Gua lebih suka mengkaji sistem dan sejarah Amerika dari sejarah negara kita sendiri kerana sejarah negara kita penuh dengan penipuan yang dirancang oleh para penyembah syaitan. Apa yang gua dapat lihat di dalam sistem dan sejarah Amerika, bermula dari bagaimana sistem perundangan dan badan-badan di dalam kerajaan mereka berfungsi seperti FBI (Federal Bureau Of Investigation), CIA (Central Intelligence Agency), NSA (National Security Agency), NCIS (Naval Criminal Investigative Service), NASA (National Aeronautics And Space Administration), IRS (Internal Revenue Service) dan lain-lain lagi, banyak perkara yang dapat gua ketahui dan pelajari. Kejahatan Amerika dan para sekutunya dengan menjatuhkan negara-negara Islam seperti Afghanistan, Iraq, Libya, Mesir, negara-negara Afrika dan lain-lain lagi adalah amat terancang dan begitu teliti sekali. Pelan perancangan dan strategi yang cukup kukuh akan disusun apabila terdapat pihak yang tidak mahu mengikuti dan menurut segala kehendak mereka. Mukadimah ini adalah untuk menyentuh isu Department of Justice (DOJ) dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tidak perlu bercerita tentang bilakah kewujudan dan sejarah mengenai DOJ, atau apakah yang pernah mereka lakukan. Straight to the point, DOJ adalah pihak yang meluluskan sebarang akta tentang perkara-perkara yang akan mengancam negara, ekonomi atau kejatuhan dolar Amerika. Pada tahun 1970, mereka telah meluluskan OCCA (Crime Control Act) dan CDAPC (Comprehensive Drug Abuse Prevention And Control Act), dan kelulusan serta-merta ini adalah kerana 'tokey-tokey dadah' yang kaya raya telah membeli harta-harta yang bernilai berbilion dolar di dalam negara Amerika dan ianya akan menggugat ekonomi negara Amerika. 'Tokey-tokey dadah' ini juga telah membersihkan wang 'haram' menjadi 'halal' di dalam negara Amerika. Inilah apa yang disebutkan sebagai 'Money Laundering'. Kegiatan 'Money Laundering' ini telah meningkat dari 13 bilion kepada 48 bilion di dalam tempoh masa setahun, dan dolar Amerika sangat terkesan mengenai perkara ini kerana mengalami kejatuhan yang mendadak. Jika nilai matawang dolar Amerika terus merudum, maka kuasa besar Amerika tidak akan dapat bertahan lama. Jadi, DOJ diluluskan aktanya serta-merta dan mula ditugaskan untuk menyita harta 'tokey-tokey dadah' tersebut. Ini juga adalah salah satu sebab mengapa Amerika masih belum meluluskan tentang penggunaan marijuana atau ganja.
Jadi, apakah kaitannya akta ini dengan 1MDB?
Kes mengenai 1MDB pula lain ceritanya. Pada tahun 1984, satu lagi akta iaitu CCCA (Comprehensive Crime Control Act Of 1984) telah diluluskan. Melalui akta ini, pihak berkuasa Amerika telah diberi kuasa untuk 'Seize And Forfeiture' mengenai apa sahaja harta-harta yang disyaki oleh mereka sebagai 'Haram'. Di sini, kita perlu memahami dahulu apakah perbezaan OCCA, CDAPC dan CCCA. Perbezaan ketiga-tiga akta ini ialah dua akta awal daripadanya hanya digunapakai untuk 'tokey-tokey dadah', manakala akta CCCA pula digunapakai ke atas sesiapa saja dan mereka (DOJ) boleh menyita sebarang harta yang dirasakan oleh mereka sebagai haram atau 'Black Money'. Dari permulaan kes 1MDB, DOJ hanya menggunapakai akta ini kerana ingin menyita harta-harta yang mereka rasakan ianya adalah dari sumber yang haram. Namun, melalui akta ini juga mereka tidak boleh menahan atau memenjarakan sesiapa pun yang terlibat. Aku tak peduli pun jika DOJ nak menyita harta-harta tersebut kerana di dalam laporan sebanyak 251 muka surat mengenai kes itu, hanya 4 nama yang dinyatakan memiliki harta-harta tersebut, dan salah satu darinya ialah MO1 (Malaysian Official 1). Jadi, tidak timbul isu campur tangan negara luar di dalam negara kita. Jika DOJ mahu menyita harta-harta di dalam negara kita, kita boleh memfailkan kes tersebut terhadap DOJ dengan bukti-bukti yang kukuh dari siasatan SPRM dan laporan bahawa tidak berlakunya penyelewengan dari Peguam Negara Tan Sri Apandi. Dengan ini, DOJ tidak boleh menjatuhkan negara kita dengan menyita harta-harta tersebut, sebaliknya kita boleh mencabar keputusan DOJ di mahkamah antarabangsa. Persoalannya kini, mengapakah Malaysia tidak bertindak?
Pertama, polis negara kita masih mencari Jho Low yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram sebagaimana yang didakwa oleh DOJ. Jadi, siasatan tersebut masih lagi belum lengkap walaupun peguam negara telah 'memperlengkapkannya' dari awal.
Kedua, Riza yang telah dinyatakan namanya di dalam laporan DOJ tersebut tidak di siasat oleh SPRM atau pihak berkuasa di negara kita. Ini adalah kerana jika mahu melakukan siasatan ke atas anak kepada seorang Perdana Menteri, ianya bukanlah suatu perkara yang mudah.
Ketiga, kita mendakwa bahawa DOJ tidak mempunyai bukti yang kukuh mengenai 1MDB, tetapi kita lupa bahawa kita juga tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh untuk 'counter' DOJ mengenai isu tersebut. Jika kita telah melakukan siasatan yang penuh, maka peguam negara sepatutnya telah bertindak.
Wallahu'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan