Memaparkan catatan dengan label MUHASABAH DIRI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUHASABAH DIRI. Papar semua catatan

Sabtu, 4 November 2017

GUA DAN SEBUAH MIMPI.

Dah lama rasanya gua tak menjengah blog gua ni. Dalam pada gua asyik membelek-belek handphone Sony Xperia Z3 gua sementara menanti mata gua terlena diulit intan, entah kenapa terdetik di dalam hati gua untuk mencoretkan luahan rasa gua di dalam blog gua ni, lantas menarilah jari-jemari gua ni di atas keyboard touchscreen handphone gua. Semasa fikiran gua sedang melayang diawang-awangan, tiba-tiba gua terdengar bunyi suara riuh-rendah di halaman rumah gua, lalu gua pun keluar untuk melihat apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Apabila gua keluar, gua melihat ramai orang sedang berkerumun mengelilingi satu jasad yang sudah terbujur kaku, dan apa yang membuatkan gua merasa benar-benar hairan dan pelik, jasad tersebut benar-benar mirip seperti gua dan juga berpakaian seperti gua! Gua melihat orang ramai menangisi jasad tersebut. Kemudian gua melihat jasad yang mirup seperti gua itu dimandikan, dikafankan dan seterusnya disholatkan. Kemudian, entah kenapa pandangan gua tiba-tiba berpinau dan menjadi gelap, lantas gua langsung tidak sedarkan diri dan tidak ingat lagi apa yang berlaku selepas itu. Beberapa ketika kemudiannya, mata gua tercelik, dan gua tersedar. Di dalam hati gua terdetik, mungkin gua pengsan agaknya tadi. Tetapi, pada ketika gua tersedar itu, gua merasa seperti gua sedang berada di dalam suatu ruang yang samar-samar dan sempit, dan gua tidak pasti ruang apakah yang sedang gua berada ketika itu. Tiba-tiba, gua terdengar suatu, bunyi seperti ada sesuatu yang jatuh terhempas disebelah gua. Dalam suasana yang samar-samar itu, gua pun pun meraba-raba, untuk mengetahui apakah benda yang jatuh terhempas disebelah gua itu, dan gua dapati benda tersebut adalah satu tompokan tanah. Dalam hati gua berkata, "Tanah mende pulak ni?" Apabila gua memandang ke atas, gua melihat beberapa orang sedang menimbus gua dengan tanah! Gua merasa panik, cemas dan benar-benar di dalam keadaan ketakutan yang amat sangat! Ketakutan yang gua tidak pernah rasakan selama gua hidup! Lalu, gua pun berteriak dan menjerit-jerit sekuat hati, merayu kepada mereka agar mengeluarkan gua dari ruang sempit tersebut. Tetapi mereka seperti tidak mendengar langsung teriakan gua! Tiada seorang pun! Beberapa waktu kemudian, pandangan disekeliling gua menjadi gelap-gelita, dan  suasana menjadi senyap sunyi. Kemudian gua terdengar suara derapan kaki manusia di atas gua, namun secara perlahan-lahan bunyi tersebut semakin lama semakin hilang dari pendengaran gua. Gua menjadi semakin panik! Gua terus berteriak dan menjerit sekuat hati gua, dengan harapan ada sesiapa yang dapat membantu untuk mengeluarkan gua dari ruang sempit tersebut. Gua pun cuba untuk bangun, tetapi gagal kerana gua merasa tubuh badan gua seperti telah diikat, lebih-lebih lagi ruang yang gua sedang berada itu terlalu sempit. Kemudian gua meraba-raba tubuh badan gua, dan gua merasa hairan. Baju apa pulak yang gua pakai ni? Kenapa baju ni macam ada bau kapur barus? Mana pulak perginya baju yang gua pakai malam tadi? Kemudian gua meraba-raba disekeliling ruang tersebut, sekali lagi gua merasa panik dan cemas, kerana disekililing ruang tersebut adalah tanah! Di dalam hati gua berkata, "Kat mana pulak gua ni? Kenapa kuat sangat bau kapur barus, bau tanah dengan bau lumpur ni? Diorang sumbat aku kat dalam tempat apa pulak ni?" Kemudian gua terdiam, gua cuba berfikir apa sebenarnya yang sedang berlaku pada gua. Dan pada saat itu juga, terlintas di dalam fikiran gua, "Gua ni dah mati ke?" Lantas, diri gua terus diselubungi dengan perasaan takut dan cemas yang tidak dapat digambarkan, rasa takut setakut-takutnya, rasa takut yang tidak pernah gua rasa selama gua hidup! Maka, berteriaklah gua dengan sekeras-kerasnya, menjerit-jeritlah gua dengan sekuat-kuatnya kepada orang-orang yang pada anggapan gua dapat mengeluarkan gua dari lubang tersebut. "Ibu...!!! Umi...!!! Abah...!!! Ayang...!!! Kakak...!!! Adik...!!! Sahabat...!!!" Namun Tiada sesiapa pun yang mendengar dan menjawab teriakan gua. Ketika itu baru gua sedar, gua yang selama ini lupa, malah sedikit pun gua tidak ingat kepadaNya, bahawa hanya Allah Swt yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa diatas setiap segala sesuatu! Pada saat ini, hanya doa dari orang-orang yang mengingati gua dan amalan-amalan gua sahaja yang dapat menyelamatkan gua dari seksa azab kubur, itu pun jika ianya diterima oleh Allah Swt. Kini, baru gua benar-benar faham akan kata-kata ibu dan umi ku, "Orang yang dah mati tu, kalau boleh, mintak dihidupkan balik hanya untuk beramal ibadah kepada Allah Swt." Namun, segalanya sudah terlewat, gua pasti akan menerima hukuman dari Allah Swt. "Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku! Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku! Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku! Lindungilah aku dari seksa azab kubur Mu, Ya Allah...!!!

Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam : "Akan masuk atas mayit sebelum masuknya munkar dan nakir yang Kemudian gua melihat seseorang yang wajahnya begitu bersinar seperti matahari datang kepada gua. Gua pun bertanya kepadanya: "Siapakah engkau?" Ia pun menjawab: " Akulah Malaikat Rumman!" Kemudian ia terus menghampiri gua dan berkata : "Tulislah kesemua amal baik dan amal burukmu. Gua pun menjawab : "Dengan apa aku nak menulis? Dimana penaku? Dimana tintaku? Dimana lembaranku? Malaikat Rumman menjawab : "Air ludahmu adalah tintamu, dan jari-jarimu adalah penanya. Gua pun bertanya lagi : "Aku nak tulis dimana, sedangkan aku tidak mempunyai kertas disini?" Kemudian gua melihat Malaikat Rumman memotong sebahagian dari kain kafan yang gua pakai, lalu berkata : "Nah, Ini bukumu untuk kamu mencatat kesemua amalmu. Tulislah! Dan dalam keadaan ketakutan itu, gua pun menulis dan mencatatkan segala amal yang telah gua lakukan dengan jari sebagai penanya, air ludah sebagai tintanya dan kain kafan sebagai bukunya. Tapi, pada saat gua ingin menulis mengenai amal burukan yang pernah gua lakukan selama ini, gua tidak mampu untuk meneruskannya lalu menangis dan merintih. Perasaan gua benar-benar bercampur-baur di antara rasa satu, pilu, takut, berdosa, malu dan berbagai-bagai lagi. Kemudian Malaikat Rumman membentak gua dan berkata : "Mengapa engkau tidak merasa malu kepada Allah Swt yang telah menciptakan kamu, pada saat engkau melakukan berbagai amal keburukan ketika di dunia, padahal hari ini kamu malu kepadaku!" Pada saat itu juga, seluruh tubuh gua mengigil ketakutan yang tidak dapat digambarkan, dan seraya dengan itu juga, gua melihat Malaikat Rumman mengangkat sesuatu yang sangat besar, lantas terus memukul gua tubuh badan gua. Tiba-tiba gua merasa gua seperti terjatuh ke atas sesuatu. Gua merasa bahagian belakang kepala gua sakit seperti terhentak. Dalam keadaan mamai, gua bukak je mata, tau-tau gua berada di atas lantai dalam keadaan terlentang. Rupa-rupanya gua terjatuh dari katil. Kepala gua sakit sebab terhentak atas lantai. Dan saat itu juga sedar, apa yang gua alami tadi hanya sebuah mimpi, Naudzu Billahi mindzalik.

Gua benar-benar bersyukur kerana Allah masih lagi memberikan gua peluang untuk gua memperbetulkan syahadah gua, dan gua sedar, hanya Allah Swt yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa di atas segala setiap sesuatu. Tiada yang layak disembah melainkan Allah Swt, dan Nabi Muhammad Saw itu Pesuruh Allah Swt. Ya Allah Ya Tuhanku! Ampunkanlah segala dosa-dosaku! Ampunkanlah segala dosa-dosa kedua ibubapaku!Ampunkanlah segala dosa-dosa umi! Ampunkanlah segala dosa-dosa isteri dan anak-anakku! Ampunkanlah segala dosa-dosa kedua arwah ibubapa mertuaku! Ampunkanlah segala dosa-dosa ahli keluarga arwah mertuaku! Ampunkanlah segala dosa-dosa adik-adiku dan keluarganya! Ampunkanlah segala dosa-dosa saudara-maraku! Ampunkanlah segala dosa-dosa para sahabat-sahabatku! Ampunkanlah segala dosa-dosa seluruh umat muslimin dan muslimat! Ya Allah, berikanlah kepada kami kekuatan dan ketabahan di dalam menjalani segala ujian darimu! Ya Allah, Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang sholeh dan sholehah, bertakwa dan patuh pada perintah suruhan dan laranganMu! Ya Allah, Permudahkanlah segala urusan-urusan kami! Hapuskanlah Wahn dari hati dan jiwa-jiwa kami! Lindungilah kami dari kekejaman kaum kuffar dan fitnah dajjal! Lindungilah umat muslimin di palastin dari kekejaman tentera israel! Haramkanlah tubuh kami dari seksa azab kubur dan api neraka! Janganlah Engkau cabut nyawa kami pada saat tubuh kami tidak pantas untuk berada di dalam SyurgaMu! Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun, dan Engkaulah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa diatas segala setiap sesuatu! Dan sesungguhnya kami hanyalah hamba-hambaMu yang lemah dan tidak berdaya! Amin, Amin, Ya Robbal'aalamin!

Allah Swt juga telah berfirman mengenai hal ini di dalam Surah Al-Mu'minun, ayat 99 & ayat 100 :

(99) حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَهُمُ ٱلۡمَوۡتُ قَالَ رَبِّ ٱرۡجِعُونِ
Maksudnya : "Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)."

(100) لَعَلِّىٓ أَعۡمَلُ صَـٰلِحًا فِيمَا تَرَكۡتُ  ۚ  كَلَّآ  ۚ  إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَآٮِٕلُهَا‌   ۖ   وَمِن وَرَآٮِٕهِم بَرۡزَخٌ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ
Maksydnya : "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan." Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula pada hari kiamat.
(Surah Al-Mu'minun: Ayat 99 & 100)

Allah Swt berfirman Surah As-Sajdah, ayat 12 & 13 :
(12). وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُواْ رُءُوسِہِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
Maksudnya : Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu), maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin."

(13). وَلَوۡ شِئۡنَا لَأَتَيۡنَا كُلَّ نَفۡسٍ هُدَٮٰهَا وَلَـٰكِنۡ حَقَّ ٱلۡقَوۡلُ مِنِّى لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ
Maksudnya : Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal sholeh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat), tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu : "Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)."
(Surah As-Sajdah : Ayat 12 & 13)

Allah Swt berfirman di dalam Surah Qaf, ayat 22 :
(22). لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ
Maksudnya : (Serta dikatakan kepadanya) : "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada di dalam keadaan yang lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)."
(Surah Qaf : Ayat 22)

Allah Swt berfirman di dalam Surah Al-Mulk, ayat 10 :
(10). وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِىٓ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ
Maksudnya : Dan mereka berkata : "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk di dalam kalangan ahli neraka."
(Surah Al-Mulk: Ayat 10)

Allah Swt berfirman di dalam Surah Ash-Shura, ayat 44 :
(44). وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ  ۥ مِن وَلِىٍّ مِّنۢ بَعۡدِهِۦ   ۗ   وَتَرَى ٱلظَّـٰلِمِينَ لَمَّا رَأَوُاْ ٱلۡعَذَابَ يَقُولُونَ هَلۡ إِلَىٰ مَرَدٍّ مِّن سَبِيلٍ
Maksudnya : Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata: "Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?"
(Surah Ash-Shura: Ayat 44)

Isnin, 11 September 2017

"...GUA DAN SEBUAH BUKU..."

Hidup kita ni ibarat sebuah buku. Kulit depannya adalah tanggal lahir, manakala kulit belakangnya pula adalah tanggal 'pulang'. Ada buku yg tebal & ada buku yg nipis. Setiap lembarnya adalah hidup kita. Seburuk manapun halaman2 sebelumnya, akan sentiasa tersedia halaman2 berikutnya yg baru, putih bersih & tiada cacat-celanya. Sama jgk dgn hidup gua. Seburuk mana pun hari2 gua yg berlalu, Allah Swt senantiasa menyediakan hari2 yg baru utk gua agar melakukan sesuatu yg benar di hari2 yg mendatang & memperbaiki segala kesalahan2 yg lalu, melanjutkan jalur cerita yg telah ditetapkan oleh-Nya. Walaupun Allah Swt telah menetapkan perjalanan setiap hamba2-Nya, tetapi gua sebagai manusia perlu merancang & mencorakkannya & hanya Allah Swt yg berkuasa utk menentukannya. Gua perlu belajar utk tidak memandang rendah pada diri sendiri & tidak bersangka buruk pada segala takdir & ketentuan-Nya.
Allah Swt itu Maha Pengasih, Maha Bijaksana & Maha Adil. Tidak terhitung segala nikmat-Nya jika hendak dibandingkan dgn segala ujian2 dari-Nya. Gua perlu belajar & yakin serta tidak berputus asa dari segala rahmat-Nya.

(87) يَـٰبَنِىَّ ٱذۡهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَاْيۡـَٔسُواْ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ‌   ۖ   إِنَّهُ  ۥ لَا يَاْيۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah Swt. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah Swt itu melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf : Ayat 87)

Amin... Amin... Ya Robbal'alamin...

Sabtu, 2 September 2017

KISAH SEORANG SEORANG ANAK SEKOLAH RENDAH DAN AYAHNYA.

Seorg anak kecil yg berumur 7 tahun bernama Adi, ingin mengikuti rombongan bercuti sambil belajar di sekolahnya ke sebuah kota.

Adi : Ayah, jadi tak minggu ni adi ikut rombongan bercuti sambil belajar yg adi bagitau ayah minggu lepas?
Ayah : Adi dah bagitau sama Allah belum?
Adi : Belum, ayah.
Ayah : Bagitau la sama Allah dulu. Ada berapa waktu lagi?
Adi : Hari ni hari khamis, jadi besok Adi kena bagitau cikgu sebab besok hari jumaat, hari sabtu dah berangkat.
Ayah : Kalau mcm tu, ada masa lagi tu, Maghrib, Isyaq, sholat malam. Bsk pun ada 5 waktu lagi, pastu tambahkan lagi sholat malam dgn sholat dhuha. Dah, jom kita gi sholat dulu, kita doa sama Allah, kita mintak sama Allah, supaya nanti Adi dpt ikut sama pegi rombongan tu. Maghrib pun dah azan ni. Berapa kena bayar utk ikut rombongan tu, Adi?
Adi : RM150, ayah.
Ayah : Oh... ok. Dah, jom kita gi sholat, kita mintak RM150 tu pada Allah.

Setelah selesai sholat maghrib, si ayah pun menyuruh Adi berdoa. si ayah pun berkata:

Ayah : Adi, skrg adi berdoa, mintak pada Allah, mohon pada Allah, tapi jgn doa dlm hati, doa yg jelas, supaya ayah dpt aminkan, ye. Adi pun mulai berdoa.
Adi : "Ya Allah, saya nak sangat ikut serta dlm rombongan bercuti sambil belajar kat sekolah saya. Tapi ya Allah, ayah saya kedekut sangat nak keluar duit. Nak mintak RM150 je pun nak kena sholat dulu, nak kena doa dulu. Mudah-mudahan ayah dpt bayarkan duit rombongan tu, amin..."
Ayah : (Sambil tersenyum, si ayah menegur anaknya), Syyyhh... Adi, doa tu mintak langsung terus sama Allah.
Adi : "Ya Allah, tolong bayarkan utk saya duit rombongan tu, ya Allah."
Ayah : (Si ayah tersenyum lagi & menegur anaknya), Syyyhh... Adi, maksud ayah, doa tu terus je sama Allah. Dibayarkan ke, tak dibayarkan ke, yg penting besok Adi dpt ikut pegi rombongan tu.
Adi : Baik ayah. "Ya Allah, kabulkanlah permintaanku seperti yang dikatakan ayah, ya Allah, Aammiiin..."
Ayah : Aammiiin....

Kemudian, Adi diajak oleh ayahnya lagi utk sholat Isyaq & berdoa lagi seperti tadi. Pada ketika si Adi mengelamun memikirkan tentang rombongan tersebut, si ayah menegur:

Ayah : Adi, kamu fikirkan Allah, jgn fikirkan duit je!
Adi : Ye, Adi tau, tapi duit rombongan tu kena bayar, ayah.
Ayah : (Dgn nada yg lembut, si ayah menasihati anaknya yg sedang gelisah). Tapi itukan kata org, bkn kata Allah. Kalau Allah kata adi dpt ikut rombongan tu, Adi pasti dpt ikut. Tgk, brp ramai org yg mampu bayar, tapi tak dpt ikut sebab sakit perut la, sbb masalah keluarga la, atau mungkin masa bas tu nk jln, tiba2 enjin bas tu mati, rosak. Dah, Adi gi tido dulu. Tgh mlm nnt bgn lagi buat sholat mlm.

Keesokan harinya, si ayah memanggil Adi.
Ayah : Adi, sini nak. Brp duit rombongan tu?
Adi : RM150, ayah.
Ayah : Dah, ni ada duit RM150.
Adi : Alhamdullillah.... Terima kasih, ayah.
Ayah : Jap, Adi amik duit ni, pastu Adi bayarkan dulu mana2 kawan adi yg belum bayar duit rombongan tu, ye.
Adi : Aik... Adi punye?
Ayah : Adi punya tu urusan Allah.
Adi : Urusan Allah? Maksud ayah?
Ayah : Dah, nanti Adi akan faham maksud & tujuan ayah.
Adi : (Sambil merungut di dlm hati) Ye la.. ye la... Terima kasih ayah, assallamu'alaikum...

Kemudian, berangkatlah Adi ke sekolahnya & membayar duit tersebut kpd cikgunya seperti yg telah diperintahkan oleh ayahnya.
Adi : Assalamu'alaikum, cikgu. Ni saya nak bayar duit rombongan tu.
Cikgu : Wa'alaikumussalam, Adi. Oh, cikgu ingatkan kamu taknak ikut pegi rombongan tu.
Adi : Tapi ni bukan utk saya, cikgu.
Cikgu : Pulak... Jadi utk siapa?
Adi : Ada tak sapa2 yg belum bayar duit rombongan tu, cikgu?
Cikgu : Jap, cikgu cek jap. Ada sorg ni yg belum bayar, knp Adi?
Adi : Duit ni saya bayar utk dia, cikgu.
Cikgu : Aik... kamu kan blm bayar?
Adi : Tu la pasal, cikgu... saya pun betul2 tak fhm ni. Takpelah cikgu, ni duit utk dia. (sambil memberikan duit tersebut)
Cikgu : Jadi, kamu mcmane plk?
Adi : Ayah saya ckp, yg saya punya tu, 'urusan Allah'.
Cikgu : Hmm... Baiklah. Tapi walaupun kamu bayarkan utk orang lain, kamu tetap tak dpt pegi besok sbb kamu belum bayar duit rombongan tu.
Adi : Takpe cikgu, ayah saya ckp, itu org lain yg ckp, cikgu yg ckp, bukan Allah yg ckp.
Cikgu : Iye, cikgu tau, tapi...
Adi : Dah ye cikgu. Asallamu'alaikum, cikgu. (Sambil mencium tangan cikgunya, lalu pergi)

Setelah membayar duit rombongan tersebut seperti yg telah diperintahkan oleh ayahnya, Adi meminta izin pada cikgunya utk ke bilik sholat & menunaikan sholat dhuha lalu berdoa & memohon lagi pada Allah:

Adi : "Ya Allah, saya dah melaksanakan seperti apa yg diperintahkan oleh ayah. Ya Allah, saya bermohon pada Mu agar saya dpt turut serta dlm rombongan esok. Amin, Amin, Ya Robbal Alamin."

Pada mlm sabtu, Adi menjadi semakin gelisah di dlm kamarnya. Hal ini disedari oleh ayahnya.

Ayah : Nak tenanglah, insya'aAllah kalau ditakdirkan Allah Adi ikut rombongan tu, Adi pasti akan dpt ikut. Tapi kalau sebaliknya, bersabarlah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Dah, Adi tidur dulu ye, nak. (Sambil mematikan lampu & menutup pintu bilik Adi).

Adi pun tidur tanpa menjwb kata2 ayahnya. Pada pagi harinya, Adi tidak mandi & bersiap-siap utk ke sekolah, seban dia tau yg dia pasti takkan dpt ikut dlm rombongan tersebut. Lalu si ayah pun berkata pada Adi:

Ayah : Adi, knp tak bersiap lagi ni? Bersiaplah. Adi takkan tau sama ada Adi dpt ikut rombongan tu atau tak selagi Adi tak pergi ke sekolah.
Adi : Tapi ayah...
Ayah : Tak ada tapi-tapi, skrg pergilah bersiap & baca bismillah sebelum ke sekolah.

Maka, bersiaplah Adi utk ke sekolah. Sebelum berangkat utk ke sekolah, Adi diajarkan zikir oleh ayahnya. Kemudian berkata si ayah pada Adi:

Ayah : "Bila sampai sekolah nanti, Adi pergi ke mushola, buat sholat dhuha dulu, berdoa & mohon pada Allah yg Adi dah sampai di mushola, sudah sampai di sekolah, walaupun Adi tak dpt ikut rombongan tu."

Melihat Adi mula berangkat utk ke sekolah, ibunya tidak dpt menahan hiba, lalu menangis. Berkatalah si ibu kpd si ayah:

Ibu : Abg, anak kita masih terlalu kecil utk diajarkan tauhid.
Ayah : Takpe syg, kita harus kenalkan Allah pada Adi & semoga Allah memberi keajaiban pada Adi.

Dan benar, seperti yang diucapkan oleh si ayah, "belum tentu yg ada duit itu dpt ikut serta & belum tentu yg tak ada duit itu tak dpt ikut serta." Pada ketika kawann2 yg lain beratur utk menaiki bas, Adi yg telah berdoa pagi, siang & mlm serta di hari terakhir dia bersedekah, masih tidak menampakkan bahwa dia dpt ikut serta di dlm rombongan tersebut. Namun tiba-tiba pintu bas terbuka, kelihatan ketua kelas turun dari bas tersebut  lalu bertanya pada Adi:

Ketua kelas: Aik... Knp kau tercegat lagi kat sini. Kau tak ikut sekali ke?
Adi : Hmm... lebih kurang mcm tu la.
Ketua kelas : Mcm tu mcmane? Kau belum byr ke?
Adi : ye, aku belum byr lagi...
Ketua kelas : Ooo.. jadi skrg, kau tak ikut la ni?
Adi : Tak...
Ketua kelas: Kalau mcm tu, kitorg pegi dulu ye, assallamu'alaikum...
Adi : (Dengan perasaan sedih Adi menjawab salam dari ketua kelas itu), Wa'alaikumsallam...

Lalu berangkatlah bas tersebut. Semua kawan2 Adi melambai-lambaikan tangan kpd Adi, termasuklah kawan yg telah dibyrkan duit rombongannya oleh Adi. Kemudian Adi pergi semula ke mushola utk melakukan sholat dhuha & berdoa serta mengadu pada Allah:

Adi : "Ya Allah, mengapa nasibku begini, ya Allah..."

Setelah selesai menunaikan sholat dhuha & bersiap memakai kasut utk pulang ke rumah, datang sebuah kereta toyota alphard berwarna hitam, lalu turun seorg ibu & seorg anaknya. Rupa2nya anak tersebut adalah rakan sekelasnya yg bernama Mus, yg sepatutnya turut sama di dlm rombongan tersebut.

Mus : Adi...! Assallamu'alaikum, di...
Adi : Wa'alaikumussallam... Laa, kau ke Mus. Knp kau tak pegi rombongan tu?
Mus : Diorg dah lama pegi ke?
Adi : Dah pegi dah, ada la dlm 20 minit tadi diorg pegi.
Mus : Kau kenapa kat sini lagi? Kau tak ikut ke?
Ataupun kau kena tinggal sebab lambat?
Adi : Sebenarnya aku tak pegi pun, sebab aku tak bayar. Yang kau ni, knp lambat? Kan dah kena tinggal.
Mus : Aku terlambat keluar rumah tadi, pastu jalan plk jem, tu yg lambat sampai ni. Eh, kejap ye, Adi...
Adi : Ok Mus...

Kemudian Mus pergi ke arah ibunya & memberitahu ibunya tentang Adi & mengenai bas rombongan tersebut yg telah pergi meninggalkan mereka. Lalu ibu si Mus memanggil Adi & berkata pada Adi & Mus:

Ibu Mus : Jom kita susul kawaan2 kamu, kita naik kereta je.
Adi : (Dgn terkejutnya, Adi menjawab), Subhanallah, naik kereta ni? Alphard hitam ni?
Ibu Mus: Iye, Adi.
Adi : Allahu'akhbar... Bismillahirrohmanirrohim... (dgn perasaan yg bercampur aduk, Adi pun naik & duduk di dlm kereta tersebut).
Ibu Mus : Duduk elok2 ye, Adi.
Adi : Baik, makcik.

Semasa dlm perjalanan, Adi tiba2 merasa hiba & sayu lalu menangis, berlinang air matanya. Mus yg menyedari akan hal itu, bertanya pada Adi:
Mus: Adi, kau kenapa, di? Kau tak pernah naik Alphard ke? (Sambil bergurau utk menghiburkan Adi).
Adi : Tak, bukan pasal tu. Aku teringat kata2 ayah aku. Ayah aku benar, ayah aku mmg benar...
Mus : Benar? Apa yg ayah kau cakap dgn kau, di?
Adi : Ayah aku cakap, "Yg ada duit, yg dh bayar belum tentu dpt pergi, yg takde duit, yg tak bayar, belum tentu tak dpt pergi".
Mus: Ooh... Mcm tu... (Mus yg merasa hairan, hanya terdiam bingung).

Semasa dlm perjalanan, mereka berhenti sebentar di hentian rehat, kerana ibu Mus hendak ke tandas sebentar. Kemudian, dari jauh kelihatan ibu Mus membawa makanan yg byk & enak utk mereka, sebagai bekalan semasa dlm perjalanan nanti. Kemudian, sekali lagi Adi menitiskan air mata.
Mus: Pulak... nangis lagi. Kau dah kenapa?
Adi: Takde apa2, Mus. Aku terbayangkan kawan2 lain yg bayar RM150.00, cuma dpt makan roti je.
Mus : Oohhh... Mcm tu (Mus yg masih masih merasa hairan & bingung, terus menjamah makanan yg di beli oleh ibunya utk mereka).

Manakala di rumah Adi pula...

Ayah : Syg, kalau anak kita balik pukul 9 pagi ni, bererti dia tak dpt ikut pergi rombongan tu. Abg harap semoga dia tabah & bersabar.
Ibu : Aamiiin.... Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah segala urusan anak kita, bang.

Tetapi siapa sangka, walaupun jam telah menunjukkan lebih dari pukul 9 pagi, Adi masih belum pulangl lagi. Adi hanya pulang pada pukal 7 mlm.

Adi : Assallamu'alaikum, ayah, ibu...! Adi dah balik ni.
Ayah : Waalaikumsallam, Adi. Dah balik anak ayah rupanya. Eh... apa yg Adi bawak tu?
Adi : Ni ada Kfc, pizza dgn buah-buahan. Ibu kawan Adi, Mus yg bagi tadi. Diorg kirim salam pada ayah & ibu.
Ayah : Wa'alaikumussalam... Subhanallah... Anak ayah... Syukur Alhamdulillah...

Lalu Adi pun menceritakan apa yg berlaku dari mula bagaimana adi dpt ikut serta rombongan tu sehinggalah dia pulang ke rumah.
Ayah : Adi, Allah tu maha besar. Akhirnya Adi dpt jgk pergi ikut rombongan tu, kan. Besok pagi, buat mcm tu lagi ye. Berdoa & terus berdoa. Allah didulukan, Allah lagi & Allah terus....

Tamat...

Pengajaran yg diajarkan oleh seorg ayah kpd anaknya ini bahawa Allah harus didahulukan dari apa pun.
Semoga bermanfaat utk kita semua...
.
Ya Allah...
✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah,Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar.

Rabu, 30 Ogos 2017

BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Orang-orang yang berjaya 'membuang' dunia dari dirinya adalah orang-orang yang berjaya di Akhirat nanti. Apakah maksud 'membuang dunia' itu? Ianya bermaksud meletakkan segala-galanya, baik dari segi kehidupannya, rohaninya, perlakuannya, percakapannya, mulutnya, telinganya, pemikirannya, pendiriannya dan juga tafsirannya, semuanya hanya kepada dan kerana Allah Azza Wajalla. Ini juga bermakna bahawa hanya jasadnya sahaja yang masih berdiri di atas muka bumi ini. Tetapi apa yang dilakukannya saban hari hanyalah / adalah kerana amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya dengan berniatkan hanya kepada Allah Swt. Jika seseorang itu ditakdirkan ditimpa musibah, ia tahu bahawa itu adalah ujian dari Allah Swt terhadapnya dan dia redha. Jika seseorang itu kehilangan anak, isteri, suami, ibu atau bapa atau kehilangan harta benda dan sebagainya, maka ia juga tahu bahawa semua itu adalah ujian dari Allah Swt terhadapnya. Jika sebelumnya dia dianugerahkan pinjaman-pinjaman tersebut dan kemudian Allah Swt menarik semula pinjaman itu daripadanya, akan bertambahlah keredhaannya kepada Allah Swt dan dia meyakini sepenuhnya terhadap Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan ke atasnya. Akhirnya ia menjadi di antara orang-orang yang melepasi ujian-ujian dunia kerana berpegang pada keyakinan bahawa di akhiratlah ia akan dikekalkan buat selama-lamanya kerana semua yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman serta pentas lakonan bagi melihat sejauh manakah keimanannya dapat bertahan serta menerima ujian-ujian dari Allah Swt. Sesungguhnya ia adalah orang-orang yang berjaya di dunia dan juga di akhirat, Insya'allah.