jelas dinyatakan di dalam Protokol No.15 mereka iaitu : "Apabila Raja Israel meletakkan di kepalanya yang suci dan mahkota yang diberikan kepadanya oleh Eropah, ia akan menjadi penjaga dunia dan angsa-mangsa yang diperlukan olehnya juga akan mengikut kesesuaian mereka." Manakala di dalam Protokol No.17 pula menyatakan seperti yang berikut :"Melalui penyamaran ini, kita akan dapat menyusup masuk ke dalam institusi Pope ini dan memastikan bahawa kita tidak akan meninggalkannya sehinggalah kita dapat menghancurkan seluruh kekuatan yang terdapat di dalam institusi ini. Raja orang yahudilah yang akan menjadi Pope Sejagat yang sebenar-benarnya dan juga ketua bagi sebuah gereja antarabangsa."

SIHIR, ILLUMINATI, FREEMASON DAN AL-MASIH AD-DAJJAL.

(102) وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ      ۖ    وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ  ۚ  وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ فَلَا تَكۡفُر      ۖ    فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌  ۚ  وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ ‌ ۚ  وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌  ۚ  وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ ۚ  وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌  ۚ  لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Malsudnya : Mereka (membelakangkan Kitab Allah Swt) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan di dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman Alaihissalam, padahal Nabi Sulaiman Alaihissalam itu tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat, Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)." Di dalam pada itu, ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua tentang ilmu sihir yang boleh menceraikan di antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) seseorang itu dengan sihir mereka melainkan dengan izin Allah Swr. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum yahudi itu) telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu, tidaklah lagi mendapat kebahagiaan yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya, amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, jika mereka mengetahuinya.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 102)

Pada tahun 1118, satu kumpulan tentera yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawal keadaan di Jerussalem dan juga telah menciptakan suatu sistem ekonomi mereka sendiri. Akan tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada sekumpulan Knight Templar ini yang jarang kita dengar. Ketika kumpulan tersebut berada di Jerusalem, mereka telah menemui harta yang tidak ternilai harganya, iaitu tepat di bawah Baitulmaqdis atau yang kita kenali pada saat ini sebagai Masjidil Al-Aqsa di Palestin. Harta tersebut sebenarnya merupakan himpunan buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang telah dirampas oleh Nabi Sulaiman Alaihissam, yang kemudiannya menyimpan dan menyembunyikannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah Masjidil Al-Aqsa. Knight Templar telah menemui bilik tersebut lalu mengambil buku-buku sihir purba itu dan mempelajari seluruh simbol-simbol dan ilmu-ilmu sihir purba dari bani Israil itu. Apabila mereka mengetahui tentang kehebatan ilmu-ilmu sihir tersebut, mereka pun terus mengamalkannya dan melakukan seluruh upacara-upacara penyembahan Iblis tersebut. Dengan ilmu sihir purba tersebut, mereka dapat berhubung langsung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang sedang dikurung dan dirantai di sebuah pulau sejak sebelum kelahiran Rasulullah Saw lagi. Al-Masih Ad-Dajjal telah menjanjikan kepada mereka dengan kekuasaan, kekayaan dan segala macam bentuk kenikmatan yang tiada tandingannya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuknya di dalam melaksanakan kesemua konspirasi sulit dan rahsianya, termasuk membina semula Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat di mama Al-Masih Ad-Dajjal akan memerintah dunia. Rahsia amalan sihir-sihir purba tersebut telah berada di hujung jari mereka. Dengan mempelajari ilmu-ilmu sihir dari buku-buku tersebut dan mengamalkan ritual-ritualnya, di dalam tempoh masa yang singkat mereka telah menjadi orang-orang yang berpengaruh dan terkaya pada ketika itu. Mereka kemudiannya telah memindahkan buku-buku tersebut dan mula berlatih serta terus mengamalkannya, agar mereka dapat masuk ke alam syaitan. Mereka benar-benar telah jauh lari dari landasan agama Nabi Sulaiman Alaihissalam dan Allah Swt, dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Selama berabad-abad, buku-buku ilmu sihir tersebut telah diseludup ke Eropah. Kesatria-kesatria Knight Templar kemudiannya menggelarkan diri mereka sebagai 'Free Mason'. Dengan kekuatan yang telah dikumpulkan, mereka mula menyebarkan ilmu-ilmu sihir purba tersebut ke seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia yang mempunyai kaitan dengan mereka. Pada ketika Jerusalem berjaya dirampas kembali oleh tentara-tentera Islam, The Knigth Templar terpaksa melarikan diri pulang semula ke Eropah. Mereka kemudiannya mengumpul dan membina semula kekuatan mereka di Eropah. Akan tetapi, kegiatan mereka telah terbongkar apabila raja-raja Eropah dapat menghidu dan mengetahui tentang amalan-amalan sihir purba mereka, lantas mengharamkan Knight Templar. Hampir kesemua ahli-ahli sihir tersebut telah ditangkap dan dibakar hidup-hidup. Setelah peristiwa tersebut, mereka mula menyusun pergerakan mereka semula dan menukar nama kumpulan mereka menjadi 'Freemason', yang menggunakan simbol segi tiga bermata satu. Seterusnya, Freemason mula giat menjalankan konspirasinya dan menjatuhkan kesemua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi-revolusi yang dicetuskan oleh mereka. Demi menutup kesemua perancangan sulit dan konspirasi jahat mereka, istilah 'Renaissance' mula diperkenalkan oleh mereka di dalam sejarah. Dengan itu, segala perancangan sulit dan konspirasi jahat mereka akan kelihatan sebagai 'Mulia' di dalam lipatan sejarah. Maka, tertipulah seluruh bangsa Eropah, bahawa mereka sedang diperintah oleh para penyembah syaitan. Walaupun Freemason / Illuminati sudah pun mendapatkan hak dan kekayaan di dunia ini dengan menggunakan 'harta rahsia' tersebut, mereka masih tetap menumpukan perhatian untuk melaksanakan perancangan sulit mereka dengan menghancurkan Masjidil Al-Aqsa, kerana mereka sebenarnya sedang membuat persiapan terakhir untuk kedatangan tuhan mereka iaitu Al-Masih Ad-Dajjal'.

Setelah mereka dapat menguasai Eropah, mereka mula memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Disinilah bermulanya era penjajahan. Akhirnya, mereka telah berjaya dan kembali menguasai semula Jerusalem, dan Haikal Sulaiman kembali diduduki untuk penyambutan raja mereka, Dajjal Laknatullah!
Sepertimana yang dapat kita lihat pada hari ini, tentera-tentera Dajjal telah merosakkan Masjidil Al-Aqsa dan sedang di dalam proses pembinaan Haikal Sulaiman.

Wallahua'lam...

ASAL-USUL NAMA-NAMA PLANET.

Para penyembah syaitan ini turut melaksanakan agenda sulit mereka di dalam sistem pendidikan. Di dalam bidang ilmu astronomi, mereka telah menyelitkan unsur-unsur pemujaan berhala dahulu kala. Ianya jelas nyata pada penggunaan nama-nama yang dijadikan sebagai istilah-istilah di dalam bidang ilmu astronomi. Begitulah liciknya mereka melaksanakan agenda tersembunyi Iluminati di dalam bidang pendidikan dengan menyerapkan kesemua ajarannya di dalam apa sahaja perkara yang ada di dunia ini, sehinggakan nama-nama planet di dalam sistem suria yang selalu kita sebut juga adalah berasal dari nama-nama dewa-dewi yang dipuja oleh mereka tanpa kita sedari.

1. MERCURY - (PLANET UTARID)
Mercury adalah seorang utusan dan juga dikenali sebagai seorang dewa perdagangan dan keuntungan, yang merupakan anak kepada Maia Maiestas. Ia juga dikenali sebagai Ops versi Rom Rhea dan Jupiter.
Di dalam bentuknya yang paling awal, ia seperti mempunyai kaitan dengan Dewa Etruscan Turms. Namun sebahagian besar dari ciri-ciri dan mitologinya dipinjam daripada analogi Dewa Greece iaitu Hermes. Pada aspek dasarnya, Mercury adalah sama seperti Hermes, seperti menggunakan kasut bersayap talaria dan petasos bersayap, membawa caduceus (lambang perubatan) dan sebatang tongkat dengan dua ekor ular yang terjalin padanya, yang merupakan hadiah daripada Apollo untuk Hermes. Mercury juga dianggap sebagai dewa kelimpahan dan kejayaan komersil, khususnya di Gaul. Planet Mercury dinamakan sempena namanya kerana Dewa Mercury dikatakan mempunyai kebolehan untuk terbang dengan sangat laju. Begitu juga dengan planet Mercury yang merupakan planet paling laju mengelilingi matahari berbanding dengan planet-planet yang lain (mengikut kepercayaan mereka)

2. VENUS - (PLANET KEJORA)
Venus adalah nama seorang dewi Romawi kuno yang berkaitan dengan cinta, keindahan dan kesuburan. Ianya memainkan peranan utama di dalam kebanyakan festival keagamaan Rom dan mitos. Dari abad ketiga sebelum masihi, meningkatnya Helenisasi kelas ke atas Rom yang dikenal pasti sebagai padanan dari dewi Greek Aphrodite. Venus merupakan pasangan kekasih kepada Mars. Planet Venus dinamakan sempena namanya kerana planet itu merupakan planet yang paling cantik.

3. EARTH - (PLANET BUMI)
Earth merupakan nama lain kepada Dewi Gaia, iaitu Dewi yang menjaga alam semesta dan memberi kemakmuran serta kehidupan. Kemungkinan, nama tersebut diberikan kepada planet tempat kita bermukim ini kerana di sini merupakan tempat yang memiliki sumber kehidupan yang sangat penting iaitu air. Gaia itu bermakna tanah atau Bumi. Gaia merupakan primordial dewi di kuil dewa-dewi Greek kuno dan dianggap sebagai Ibu Dewi atau Dewi Agung. Dia setara di dalam kuil dewa-dewi Romawi iaitu Terra Mater atau Tellus. Romawi, tidak seperti orang-orang Greek, tidak konsisten di dalam membezakan Dewi Bumi (Tellus) dengan Dewi Gandum (Ceres).

4. MARS - (PLANET MARIKH)
Mars adalah nama kepada dewa perang Romawi, iaitu putera Juno dan Jupiter, suami kepada Bellona dan kekasih Venus. Ia adalah yang paling menonjol daripada tentera dewa yang disembah oleh legion Romawi. Romawi menganggapnya sebagai kedua terpenting selepas Jupiter (dewa utama mereka). Festivalnya diadakan pada bulan Mac (yang dinamakan sempena nama dewa perang tersebut) dan juga bulan Oktober. Tidak seperti Greek, Mars umumnya dihormati dan menyaingi Jupiter sebagai dewa yang paling dihormati. Ia juga merupakan dewa yang menyelia bandar Rom. Ia dianggap sebagai ayah legenda pengasas Rom iaitu Romulus, yang dipercayai bahawa semua orang Romawi adalah berketurunan Mars. Perang merupakan identik dengan darah yang berwarna merah. Maka planet Mars dinamakan sempena namanya kerana planet tersebut berwarna kemerah-merahan.

5. JUPITER - (PLANET MUSYTARI)
Di dalam mitologi bangsa Romawi, Jupiter atau Jove dikenali sebagai dewa langit dan guruh dan merupakan raja kepada para dewa yang lain. Ia juga dikenali sebagai Zeus di dalam kuil para dewa Greek.
Sebagai dewa pelindung Rom purba, ia memerintah di atas hukum dan susunan sosial. Ia juga merupakan ketua kepada dewa Capitoline Triad, dengan saudara / isteri Juno. Jupiter juga adalah ayah kepada dewa Mars dengan Juno. Oleh kerana itu, Jupiter merupakan datuk kepada Romulus dan Remus, iaitu pengasas kepada lagenda Rom. Ia juga merupakan putera kepada Saturn, bersama dengan saudara-saudara Neptune dan Pluto. Planet Jupiter ini dinamakan sempena namanya kerana Raja dewa ini dikatakan bertubuh gergasi, yang bersesuaian dengan bentuk planet tersebut yang merupakan planet yang terbesar di dalam sistem suria kita.

6. SATURN - (PLANET ZUHAL)
Saturn adalah nama kepada dewa Rom pertanian dan tuaian. Pada abad pertengahan ia dikenali sebagai dewa Rom pertanian, keadilan dan kekuatan. Ia memegang sabit di tangan kiri dan seikat gandum di tangan kanannya. Nama ibunya ialah Helen atau Hel.
Ia pertama kali diidentifikasi pada zaman klasik Greek dengan nama dewa Cronus, dan mitologi dari dua dewa yang biasanya dicampurkan. Isteri Saturn ialah Ops (setara Rhea di dalam mitos Romawi). Saturn merupakan ayah kepada Ceres, Jupiter, Veritas, Pluto, dan Neptune. Selain namanya digunakan pada planet Saturn (Zuhal), ia juga digunakan sebagai nama kepada hari iaitu hari 'Saturday' (Sabtu).

7. URANUS - (PLANET URANUS)
Uranus adalah berbentuk Latin Ouranos, iaitu perkataan Greek untuk langit. Di dalam mitologi Greek Ouranos atau bapa langit, ia wujud sebagai anak dan suami dari Gaia, Ibu Bumi (Hesiod dan Theogony). Uranus dan Gaia adalah nenek moyang dari sebahagian besar dewa-dewi Greek, tetapi tidak ada kultus yang ditujukan langsung kepada Uranus selamat ke masa klasik. Kebanyakan bangsa Greek menganggap Uranus sebagai primordial (protogenos), dan tidak memberinya asal-usul. Di bawah pengaruh para ahli falsafah, Cicero di dalam De Natura Deorum (The Nature Of The Gods), ia mendakwa bahawa ia adalah keturunan daripada dewa-dewi kuno Aether dan Hemera, Udara dan Hari. Menurut Nyanyian Rohani Orphic, Uranus adalah putera personifikasi malam, Nyx. Persamaannya di dalam mitologi Romawi iaitu Caelus, ia juga daripada caelum iaitu perkataan latin untuk 'langit'.

8. NEPTUNE - (PLANET NAPTUNE)
Neptune di dalam bahasa latin ialah Neptunus yang merupakan dewa air dan laut di dalam mitologi Romawi dan juga saudara kandung kepada Jupiter dan Pluto. Ia adalah seiringan tetapi tidak identik dengan Poseidon iaitu dewa di dalam mitologi Greek. Di dalam konsep Rom, Neptune berhutang besar kepada dewa Etruscan Nethuns. Untuk beberapa waktu, ia dipasangkan dengan Salacia, iaitu dewi air garam. Neptune juga berkaitan dengan air segar sebagai lawan kepada Oceanus, iaitu dewa dunia laut. Seperti Poseidon, Neptune juga disembah oleh orang-orang Romawi sebagai dewa kuda, di bawah nama 'Neptune Equester' sebagai pelindung pacuan kuda.
Planet Neptune mempunyai lautan air yang sangat luas, sesuai dengan nama Dewa Neptune iaitu Dewa air dan lautan.

9. PLUTO - (PLANET PLUTO)
Pluto adalah nama kepada dewa dari dunia bawah tanah dan kekayaan. Namanya adalah berbentuk Latin Greek iaitu  Πλούτων (Ploutōn), dan nama lain yang digunakan ialah Hades yang dikenali di dalam mitologi Greek, yang berkemungkinan berasal daripada perkataan Greek yang memberi maksud kekayaan. Hal ini dipertikaikan sama ada di kuil dewa-dewi Rom, iaitu anak kepada Saturn, dimana Hades adalah daripada Cronus. Jika demikian, ia mungkin menjadi salah satu anak yang diganyang oleh Saturn, bersama-sama dengan Neptune. Jupiter diselamatkan dan disembunyikan dari Saturn oleh Rhea. Mereka bersama-sama mewakili bumi, air dan udara (bukan sebagai elemen tetapi persekitaran).
Pluto juga merupakan Dewa Kematian, Sakit parah dan mereka yang tercedera di dalam pertempuran. Maka planet Pluto dinamakan sempena namanya kerana gelap, sejuk dan merupakan planet yang paling jauh dari matahari.

Diantara dalil-dalil yang menunjukkan bahawa matahari berputar mengelilingi bumi sehingga terjadi pergantian siang dan malam adalah seperti berikut :

Allah Swt berfirman tentang Nabi Ibrahim Alaihissalam akan hujahnya (argumentasi Nabi Ibrahim Alaihissalam) terhadap kaum yang membantahnya tentang Rabb (Ketuhanan) :

(258) أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِى حَآجَّ إِبۡرَٲهِـۧمَ فِى رَبِّهِۦۤ أَنۡ ءَاتَٮٰهُ ٱللَّهُ ٱلۡمُلۡكَ إِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّىَ ٱلَّذِى يُحۡىِۦ وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا۟ أُحۡىِۦ وَأُمِيتُ‌   ۖ   قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَأۡتِى بِٱلشَّمۡسِ مِنَ ٱلۡمَشۡرِقِ فَأۡتِ بِہَا مِنَ ٱلۡمَغۡرِبِ فَبُهِتَ ٱلَّذِى كَفَرَ   ۗ   وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Maksudnya : Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah (dengan sombongnya) membantah Nabi Ibrahim mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata : "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan." Ia menjawab : "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan." Nabi Ibrahim berkata lagi : "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat." Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 258)

Maka keadaan matahari yang didatangkan dari timur adalah merupakan dalil yang zahir (tekstual atau ayat yang tersurat) bahawa matahari berputar mengelilingi bumi, menurut ayat di atas. Allah Swt juga berfirman tentang Nabi Ibrahim Alaihissalam :

(78) فَلَمَّا رَءَا ٱلشَّمۡسَ بَازِغَةً قَالَ هَـٰذَا رَبِّى هَـٰذَآ أَڪۡبَرُ‌   ۖ   فَلَمَّآ أَفَلَتۡ قَالَ يَـٰقَوۡمِ إِنِّى بَرِىٓءٌ مِّمَّا تُشۡرِكُونَ
Maksudnya : Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia : "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar." Setelah matahari terbenam, dia berkata pula : "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya)."
(Surah Al-An'am : Ayat 78)

Allah Swt berfirman :

(17) ۞ وَتَرَى ٱلشَّمۡسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَٲوَرُ عَن كَهۡفِهِمۡ ذَاتَ ٱلۡيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقۡرِضُہُمۡ ذَاتَ ٱلشِّمَالِ وَهُمۡ فِى فَجۡوَةٍ مِّنۡهُ  ۚ  ذَٲلِكَ مِنۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ   ۗ   مَن يَہۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِ‌   ۖ   وَمَن يُضۡلِلۡ فَلَن تَجِدَ لَهُ  ۥ وَلِيًّا مُّرۡشِدًا
Maksudnya : "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada di dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan, dan sesiapa yang disesatkan-Nya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya."
(Surah Al-Kahfi : Ayat 17)

Allah Swt menjadikan yang condong dan menjauh itu adalah matahari, itu adalah dalil bahawa pergerakan itu adalah dari matahari, jika pergerakan itu dari bumi, nescaya Allah Swt berkata : "Gua mereka (permukaan bumi) condong darinya (matahari)!" Begitu pula bahawa penyandaran terbit dan terbenam kepada matahari menunjukkan bahawa mataharilah yang berputar meskipun dilalahnya (hukum dan petunjuknya) lebih sedikit dibandingkan dilalah  firman-Nya, "(condong) dan menjauhi mereka)."

Allah Swt berfirman :

(33) وَهُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّہَارَ وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ‌   ۖ   كُلٌّ فِى فَلَكٍ يَسۡبَحُونَ
Maksudnya : Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan, yang tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat peredaran masing-masing (di angkasa lepas).
(Surah Al-Anbiya' : Ayat 33)

Ibnu Abbas Radhiyallahu'anhu berkata : "Sesungguhnya matahari dan bulan itu sentiasa berputar di dalam suatu garis peredaran seperti alat pemintal."

Allah Swt berfirman :

(54) إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ يُغۡشِى ٱلَّيۡلَ ٱلنَّہَارَ يَطۡلُبُهُ  ۥ حَثِيثًا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَٲتِۭ بِأَمۡرِهِۦۤ   ۗ   أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُ   ۗ   تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Maksudnya : Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Ia bersemayam di atas Arasy, Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, dan (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu segala urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
(Surah Al-A'raf - Ayat 54)

Allah Swt menjadikan malam mengejar siang, dan yang mengejar itu adalah yang bergerak dan sudah maklum bahawa siang dan malam itulah yang mengikuti matahari. Allah Swt berfirman :

(5) خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّ‌   ۖ   يُكَوِّرُ ٱلَّيۡلَ عَلَى ٱلنَّہَارِ وَيُكَوِّرُ ٱلنَّهَارَ عَلَى ٱلَّيۡلِ‌   ۖ   وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ‌   ۖ   ڪُلٌّ يَجۡرِى لِأَجَلٍ مُّسَمًّى   ۗ   أَلَا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفَّـٰرُ
Maksudnya : "Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar, Ia pula yang menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya), dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintah-Nya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun."
(Surah Az-Zumar : Ayat 5)

Firman Allah Swt bahawa "Melingkari malam atau siang" menerangkan kepada kita bahawa memutarkannya seperti tutup serban, yang menunjukkan bahawa ia berputar adalah dari malam dan siang atas bumi. Kalau saja bumi yang berputar atas keduanya (malam dan siang) niscaya Allah berkata: “Dia menutupkan bumi atas malam dan siang”. Dan firman-Nya: “Matahari dan bulan, semuanya berjalan”, menerangkan apa yang terdahulu menunjukkan bahwa matahari dan bulan keduanya berjalan dengan jalan yang sebenarnya (hissiyan makaniyan), karena menundukkan yang bergerak dengan gerakannya lebih jelas maknanya daripada menundukkan yang tetap diam tidak bergerak. Allah Swt berfirman :

(1) وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَٮٰهَا
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang,

(2) وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَٮٰهَا
Dan bulan apabila ia mengiringinya,

(3) وَٱلنَّہَارِ إِذَا جَلَّٮٰهَا
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata,

(4) وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَٮٰهَا
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

(5) وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَٮٰهَا
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya).
(Surah Asy-Shams : Ayat 1 - 5)

Ayat yang bermaksud "Mengiringinya (bulan mengiringi matahari)" adalah datangnya bulan setelah matahari, dan itulah dalil yang menunjukkan bahawasanya setiap masa matahari dan bulan sentiasa berjalan (beredar) mengelilingi bumi. Seandainya bumi yang beredar mengeliligi bulan dan matahari, bulan tidak akan mengiringi matahari, akan tetapi bumi yang mengelilingi matahari dan matahari yang mengelilingi bulan, kerana matahari adalah lebih tinggi daripada bulan. Untuk menyimpulan ayat ini, ianya memerlukan penelitian dan pengamatan yang mendalam. Allah Swt berfirman :

(37) وَءَايَةٌ لَّهُمُ ٱلَّيۡلُ نَسۡلَخُ مِنۡهُ ٱلنَّہَارَ فَإِذَا هُم مُّظۡلِمُونَ
Maksudnya : Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam, Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada di dalam gelap-gelita.

(38) وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِى لِمُسۡتَقَرٍّ لَّهَا  ۚ  ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ
Maksudnya : Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

(39) وَٱلۡقَمَرَ قَدَّرۡنَـٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلۡعُرۡجُونِ ٱلۡقَدِيمِ
Maksudnya : "Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering."

(40) لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّہَارِ  ۚ  وَكُلٌّ فِى فَلَكٍ يَسۡبَحُونَ
Maksudnya : "(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat peredarannya masing-masing."
(Surah Yasin : Ayat 37 - 40).

Penyandaran kata 'Berjalan (beredar)' kepada matahari dan Dia jadikan hal itu sebagai kadar/batas dari Dzat yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui menunjukkan bahwa itu adalah haqiqi (sebenarnya) dengan kadar yang sempurna, yang mengakibatkan terjadinya perbezaan siang dan malam dan batas-batas (waktu). Dan penetapan batas-batas peredaran bulan menunjukkan perpindahannya di garis peredaran tersebut. Jika seandainya bumi yang berputar mengelilingi maka penetapan garis peredaran itu bukannya untuk bulan. Peniadaan bertemunya matahari dengan bulan dan malam mendahului siang menunjukkan pengertian pergerakan muncul dari matahari dan bulan serta malam dan siang. Allah Swt berfirman :

(29) أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَيُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيۡلِ وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ كُلٌّ يَجۡرِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَأَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya : "Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah Luqman : Ayat 29)

Rasulullah Saw berkata kepada Abu Dzar Radhiyallahu'anhu, iaitu salah seorang daripada sahabat baginda, ketika matahari telah terbenam : "Hai Abu Dzar, apakah kamu tahu kemanakah matahari itu pergi (terbenam)?" Abu Dzar Radhiyallahu'anhu menjawab : "Hanya Allah Swt dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Kemudiannya Rasulullah Saw bersabda : "Sesungguhnya ia pergi (matahari terbenam) kemudian bersujud di bawah Arsy (singgasana Tuhan), kemudian ia meminta izin lalu diizinkan baginya, hampir-hampir ia meminta izin lalu tidak diizinkan. Kemudian dikatakan kepadanya : "Kembalilah dari arah kamu datang (terbit)!" Lalu ia terbit dari arah barat (tempat terbenamnya) (ketika terjadi hari kiamat)."
(Hadith Shahih, Muttafaqun 'Alayh)

Perkataan-Nya iaitu "Kembalilah dari arah kamu datang, lalu ia terbit dari tempat terbenamnya", sangatlah jelas sekali bahawa ia (matahari) itulah yang berputar mengelilingi bumi dan dengan perputarannya itulah terjadinya terbit dan terbenam. Hadith-hadith yang banyak menjelaskan tentang penyandaran terbit dan terbenam kepada matahari, maka itu jelas tentang terjadinya hal itu dari matahari, tidak kepada bumi. Dari Abu Dzar Al-Ghifariy Radhiyallahu'anhu, bahawasanya Rasulullah Saw bersabda : "Sesungguhnya matahari itu terbenam dan ia bersujud di bawah 'Arsy Allah Swt. Hampir-hampir saja matahari tidak diizinkan lagi untuk terbit. Maka terbitlah ia dari arah barat!"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Abu Dzar Radhiyallahu'anhu berkata bahawasanya Rasulullah Saw bersabda : "Tahukah kalian ke manakah matahari itu pergi (terbenam)?" Mereka berkata : "Hanya Allah Swt dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Kemudian Rasulullah Saw bersabda : "Sesungguhnya matahari itu pergi beredar (terbenam) sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah 'Arsy (singgasana Allah Swt), lalu ia (matahari) bersujud. Ia (matahari) tetap sentiasa seperti itu sehinggalah dikatakan kepadanya : "Hai matahari, terbitlah! Kembalilah semula seperti engkau datang (terbit)!" Maka ia pun kembali dan terbit dari tempat terbitnya. Kemudian ia beredar sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah 'Arsy, lalu ia bersujud. Ia tetap sentiasa seperti itu sehingga dikatakan kepadanya : "Hai matahari, bangunlah! Kembalilah semula seperti engkau datang (terbit)!" Maka ia pun kembali dan terbit dari tempat terbitnya (timur). Kemudian ia pun beredar sedangkan manusia sedikit pun tidak menganggapnya sesuatu yang aneh darinya sehinggalah ia sampai ke tempat peredarannya di bawah 'Arsy-Nya, lalu dikatakan kepadanya : "Hai matahari, bangunlah, terbitlah dari arah barat!" Maka ia pun terbit dari barat." Rasulullah Saw bersabda : "Tahukah kalian bilakah hal itu akan terjadi? Hal itu terjadi pada ketika tidak bermanfaat lagi iman seseorang itu bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau seseorang itu belum mengusahakan kebaikan di dalam masa imannya (yakni terbitnya matahari dari barat adalah ketika hari kiamat tiba)!"
(Hadith Shahih ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari - 4802, 3199, 7424 dan 7433 dan Muslim - 159, dan ini lafaznya, Ath-Thayyalisi di dalam musnadnya 460, Ahmad di dalam musnadnya - 5/145 dan 152, 165, 177 dan Abu Dawud - 4002, dan At-Tirmidzi - 3227 dan Nasa'i di dalam Sunan Kubra - 11430 dan Al-Baghawi di dalam Syarh Sunnah - 4292, 4293 dan lain-lain lagi. Seluruhnya adalah dari jalur sanad Ibrahim Bin Yazid At-Taimi, dari ayahnya dari Abu Dzar Radhiyallahu'anhu).

Sesungguhnya manusia tidak akan dapat membandingkan ilmu sains dengan Al-Qur'an kerana ianya tidak akan tercapai pada akal manusa, tetapi tiada yang mustahil bagi Allah Swt.

Wallahu Muwaffiq...