Rabu, 21 Februari 2018

FAKTA YANG MENGGEMPARKAN DI SEBALIK KELUARGA SAUD DAR'IYYAH.

Pada tahun 1960an, radio Sawtul Araby di Kaherah, Mesir dan pemancar radio di San'a, Yaman telah membuktikan bahawa nenek moyang keluarga Saud Dar'iyyah (Imam Muhammad Ibn Al-Saud Dar'iyyah) adalah berketurunan Yahudi. Bahkan Raja Faisal tidak boleh menyanggah kenyataan itu ketika menyatakan kepada 'The Washington Post' Pada 17 September 1969 dengan mengatakan : "Kami (keluarga Saud) adalah keluarga Yahudi. Kami sepenuhnya tidak bersetuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhan kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan aman dan damai. Negeri kami Saudi Arabia adalah merupakan sumber awal Yahudi dan nenek moyangnya, lalu menyebar keseluruh dunia." Demikianlah deklarasi Raja Faisal Al-Saud Ibn Abdul Aziz.

Dinasti kekeluargaan Al-Saud Dar'iyyah bermula pada tahun 1175 Hijrah/1744 Masihi, yang diasaskan oleh Imam Muhammad Ibn Al-Saud di Ad-Dar'iyyah yang terletak di kawasan sebelah barat di Najdi (Riyadh). Beliau bersama-sama dengan tokoh agama pembaharuan Islam, Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab Bin Sulaiman Bin Ali Bin Musyarraf Al-Tamim An-Najdi mengasaskan fahaman Al-Wahabiyyah. Mereka bergerak dan menyatakan dakwah menuju kemuliaan Tauhid kepada Allah Swt, mencegah perbuatan bid'ah dan kurafat, dengan kembali kepada ajaran para Salafussoleh dan berpegang teguh kepada dasar-dasar Islam yang lurus berpandukan Al-Qur'an dan Hadith.

Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab Bin Sulaiman Bin Ali Bin Musyarraf adalah dari susur galur keturunan kabilah dari Bani Tamim. Hasil daripada kerjasama tersebut, Imam Muhammad Ibn Al-Saud Dar'iyyah dengan Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab yang mahu kembali kepada ajaran Islam, menyebarkan Tauhid yang baru yang telah didoktrinkan menerusi kekuatan pedang pada tahun 1744 masihi. Persoalannya, mengapa Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab dan Imam Muhammad Ibn Al-Saud Dar'iyyah menggunakan pengaruh politik untuk mengembangkan aliran ini dengan menggunakan 'Doktrin Pedang' pada panji-panji mereka? Ini adalah kerana aliran ini telah mendapat pertentangan daripada sebahagian besar para ulama' Ahul Sunnah Wal Jamaah yang menolak dengan apa yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab, pengasas fahaman Al-Wahabiyyah pada kurun ke 12.

Bagi pandangan Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab, sesiapa sahaja yang tidak mahu menerima pembaharuan ini, maka darahnya halal di bunuh. Pembahagian Tauhid 3 iaitu Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma Wa Sifat menjadi doktrin utama bagi aliran Al-Wahabiyyah sehingga para ulama' pada zamannya terpaksa menolak beliau dengan menghasilkan beberapa kitab termasuk abangnya sendiri iaitu Syeikh Sulaiman Ibn Abdul Wahab. Di antara sebab kitab-kitab ini menolak pembahagian Tauhid tersebut adalah kerana ia mudah mengkafirkan umat Islam yang mendukung akidah Imam Abu Hasaan Al-Asya'ari Rahmatullah (Al-Asya'ariah) dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi Rahmatullah (Al-Maturidiyyah) yang muncul pada kurun ke 4 iaitu pada 260 Hijrah di Basrah, Iraq.

1. Fasl Al-Khitab Fi Radd 'Ala Muhammad Ibn Abdul Wahab oleh Syeikh Sulaiman Ibn Abdul Wahab.

2. As- Sowa'qul Liahiyyah Fi Raddi 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab.

3. Ad-Durarus Saniyah Fi Al-Raddi 'Ala Al-Wahabiyyah Oleh Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, yang juga digelar oleh para penyokong wahabi sebagai Ulama' Sufi penyembah kubur!

4. Fitnah Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.

5. Khulastul Kalam Fi Bayani 'Umara Al- Haram karangan oleh Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.

6. Saif Al-Jabbar oleh Syeikh Fadhlur Rasul Al-Aqwal Al-Mardiyyah Fi Al-Raddi 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Al-Faqih 'Atha 'Al-Kasam Al-Dimashqi Al-Hanafi.

7. Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Abu Hafs Umar Al-Mahjub.

8. Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Sholeh Al-Kuwaisy Al-Tunisi.

9. Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Muhammad Sholeh Al-Zamzami Al-Syafie.

10. Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Ibrahim Ibn Abdul Qadir Al-Tarabulasi Al-Riyahi Al-Tunisi.

11. Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Al-Makhdum Al-Mahdi.

12. Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Qadhi Jama'ah di Maghribi, Syeikh Ibn Kiran Syeikh Ismail Al-Tamimi Al-Maliki.

13. Ar-Radd 'Ala Abdul Wahab Al-Syafie Al-Ahmadi Al-Makki.

14. At-Taudhiih 'Ala Al-Khallaq Fi jawab ahli Al-Iraq 'Ala Muhammad Ibn Abdul Wahab, karangan oleh Syeikh Abdullah Afendi Al-Rawi.

15. Al-Haqiqah Al-Islamiyyah Fi Ar-Raddi 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Abdul Ghani Ibn Sholeh Hamdah.

16. Ad-Dalil kafi Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Misbah Ibn Muhammad Syabqalu Al-Beiruti.

17. Al-Haq Al-Mubin Fi Ar-Dadd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Ahmad Sa'id Al-Faruqi Al-Sirhindi Al-Naqsyabandi.

18. Al-Haqaiq Al-Islamiyah Fi Radd 'Ala Faruqi Al-Sirhindi Al-Naqsyabandi.

19. Ar-Radd 'Ala Muhammad Ibn Abdul Wahab Syeikh Abdullah Al-Qudumi Al-Hanbali Al-Nablusi.

20. Ar-Radd 'Ala Muhammad Ibn Abdul Wahab Syeikh Abdullah Al-Qudumi Al-Hambali.

21. Risalah Fi Musyajrah Baina Ahl Makkah Wa Ahl Nadj Fil 'Aqidah oleh Syeikh Muhammad Ibn Nasir Al-Hazimi Al-Yamani.

23. Sa'adah Ad-Darain Fi Radd 'Ala Firqatain Al-Wahabiyyah Wa Muqallidah Al-Zhahiriyyah oleh Syeikh Ibrahim Ibn Uthman Bin Muhammad Al-Samhudi Al-Manshuri Al-Misri.

24. Al-Saif Al-Batir Li 'Unuq Al-Munkir 'Ala Akhabir oleh Al-Habib 'Alwi Bin Ahmad Bin Hasan Bin Quthubul Irsyad Al-Habib 'Abdullah Bin 'Alwi Al-Haddad.

Adakah para ulama' Ahul Sunnah Wal Jamaah memfitnah Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab dengan sesuatu yang tidak ada asal-usul periksanya?

Golongan ini mendapat pertentangan yang hebat daripada para ulama' Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang terdiri daripada pelbagai mazhab Fiqah dan 2 mazhab akidah terbesar umat Islam, Al-Asya'ariah dan Al-Maturidiyyah. Menjelang tahun 1902, Abdul Aziz berjaya mendapat sokongan daripada pihak British dan kabilah dari Najdi yang beraliran Al-Wahabiyyah dan seterusnya berjaya menguasai Jazirah Arab. Pada tahun 1913, mereka berjaya menguasai Kota Makkah dan Kota Madinah Al-Munawarah daripada Syarif Makkah iaitu Syarif Hussein Bin Ali, iaitu pemegang yang membelot kepada kerajaan Bani Uthmaniyyah di Hijjaz. Pada tahun 1925 dan 1932, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Hijjaz dan seterusnya tertubuhlah negara Arab Saudi. Pada tahun 1938, Raja Abdul Aziz dan pihak British berjaya menemui telaga minyak dan menjadikannya sumber pendapatan kepada negara Arab Saudi. Namun hasil minyak mentah tersebut yang di bawah pengurusan syarikat Arabian American Oil Company (Aramco) telah dikuasai oleh pihak British dan menyerahkannya kepada Amerika Syarikat. Dari saat itulah tertubuhnya syarikat minyak antarabangsa seperti Shell. Persoalannya, siapakah pemilik sebenar syarikat Arabian American Oil Company (Aramco)?

Raja Abdul Aziz memiliki seramai 45 orang anak lelaki. Kemudian Raja Saud pula menggantikan pengasas pentadbiran diraja tersebut ketika kemangkatan Raja Abdul Aziz pada tahun 1953 dan keturunan mereka terus berkuasa di Hijjaz sehingga kini yang diterajui oleh Raja Salman Bin Raja Abdul Aziz. Adakah Dinasti kekeluargaan ini bakal berakhir?

Terdapat beberapa hadith yang menyebutkan tentang peristiwa fitnah yang berlaku ke atas umat Rasulullah Saw seperti yang telah disabdakan oleh Baginda sejak 1400 tahun dahulu. Hadith daripada Saiyidina Ibnu Umar Radiyallahu'anhu, bahawa Rasulullah Saw pernah berdoa : "Ya Allah, berilah kami barakah pada negeri Syam. Ya Allah, berilah kami barakah pada negeri Yaman."
Sahabat bertanya : "Termasuk Najdi?"
Kemudian Rasulullah Saw berdoa lagi : "Ya Allah, berilah kami barakah pada negeri Syam, Ya Allah berilah kami barakah pada negeri Yaman." Seorang Sahabat mencelah : "Najdi?"
Baginda berdoa lagi : "Ya Allah, berilah kami barakah pada negeri Syam. Ya Allah, berilah kami barakah pada negeri Yaman.
Sesungguhnya akan keluar dari arah sana (Najdi), iaitu terjadinya gempa goncangan fitnah dan huru-hara dan disana juga munculnya dua tanduk syaitan."
(Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari)

Hadith ini direkodkan oleh Imam Ibnu Majah Rahmatullah, daripada Sayyidina Ats-Tsauban Radhiyallahu'anhu. Telah menceritakan kepada kami Muhammad Bin Yahya dan Ahmad Bin Yusuf, keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Abdurazaq daripada Sufyan At-Tsauri, daripada Khalid Bin Al-Khadza, daripada Abu Qilabah, daripada Abu Asma Ar Rahabi, daripada Sayyidina Ats-Tsauban Radhiyallahu'anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Saw bersabda : "Akan berlaku perebutan kuasa tiga orang khalifah, kesemuanya anak-anak khalifah. Namun semuanya tidak mendapat apa yang diperebutkan itu. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah timur yang mana pasukan pembawa bendera tersebut melakukan peperangan terhadap kalian dengan cara yang belum pernah dilakukan oleh sesuatu kaum."
Kemudian Rasulullah Saw menyebutkan sesuatu yang tidak aku hafal. Lalu Baginda bersabda : "Apabila kamu melihatnya, maka berjanji setialah kepadanya, meskipun jalan yang harus engkau tempuhi itu dengan cara merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifatullah (Al-Mahdi) yang mendapatkan petunjuk."
(Hadith direkodkan oleh Imam Ibnu Majah No.4084) dan Imam Al-Hakim (Al-Mustadrak 4/510)

Kejatuhan empayar Islam Bani Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924 merupakan pengakhiran pemerintahan khalifah secara Mulkan Adhudhan yang berlangsung sejak sekian lama. Kemudian umat islam masuk pada fasa ke 4, Mulkan Jabbriyyan iaitu pemerintahan secara Zalim sehingga kini.

Hadith daripada Sayyidina Salman Al-Farisi Radhiyallahu'anhu, ia bercerita bahawa masa-masa di antara Isa dan Nabi Muhammad Saw adalah selama 600 tahun." (Hadith direkodkan Al-Bukhari).

Sehingga umur umat Nasrani yang dihitung dari sejak diutuskan Nabi Isa Bin Maryam Alaihissalam sehingga diutuskan Nabi Muhammad Saw adalah 600 tahun.

Perhitungan umat yang terdahulu.
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu'anhu dari Rasulullah Saw (kepadanya), kemudian ia berkata : "Umur Adam adalah 1000 tahun." Kemudian ia berkata : "Antara Adam dengan Nuh adalah 1000 tahun, dan antara Nuh dengan Ibrahim adalah 1000 tahun, dan antara Ibrahim dengan Musa adalah 700 tahun, dan antara Musa dengan Isa adalah 1500 tahun, sedangkan antara Isa dengan Nabi Muhammad Saw adalah 600 tahun."
(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Hakim)

Rasulullah Saw mendoakan kebaikan kepada Sayyidina Abu Musa Al-Asy'ari, Abu Ayoub Al-Ansari dengan Salman Al-Farisi. Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah Saw bahawa : "Ummatku yg benar adalah Al-Jamaah. Al-Jamaah adalah sanadnya akan ditemui dari sahabat Rasulullah Saw iaitu Abu Musa Al-Asy'ari dan Abu Ayoub Al-Ansari melalui anak cucu mereka iaitu Abu Hasan Al-Asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi (keturunan Abu Ayoub), sementelah salman akan ditemui melalui cucu-cicit Rasulullah Saw iaitu keturunan Sayyidina Hussin yang berkahwin dengan keturunan Salman Al-Farisi dan kebetulan pula keturunan Rasulullah Saw menyebarkan Mazhab Ahlulbait melalui Imam Ja'afar Ash-Shadiq yang diteruskan oleh penerusnya iaitu dua orang murid Imam Ja'afar Ash-Shadiq iaitu Imam Nu'man Abu Hanifah dan Imam Malik Ibn Anas. Dasar ini diteruskan pula melalui anak murid Imam Malik iaitu Imam Asy-Syafi'i dan bersambung kepada Imam Ahmad iaitu murid utama Imam Asy-Syafi'i. Bermakna benarlah Mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah datangnya dari dua orang sahabat Rasulullah Saw iaitu dari Abu Musa Al-Asy'ari dan Abu Ayoub Al-Ansari dan Mazhab Ahlulbait pula dari kesinambungan Ahlulbait Rasulullah Saw dan di jaga oleh keturunan Salman Al-Farisi. Mazhab Ahlul Sunnah adalah Mazhab Aqidah Usuludin melalui Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi, sementara Mazhab Fiqh Ibadah pula datangnya dari Mazhab Ahlulbait yang di sambung oleh 4 Imam Mazhab yg terbesar. Maka kita adalah bermazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah Wal Ahlulbait.

Wahabbiyah Wal Salafiyah?
Mereka adalah orang-orang yang tidak bersanad dan sesat yang terputus nikmat Allah Swt kerana mereka memusuhi Al-Jamaah dan Ahlulbait.

Wallahu'alam...

Ahad, 18 Februari 2018

BAB TENTANG ALAM KUBUR / ALAM BARZAKH.

° عَنِ ابْنِ عُمَرَ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: اِنَّ اَحَدَكُمْ اِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِاْلغَدَاةِ وَ اْلعَشِيّ اِنْ كَانَ مِنْ اَهْلِ اْلجَنَّةِ فَمِنْ اَهْلِ اْلجَنَّةِ وَ اِنْ كَانَ مِنْ اَهْلِ النَّارِ فَمِنْ اَهْلِ النَّارِ. يُقَالُ: هذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللهُ اِلَيْهِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ. مسلم (4 : 2199)

Dari Ibnu 'Umar, bahawasanya Rasulullah Saw bersabda : "Sesungguhnya salah seorang di antara kalian apabila meninggal dunia akan diperlihatkan kepadanya tempat duduknya di waktu pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka akan diperlihatkan syurga kepadanya. Dan jika ia termasuk ahli neraka, akan diperlihatkan neraka kepadanya. Lalu dikatakan kepadanya : "Ini adalah tempat mu sehingga Allah Swt membangkitkan kamu kepadanya pada hari qiamat."
(Hadith Riwayat Muslim : Juz 4, Hal. 2199)

° عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ: بَيْنَمَا النَّبِيُّ ص فِى حَائِطٍ لِبَنِى النَّجَّارِ عَلَى بَغْلَةٍ لَهُ وَ نَحْنُ مَعَهُ اِذْ حَادَتْ بِهِ فَكَادَتْ تُلْقِيْهِ وَ اِذَا اَقْبُرٌ سِتَّةٌ اَوْ خَمْسَةٌ اَوْ اَرْبَعَةٌ. (قَالَ: كَذَا كَانَ يَقُوْلُ اْلجُرَيْرِيُّ) فَقَالَ: مَنْ يَعْرِفُ اَصْحَابَ هذِهِ اْلاَقْبُرِ فَقَالَ رَجُلٌ: اَنَا. قَالَ: فَمَتَى مَاتَ هؤُلاَءِ. قَالَ: مَاتُوْا فِى اْلاِشْرَاكِ. فَقَالَ: اِنَّ هذِهِ اْلاُمَّةَ تُبْتَلَى فِى قُبُوْرِهَا فَلَوْلاَ اَنْ لاَ تَدَافَنُوْا لَدَعَوْتُ اللهَ اَنْ يُسْمِعَكُمْ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ الَّذِى اَسْمَعُ مِنْهُ، ثُمَّ اَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ. فَقَالَ: تَعَوَّذُوْا بِاللهِ مِنْ عَذَابِ النَّارِ. قَالُوْا: نَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ عَذَابِ النَّارِ. فَقَالَ: تَعَوَّذُوْا بِاللهِ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ. قَالُوْا: نَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ. قَالَ: تَعَوَّذُوْا بِاللهِ مِنَ اْلفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَ مَا بَطَنَ. قَالُوْا: نَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ اْلفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَ مَا بَطَنَ. قَالَ: تَعَوَّذُوْا بِاللهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ. قَالُوْا: نَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ. مسلم (4 : 2199)

Dari Zaid Bin Tsabit, ia berkata : "Ketika Nabi Muhammad Saw berada di kebun banu Najjar dengan mengendarai baghal dan kami bersama baginda, tiba-tiba baghal tersebut berbelok dan berlari kencang sehingga hampir-hampir melemparkan baginda, lalu berhenti. Dan ternyata di situ ada enam, lima atau empat pusara (demikian yang dikatakan oleh Al-Jurairi). Lalu Nabi Muhammad Saw bersabda : "Siapa yang mengenali penghuni kubur ini?" Lalu ada seorang sahabat yang menjawab : "Aku". Baginda bertanya lagi : "Kapan mereka itu meninggal?" Sahabat tadi menjawab : "Mereka itu meninggal di dalam kemusyrikan." Nabi Muhammad Saw bersabda : "Sesungguhnya umat ini akan di uji di dalam kuburnya. Sekiranya aku tidak khuatir bahawa kalian akan takut mengubur (mayat), tentu aku berdoa kepada Allah Swt agar Allah Swt memperdengarkan seksa kubur kepada kalian sebagaimana yang aku dengar." Kemudian baginda menghadap kepada kami lalu bersabda : "Mohonlah perlindungan kepada Allah Swt dari seksa neraka!" Lalu para sahabat pun berdoa : "Kami berlindung kepada Allah Swt dari seksa neraka." Baginda bersabda lagi : "Mohonlah perlindungan kepada Allah Swt dari seksa kubur!" Lalu para sahabat berdoa : "Kami berlindung kepada Allah Swt dari seksa kubur." Baginda bersabda lagi : "Mohonlah perlindungan kepada Allah Swt dari fitnah-fitnah yang tampak mahu pun yang tersembunyi!" Lalu para sahabat berdoa : "Kami berlindung kepada Allah Swt dari fitnah-fitnah yang tampak dan yang tersembunyi." Baginda bersabda lagi : "Mohonlah perlindungan kepada Allah Swt dari fitnah Dajjal!" Para sahabat berdoa : "Kami berlindung kepada Allah Swt dari fitnah Dajjal."
(Hadith Riwayat Muslim : Juz. 4, Hal. 2199)

° اِنَّ لِلْقَبْرِ ضَغْطَةً لَوْ كَانَ اَحَدٌ مِنْهَا نَاجِيًا لَنَجَا مِنْهَا سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ. احمد و ابن جرير

Sesungguhnya kubur itu mempunyai himpitan. Seandainya ada orang yang terlepas daripadanya, nescaya terlepaslah Sa'ad Bin Mu'dz daripadanya.
(Hadith Riwayat Ahmad Dan Ibnu Jarir)

° لَوْ نَجَا مِنْ ضَمَّةِ اْلقَبْرِ اَحَدٌ لَنَجَا سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ وَ لَقَدْ ضُمَّ ضَمَّةً ثُمَّ اُرْخِيَ عَنْهُ. الترمذى و الطبرانى و البيهقى

Seandainya ada seorang yang dapat terselamat daripada himpitan kubur, nescaya terselamatlah Sa'ad Bin Mu'adz. Sesungguhnya ia telah di himpit dengan suatu himpitan, kemudian dikendurkan daripadanya.
(Hadith Riwayat Tirmidzi, Thabrani Dan Baihaqi)

° وَ اِنَّ ضَغْطَةَ اْلقَبْرِ عَلَى اْلمُؤْمِنِ كَاْلاُمّ الشَّفِيْقَةِ يَشْكُوْ اِلَيْهَا ابْنُهَا الصُّدَاعَ فَتَغْمَزُ رَأْسَهُ غَمْزًا رَفِيْقًا وَ لكِنْ يَـا عَائِشَةُ وَيْلٌ لِلشَّاكّيْنَ فِى اللهِ كَيْفَ يُضْغَطُوْنَ فِى قُبُوْرِهِمْ كَضَغْطَةِ الصَّخْرَةِ عَلَى اْلبَيْضَةِ. البيهقى و الديلمى

Sesungguhnya himpitan kubur ke atas mukmin itu, seperti ibu yang penyayang, yang anaknya mengadu sakit kepala kepadanya, lalu di picit olehnya dengan picitan yang lembut. Tetapi, ya 'Aisyah! Celakalah orang-orang yang syak tentang Allah Swt! Dengan amat dahsyat akan di himpit mereka itu di kubur-kubur mereka, sebagaimana himpitan batu gunung yang besar ke atas sebutir telur.
(Hadith Riwayat Baihaqi Dan Dailami)

° عَنْ اَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ نَبِيُّ اللهِ ص: اِنَّ اْلعَبْدَ اِذَا وُضِعَ فِى قَبْرِهِ وَ تَوَلَّى عَنْهُ اَصْحَابُهُ، اِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ. قَالَ: يَأْتِيْهِ مَلَكَاِن فَيُقْعِدَانِهِ فَيَقُوْلاَنِ لَهُ. مَا كُنْتَ تَقُوْلُ فِى هذَا الرَّجُلِ؟ قَالَ: فَاَمَّا اْلمُؤْمِنُ فَيَقُوْلُ: اَشْهَدُ اَنَّهُ عَبْدُ اللهِ وَ رَسُوْلُهُ. قَالَ: فَيُقَالُ لَهُ: اُنْظُرْ اِلَى مَقْعَدِكَ مِنَ النَّارِ قَدْ اَبْدَلَكَ اللهُ بِهِ مَقْعَدًا مِنَ اْلجَنَّةِ. قَالَ نَبِيُّ اللهِ ص: فَيَرَاهُمَا جَمِيْعًا. قَالَ قَتَادَةُ: وَ ذُكِرَ لَنَا اَنَّهُ يُفْسَحُ لَهُ فِى قَبْرِهِ سَبْعُوْنَ ذِرَاعًا وَ يُمْـَلأُ عَلَيْهِ خَضِرًا اِلَى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ . مسلم (4 : 2200)

Dari Anas Bin Malik, ia berkata, Nabi Muhammad Saw bersabda : "Sesungguhnya seorang hamba jika diletakkan di dalam kuburnya dan teman-temannya sudah meninggalkannya, ia mendengar suara sandal mereka. Kemudian ia didatangi dua malaikat, lalu mendudukkannya dan bertanya : "Apa pendapatmu tentang laki-laki ini (Nabi Muhammad Saw)?" Adapun orang mukmin akan menjawab : "Aku bersaksi bahawa dia hamba Allah Swt dan utusan-Nya." Maka dikatakan kepadanya : "Lihatlah tempat mu di neraka, Allah Swt telah menggantikannya dengan tempat mu di Syurga". Maka ia dapat melihat kedua-duanya." Qatadah berkata : "Dan disebutkan kepada kami bahawasanya mayat itu diluaskan kuburnya seluas 70 hasta dan dipenuhi kuburnya dengan kenikmatan sehingga hari mereka dibangkitkan. (Hadith Riwayat Muslim : Juz. 4, Hal. 2200)

° عَنْ اَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِنَّ اْلمَيّتَ اِذَا وُضِعَ فِى قَبْرِهِ اِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ اِذَا انْصَرَفُوْا. مسلم (4 : 2201)

Dari Anas Bin Malik, ia berkata, Rasulullah Saw bersabda : "Sesungguhnya orang yang mati ketika diletakkan di dalam kuburnya, ia masih mendengar suara sandal orang-orang yang melawatnya ketika mereka pergi meninggalkannya." (Hadith Riwayat Muslim : Juz. 4, Hal. 2201)

° عَنْ اَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رض اَنَّهُ حَدَّثَهُمْ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: اِنَّ اْلعَبْدَ اِذَا وُضِعَ فِى قَبْرِهِ وَ تَوَلَّى عَنْهُ اَصْحَابُهُ وَ اِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ اَتَاهُ مَلَكَانِ فَيُقْعِدَانِهِ فَيَقُوْلاَنِ: مَا كُنْتَ تَقُوْلُ فِى هذَا الرَّجُلِ لِمُحَمَّدٍ ص؟ فَاَمَّا اْلمُؤْمِنُ فَيَقُوْلُ: اَشْهَدُ اَنَّهُ عَبْدُ اللهِ وَ رَسُوْلُهُ. فَيُقَالُ لَهُ: اُنْظُرْ اِلَى مَقْعَدِكَ مِنَ النَّارِ قَدْ اَبْدَلَكَ اللهُ بِهِ مَقْعَدًا مِنَ اْلجَنَّةِ.فَيَرَاهُمَا جَمِيْعًا.قَالَ وَاَمَّا اْلمُنَافِقُ وَاْلكَافِرُ فَيُقَالُ لَهُ: مَا كُنْتَ تَقُوْلُ فِى هذَا الرَّجُلِ؟ فَيَقُوْلُ: لاَ اَدْرِى، كُنْتُ اَقُوْلُ مَا يَقُوْلُ النَّاسُ. فَيُقَالُ: لاَ دَرَيْتَ وَ لاَ تَلَيْتَ؟ وَ يُضْرَبُ بِمَطَارِقَ مِنْ حَدِيْدٍ ضَرْبَةً فَيَصِيْحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيْهِ غَيْرَ الثَّقَلَيْنِ. البخارى (2 : 102)

Dari Anas Bin Malik Radiyallahu'anhu, bahawasanya Rasulullah Saw bersabda : "Sesungguhnya apabila manusia diletakkan di dalam kuburnya, setelah teman-temannya berpaling dan pergi hingga ia mendengar suara sandal mereka, lalu datanglah kedua malaikat mendudukkannya dan bertanya kepadanya : "Apa yang dahulu kamu katakan (ketika di dunia) tentang laki-laki ini, iaitu Nabi Muhammad Saw?" Adapun orang mukmin, maka ia menjawab : "Aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah Swt dan utusan-Nya". Maka dikatakan kepadanya : "Lihatlah tempat dudukmu di neraka, Allah Swt telah menggantikannya dengan tempat duduk mu di syurga." Maka ia melihat kedua-duanya. Ada pun orang munafiq dan kafir ketika ditanya : "Apa yang dahulu kamu katakan tentang laki-laki ini?" Ia akan menjawab : "Saya tidak tahu, saya dahulu mengatakan apa-apa yang dikatakan oleh orang-orang." Maka dikatakan kepadanya : "Kamu tidak tahu dan tidak membaca." Kemudian ia di pukul dengan pemukul dari besi di antara kedua-dua telinganya, lalu ia berteriak sekeras-kerasnya yang di dengar oleh apa yang di dekatnya selain jin dan manusia."
(Hadith Riwayat Bukhari : Juz. 2, Hal. 102)

° عَنْ اَبِى سَعِيْدٍ اْلخُدْرِيِّ رض اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: اِذَا وُضِعَتِ اْلجَنَازَةُ وَ احْتَمَلَهَا الرّجَالُ عَلَى اَعْنَاقِهِمْ فَاِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ قَدّمُوْنِى. وَ اِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ قَالَتْ: يَا وَيْلَهَا، اَيْنَ تَذْهَبُوْنَ بِهَا؟ يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ اِلاَّ اْلاِنْسَانَ وَ لَوْ سَمِعَهُ صَعِقَ. البخارى (2 :87)

Dari Abu Sa'id Al-Khudriy Radiallahu'anhu, bahwasanya Rasulullah Saw bersabda : "Apabila jenazah diletakkan dan orang-orang mengangkatnya di atas pundak mereka, jika jenazah itu baik maka ia berkata : "Ajukanlah saya". Jika jenazah itu tidak baik maka ia berkata : "Wahai celakanya, kemanakah kalian pergi membawa jenazah?". Segala sesuatu mendengarnya kecuali manusia. Seandainya manusia mendengarnya, nescaya ia pengsan."
(Hadith Riwayat Bukhari : Juz. 2, Hal. 87)

° عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: اِذَا خَرَجَتْ رُوْحُ اْلمُؤْمِنِ تَلَقَّاهَا مَلَكَانِ يُصْعِدَانِهَا، قَالَ حَمَّادٌ: فَذَكَرَ مِنْ طِيْبِ رِيْحِهَا وَ ذَكَرَ اْلمِسْكَ، قَالَ: وَ يَقُوْلُ اَهْلُ السَّمَاءِ: رُوْحٌ طَيّبَةٌ جَاءَتْ مِنْ قِبَلِ اْلاَرْضِ صَلَّى اللهُ عَلَيْكِ وَ عَلَى جَسَدٍ كُنْتِ تَعْمُرِيْنَهُ. فَيُنْطَلَقُ بِهِ اِلَى رَبّهِ عَزَّ وَ جَلَّ ثُمَّ يَقُوْلُ: اِنْطَلِقُوْا بِهِ اِلَى آخِرِ اْلاَجَلِ. قَالَ: وَ اِنَّ اْلكَافِرَ اِذَا خَرَجَتْ رُوْحُهُ قَالَ حَمَّادٌ: وَ ذَكَرَ مِنْ نَتْنِهَا وَ ذَكَرَ لَعْنًا وَ يَقُوْلُ اَهْلُ السَّمَاءِ: رُوْحٌ خَبِيْثَةٌ جَاءَتْ مِنْ قِبَلِ اْلاَرْضِ. قَالَ: فَيُقَالُ: اِنْطَلِقُوْا بِهِ اِلَى آخِرِ اْلاَجَلِ. قَالَ اَبُوْ هُرَيْرَةَ: فَرَدَّ رَسُوْلُ اللهِ ص رَيْطَةً كَانَتْ عَلَيْهِ عَلَى اَنْفِهِ هكَذَا. مسلم (4 : 2202)

Dari Abu Hurairah, ia berkata : "Apabila roh orang mukmin keluar, dua malaikat menjemputnya dan membawanya naik." (Hammad berkata : "Abu Hurairah menyebutkan harum baunya seperti minyak wangi.") Dan penghuni langit berkata : "Ini adalah roh yang baik yang datang dari bumi. Semoga Allah Swt memberikan rahmat kepada mu dan kepada jasad yang engkau tempati." Lalu roh itu di bawa ke hadapan Tuhannya 'Azza Wa Jalla, lalu Dia berfirman : "Bawalah ia ke batas yang terakhir (Sidratul Muntaha)." Dan apabila roh orang kafir keluar, (Hammad berkata : "Abu Hurairah menyebutkan busuknya bau roh itu dan ia di laknati.") Kemudian penghuni langit berkata : "Ini adalah roh yang jelek yang datang dari bumi." Kemudian Allah Swt berfirman : "Bawalah ia ke tempat terakhir (ke Sijjin)." Abu Hurairah berkata : "Lalu Rasulullah Saw menutupkan kain tipis ke hidungnya demikian."
(Hadith Riwayat Muslim : Juz. 2, Hal. 2202)

° عَنِ اْلبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ عَنِ النَّبِيّ ص قَالَ: ( يُثَبّتُ اللهُ الَّذِيْنَ امَنُوْا بِاْلقَوْلِ الثَّابِتِ ) قَالَ: نَزَلَتْ فِى عَذَابِ اْلقَبْرِ فَيُقَالُ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ؟ فَيَقُوْلُ رَبّيَ اللهُ وَ نَبِيّى مُحَمَّدٌ ص. فَذلِكَ قَوْلُهُ عَزَّ وَجَلَّ: ( يُثَبّتُ اللهُ الَّذِيْنَ امَنُوْا بِاْلقَوْلِ الثَّابِتِ فِى اْلحَيوةِ الدُّنْيَا وَ فِى اْلاخِرَةِ ). مسلم (4 : 2201)

Dari Baraa' Bin 'Aazib, dari Rasulullah Saw, baginda membaca 'Yutsabbitull Loohul Ladziina Aamanuu Bil Qoulits Tsaabit' (Allah Swt meneguhkan iman orang-orang mukmin dengan ucapan yang teguh - Surah Ibrahim : Ayat 27), lalu baginda bersabda : "Ayat ini diturunkan mengenai seksa kubur." Ditanyakan kepada orang mukmin : "Siapakah Tuhan mu?" Ia menjawab : "Tuhan ku ialah Allah Swt, dan Nabi ku Muhammad Saw." Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah Swt : "Allah Swt meneguhkan iman orang-orang mukmin dengan ucapan yang teguh di dalam kehidupan dunia dan akhirat." (Hadith Riwayat Muslim : Juz. 4, Hal. 2201)

° عَنْ اَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كُنَّا مَعَ عُمَرَ بَيْنَ مَكَّةَ وَ اْلمَدِيْنَةِ فَتَرَاءَيْنَا اْلهِلاَلَ وَ كُنْتُ رَجُلاً حَدِيْدَ اْلبَصَرِ فَرَاَيْتُهُ وَ لَيْسَ اَحَدٌ يَزْعُمُ اَنَّهُ رَآهُ غَيْرِى. قَالَ: فَجَعَلْتُ اَقُوْلُ لِعُمَرَ: اَمَا تَرَاهُ؟ فَجَعَلَ لاَ يَرَاهُ. قَالَ: يَقُوْلُ عُمَرُ: سَاَرَاهُ وَ اَنَا مُسْتَلْقٍ عَلَى فِرَاشِى ثُمَّ اَنْشَأَ يُحَدّثُنَا عَنْ اَهْلِ بَدْرٍ. فَقَالَ: اِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَ كَانَ يُرِيْنَا مَصَارِعَ اَهْلِ بَدْرٍ بِاْلاَمْسِ يَقُوْلُ: هذَا مَصْرَعُ فُلاَنٍ غَدًا، اِنْ شَاءَ اللهُ، قَالَ فَقَالَ عُمَرُ. فَوَ الَّذِى بَعَثَهُ بِاْلحَقّ مَا اَخْطَئُوا اْلحُدُوْدَ الَّتِى حَدَّ رَسُوْلُ اللهِ ص. قَالَ: فَجُعِلُوْا فِى بِئْرٍ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ فَانْطَلَقَ رَسُوْلُ اللهِ ص حَتَّى انْتَهَى اِلَيْهِمْ فَقَالَ: يَا فُلاَنَ بْنَ فُلاَنٍ وَ يَا فُلاَنَ بْنَ فُلاَنٍ هَلْ وَجَدْتُمْ مَا وَعَدَكُمُ اللهُ وَ رَسُوْلُهُ حَقًّا؟ فَاِنّى قَدْ وَجَدْتُ مَا وَعَدَنِى اللهُ حَقًّا. قَالَ عُمَرُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ كَيْفَ تُكَلّمُ اَجْسَادًا لاَ اَرْوَاحَ فِيْهَا؟ قَالَ: مَا اَنْتُمْ بِاَسْمَعَ لِمَا اَقُوْلُ مِنْهُمْ غَيْرَ اَنَّهُمْ لاَ يَسْتَطِيْعُوْنَ اَنْ يَرُدُّوْا عَلَيَّ شَيْئًا. مسلم (4 : 2202)

Dari Anas Bin Malik, ia berkata : "Dahulu kami berada di antara Makkah dan Madinah bersama 'Umar. Kami berusaha melihat bulan (tanggal muda), sedangkan aku orang yang berpenglihatan tajam, maka aku dapat melihatnya, dan tidak ada seorang pun yang menyangka bahawa selain aku dapat melihatnya. Kemudian aku berkata kepada 'Umar : "Apakah kamu dapat melihatnya?" Ternyata ia tidak melihatnya, lalu 'Umar berkata : "Aku akan melihatnya dengan berbaring di atas pembaringanku." Kemudian ia mulai bercerita kepada kami tentang Ahli Badr, katanya : "Sesungguhnya Rasulullah Saw dahulu pernah menunjukkan kepada kami tempat-tempat terbunuhnya Ahli Badr sebelum terjadi. Sabda baginda : "Ini tempat terbunuhnya si fulan esok, Insya'allah." 'Umar berkata : "Demi Tuhan yang telah mengutusnya dengan haq, mereka (yang terbunuh) tidak melampaui batas-batas tempat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw. Kemudian mereka dimasukkan ke dalam sumur, bertumpuk-tumpuk, setelah itu baginda menuju ke tempat mereka, lalu bersabda : "Hai si fulan bin fulan, hai fulan bin fulan, apakah kamu telah mendapatkan apa yang pernah dijanjikan oleh Allah Swt dan Rasul-Nya dengan nyata? Sesungguhnya aku telah mendapatkan apa yang pernah dijanjikan oleh Allah Swt kepada ku dengan nyata." 'Umar berkata : "Ya Rasulullah Saw, bagaimana engkau berbicara dengan jasad-jasad yang tidak mempunyai roh?" Baginda bersabda : "Kamu tidak lebih mendengar daripada mereka akan apa yang aku katakan, hanya saja mereka tidak dapat menjawab kepada ku sedikitpun."
(Hadith Riwayat Muslim : Juz. 4, Hal. 2202)

Nota : Ini hanyalah sebahagian keadaan di mana setiap orang yang hidup pasti akan melaluinya.

Wallahu'alam...

BAB TENTANG MEMERANGI KAUM KHAWARIJ


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ الْأَشَجُّ جَمِيعًا عَنْ وَكِيعٍ قَالَ الْأَشَجُّ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ خَيْثَمَةَ عَنْ سُوَيْدِ بْنِ غَفَلَةَ قَالَ قَالَ عَلِيٌّ إِذَا حَدَّثْتُكُمْ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَأَنْ أَخِرَّ مِنْ السَّمَاءِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَقُولَ عَلَيْهِ مَا لَمْ يَقُلْ وَإِذَا حَدَّثْتُكُمْ فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ فَإِنَّ الْحَرْبَ خَدْعَةٌ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ سَيَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ أَحْدَاثُ الْأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ نَافِعٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ كِلَاهُمَا عَنْ الْأَعْمَشِ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ ح و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَأَبُو كُرَيْبٍ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ قَالُوا حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ كِلَاهُمَا عَنْ الْأَعْمَشِ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَلَيْسَ فِي حَدِيثِهِمَا يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ

Di akhir zaman nanti, akan muncul suatu kaum yang umur mereka masih muda belia dan akal mereka pun masih bodoh. Mereka mengatakan sesuatu yang baik (namun untuk tujuan keburukan). Mereka juga membaca Al-Qur'an, namun tidak sampai melewati batas kerongkongan. Mereka keluar dari Din Islam sebagaimana meluncurnya anak panah dari busurnya. Maka jika kalian menjumpai mereka, perangilah. Kerana bagi yang membunuh mereka akan mendapatkan pahala di sisi Allah Swt pada hari kiamat kelak. Dan telah menceritakan kepada kami Ishaq Bin Ibrahim, telah mengkhabarkan kepada kami Isa Bin Yunus - di dalam jalur lain - Dan telah menceritakan kepada kami Muhammad Bin Abu Bakar Al-Muqaddami dan Abu Bakar Bin Nafi, kedua-duanya berkata, telah menceritakan kepada kami Abdurrahman Bin Mahdi, telah menceritakan kepada kami Sufyan keduanya dari Al-A'masy dengan isnad ini semisalnya. Telah menceritakan kepada kami Utsman Bin Abu Syaibah, telah menceritakan kepada kami Jarir - di dalam jalur lain - Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar Bin Abu Syaibah dan Abu Kuraib dan Zuhari Bin Nafi', mereka berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah keduanya dari Al-A'masy dengan Isnad ini, dan di dalam hadith keduanya tidak terdapat ungkapan, 'Mereka keluar dari Din Islam sebagaimana meluncurnya anak panah dari busurnya'.
(Hadith Riwayat Muslim, No.1771)

و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ وَحَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ ح و حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ ح و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَاللَّفْظُ لَهُمَا قَالَا حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ عَبِيدَةَ عَنْ عَلِيٍّ قَالَ ذَكَرَ الْخَوَارِجَ فَقَالَ فِيهِمْ رَجُلٌ مُخْدَجُ الْيَدِ أَوْ مُودَنُ الْيَدِ أَوْ مَثْدُونُ الْيَدِ لَوْلَا أَنْ تَبْطَرُوا لَحَدَّثْتُكُمْ بِمَا وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ يَقْتُلُونَهُمْ عَلَى لِسَانِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قُلْتُ آنْتَ سَمِعْتَهُ مِنْ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِي وَرَبِّ الْكَعْبَةِ إِي وَرَبِّ الْكَعْبَةِ إِي وَرَبِّ الْكَعْبَةِ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ عَبِيدَةَ قَالَ لَا أُحَدِّثُكُمْ إِلَّا مَا سَمِعْتُ مِنْهُ فَذَكَرَ عَنْ عَلِيٍّ نَحْوَ حَدِيثِ أَيُّوبَ مَرْفُوعًا

Menyebut tentang kaum Khawarij dan berkata, di antara mereka ada seorang laki-laki yang pendek tangannya. Dan kalaulah kalian tidak akan sombong, nescaya aku akan menceritakan kepada kalian tentang janji apa yang akan diberikan oleh Allah Swt bagi sesiapa yang membunuhnya, yakni berdasarkan hadith dari lisan Nabi Muhammad Saw. Aku bertanya : "Apakah anda mendengarnya Dari Nabi Muhammad Saw?  Ali menjawab : "Ya, demi Rabb-nya Ka'bah. Ya, demi Rabb-nya Ka'bah. Ya, demi Rabb-nya Ka'bah." Telah menceritakan kepada kami Muhammad Bin Al-Mutsanna, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Adi dari Ibnu Aun dari Muhammad dari Abidah, ia berkata : "Aku tidak akan menceritakan kepada kalian, kecuali apa yang telah aku dengar darinya." Lalu ia pun menyebutkan hadith dari Ali, sebagaimana hadithnya Ayyub secara Marfu'.
(Hadith Riwayat Muslim, No.1772)

حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ بْنُ هَمَّامٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ أَبِي سُلَيْمَانَ حَدَّثَنَا سَلَمَةُ بْنُ كُهَيْلٍ حَدَّثَنِي زَيْدُ بْنُ وَهْبٍ الْجُهَنِيُّ أَنَّهُ كَانَ فِي الْجَيْشِ الَّذِينَ كَانُوا مَعَ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ الَّذِينَ سَارُوا إِلَى الْخَوَارِجِ فَقَالَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَخْرُجُ قَوْمٌ مِنْ أُمَّتِي يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَيْسَ قِرَاءَتُكُمْ إِلَى قِرَاءَتِهِمْ بِشَيْءٍ وَلَا صَلَاتُكُمْ إِلَى صَلَاتِهِمْ بِشَيْءٍ وَلَا صِيَامُكُمْ إِلَى صِيَامِهِمْ بِشَيْءٍ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ يَحْسِبُونَ أَنَّهُ لَهُمْ وَهُوَ عَلَيْهِمْ لَا تُجَاوِزُ صَلَاتُهُمْ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ لَوْ يَعْلَمُ الْجَيْشُ الَّذِينَ يُصِيبُونَهُمْ مَا قُضِيَ لَهُمْ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّهِمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَاتَّكَلُوا عَنْ الْعَمَلِ وَآيَةُ ذَلِكَ أَنَّ فِيهِمْ رَجُلًا لَهُ عَضُدٌ وَلَيْسَ لَهُ ذِرَاعٌ عَلَى رَأْسِ عَضُدِهِ مِثْلُ حَلَمَةِ الثَّدْيِ عَلَيْهِ شَعَرَاتٌ بِيضٌ فَتَذْهَبُونَ إِلَى مُعَاوِيَةَ وَأَهْلِ الشَّامِ وَتَتْرُكُونَ هَؤُلَاءِ يَخْلُفُونَكُمْ فِي ذَرَارِيِّكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَرْجُو أَنْ يَكُونُوا هَؤُلَاءِ الْقَوْمَ فَإِنَّهُمْ قَدْ سَفَكُوا الدَّمَ الْحَرَامَ وَأَغَارُوا فِي سَرْحِ النَّاسِ فَسِيرُوا عَلَى اسْمِ اللَّهِ قَالَ سَلَمَةُ بْنُ كُهَيْلٍ فَنَزَّلَنِي زَيْدُ بْنُ وَهْبٍ مَنْزِلًا حَتَّى قَالَ مَرَرْنَا عَلَى قَنْطَرَةٍ فَلَمَّا الْتَقَيْنَا وَعَلَى الْخَوَارِجِ يَوْمَئِذٍ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ الرَّاسِبِيُّ فَقَالَ لَهُمْ أَلْقُوا الرِّمَاحَ وَسُلُّوا سُيُوفَكُمْ مِنْ جُفُونِهَا فَإِنِّي أَخَافُ أَنْ يُنَاشِدُوكُمْ كَمَا نَاشَدُوكُمْ يَوْمَ حَرُورَاءَ فَرَجَعُوا فَوَحَّشُوا بِرِمَاحِهِمْ وَسَلُّوا السُّيُوفَ وَشَجَرَهُمْ النَّاسُ بِرِمَاحِهِمْ قَالَ وَقُتِلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَمَا أُصِيبَ مِنْ النَّاسِ يَوْمَئِذٍ إِلَّا رَجُلَانِ فَقَالَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ الْتَمِسُوا فِيهِمْ الْمُخْدَجَ فَالْتَمَسُوهُ فَلَمْ يَجِدُوهُ فَقَامَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِنَفْسِهِ حَتَّى أَتَى نَاسًا قَدْ قُتِلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ قَالَ أَخِّرُوهُمْ فَوَجَدُوهُ مِمَّا يَلِي الْأَرْضَ فَكَبَّرَ ثُمَّ قَالَ صَدَقَ اللَّهُ وَبَلَّغَ رَسُولُهُ قَالَ فَقَامَ إِلَيْهِ عَبِيدَةُ السَّلْمَانِيُّ فَقَالَ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَلِلَّهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَسَمِعْتَ هَذَا الْحَدِيثَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِي وَاللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ حَتَّى اسْتَحْلَفَهُ ثَلَاثًا وَهُوَ يَحْلِفُ لَهُ

Akan muncul suatu kaum dari umatku yang pandai membaca Al-Qur'an, dimana bacaan kalian tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan bacaan mereka. Demikian pula sholat kalian daripada sholat mereka, juga puasa mereka dibandingkan dengan puasa kalian. Mereka membaca Al-Qur'an dan mereka menyangka bahawa Al-Qur'an itu adl (hujjah) bagi mereka, namun ternyata Al-Qur'an itu adl (bencana) ke atas mereka. sholat mereka tidak sampai melewati batas tenggorokan. Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah meluncur dari busurnya. Sekiranya pasukan yang memerangi mereka mengetahui pahala yang telah ditetapkan bagi mereka di atas lisan Nabi, nescaya mereka akan berhenti beramal. Ciri-cirinya adl bahawa di antara mereka ada seorang laki-laki yang memiliki lengan tidak berhasta dan di atasnya terdapat biji seperti puting susu dan juga berbulu-bulu putih. Pergilah kalian ke Mu'awiyah dan penduduk Syam dan kalian meninggalkan mereka. Sebab, mereka akan mendatangi keluarga dan harta-harta kalian. Demi Allah Swt, aku benar-benar mengharap bahawa mereka itulah kaum yang dimaksudkan oleh Rasulullah Saw, kerana mereka telah menumpahkan darah yang haram dan mengelabui manusia. Maka, berangkatlah kalian di atas nama Allah Swt. Salamah Bin Kuhail berkata : "Maka Zaid Bin Wahb terus mengisahkannya kepadaku peristiwa demi peristiwa hingga ia berkata," Kami melewati suatu jambatan, sedangkan saat itu kaum Khawarij dipimpin oleh Abdullah Bin Wahb, maka ketika kami berjumpa, ia pun berkata kepada mereka, 'Lemparkanlah tombak dan hunuslah pedang-pedang kalian dari sarungnya, kerana aku khuatir mereka akan mencari-cari kalian sebagaimana yang terjadi pada Hari Harura'. Akhirnya mereka pun kembali dengan melemparkan tombak dan menghunuskan pedang-pedang mereka, dan orang-orang pun merintangi mereka juga dengan tombak sehingga terbunuhlah sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, namun tidak ada yang terbunuh kecuali dua orang. Ali Bin Abu Thalib berkata : 'Carilah seorang yang pendek dari mereka'. Lalu mereka mencarinya, namun tidak mereka temukan. Maka Ali Bin Abu Thalib berusaha mencari sendiri sehingga ia mendapati orang-orang yang sebahagiannya telah terbunuh atas sebahagian yang lain. Kemudian Ali Bin Abu Thalib berkata : "Akhirkanlah mereka." Akhirnya Al-Mukhdaj (seorang laki-laki pendek) itu pun mereka temukan dibalik tumpukan tanah. Sahabat Ali Bin Abu Thalib bertakbir, kemudian berkata : "Maha Benar Allah Swt dan Rasul-Nya pun telah menyampaikan." Kemudian Ubaid As Salmani mendekat kepadanya dan berkata : "Wahai Amirul Mukminin, demi Allah Swt yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, apakah engkau benar-benar mendengar hadith itu dari Rasulullah Saw?  Ali Bin Abi Thalib menjawab : "Ya, demi Dzat yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Dia." Dan Ubaid As Salmani sampai memintanya bersumpah sehingga empat kali.
(Hadith Riwayat Muslim, No.1773)

حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ وَيُونُسُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى قَالَا أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ عَنْ بُكَيْرِ بْنِ الْأَشَجِّ عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ الْحَرُورِيَّةَ لَمَّا خَرَجَتْ وَهُوَ مَعَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالُوا لَا حُكْمَ إِلَّا لِلَّهِ قَالَ عَلِيٌّ كَلِمَةُ حَقٍّ أُرِيدَ بِهَا بَاطِلٌ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَفَ نَاسًا إِنِّي لَأَعْرِفُ صِفَتَهُمْ فِي هَؤُلَاءِ يَقُولُونَ الْحَقَّ بِأَلْسِنَتِهِمْ لَا يَجُوزُ هَذَا مِنْهُمْ وَأَشَارَ إِلَى حَلْقِهِ مِنْ أَبْغَضِ خَلْقِ اللَّهِ إِلَيْهِ مِنْهُمْ أَسْوَدُ إِحْدَى يَدَيْهِ طُبْيُ شَاةٍ أَوْ حَلَمَةُ ثَدْيٍ فَلَمَّا قَتَلَهُمْ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ انْظُرُوا فَنَظَرُوا فَلَمْ يَجِدُوا شَيْئًا فَقَالَ ارْجِعُوا فَوَاللَّهِ مَا كَذَبْتُ وَلَا كُذِبْتُ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ وَجَدُوهُ فِي خَرِبَةٍ فَأَتَوْا بِهِ حَتَّى وَضَعُوهُ بَيْنَ يَدَيْهِ قَالَ عُبَيْدُ اللَّهِ وَأَنَا حَاضِرُ ذَلِكَ مِنْ أَمْرِهِمْ وَقَوْلِ عَلِيٍّ فِيهِمْ زَادَ يُونُسُ فِي رِوَايَتِهِ قَالَ بُكَيْرٌ وَحَدَّثَنِي رَجُلٌ عَنْ ابْنِ حُنَيْنٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَيْتُ ذَلِكَ الْأَسْوَدَ

Mereka mengatakan kebenaran dengan lisan-lisan mereka, namun ucapan mereka itu tidak sampai melewati ini (sambil memberi isyarat pada kerongkongannya). Makhluk yang paling dibenci oleh Allah Swt di antara mereka adl seorang yang salah satu tangannya hitam seperti puting susu kambing. Maka ketika Ali Bin Abi Thalib memerangi mereka, ia pun berkata : "Lihatlah." Maka Mereka pun melihatnya, namun mereka tidak mendapatkan sesuatu pun. Ali Bin Abi Thalib berkata lagi : "Kembalilah (melihatnya). Demi Allah Swt, aku tidaklah berdusta dan tidak pula dikelabui. Ia mengatakannya sehingga dua atau tiga kali. Akhirnya mereka pun mendapatkannya di tempat runtuhan. Lalu mereka mendatanginya, kemudian meletakkannya di hadapan Ali Bin Abi Thalib. Ubaidullah berkata : "Dan saat itu, aku juga hadir, dan juga mendengar ungkapan Ali Bin Abi Thalib. Kemudian Yunus menambahkan di dalam riwayatnya. Bukair berkata : "Dan telah menceritakan kepadaku seorang laki-laki dari Ibnu Hunain bahwa ia berkata : "Aku melihat tanda hitam itu."
(Hadith Riwayat Muslim, No.1774)

Di Zaman Rasulullah Saw, Baginda membenarkan puak-puak khawarij ini dibunuh kerana mereka mengancam keselamatan umat dan agama. Tetapi pada zaman kini, puak-puak khawarij ini bermain dengan topeng kealiman. Maka kita perlu lebih berwaspada dan berjaga-jaga.