Bintang paling jauh sudah mula melihatkan sedikit sinar. Sang awan sudah mula berarak & memberikan sedikit laluan utk bintang paling jauh melimpahkan sedikit cahaya di atas muka bumi. Walaupun ia masih tak dpt nak mengatasi kilauan bintang2 yg lain, namun awan2 yg berarak seakan memberikan sedikit harapan kpd bintang paling jauh utk bersinar. Mungkin suatu hari nanti ia akan mampu utk memagari bulan semula...
Tapi, di dlm ketaksuban bintang paling jauh mencari cahaya & memandang bulan, ia seperti lupa akan sumber cahayanya, sang matahari. Ia semakin jauh, semakin melupakan kewujudannya. Kini, bintang paling jauh tersedar, bahawa kekuatannya adalah sang matahari & bknnya sang bulan. Dek terlalu asyik ingin memagar bulan, sang matahari dilupakan. Begitu juga dgn gua. Bila gua terlalu taksub mengejar sesuatu, adakalanya gua mudah meninggalkan sesuatu yg ada disekeliling gua & melupakannya.
Dlm hidup gua, apa yg gua selalu perasan, bila gua terlalu menginginkan sesuatu, mesti gua takkan dpt, dari gua kecik sampailah skrg. Lantaran kerana hakikat itulah yg membuatkan hati gua menjadi semakin kuat. Mungkin Allah nak menguji gua & mungkin juga Allah mahu memberikan sesuatu yg lebih berharga pada gua suatu hari nanti, kalau ada rezeki gua, kalau ada rezeki la, mana la tau kan. Tapi apa yg gua sentiasa percaya, Allah itu maha adil. Bila gua percaya & terima segala ketentuannya, gua yakin suatu hari nanti apa yg gua nak pasti gua akan dpt dgn keizinan-NYA. Sebab itu pada waktu ini, gua tak meletakkan harapan yg begitu tinggi dlm hidup gua. Apa yg gua inginkan cuma satu je, "Gua nak memperbaiki diri gua menjadi org yg baik". Gua harus perbetulkan Syahadah & kiblat gua. Mungkin apa yg gua inginkan ini akan diberikan petunjuk & dipermudahkan oleh Allah.
Teruskan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan