Memaparkan catatan dengan label INFO AKHIR ZAMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO AKHIR ZAMAN. Papar semua catatan

Khamis, 17 Mei 2018

SISTEM PERCUKAIAN YANG HARUS DIKETAHUI OLEH UMAT ISLAM.

"Sesungguhnya pengambil cukai berada di dalam neraka." (Musnad Ahmad : 16387)

Terdapat 3 penggerak utama di dalam sistem percukaian iaitu :

1. Rakyat.
2. Bank Negara. (Bank Franchise Rothschild)
3. Kerajaan.

Bank Negara menawarkan pinjaman kewangan secara hutang kredit kepada kerajaan, dan kerajaan akan membentangkan 'Budget Tahunan' yang akan diluluskan di dalam sidang parlimen. Seterusnya kerajaan akan mengambil pinjaman hutang tersebut daripada pihak bank.

Di dalam hal ini, bank tidak terus memberikan pinjaman hutang tersebut tanpa mendapatkan imbalan atau apa-apa keuntungan. Oleh itu, pihak bank akan mengenakan 'bunga' (Interest) ke atas pinjaman hutang kredit yang dilakukan oleh kerajaan.

Bank sanggup memberikan pinjaman kewangan dengan jumlah yang cukup besar kepada kerajaan kerana hasil keuntungan dari pengambilan 'Interest' pinjaman tersebut amat menguntungkan. Misalnya, dengan memberikan jumlah pinjaman sebanyak RM1 Billion, pihak bank akan mendapatkan keuntungan sehingga RM4 Billion pada akhir tahun.

Kerajaan berfungsi sebagai sebuah syarikat yang 'berniaga' pada zaman moden yang penuh dengan muslihat dan rasuah kerana ianya telah dirosakkan oleh sistem perbankan itu sendiri. Persoalannya, siapakah yang perlu membayar kembali kesemua pinjaman hutang-hutang tersebut?

Jawapannya ialah rakyat, yang tidak lain dan tidak bukan adalah kita semua!

Hasil cukai yang di ambil daripada rakyat tanpa kerelaan mereka untuk menampung pembelanjaan dan pendapatan kerajaan serta menteri-menteri yang hidup bermewah-mewahan, adalah tidak halal. Rasulullah Saw juga telah banyak memberikan pesanan buat umatnya di dalam hadith-hadith baginda.

Berbalik pada kerajaan dan bank negara. Kerajaan akan membentangkan 'Budget Tahunan' sebanyak RM100 Billion, dan perbelanjaan ini kemudiannya akan diberikan kepada http://fast.bnm.gov.my/fastweb/public/MainPage.do dan http://www.treasury.gov.my/index.php?lang=ms , di mana ini sebenarnya adalah tender untuk mencetak wang! Di dalam penulisan yang bertarikh 14 Mac 2016, ianya adalah tarikh 'upcoming' pencetakan wang baru yang berjumlah sebanyak RM200 Million kepada syarikat Sabah Dev dan juga Sunway Treasury!

'Budget Tahunan Negara' ini juga adalah termasuk dengan wang pencen penjawat awam yang tidak logik. Inilah gula-gula untuk menambahkan bebanan dan mengenakan cukai kepada rakyat yang tidak tahu-menahu atau langsung tidak mahu mengambil tahu mengenai hal-hal yang berkaitan dengan hutang negara. Seluruh negara di dunia ini termasuklah Malaysia telah menggunakan sistem hutang kredit dan 'Budget Tahunan' ini tanpa memikirkan tentang kesan dan akibatnya pada jangka masa panjang.

Penjawat awam ingat, duit gaji tuh duit gaji betu milik anda?

Gaji dikenakan cukai dlm bentuk perbelanjaan harian & lain2.

Gaji anda sebenarnya adalah hutang dari pinjaman bank yang dilakukan oleh kerajaan. Dan tanpa sedar atau tidak, kita sebagai rakyat terpaksa membayar kesemua pinjaman hutang-hutang tersebut. Inilah sistem yang digunakan oleh Rothschild untuk menguasai masyarakat dunia. Jika terdapat pihak yang menentang sistem ini, mereka akan di bunuh atau disumbatkan ke dalam penjara.

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi dan kerajaan tidak layak untuk mengutip cukai dari rakyat untuk membayar kembali kesemua pinjaman hutang-hutang yang dilakukan oleh kerajaan dan menteri-menteri yang hidup bermewah-mewahan macam firaun!

Sistem percukaian yang membebankan rakyat ini jugalah yang menjadi punca penyebab beberapa buah negara besar dahulu tumbang. Pemerintah yang menentang sistem percukaian ini telah di bunuh dan di gantung di khalayak umum. Ramai dari kalangan pahlawan dan para pejuang negara kita telah di bunuh oleh pihak British kerana menentang sistem cukai tanah dan pengambilan cukai hasil. Fisabilillah, mayat Tok Janggut telah diterbalikkan kerana menentang sistem percukaian British ini.

Para alim ulama' pada zaman dahulu menegaskan bahawa cukai adalah haram hukumnya dan di keji oleh Allah Swt. Namun pada akhir-akhir ini, para ulama' yang telah di doktrin minda pemikiran mereka oleh yahudi mengatakan bahawa pada zaman kini cukai telah menjadi suatu perkara yang 'harus dan wajib'.

Cukai sebenarnya hanya boleh dikenakan ke atas rakyat pada saat-saat darurat sahaja, misalnya apabila negara tidak mempunyai harta untuk diberikan kepada fakir miskin, dan bukannya cukai yang dikenakan ke atas rakyat untuk membayar kesemua hutang dan 'bunga' dari pinjaman bank yang dilakukan oleh kerajaan.

Ketika era kegemilangan empayar Islam suatu ketika dahulu, mereka tidak mempunyai sistem percukaian, kerana mereka mengguna-pakai sistem zakat. Kebanyakan daripada mereka semua kaya dan tidak layak menerima zakat manakala fakir miskin pula tidak perlu membayar zakat dan hanya mereka yang berkemampuan sahaja yang perlu membayarnya.

KE MANA PERGINYA KEKAYAAN DAN HASIL BUMI?

Zaman kegemilangan emas empayar Islam telah membuktikan bahawa zakat harta dan zakat perniagaan sudah mencukupi untuk memajukan negara dan menaikkan taraf hidup rakyat tanpa mengguna-pakai sistem percukaian yang membebankan. Sehingga pada zaman itu, ramai fakir miskin dari golongan kafir telah mendapat manfaat dari sistem zakat yang akhirnya membuatkan hati mereka terbuka untuk menerima Islam. Jadi, perlukah kita berhutang untuk memajukan diri di dalam kehidupan dengan bekerja bertungkus-lumus siang dan malam untuk membayar kesemua hutang rumah, kereta dan membuat pinjaman ASB bagi mendapatkan 'bunga'nya pada akhir tahun?

Jika anda berpendapat dan mengatakan bahawa perlunya pengambilan riba' dari Bank Konvensional dan Bank Islam ini, Maka sediakanlah pedang di padang masyhar kelak untuk berperang dengan Allah Swt dan Para Rasul-Nya!

Sistem ini akan hancur sedikit masa lagi dan yang tinggal hanya mimpi ngeri kepada pengambil riba' dan pengutip cukai yang akan di sumbat ke dalam neraka.

Lihatlah pada zaman sekarang, Islam kelihatan semakin kecil dan lemah berbanding dengan agama-agama lain, kerana Islam telah tercemar dengan ideologi Freemason di dalam bidang ekonomi, sosiologi, perundangan dan berbagai bidang lain lagi.

Jika kita ingin Islam kembali ke era kegemilangannya, kita harus kembali kepada Al-Qur'an dan sistem pemerintahan khalifah yang adil dan saksama.

Sistem khalifah hancur kerana datangnya 'Kerajaan Yang Mengigit', iaitu kerajaan yang diwariskan hanya kepada anak pemerintah dan keturunannya sahaja.

Islam itu sesuai biar pun pada zaman jahiliyah atau zaman moden, kerana Islam adalah agama suci Allah Swt.

Wallahua'lam...

ELIT MELAYU DAN DEMOKRASI.

Orang-orang melayu pada ketika ini semakin berpecah. Dari satu parti (Umno), menjadi 2 parti (Umno dan Pas), dari 2 parti menjadi 3 parti (Umno, Pas dan PKR), dan kini ianya semakin berpecah lagi dengan munculnya Parti Amanah, Pribumi Bersatu dan lain-lain lagi.

Parti Umno adalah hasil dari kerjasama pihak British dan Elit Melayu. Umno tidak dapat bernafas dengan baik jika tidak menepati kriteria yang diinginkan oleh pihak British. Di antaranya ialah setiap negara yang majoritinya umat Islam di bawah jajahan British mestilah dipastikan tidak mempunyai agenda perpaduan Islam atau pun menjalankan hukum-hukum Islam. Organisasi-organisasi yang berhaluan kiri mahu pun yang berfahaman Islam akan di cantas dan di sekat oleh pihak British. Hanya Umno sahaja yang 'diredhai' oleh mereka. Lord Cromer, seorang pegawai British di Mesir ketika era imperialisme telah berkata :

"Para penjajah tidak akan memerdekakan mana-mana negara Islam selama mana negara itu tidak ada penggantinya sebagaimana penjajah yang memerintah. Jika ada penggantinya yang sama seperti penjajah, merdekakanlah negara itu."

Sebab itu apabila Malaysia di restui kemerdekaannya, perkara pertama yang harus di terima oleh Tunku Abdul Rahman ialah dengan menubuhkan satu suruhanjaya bagi menggubal undang-undang, yang mana undang-undang penjajah mesti harus berada di atas segala undang-undang.

Lord William Reid, seorang ahli anggota Freemason telah di pilih untuk menerajui suruhanjaya ini. 'Common Law' mesti berada di atas undang-undang Tuhan. Malah undang-undang Tuhan mesti dipastikan tidak berjalan atau terhapus terus berbanding undang-undang 'Common Law' pihak British.

Persolannya ialah, bukankah Umno itu adalah parti orang-orang melayu yang beragama Islam? Bukankah Tunku Abdul Rahman boleh menghapuskan undang-undang 'Common Law' tersebut dan menggantikannya dengan undang-undang Syariah apabila pihak British telah tiada?
Tidakkah pihak British terfikir tentang semua ini?

Sebenarnya, Ini semua sudah ada di dalam perancangan pihak British lama sejak sebelum Perang Dunia Pertama lagi. Organisasinya, ideologinya hatta para elitnya telah di pilih oleh pihak British untuk menggantikannya apabila mereka keluar dari Tanah Melayu. Apabila Umno benar-benar telah melepasi tahap kepercayaan British, barulah Umno dilepaskan untuk memerintah Malaysia.

Cuba kaji isu arak di Selangor. PAS Selangor cuba untuk mempertahankan prinsip agama Islam, namun ianya bukan sahaja diperlecehkan oleh orang-orang bukan Islam malah dari kalangan PAS sendiri (api dalam sekam @ talibarut Freemason) semata-mata untuk menjaga kesatuan di dalam Pakatan Rakyat.

Adakah menjaga kesatuan Pakatan Rakyat itu lebih suci dari tanggungjawab Amal Ma'aruf Nahi Mungkar? Inilah sebenarnya yang mereka katakan sebagai sistem demokrasi terpimpin yang penuh dengan tipu muslihat.

Demokrasi bukanlah semata-mata mengenai suara rakyat, kerana itu hanya propaganda dan kulit luarannya sahaja. DEMOKRASI ADALAH TEMPAT BERMAIN PARA ELIT DAN THE HIDDEN HAND. Demokrasi ibarat permainan poker. Umno dan DAP adalah pemainnya. Manakala PAS pula cuba masuk untuk bermain dan jika PAS menang, ia boleh menubuhkan sebuah negara Islam melalui sistem demokrasi ini. Ketika permainan sedang berlangsung, masing-masing cuba bermain dengan 'psikologi' untuk mengelirukan pihak lawan. Adakalanya PAS mendapat 'Pair Of Ace' dan yakin mereka boleh menang. Ketika 'Flop', PAS semakin yakin bahawa pemain-pamain lain tidak dapat menyainginya sehinggalah 'Turn and Rival' di mana terdapatnya 'Pair of Two'. Namun PAS merasa yakin yang mereka tetap akan menang kerana memiliki 'Daun' yang paling tinggi. Akhirnya PAS pun 'All-In' sehingga sanggup menerima persahabatan DAP dan PKR yang jelas tidak bersetuju dengan konsep negara Islam dan menyerahkan segala-galanya. Tetapi salah seorang pemain juga 'All-In' dan apabila kad masing-masing di buka, pemain tersebut mempunyai kad '2' dan sekaligus memiliki 'House' atau 'Three of Kind'. Maka kecewalah PAS pada akhirnya.

DEMOKRASI adalah perjudian getir buat gerakan agama untuk mendaulatkan Islam melaluinya. Demokrasi adalah suatu jerat jerangkap samar. Jadi bagaimana caranya untuk keluar dari jerangkap samar ini? Jawapannya adalah dengan kembali kepada 'Sang Pencipta'.

Inilah DEMOKRASI, dan PAS perlu kuat di dalam siasah mereka. Para pemimpin mereka perlu mempelajari ilmu siasah politik. Cabaran pada ulama' yang memegang amanah politik tidak sama cabarannya dengan ustaz dan ustazah yang mengajar di surau-surau dan kelas-kelas agama. PAS perlu mengkaji senario politik global, belajar apa itu Freemason dan Illuminati serta siapa sebenarnya proksi-proksi mereka.

PAS perlu keluar dari tempurung politik Malaysia yang sempit dan menjadi lebih berwaspada dengan politik NEW WORLD ORDER. Inilah cabaran yang sebenar. Jika ini dapat di capai, PAS akan dapat melihat siapa lawan dan siapa kawan yang sebenar.

Hak saudara seagama di dalam Umno perlu ditunaikan. Jangan memaki-hamun dan menyisihkan mereka. Dekati dan nasihatilah mereka dengan penuh hikmah, agar mereka sedar mengenai pemikiran bebas dari agenda 'Mind Control'. Umno adalah ibarat saudara yang telah buta matanya (oleh penjajah) dan hampir memegang api dihadapan mereka. Jangan disamakan PAS yang dahulu dengan PAS pada hari ini. PAS hari ini telah rosak kerana agenda Freemason telah menyusup masuk ke dalam parti dengan bertopengkan Islam, untuk mencomotkan lagi imej PAS yang semakin kucar-kacir. Inilah perancangan Freemason untuk memperburukkan perjuangan umat Islam.

Di dalam medan peperangan ini terdapat berbagai ragam manusia dan permainannya. Terdapat golongan Islam liberal, sekular, materialis, kauvinis, sosialis serta non-muslim. Di sana juga berkeliarannya para orientalis, klonspirator dan pejuang agama-agama lain. Ada dari kalangan mereka yang menubuhkan Ngo-Ngo dan pertubuhan-pertubuhan sehingga ada yang mempunyai parti politik mereka sendiri. Organisasi-organisasi mereka mempunyai dua cabang iaitu politik dan propaganda. Di dalam istilah Islamik, organisasi mereka mempunyai bahagian siasah dan usaha dakwah. Bahagian politik mereka dipergunakan untuk berjuang meminda undang-undang yang memberi kelebihan pada Islam kepada undang-undang yang menafikan hak-hak Islam dan memberi kelebihan pula kepada mereka. Bahagian politik mereka juga dipergunakan untuk menghapuskan undang-undang syariah dan berusaha untuk menghapuskan identiti Islam.

Majoriti dari para pemimpin Umno yang terdiri daripada orang-orang Islam ini mendapat pendidikan dari Barat. Mereka tidak memahami atau tidak mempunyai pengetahuan atau mungkin tidak tahu-menahu langsung tentang konsep negara Islam.

Perpecahan orang-orang melayu terbahagi kepada dua iaitu perpecahan politik dan perpecahan pengamalan agama. Kedua-dua faktor inilah yang dijadikan senjata oleh 'mason-mason' ke atas orang-orang melayu untuk memecah-belahkan bangsa ini yang majoritinya menganut agama Islam. Serangan dijalankan dengan berbagai cara di segenap penjuru. Jika terdapat ruang kosong, mereka akan menyelinap masuk dan menyuntik dakyah-dakyah mereka ke dalam pemikiran dan politik orang-orang  melayu.

Perhatikan senario politik global sebagai iktibar buat kita. Umat Islam harus belajar dari sejarah lampau untuk memperbaiki segala kelemahan dan memperkuatkan keimanan serta jati diri, dan merancang serta menyusun strategi agar bersiap sedia di dalam apa jua keadaan. Umat Islam khasnya orang-orang melayu perlu mengkaji keseluruhan senario yang telah atau yang sedang berlaku kini. Hal ini penting sebelum pejuang Islam atau mereka yang mahu memperjuangkan agama Islam berangkat ke medan perang. Jika tidak, para pejuang Islam akan tewas tertusuk pedang rakan sendiri, atau lari dari medan peperangan kerana terkeliru dengan kekeliruan diri sendiri.

STEREOTYPE OF CHILDS POLITICIAN.

Penyokong politik adalah golongan yang paling teruja terkinja-kinja bagaikan anak-anak kecil diberikan gula-gula, manakala ahli politik yang di sokong oleh mereka saban waktu mengira tarikh pilihanraya. Hanya pada ketika inilah profesionnya berfungsi, terhegeh-hegeh untuk bertemu rakyat, berlakon mesra bertanya khabar dan permasalahan mereka serta menabur berbagai janji-janji manis demi menagih 'simpati' (undi) dari rakyat. Dan hanya ketika ini jugalah rakyat dapat melihat bagaimana sebenarnya pekerjaan seseorang wakil rakyat itu. Inilah skrip yang perlu di hafal oleh mereka ketika kempen pilihanraya. Ahli politik yang sebeginilah yang di gelar sebagai 'Stereotype of Childs Politician', di mana mereka ini hanya memikirkan kepentingan diri sendiri atau pihak-pihak tertentu, dan bukan untuk masa depan negara.

MEMAHAMI PERCATURAN THE HIDDEN HAND.

Untuk memahami percaturan Freemason di Malaysia, kita 'recall' semula kata-kata Lord Chromell di parlimen British yang mengatakan : "Jangan memerdekakan mana-mana negara umat Islam sehingga kamu dapati ada di kalangan mereka yang seperti kita."

Inilah lafaz sejahat-jahat musuh Allah Swt. Perancangan yang halus dan teliti telah di atur oleh mereka bagi melaksanakan kata-kata Lord Chromell yang bertujuan untuk melahirkan 'watak-watak' tempatan yang berkiblatkan pemikiran barat melalui sistem pendidikan sekular, kerana dengan cara inilah mereka dapat menzahirkan watak-watak tersebut. Maka lahirlah para Elit Melayu yang menjadi kesinambungan dari perancangan mereka untuk menjayakan gagasan pemikiran Lord Chromell ini. Di sinilah ianya bermula, dan di sini jugalah masyarakat diperpecahkan kepada kelas-kelas tertentu. Memandangkan orang-orang melayu mempunyai sistem monarki di dalam politik bernegara, maka sistem ini dikekalkan. Dan apa yang lebih malang lagi, dari sinilah orang-orang melayu melihat penjajah seolah-olah menghormati institusi politik tradisi orang-orang melayu!

Mereka sebenarnya sedang merosakkan insitusi tertinggi masyarakat melayu dengan menyuntik roh-roh pemikiran kolinial kepada para Elit Melayu. Dan kini, lihatlah hasilnya pada hari ini, lihatlah permasalahan yang wujud di dalam segala peringkat kelas masyarakat orang-orang melayu pada hari ini. Ianya berlaku kerana praktik sistem kapitalism di dalam negara kita, di mana agama dihadkan dan hanya juzuk-juzuk tertentu sahaja yang dipraktikkan, itu pun di dalam bentuk Islam 'make-up'. Islam hanya di lihat pada praktik ibadahnya sahaja, tetapi di dalam hal-hal mu'amalat, orang-orang melayu masih lagi terus mengikut telunjuk mereka.

Bank Islam yang kita lihat pada hari ini sebagai bank yang berdasarkan kepada undang-undang Islam, masih lagi berunsurkan riba'. Hanya saja penggunaan istilah 'Interest Rate' atau 'faedah' sahaja yang mereka gunakan, agar ianya kelihatan 'sah', 'halal', moden dan 'educated'. Islam apakah itu?

Di dalam praktik munakahat juga kita masih berterabur. Sehingga kini masih wujud elemen-elemen syubhah sehingga membebankan masyarakat, seperti budaya berkenduri kahwin berpuluh-puluh ribu ringgit, yang bercampur dengan amalan hindu dan kristian. Itu belum lagi termasuk bab mengenai pengagihan harta. Berapa ramai yang mendapat hak-hak mereka mengikut hukum faraid dan berapa ramai yang benar-benar memahami tentang perkara ini. Bab Jinayat, undang-undang kolonial masih bermaharajalela. Kadar jenayah semakin meningkat malah praktik perlakuan jenayah menjadi semakin agresif, seolah-olah negara ini tiada undang-undang.

Ini hanya beberapa daripada kesan-kesan zahir yang kelihatan pada kita. Apa yang lebih dahsyat lagi adalah kesan dari segi racun pemikiran. Dari pemikiranlah terbentuknya sikap yang kemudian diterjemahkan pula ke dalam bentuk tindakan dan kata-kata, dan kita masih lagi bergelut di dalam hal ini. Berapa ramai daripada kita yang mengakui akan kewujudan pertubuhan rahsia Freemason dan beberapa cabang-cabangnya seperti Rotary Club dan Lion Club yang berada di dalam negara kita, tetapi bersikap defensif apabila watak-watak tertentu yang menjadi idolanya dikaitkan dengan anasir-anasir Freemason. Inilah 'mental block' yang telah menguasai orang-orang melayu, umpama Tembok Berlin dan Tembok pemisah di Tel Aviv.

Orang-orang yang bercelaru sentiasa mencari jalan keluar dari persoalan dan turut mengajak orang lain keluar dari perbincangan asal kerana orang-orang seperti ini hidup di dalam penafian.

Ingat! Buku-buku sejarah, geografi, sains dan sosial dan sebagainya yang kita pelajari di sekolah, kolej atau universiti, adalah buku yang telah di tulis, dikaji, di susun dan diluluskan oleh pihak British. Kesemua buku-buku di dalam Perpustakaan Negara perlu mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Dalam Negeri ini pula di bawah kawalan Freemason. Begitu juga dengan Buletin Utama, RTM, Utusan Malaysia dan sebagainya.

Sistem politik atau sistem pemerintahan yang digunakan oleh kerajaan kita sebenarnya adalah sistem yang di cipta oleh Freemason, yang bertujuan untuk memecah-belahkan umat Islam dan bercerai-berai, kerana mereka mengetahui apabila Islam lemah, senjata umat Islam yang paling hebat iaitu 'DOA' akan menjadi tidak mustajab.

SECRET GOVERMENT DI DALAM NEGARA.

Adakahkah anda mengetahui atau pernah mendengar mengenai SMASUM?

SMASUM adalah nama singkatan bagi 'Sekolah Menengah Agama Sains Universiti Mewah', yang merupakan gabungan sekolah-sekolah sains, agama dan universiti-universiti di seluruh Malaysia, dan gabungan ini adalah di bawah SBP (Sekolah Berasrama Penuh) yang mempunyai perkaitan rapat dengan induk terbesarnya iaitu SMASUM. SMASUM telah wujud sejak dari tahun 1993, yang ketika itu di bawah naungan Tun Mahathir.

Namanya kelihatan seperti sebuah sekolah atau institusi pendidikan yang biasa, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah institusi no.1 yang tersohor di peringkat antarabangsa, yang berselindung di sebalik University Oxford. Kebanyakan dari orang awam seperti kita tidak akan didedahkan mengenai SMASUM ini kerana ianya diklasifikasikan sebagai rahsia besar kerajaan persekutuan. Bahagian kawalan keselamatan di dalamnya juga amat ketat. Hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang dibenarkan masuk. Kebanyakan anak-anak dari golongan elit dan kaum kerabat di raja mendapat pendidikannya di sini.

SMASUM adalah sebuah institusi khas bagi pelajar-pelajar yang melepasi intelek
kecemerlangan dan mereka yang benar-benar cerdik di dalam akademik. SMASUM juga bukan hanya sekadar sebuah institusi pendidikan tetapi juga merupakan markas militari ketenteraan yang tercanggih di dunia. Oleh kerana itulah Tun Mahathir tidak gentar dengan mana-mana pihak yang menentangnya kerana beliau mempunyai 'Intelligent Service' yang setanding dengan CIA di dalam melindungi presiden. Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin dan sekutunya iaitu Amerika (sejak dari pemerintahan Bill Clinton) telah melabur besar pada institusi SMASUM ini. Terdapat juga pelajar-pelajar dari Israel yang mendapat pendidikan di sini.

Isu patung emas buddha yang di simpan di kediaman Tun Mahathir suatu masa dahulu pernah timbul di dalam Akhbar Harakah tahun 1997, ketika Malaysia menghadapi kegawatan ekonomi. Semasa patung buddha emas tersebut tiba di Malaysia, ia telah di kawal ketat oleh petugas-petugas yang di antaranya adalah pihak ketenteraan SMASUM itu sendiri. Sebahagian daripada patung emas tersebut telah dijadikan sebagai pintu gerbang utama laluan masuk ke kawasan SMASUM

Lokasi SMASUM ini terletak di Hulu Kajang. Mengikut sejarah, tapak di mana SMASUM ini didirikan telah dirampas secara zalim daripada penduduk asal di kawasan tersebut dan memberikan pampasan kepada mereka dengan cara yang tidak adil. Tetapi sejak dari itu, tapak di mana SMASUM didirikan tidak pernah aman dan sering mengalami masalah walau pun pada zahirnya 'Bandar' SMASUM ini kelihatan serba mewah, sesuai dengan namanya.

Kawasan SMASUM ini adalah seperti sebuah pekan kecil yang mempunyai 'lubang rahsia' di bawah tanah. 'Lubang rahsia' ini mempunyai satu laluan yang menghubungkan kediaman Perdana Menteri terus ke SMASUM. 'Lubang rahsia' ini umpama sebuah 'Bunker'. Di kiri kanan setiap laluannya terdapat sektor 'hospitality' yang turut dilengkapi dengan peluru-peluru misil yang canggih. Pembinaan 'bunker' tersebut dikatakan sebagai persediaan untuk menghadapi peperangan besar kelak. Mereka menganggap 'bunker' tersebut sebagai satu tempat yang selamat bagi mereka jika sesuatu berlaku ke atas Malaysia.

Singapura juga memiliki sistem sebegini yang dikenali sebagai 'Secret Military Singapore', di mana mereka juga mempunyai 'lubang rahsia' di bawah tanah, yang telah tersedia peluru-peluru berpandu di mana muncungnya dihalakan ke arah semenanjung Malaysia.

Oleh kerana SMASUM ini adalah salah satu dari kerahsiaan sulit kerajaan Malaysia, anda tidak akan dapat mencari info atau maklumat mengenainya melalui internet seperti Google Search atau Google Maps. Ini kerana majoriti daripada mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Google, yahoo dan sebagainya, adalah dari bekas pelajar SMASUM itu sendiri. Beberapa orang saintis-saintis hebat yang mencipta peralatan 'high-tech' di dalam berbagai-bagai bidang termasuk projek HAARP juga adalah dari kalangan pelajar SMASUM. Namun apa yang menyedihkan, terdapat dari kalangan pelajar melayu yang mahir di dalam pengendalian pesawat pejuang, bersengkokol dengan zionis ketika peperangan di Palestin, Syria dan Iraq.

Salah seorang daripada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin dan sekutunya iaitu Amerika (sejak dari pemerintahan Bill Clinton) telah membuat pelaburan yang besar pada institusi SMASUM ini. Terdapat juga pelajar-pelajar dari Israel yang mendapat pendidikan di sini.

Sekitar tahun 2001 dan 2002, salah seorang daripada pengarah SMASUM iaitu Dato Alimin telah meninggalkan SMASUM kerana menghadapi tekanan yang kuat dari Presiden George W. Bush yang mengarahkan pelajar-pelajar SMASUM untuk terlibat di dalam operasi peperangan di Iraq. Pentadbiran SMASUM ketika itu terpaksa diambil alih dari kalangan pelajarnya sendiri. Mereka juga turut menghadapi tekanan serta ugutan dari Perdana Menteri Israel ketika itu, iaitu Ariel Sharon untuk menggunakan pelajar-pelajar tersebut di dalam operasi peperangan. Oleh kerana terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri Israel tersebut, dana kepada SMASUM telah di sekat. Selepas menghadapi sekatan tersebut, SMASUM mengalami kekangan kewangan yang serius.

ULAMA SEKULAR BERFATWA MENGENAI FAEDAH BANK.

Jika golongan para ulama' sebegini berani memutar-belitkan ayat-ayat Al-Qur'an dan melabelkan yang haram kepada harus, maka ia wajar dilabelkan sebagai 'Ulama' Syaitan'.

Seorang ulama' tersohor iaitu Imam Habib Abdullah Haddad telah menyebut di dalam kitabnya, An-Nashaih Ad-Diniyyah Wal Washaaya Al-Imaniyah :

"Mereka (orang alim) gemar membuka pintu Ta'wil dan menunjukkan kepada orang-orang awam mengenai cara-cara mudah untuk menentukan sesuatu hukum agama, sehingga terbuka jalan untuk memutar-belit atau memanipulasikannya."

"Orang-orang alim yang bersikap sedemikian adalah ibarat seperti syaitan yang durjana, pengingkar dan penentang Allah Swt dan Rasul-Nya. Ia sebenarnya telah di lantik oleh syaitan untuk menjadi wakilnya di dunia ini, agar ia bisa menabur fitnah dajjal dan menunjuk ke arah kesesatan dan kekeliruan."

Riba' perbankan khususnya di atas nama 'pinjaman' adalah satu kaedah perancangan tipu muslihat Rothschild bagi menguasai dan memufliskan sesebuah negara. Negara-negara yang dahagakan permodenan kemudahan asas terpaksa membayar kepada syarikat-syarikat kejuruteraan luar yang memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Maka syarikat-syarikat kejuruteraan tersebut akan mencadangkan kepada negara-negara tersebut agar memohon pinjaman kewangan dari bank-bank kroni mereka. Maka terjerumuslah sesebuah negara itu ke dalam perangkap perhutangan yang tiada kesudahannya.

Dan apa yang lebih malang lagi, ulama' kontemporari pada zaman kini menganggap bahawa wang kertas adalah suatu aspek yang berlainan di dalam menentukan hukum riba' perbankan. Golongan ulama' seperti ini sebenarnya berada di dalam kekeliruan dan terpesona dengan 'Zauq' istilah 'Prinsip Darurat' yang berlegar-legar di dalam 'Riba' Al-Nasiah'. Mereka juga mengelak untuk memperbincangkan mengenai isu penggunaan wang kertas dan sistem perbankan yang penuh dengan unsur riba' serta sibuk mencari pembenaran untuk menghalalkannya apabila diajukan persoalan mengenainya.

Nota : Penulisan artikel ini mempunyai banyak persamaan dengan sejarah Malaysia yang sebenarnya di tadbir oleh Freemason.

Wallahua'lam…

RULE OF LAW

Ada beberapa perkara tentang politik Machiavelli. Pertamanya, penguasa yang menguasai 'Virtue' akan menjajah rakyat yang bergantung kepada persepsi. 'Rakyat Persepsi' ibarat masyarakat yang buta dan orang yang 'Bermata Satu' itulah penguasa yang menguasai 'Virtue' tersebut.

'Rakyat Persepsi' akan di hasut untuk mengikuti 'Rule Of Jungle' bagi menyelesaikan permasalahan tertentu, dan ini diperkasakan lagi dengan propaganda-propaganda dari bakal 'Penguasa Virtue'. Apabila bakal 'Penguasa Virtue' naik menjadi penguasa, ia akan menggunakan 'Rule Of Law' bagi menyelesaikan permasalahan yang sama. 'Rakyat Persepsi' pada mulanya panik, namun ditenangkan dengan 'Doktrin' bahawa sikap menerima 'Rule Of Jungle' itu kurang waras, kurang matang dan kurang berpelajaran berbanding standard 'Rule Of Law'.

'Penguasa Virtue' akan bersikap 'Switching' di antara perkakas 'Rule Of Jungle' dan 'Rule Of Law'. Pada musuh, 'Rule Of Jungle' akan di guna pakai. Untuk dirinya, 'Rule Of Law' akan dikuatkuasakan. Ini menyebabkan penyelesaian kepada musuh akan menjadi begitu cepat, namun penyelesaian yang berpihak kepada 'Penguasa Virtue' akan menjadi begitu lambat dan di tangguh-tangguh.

'Membeli Masa' adalah satu daripada prinsip penting bagi menggunakan 'Virtue' itu. 'Rakyat Persepsi' yang gemarkan gosip tidak begitu percaya kepada fakta. 'Rumour' adalah kuasa untuk politik Machiavelli menjajah pemikiran 'Rakyat Persepsi'. 'Rumour' adalah lemak tepu yang di suap ke dalam pemikiran 'Rakyat Persepsi' bagi menggemukkannya dan siap bekerja untuk matlamat 'Penguasa Virtue'.

'Penguasa Virtue' akan bergilir-gilir menggunakan 'Rumour' dan 'Rule Of Law' untuk mengalih perhatian. 'Membeli Masa' akan bertambah penting dan beraksi dengan kenyataan bahawa perhatian akan berkurang 'Melawan Masa'. Dengan itu 'Rakyat Persepsi' akhirnya akan kurang menjadi panik dan menerima sahaja keputusan 'Penguasa Virtue'. Ini mewujudkan satu 'Zon Selesa' bagi 'Rakyat Persepsi' berhidup di bawah kawalan 'Penguasa Virtue'.

(Srikandi - Kursani Segenap Bimasakti)

Rabu, 16 Mei 2018

KRONOLOGI PERHUBUNGAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DENGAN YAHUDI DAN ISRAEL.

Di bawah ini adalah di antara kronologi perhubungan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Yahudi dan Israel.

1964 : Tun Mahathir di latih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat di dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, yang merupakan Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Tun Mahathir mempunyai hubungan baik dan begitu akrab dengan Henry Kissinger, lebih-lebih lagi semenjak beliau berjaya di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO pada 16 Julai 1981. Bahkan perlantikan Tun Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Mac 1976 oleh Tun Hussein Onn yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga ketika itu, juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Suatu ketika dahulu, telah berlaku krisis di antara Tun Mahathir dengan Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 yang juga di gelar sebagai 'Bapa Kemerdekaan'). Oleh kerana bimbang dan takut dirinya di tangkap, Tun Mahathir telah melarikan diri ke Thailand yang kemudiannya telah mendapat perlindungan 'asing' di Australia dan bekerja di sana di samping menulis di dalam akhbar luar negeri mengenai Tunku Abdul Rahman dengan berbagai kecaman dan kritikan. Tun Mahathir hanya kembali semula setelah Tun Haji Abdul Razak di lantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing), akhirnya Tun Abdul Razak telah terpedaya dengan menerima semula Tun Mahathir dan memberikan kedudukan kepadanya di dalam kerajaan walau pun telah berkali-kali diberikan peringatan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Tun Mahathir. Namun ajal telah menghalang Tun Abdul Razak dari bertindak terhadap Tun Mahathir setelah beliau menyedari kesilapan dan kesalahannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Tun Mahathir untuk menguasai UMNO dan kerajaan.

10 SEPTEMBER 1982 : Di dalam ucapan dasar sulungnya pada Perhimpunan Agung UMNO yang Ke-33 selaku presiden, Tun Mahathir telah membuat kenyataan dengan menafikan bahawa beliau dan setiausaha politiknya adalah ahli anggota dan penyokong pergerakan sulit Yahudi iaitu Freemason, di mana mereka (ahli anggota Freemason) sebenarnya telah bekerjasama secara sukarela di dalam pilihanraya UMNO sejak dari tahun 1974 lagi.

Pertubuhan Freemason di Malaysia telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977, pertubuhan ini telah membina sebanyak 55 perkumpulan (lodges) dan dianggotai seramai 2,984 orang ahli. Malah ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz (PAS Pengkalan Chepa) di dalam parlimen pada 25 Oktober 1978, Tun Husein Onn memberikan jawapan bahawa kerajaan sehingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan tersebut (Freemason) walau pun mengakui ianya nyata bercanggah dan bertentangan dengan aqidah umat Islam. Ramai dari kalangan golongan elit dan berpengaruh di kalangan umat Islam di negara ini yang telah menyertainya.

1986 : Tun Mahathir @ UMNO telah membayar sehingga jutaan ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi iaitu Satchi & Satchi bagi membantu mereka di dalam merangka strategi pilihanraya umum 1986. Syarikat ini juga pernah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. Pada tahun ini juga, Tun Mahathir mengambil sikap membisukan diri di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara haram Israel iaitu Chaim Herzog dengan membenarkan pesawat negara Israel melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala bantahan dan tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Tun Mahathir.

1986 : Tun Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Henry Kissinger di New York. Hal ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan anak didik Dr. Henry Kissinger.

6 Mac 1987 : Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup selama sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai 'Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur'. Menurut Ketua Pengarah ISIS iaitu Dr. Noordin Sophie, Tun Mahathir dan Dr. Henry Kissinger merasakan perlunya bagi para 'Intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung untuk memahami dengan lebih mendalam tentang permasalahan yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

MEI 1994 : Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (Pindaan Bil.7) yang menarik semula sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6 - 9 JULAI 1994 : Tun Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel ketika itu, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini telah dilaporkan oleh TV Israel dan di petik oleh AFP. Apabila Tun Mahathir mengetahui berita mengenainya telah sampai ke Malaysia, beliau dengan segera membuat kenyataan untuk menafikannya dengan alasan beliau ke sana adalah kerana lawatan rasmi ke Perancis. Namun akhirnya Tun Mahathir telah mengakui bahawa beliau ada berhubung dengan Yithzak Rabin, tetapi hanya melalui surat!

16 JULAI 1994 : Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd dan MBF, iaitu Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang merupakan rakan karib Tun Mahathir dan juga proksi perniagaan terpenting UMNO telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994.

Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional sebenarnya telah lama mempunyai perhubungan dagang dengan negara haram Israel. Pada tahun 1967, hasil import Israel dari Malaysia telah meningkat lebih dari sekali ganda dari USD 272,000 pada tahun 1966 kepada USD 565,000 pada tahun 1967. Di dalam waktu yang sama juga, hasil eksport Israel ke Malaysia telah bertambah dari USD 1.1 juta kepada USD 1.7 juta.

17 JULAI 1994 : Berita Harian melaporkan bahawa Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman sebagai berkata : "Ketika di sana, saya di jemput menemui Yithzak Rabin dan Shimon Peres. Kami juga telah mengenal pasti mengenai potensi industri pelancongan, terutamanya bagi rakyat Malaysia untuk mengunjungi Masjidil Al-Aqsa."

13 OKTOBER 1994 : Far Eastern Economic Review melaporkan : "Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pegawai pemerhati khas mereka ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini di dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."

DISEMBER 1996 : Tun Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab berhenti dan menamatkan peperangan dengan Israel bagi menyelesaikan permasalahan di Timur Tengah. Kenyataan Tun Mahathir ini di lihat sebagai cubaan untuk membuat Umat Islam di seluruh dunia tertutup dari seruan jihad dan kamus umat Islam. Ia juga dipercayai mempunyai hubung kait dengan ura-ura kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf negara Israel melalui proses perdamaian yang dianjurkan oleh Amerika.

JANUARI 1997 : Tun Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'Masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh-tokoh terkenal di dalam industri hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles.

Di dalam pertemuan tersebut, Tun Mahathir meminta supaya diwujudkan Taman Hiburan @ Perkampungan Industri Perfileman ala Hollywood (yang di monopoli oleh Yahudi di Amerika) di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah di cadang dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Tun Mahathir. Perancangan di antara Tun Mahathir, Yahudi dan kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan setelah Tun Mahathir mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) pada 9 Julai 1999 bagi projek MSC untuk mewujudkan 'Perkampungan Hollywood' di Cyberjaya.

21 MAC 1997 : Tun Mahathir telah membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai Kejohanan Kriket Antarabangsa (ICC). Umat Islam yang melakukan demonstrasi bagi membantah kehadiran pasukan Israel tersebut telah di ganyang, di tangkap dan di dakwa di mahkamah. Tun Mahathir juga menyatakan tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan kepada dunia bahawa umat Islam di Malaysia adalah bersikap 'Terbuka'. Ini semua dilakukan adalah semata-mata untuk menyembunyikan segala perancangannya.

Di dalam tahun 1997 ini juga, rakyat Malaysia telah digemparkan dengan pengakuan terbuka Tun Mahathir, dengan menyatakan bahawa beliaulah yang telah membenarkan rombongan pelajar-pelajar dari Israel datang melawat ke Malaysia untuk bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibu negara. Sebelum ini, Lawatan pelajar-pelajar Israel yang telah diatur secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini telah didedahkan sehingga memaksa Tun Mahathir untuk membuat pengakuan dan kenyataan (tetapi masih lagi menyembunyikan perancangan sebenarnya) bahawa ianya adalah bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar-pelajar Israel tersebut dan memperlihatkan kepada mereka betapa baiknya umat Islam (terutamanya di Malaysia) yang boleh hidup di dalam suasana aman dan harmoni dengan rakyat yang berbilang kaum dan agama.

1998 : Tun Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan Bon Malaysia di jual kepada pelabur Yahudi di Amerika dan Eropah.

SEPTEMBER 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut, Tun Mahathir telah menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Israel yang baru ketika itu iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya di lantik menjadi Perdana Menteri baru negara haram Israel.

MATLAMAT ROTCHSCHILD @ ILLUMINATI @ AL-MASIH AD-DAJJAL.

Al-Masih Ad-Dajjal melalui sekutunya iaitu Rothschild @ Illuminati mempunyai matlamat mereka sendiri yang telah di atur mengikut susunan langkah demi langkah dan mengandungi panduan (manual) bagaimana gerak kerja Illuminati akan dilaksanakan, yang pada dasarnya memperlihatkan perancangan mereka dalam jangka masa panjang. Di antara matlamat dan strategi mereka yang terdapat di dalam buku panduan (manual) illuminati tersebut ialah :

1. Peperangan harus di atur, sehingga kedua-dua pihak yang telibat di dalam peperangan bakal mengalami masalah hutang yang kritikal yang kemudiannya akan dianjurkan perdamaian kepada mereka setelah mereka menjadi lemah dan tidak lagi berupaya untuk mengawal kedaulatan wilayah masing-masing.

2. Setiap ahli anggota perlu menggunakan kekayaan yang ada untuk menentukan 'Calon' yang di pilih dan menempatkan mereka di pejabat awam. Taat kepada tuntutan mereka (ahli) dan gunakan mereka (calon) sebagai bidak di dalam percaturan orang-orang di belakang layar. Penasihat harus di pelihara dan di latih sejak 'kecil' untuk menguasai urusan dunia.

3. Mengawal Akhbar dan Media.

4. Agen akan muncul ke hadapan setelah mencetuskan huru-hara dan kacau-bilau dan seterusnya akan bertindak sebagai penyelamat orang awam.

5. Mewujudkan kemelesetan dan kepanikkan di dalam industri, kegawatan kewangan, pengangguran, kelaparan, kekurangan makanan dan menggunakan keadaan tersebut sebagai alat untuk menguasai orang ramai atau para perusuh dan seterusnya menggunakan mereka (perusuh) untuk menghapuskan kesemua pihak yang menjadi penghalang.

6. Menggunakan sistem percukaian yang tinggi dan mewujudkan persaingan yang tidak seimbang untuk menghancurkan perekonomian dunia atau sesebuah negara dengan memanipulasi dan menguasai industri bahan mentah serta mengatur pergerakan para pekerja dan membiayai pesaing mereka.

7. Membina kekuatan persenjataan melalui pasukan Polis dan Tentera untuk melindungi kepentingan ahli anggota (Mason).

8. Ahli dan pemimpin-pemimpin kerajaan sedunia (OWG) akan dilantik oleh pengarah.

9. Undang-undang Nasional dan Antarabangsa perlu digunakan untuk meruntuh dan menghancurkan peradaban serta memperhambakan masyarakat dunia dan mengawal mereka.

10. Mengawal dan menentukan pihak atau orang-perseorangan yang akan mendapat publisiti di majalah, akhbar dan media elektronik seperti televisyen, radio dan laman sesawang (internet).

11. Memberikan sebahagian besar wang yang diperlukan oleh institusi pendidikan seperti kolej dan universiti untuk operasi pencucian minda (braindwashed).

12. Menyediakan sumber dana kepada institusi pendidikan untuk menjalankan kegiatan seperti mengendalikan program 'The Union Theological Seminary' yang akan membincangkan mengenai unsur-unsur logika dan kepercayaan untuk menjerumuskan golongan para cendekiawan ke arah pemikiran yang tidak akan mendukung kefahaman agama.

13. Menentukan pihak yang berhak diketengahkan atau dijatuhkan melalui media terutamanya melalui media di Amerika dan Eropah.

14.Mengawal pergerakan media, bank dan kerajaan tanpa memiliki firma, media, bank atau menduduki kerusi di dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.

15. Menubuhkan 'House' (kerajaan) baru iaitu Israel.

16. Melatih seberapa ramai agen-agen di seluruh negara di dunia bagi memporak-perandakan sesebuah negara dan menjayakan segala misi dan matlamat pertubuhan Freemason.

17. Menjadikan pemimpin-pemimpin sesebuah negara sebagai 'Boneka' untuk menyusup masuk ke belakang tabir di dalam kerajaan negara tersebut.

18. Menganjurkan Gerakan Liberalisme (untuk menghapuskan agama di dalam kehidupan manusia).

19. Menggunakan idea dan istilah 'Kebebasan' untuk mewujudkan pertentangan atau krisis di antara kelas di dalam segenap penjuru lapisan masyarakat.

20. Menggalakkan masyarakat dunia agar cenderung ke arah melakukan rusuhan (secara psikologi) sebagai satu cara untuk menguasai mereka.

21. Menggunakan alkohol, dadah, rasuah dan segala macam bentuk maksiat secara sistematik untuk merosakkan golongan para belia.

22. Menggunakan slogan-slogan atau istilah-istilah yang hebat seperti 'Hak Asasi', 'Kebebasan', 'Persaudaraan' dan berbagai lagi yang semaksud dengannya sebagai pegangan dan tuntutan rakyat jelata di dalam perang psikologi.

23. Mengendalikan agenda palsu, penipuan dan muslihat secara sistematik dengan menggunakan 'Slogan' secara lantang dan mengungkapkan janji-janji manis kepada masyarakat dunia bahawa mereka bakal menikmati kebebasan hidup dan mewah.

24. Membuat perancangan yang rapi dan teliti di dalam melaksanakan sesuatu resolusi, membincangkan halatuju dan cara pertempuran di jalanan dan mengatur segala keperluan di dalam proses mempercepatkan penguasaan ke atas masyarakat dunia.

25. Menyusup masuk ke dalam semua kelas kehidupan dan segenap penjuru lapisan masyarakat dunia dan kerajaan dengan tujuan memanipulasi mereka dan merosakkan golongan muda melalui kaedah pengajaran teori, demokrasi dan prinsip-prinsip palsu.

26. Menggunakan kerajaan di dalam sesebuah negara dan menjadikan golongan para doktor sebagai 'bidak catur' di dalam mencapai matlamat pertubuhan dengan mencipta wabak dan penyakit dan menyebarkannya pada skala-skala tertentu, dan seterusnya memberikan sokongan dan membenarkan penggunaan ubat-ubatan dadah dan kimia serta memberikan galakkan kepada masyarakat dunia melalui kaedah dan strategi yang telah di atur agar cenderung ke arah penggunaan perubatan moden, pil dan ubat-ubatan hospital dan farmasi.

27.  Menjadikan industri filem pornografi sebagai seni agar ianya di terima secara terbuka dan di anggap normal oleh masyarakat dunia.

28. Menyusup masuk ke dalam sesebuah kerajaan dan 'bekerja dari dalam' bagi meruntuhkan dan menghancurkan integriti kedaulatan sesebuah kerajaan tersebut.

29. Meruntuhkan sesebuah kerajaan dan memusnahkan negara-negara yang ada di dunia dengan memberikan perwakilan kepada USA dan PBB seperti Iraq, Afghanistan, Mesir, Libya, Syria dan Arab Saudi.

30. Membentuk satu sistem Pemerintahan Dunia Baru (NWO) melalui Vatican dan gereja-gereja Lucifer dan memastikan sistem pemerintahan tersebut di bawah kawalan dan pemerhatian pertubuhan kita.

Nota : Kesimpulannya, negara-negara di dunia sebenarnya mengikut telunjuk PBB, manakala PBB pula di bawah penguasaan Amerika, dan Amerika di tadbir oleh presiden-presiden yang telah di pilih oleh Freemason @ Illuminati, yang juga merupakan ahli anggota pertubuhan itu sendiri, dan kesemua mereka ini tunduk kepada arahan Rothschild, dan Rothschild pula adalah di bawah penguasaan Dajjal dan sekutunya, Iblis laknatullah!

Selasa, 15 Mei 2018

KEJATUHAN MESIR KE DALAM GENGGAMAN ROTHSCHILD.

STRATEGI ROTHSCHILD MENGUASAI MESIR.

Menguasai Mesir bermaksud menguasai hampir separuh pemikiran umat Islam di dunia ini. Kira-kira 300 tahun dahulu, Mesir bukanlah sebuah negara yang menjadi rujukan para ulama' di dunia ini, tetapi kini fatwa Al-Azhar di rujuk oleh hampir satu billion umat Islam dan menjadi pegangan pemikir politik yang pro-Islam atau Islam Sekular. Dajjal dan agennya (Rothschild) yang mengetahui akan hal ini sentiasa berusaha untuk merealisasikan konspirasi bagi menguasai seluruh umat Islam.

PERMULAAN KEJATUHAN MESIR.

Era 1860-an merupakan tahun kritikal kejatuhan Mesir ketika dibawah pemerintahan Ismail Pasha. Memandangkan Ismail Pasha (yang mendapat pendidikan di Eropah) mempunyai keinginan yang kuat untuk melihat negaranya maju seperti negara-negara di Eropah, maka kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rothschild melalui agen2nya yg berada di Mesir untuk melaksanakan perancangan sulit mereka.

Projek pembinaan Terusan Suez di bawah pemerintahan dinasti Ali Pasha telah dikendalikan oleh jurutera dari Perancis, iaitu Ferdinand De Lesseps. Kos projek ini juga telah meningkat sehingga berjuta-juta pound pada setiap tahun akibat dari peperangan. Berikut adalah beberapa senarai pinjaman kewangan yang telah dilakukan oleh kerajaan Mesir :

1. Tahun 1862 : Ejen Rothschild di Mesir, Herman Oppenheim telah membantu Said Pasha untuk mendapatkan pinjaman kewangan daripada Bank Eropah bagi meneruskan projek pembinaan Terusan Suez.

2. Tahun 1864 : Herman Oppenheim sekali lagi telah menguruskan pinjaman kewangan untuk kerajaan Mesir sebanyak 5,700,000 pound. Jumlah yang diberikan kepada kerajaan Mesir hanya berjumlah 4,660,000 pound sahaja kerana 'bunga' (interest) telah ditolak oleh pihak bank sedari awal lagi. Sebagai cagaran kepada pinjaman besar tersebut, Ismail Pasha telah bersetuju untuk menyerahkan hasil maksum dari tiga kawasan dagangan di Mesir.

3. Tahun 1865 : Ismail Pasha membuat 'Pinjaman Peribadi' (Personal Loan) di Anglo-Egyptian Bank yang berjumlah sebanyak 3,387,000 pound. Tetapi jumlah tunai yang diterimanya setelah di tolak 'bunga' oleh pihak bank hanya sebanyak 2,750,000 pound. Hasil dari pinjaman tersebut telah digunakan olehnya untuk membeli hartanah dan kilang memproses gula.

3. Tahun 1866 : Kerajaan Mesir membuat beberapa pinjaman kewangan dengan jumlah yang besar dari  Messr Fruhling & Goschen bagi menampung kos perbelanjaan projek mega oleh kerajaan Mesir iaitu pembinaan landasan keretapi. Seperti juga dengan pinjaman-pinjaman kewangan yang telah dilakukan sebelum ini, kerajaan Mesir hanya menerima sebanyak 2,640,000 pound daripada perjanjian asal pinjaman tersebut yang berjumlah sebanyak 3,000,000 pound.

4. Tahun 1867 : Ismail Pasha membuat pinjaman peribadi daripada Imperial Ottoman Bank milik Perancis dengan jumlah sebanyak 2,080,000 pound untuk membeli lebih banyak kawasan tanaman tebu bagi perniagaan kilang gulanya. Dan seperti sebelumnya juga. Ismail Pasha hanya mendapat 1,700,000 pound setelah di tolak 'bunga' oleh pihak bank.

5. Tahun 1870 : Ismail Pasha membuat pinjaman peribadi yang berjumlah 7,143,000 pound.

6. Tahun 1868 : Kerajaan Mesir dengan bantuan khidmat Herman Oppenheim membuat pinjaman sebanyak 11,890,000 pound dengan kadar 'bunga' yang amat tinggi. Jumlah tunai yang diterima setelah di tolak 'bunga' oleh pihak bank hanya sebanyak 7,195,000 pound.

7. 11 JUN 1873 : Kerajaan Mesir membuat pinjaman sebanyak 32 juta pound dengan kadar 'bunga' tahunan yang paling tidak munasabah iaitu 20 peratus setahun. Pinjaman ini juga merupakan jumlah pinjaman terbesar yang dilakukan oleh kerajaan Mesir di sepanjang pemerintahannya.

Berkenaan dengan pinjaman kewangan yang dilakukan dengan jumlah yang begitu banyak ini, Ismail Pasha yang turut menggunakan pinjaman kewangan tersebut untuk menampung kos kehidupan mewahnya, tidak lagi melihat hasil maksum tahunan negaranya. Beliau menjadi leka dan hanyut di dalam keseronokan menghabiskan wang dengan usaha permodenan yang boleh memberikan publisiti kepada pemerintahannya.

Pinjaman kewangan yang dilakukan secara terus-menerus saban tahun oleh pemerintah kerajaan Mesir telah mengakibatkan hutang negara meningkat dengan begitu mendadak sekali sedangkan pendapatan negara tidaklah seberapa. Pemerintah Mesir ketika itu juga tidak mahir mengenai ilmu perbankan kewangan dan tidak memahami cara perniagaan serta muslihat tersirat Yahudi - Freemason di dalam bidang perbankan, di mana formula ekonomi Yahudi Rothschild ialah dengan meningkatkan hutang kerajaan Mesir terhadap bank. Dengan itu, akan lebih besarlah peluang mereka untuk meningkatkan kadar 'penguasaan hartanah' ke atas negara Mesir.

Persoalannya, mengapa pinjaman hutang-hutang tersebut dilakukan hampir setiap tahun? Apakah kerajaan Mesir tidak menyedari bahawa pendapatan mereka tidak mampu untuk melangsaikan segala pinjaman hutang-hutang tersebut di dalam waktu yang singkat? Dan mengapa pula bank-bank kepunyaan Rothschild terus-menerus meluluskan pinjaman hutang-hutang tersebut sedangkan mereka mengetahui bahawa kerajaan Mesir tidak mempunyai punca pendapatan yang banyak dan kukuh untuk  membayar kembali pinjaman hutang-hutang tersebut?

PELUANG ROTHSCHILD.

Oleh kerana setiap proses pinjaman kewangan tersebut harus disertakan dengan cagaran hartanah atau organisasi perniagaan, Rothschild dan ejen-ejennya telah menggunakan kesempatan dan peluang tersebut untuk menguasai kerajaan Mesir dengan terus-menerus memberikan jutaan pound pinjaman kewangan kepada kerajaan Mesir pada setiap tahun. Kerajaan Mesir tidak menyedari bahawa banyak tanah-tanah utama di kawasan industri mereka telah dicagarkan kepada bank-bank milik Rothschild.

Sebenarnya, Rothschild dan ejen-ejennya tidak mengharapkan bayaran semula pinjaman hutang-hutang tersebut, sebaliknya mereka mahu menguasai hartanah dan ekonomi kerajaan Mesir pada ratusan tahun akan datang. Sekiranya mereka mendapati harga tanah di negara Mesir mempunyai nilai yang tinggi, Rothschild dan ejen-ejennya akan menyusutkan nilai hartanah-hartanah tersebut dengan cara mencetuskan peperangan. Dengan ini, tidak akan ada pelabur yang akan membuka perniagaan di kawasan yang sering berlaku peperangan. Apabila mereka dapat membeli hak milik tanah-tanah tersebut daripada pemerintah Mesir, Rothschild dengan pantas akan mengarahkan ejen-ejennya untuk menghentikan peperangan tersebut dengan serta-merta (mereka berkemampuan untuk menghentikannya dengan serta-merta kerana mereka sendiri yang telah mencetuskannya).

TERUSAN SUEZ  MENJADI MILIK ROTHSCHILD.

Pendapatan cukai melalui sistem pinjaman Muqabala dan Ruznameh masih lagi tidak mencukupi bagi kerajaan Mesir untuk membayar semula kesemua pinjaman hutang-hutang kewangan yang dilakukan pada bank-bank milik Rothschild. Hal ini telah menyebabkan Ismail Pasha membuat keputusan untuk menjual segala saham-saham di dalam projek Terusan Suez kerajaan Mesir. Berita mengenai penjualan saham-saham tersebut telah di hebah dan diumumkan kepada pelabur-pelabur British dan Perancis.

Selepas hebahan penjualan saham-saham tersebut dilakukan, Rothschild London mengarahkan ejennya yang bernama Benjamin Disraeli, iaitu seorang Perdana Menteri Britain ketika itu untuk membuat pembelian saham-saham tersebut. Pembelian saham-saham tersebut dilakukan agar British mempunyai kepentingan di dalam terusan tersebut. Namun pada masa yang sama, kerajaan British tidak mempunyai modal yang cukup bagi urusan pembelian saham-saham tersebut. Oleh itu, Benjamin Disraeli secara rahsia telah mengarahkan kementerian kewangan Britain untuk membuat pinjaman kepada bank milik Rothschild dengan jumlah sebanyak 4 juta pound tanpa melalui proses persetujuan dan kelulusan dari parlimen.

Rothschild berjaya memiliki Terusan Suez dengan memperkudakan kerajaan Britain melalui agen-agennya di dalam kabinet Britain. Apabila Terusan Suez berjaya di kuasai maka para pedagang yang menggunakan laluan tersebut sebagai jalan pintas untuk ke asia, akan memberikan hasil pendapatan yang lumayan kepada pemegang-pemegang saham Terusan Suez tersebut.

KERAJAAN MESIR DIISYTIHAR BANKRAP PADA TAHUN 1875.

Detik-detik kebankrapan kerajaan Mesir adalah pada ketika kerajaan British berjaya menguasai saham harta terbesar Mesir iaitu Terusan Suez. Hal ini telah menyebabkan Ismail Pasha sebagai seorang pemerintah kerajaan Mesir menjadi amat tertekan dan membiarkan sahaja suruhanjaya memanipulasi perbendaharaan negara. Tetapi, Ismail Sadik, seorang Menteri Kewangan Mesir telah menentang akan hal ini. Malangnya, Ismail Sadik telah di temui mati secara misteri di Sungai Nil dan di percayai merupakan angkara orang-orang suruhanjaya dan Rothschild.

Apa yang lebih menggemparkan dunia tentang perancangan Rothschild ini ialah pada tahun yang sama juga, kerajaan Empayar Khalifah Turki Utmaniyah telah diisytiharkan bankrap di atas sebab yang sama iaitu ketidakmampuan mereka untuk membayar kembali pinjaman hutang-hutang kewangan yang dilakukan pada bank Rothschild, dan menjadikan kerajaan Turki Uthmaniyah sebagai Empayar Kegemilangan Umat Islam Terakhir yang tumbang kerana terjerumus ke dalam sistem perbankan Rothschild yang penuh muslihat dan tipudaya.

PENDERITAAN RAKYAT MESIR MENANGGUNG SEGALA HUTANG KERAJAAN.

Tindakan Ismail Pasha yang bersetuju untuk menyerahkan hak milik hartanah negara Mesir kepada Rothschild telah memberikan kejayaan yang besar kepada bank-bank Yahudi-Freemason. Pada 28 Ogos 1878, secara rasminya suruhanjaya telah mengisytiharkan sebuah kabinet di dalam kerajaan Mesir baru yang di anggotai oleh agen-agen Rothschild. Di antaranya adalah Charles River Wilson (Freemason) yang di lantik sebagai presiden bagi suruhanjaya khas menguruskan kewangan negara Mesir.

Tahun 1870an sehingga tahun 1898 merupakan tempoh kerajaan Mesir hidup di dalam pentadbiran yang defisit, iaitu hutang negara yang melebihi dari pendapatan negara. Kerajaan Mesir telah menanggung hutang yang amat tinggi dengan bank-bank Yahudi-Freemason di Kaherah. Bank-bank tersebut amat bijak dan licik di dalam hal mengumpan kelemahan pemimpin kerajaan Mesir (yang kebanyakannya adalah dari kalangan ahli anggota Freemason) yang tidak bijak di dalam merancang perbelanjaan wang rakyat.

Pada tahun 1877, kerajaan Mesir telah melakukan beberapa langkah drastik yang kejam iaitu dengan menghentikan pembayaran gaji pekerja dari sektor awam dan meningkatkan hasil cukai-cukai tanah perladangan, bagi membayar semula pinjaman hutang-hutang negara yang semakin menggunung kerana 'Interest' dari pinjaman kerajaan negara Mesir pada bank-bank milik Rothschild meningkat setiap tahun. Rakyat Mesir terpaksa membayar cukai yang tinggi melebihi dari kemampuan pendapatan mereka. Kerajaan Mesir juga telah meningkatkan cukai tanah sebanyak 6 kali ganda kepada semua pemilik tanah di seluruh Mesir. Sistem cukai tanah yang luar biasa ini digelar sebagai 'Muqabala' dan 'Ruznameh'.

PENUBUHAN BANK NEGARA PALSU.

Istilah 'Bank Negara' (yang turut diguna pakai di seluruh negara di dunia ini, termasuk Malaysia) bukan bermaksud ianya adalah hak milik penuh sesebuah kerajaan yang di pilih oleh rakyat, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah institusi perbankan milik persendirian yang dikuasai oleh Rothschild dan ejen-ejennya untuk menutup mata dan memanipulasi pemikiran masyarakat dunia. Istilah 'Bank Negara' inilah yang telah dilaksanakan oleh Rothschild dan proksinya untuk menguasai Mesir seterusnya negara-negara lain yang ada di dunia ini.

Pada tahun 1898, sebuah bank yang dinamakan sebagai Bank Negara Mesir (National Bank Of Egypt) telah ditubuhkan oleh Rothschild dan proksinya. Rothschild juga telah mengarahkan Cassel untuk menubuhkan NBE agar mereka dapat menukar sistem kewangan Mesir daripada penggunaan syiling emas kepada wang kertas. Tujuan penggunaan sistem wang kertas ini adalah untuk memudahkan Rothschild dan proksinya mengawal inflasi, ekonomi dan dagangan saham di seluruh dunia. Dengan penggunaan sistem wang kertas ini juga, Rothschild dan proksinya berkemampuan untuk mengawal nilai mata wang sesebuah negara mengikut kemahuannya.

Pada 3 April 1899, Bank Negara Mesir telah mengumumkan penggunaan sistem wang kertas kepada seluruh rakyat Mesir. Sejak daripada itu, wang syiling emas tidak lagi digunakan dan ianya hanya disimpan di dalam bank atau digadaikan untuk mengambil nilainya. Inilah tarikh malang kerajaan Mesir yang telah jatuh terjerumus ke dalam kemiskinan.

ROTHSCHILD MENYEBARKAN IDEOLOGI SISTEM PINJAMAN BANK.

Setelah sistem penggunaan wang kertas diguna pakai oleh seluruh rakyat Mesir, bank-bank di bawah penguasaan Rothschild ini mula menjalankan perancangan licik mereka dengan menawarkan pinjaman berfaedah kepada orang-orang awam, persatuan-persatuan, peniaga-peniaga kecil, badan-badan kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan wujudnya lambakan situasi tersebut, telah timbul isu baru di dalam dunia perundangan Islam Mesir yang berkaitan dengan riba perbankan dan sebagainya. Maka berlakulah banyak perdebatan dan pandangan di kalangan para ulama'.

Bagi memastikan umat Islam di negara Mesir mengambil dan mengguna pakai sistem pinjaman riba ini, agen-agen Rothschild di dalam pentadbiran kerajaan Mesir mula memilih ulama'-ulama' sekular yang cenderung ke arah pemikiran barat untuk dipergunakan bagi kepentingan pihak bank. Persoalannya, ulama' manakah atau ulama' yang bagaimanakah yang akan bersetuju dengan sistem perbankan pinjaman riba ini kerana ianya nyata dan jelas haram? Bagi memastikan segala perancangan mereka berjalan dengan rapi, Rothschild melalui agen-agennya di Mesir telah mempersiapkan 'Stok-stok' ulama' yang khusus di dalam perkara ini. Rothschild telah memilih ulama'-ulama' yang terkenal dari Al-Azhar yang merupakan ahli anggota organisasi Freemason iaitu Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida.

FATWA  ULAMA' FREEMASON DENGAN MENGHALALKAN RIBA'.

Fatwa mengenai riba dengan menghalalkan riba perbankan di atas sebab dan keadaan-keadaan yang tertentu telah dikeluarkan pada tahun 1904 oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Rida. Kesan daripada fatwa tersebut, ramai dari kalangan ulama'-ulama' kontemporari di seluruh dunia Islam telah terpengaruh, tambahan pula pada waktu itu dunia Islam di landa pengaruh Kaum Muda yang mempunyai ciri-ciri fahaman Wahabi di seluruh dunia.

Inilah saat yang menggemparkan ulama'-ulama' Islam di seluruh dunia. Ianya seolah-olah suatu pertembungan pendapat di antara golongan para ulama' muda yang ekstrem menagih pembangunan sosial dengan para ulama' pondok yang berpengalaman mengenai taktik dan agenda Freemason.

Ulama' di seluruh dunia mengetahui bahawa fatwa tersebut adalah suatu hal yang 'berat' dan terselindung disebaliknya pelbagai helah kerana Sheikh Muhammad Abduh dan gurunya, Sheikh Jamaluddin Al-Afghani (berkelahiran Iran) adalah dari kalangan ahli anggota Freemason di Kaherah yang bersekongkol dengan Illuminati. Malah Sultan Abdul Hamid yang merupakan Khalifah Uthmaniyah pada ketika itu, menggelarkan Sheikh Jamaluddin Al-Afghani sebagai 'pelawak' di dalam buku lognya. Gelaran 'penghinaan' tersebut diberikan kerana Sultan Abdul Hamid mengetahui bahawa Jamaluddin Al-Afghani adalah salah seorang daripada perisik British dan sedang berkomplot untuk menjatuhkannya dengan cara menaikkan pemimpin boneka Rothschild di Kota Makkah iaitu Sharif Hussein.

Perlantikan Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir sebenarnya adalah hasil dari pengaruh Lord Cromer. Ketika Rothschild menubuhkan Bank Negara Mesir pada tahun 1898, pada masa yang sama juga Majlis Ulama' Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa dengan mengumumkan bahawa sistem perbankan yang diamalkan oleh bank-bank di Mesir mempunyai unsur-unsur riba dan ianya adalah haram. Rothschild yang melihat kenyataan rasmi mengenai fatwa tersebut amat bertentangan dengan kaedah di dalam perniagaannya dan merasakan ianya akan menganggu perjalanan perancangannya, telah mengarahkan Lord Cromer untuk melantik salah seorang dari sahabatnya iaitu Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir bagi mengaburi umat Islam dan mencari pembenaran untuk menidakkan fatwa tersebut. Setelah di lantik menjadi Mufti Mesir pada tahun 1899, Muhammad Abduh secara rasminya telah mengumumkan bahawa sistem perbankan riba adalah halal.

Di dalam majalah Al-Manar keluaran gerakan Wahabi Salafi Mesir, Muhammad Abduh menyatakan bahawa :

"Riba sememangnya tidak halal di dalam semua hal, manakala pihak bank melabur wang yang di ambil daripada orang ramai melalui deposit, sedangkan wang itu tidak di kira sebagai pinjaman kepada pihak bank. Ia boleh menjadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat-syarat bagi suatu perkongsian di dalam qirad."
(Majalah Al-Manar, Vol. VI, Bab 18, Ms 717)

Riba perbankan yang difatwakan sebagai halal tersebut diteruskan lagi penggunaannya oleh Mufti Mesir yang seterusnya iaitu Shiekh Muhammad Rasyid Rida, seorang Wahabi Salafi warga Syria dan anak didik Muhammad Abduh. Perlantikan Shiekh Muhammad Rasyid Rida sebagai Mufti Mesir juga telah di atur oleh pihak-pihak tertentu dengan membawa fahaman fatwa yang sama. Tambahan pula, Sheikh Muhammad Rashid Rida bersama Muhammad Abduh dan Jamaluddin Al-Afghani juga merupakan ahli anggota Freemason yang berpengaruh di Kaherah. Ketiga-tiga ulama' ini juga bergiat aktif di dalam melancarkan fahaman menentang ulama'-ulama' tasawuf dan amalan-amalan tareqat yang diamalkan oleh ulama'-ulama' berkenaan.

SEJARAH MELINDUNGI RAHSIA INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU.

Sejarah telah mencatatkan bahawa Shiekh Muhammad Abduh melalui gerakan Islamnya mengajak umat Islam Mesir untuk menentang penjajahan British. Apa yang menjadi persoalan ialah di dalam masa yang sama, beliau juga merupakan ahli anggota Freemason di Kaherah dan mengeluarkan fatwa dengan menghalalkan riba perbankan dan beliau sendiri mengetahui bahawa ketika itu bank-bank yang dikuasai oleh Rothschild telah mula membuka cawangan-cawangannya di Mesir. Dan sehingga kini Mesir mempunyai lebih daripada 400 cawangan bank milik Rothschild. Adakah Shiekh Muhammad Abduh melalui gerakan Islamnya benar-benar menentang penjajahan British ini atau 'di arah' untuk berlakon menentang British? Adakah sejarah telah menipu kita atau ahli sejarah sendiri tidak mengetahui fakta yang sebenarnya?

(Di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 2, nama Jamaluddin Al-Afghani dan Shiekh Muhammad Abduh telah dicatat sebagai pemimpin pembaharuan rakyat Mesir, sedangkan pada hakikatnya kedua-dua ulama' tersebut adalah tali barut British - Freemason)

MUFTI AL-AZHAR DIPERMAINKAN OLEH ROTHSCHILD.

Rothschild yang suatu ketika dahulu memilih untuk membeli seluruh saham-saham Terusan Suez adalah bertujuan untuk menguasai negara Mesir. Apabila pimpinan kerajaan Mesir dapat dikuasai, maka perlantikan mufti, jawatankuasa ulama' dan proses menggubal perlembagaan negara juga turut dapat dikuasai. Dan hanya satu perkataan sahaja yang diperlukan oleh Rothschild dari Mufti Al-Azhar iaitu 'HALAL'. Inilah di antara rahsia perancangan mereka untuk menjadikan seluruh jiwa dan raga umat Islam di seluruh dunia ini berada di bawah cengkaman mereka. Rothschild telah memperkudakan Mufti Al-Azhar kerana ia mengetahui bahawa seluruh umat Islam di dunia ini lebih tertumpu kepada pandangan para ulama' Al-Azhar dan menguasai Mufti Al-Azhar bermaksud menguasai fatwa umat Islam di seluruh dunia.

MAJLIS FATWA ROTHSCHILD.

Majlis Fatwa Mesir sendiri iaitu Darul Iftaa adalah sebuah majlis propaganda yang di bina sendiri oleh Rothschild untuk menentang fatwa para ulama' Al-Azhar lain yang bersifat bebas. Majlis Fatwa ini diwujudkan bagi memporak-perandakan pegangan, pandangan dan pendapat umat Islam. Rothschild juga telah mewujudkan 3 lagi majlis fatwa di Mesir. Menurut Abdel Rahman, kewujudan ketiga-tiga majlis fatwa ini telah mengelirukan umat Islam di Mesir.

'ULAMA'-ULAMA' SYAITAN' BERFATWA MENGENAI FAEDAH BANK.

Jika golongan ulama' sebegini berani memutar-belitkan ayat-ayat Al-Qur'an dan melabelkan yang haram kepada harus maka masyarakat awam juga wajar melabelkan ulama sebegini sebagai 'Ulama' Syaitan'. 

Seorang Ulama' tersohor iaitu Imam Habib Abdullah Haddad telah menyebutkan di dalam kitabnya, An-Nashaih Ad-Diniyyah Wal Washaaya Al-Imaniyah :

"Mereka (orang alim) gemar membuka pintu ta'wil dan menunjukkan kepada orang-orang awam mengenai cara-cara mudah untuk menentukan sesuatu hukum agama, sehingga terbukalah jalan untuk memutar-belitkannya atau menipu..."

"Orang-orang alim yang bersikap sedemikian adalah ibarat seperti syaitan yang durjana, pengingkar dan penentang Allah Swt dan Rasul-Nya. Ia sebenarnya telah dilantik oleh syaitan untuk menjadi wakilnya di dunia ini, agar ia bisa menabur fitnah dajjal dan menunjuk ke arah kesesatan dan kekeliruan..."

Riba perbankan khususnya di atas 'pinjaman' adalah satu kaedah perancangan tipu muslihat Rothschild bagi menguasai dan memufliskan sesebuah negara. Negara-negara yang dahagakan permodenan kemudahan asas terpaksa membayar kepada syarikat-syarikat kejuruteraan luar yang memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Maka syarikat-syarikat kejuruteraan tersebut akan mencadangkan kepada negara-negara tersebut agar memohon pinjaman kewangan dari bank-bank kroni mereka. Maka terjerumuslah sesebuah negara itu ke dalam perangkap perhutangan yang tiada kesudahannya.

Dan apa yang lebih malang lagi, ulama' kontemporari pada zaman kini menganggap bahawa wang kertas adalah suatu aspek berlainan di dalam menentukan hukum riba perbankan. Golongan ulama' seperti ini sebenarnya berada dalam kekeliruan dan terpesona dengan 'Zauq' istilah 'Prinsip Darurat' yang berlegar-legar di dalam 'Riba Al-Nasiah'. Mereka juga mengelak untuk membincangkan isu penggunaan wang kertas dan sistem perbankan yang penuh dengan unsur riba dan sibuk mencari pembenaran untuk menghalalkannya apabila diajukan persoalan mengenainya.

Nota : Penulisan artikel ini mempunyai banyak persamaan dengan sejarah Malaysia yang sebenarnya di tadbir oleh Freemason.

Wallahua'lam…

Isnin, 11 September 2017

AGENDA TERSEMBUNYI ILLUMINATI.

Hukum perundangan buatan manusia pada akhir zaman kini sudah menjadi semakin pincang. Seorang lelaki yang banyak berjasa dengan merawat ramai pesakit kanser dengan kaedah penggunaan marijuana, telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, sedangkan ianya adalah bertentangan dengan hukum ajaran Islam. Apa yang lebih menyedihkan lagi, majoriti umat Islam pula menyokong sepenuhnya mengenai sistem ini. Dari satu sudut lain, negara-negara Islam kini sentiasa berperang sesama sendiri, berpecah-belah dan tidak bersatu untuk menentang musuh-musuh Islam yang sebenar. Di sini diperjelaskan dengan sedikit pencerahan paling ringkas untuk mereka yang masih lagi belum jelas mengenai perkara ini.

PEPERANGAN.
Tanpa peperangan, bagaimana mungkin syarikat-syarikat pembekal senjata perang milik mereka mahu meraih keuntungan? Maka fitnah-fitnah dan huru-hara untuk mencetuskan peperangan perlu dirancang dan dilaksanakan. Sasaran utama mereka adalah dengan menyebarkan fitnah ke atas Islam sebagai pengganas. Amerika dan para sekutunya akan melaksanakan perancangan rahsia sulit mereka dan menjual senjata-senjata perang kepada negara-negara Islam supaya umat Islam berperang dan berbunuhan sesama sendiri. Setelah peperangan berakhir, para pemimpin dari kedua-dua pihak yang terlibat di dalam peperangan tersebut akan berhutang pula dengan bank-bank kepunyaan keluarga Rothschild untuk menampung segala kerugian-kerugian yang mereka alami kesan dari peperangan tersebut seperti untuk membangunkan semula kemusnahan yang berlaku, memulihkan semula ekonomi negara mereka dan sebagainya. Maka, secara tidak langsung, menjadilah mereka seperti pemimpin boneka. Jika cuba melawan atau menentang, pasti akan dibunuh, seumpama kaki mereka telah dirantai dengan sistem perbankan riba, iaitu senjata utama keluarga Rothschild. Inilah yang terjadi ke atas Arab Saudi pada saat ini yang senantiasa tunduk dan akur pada kuasa besar Amerika kerana terikat dengan perjanjian Petrodollar dan juga menjadi punca mengapa negara-negara Islam di dunia ini tidak bersatu sejak dahulu sehinggalah ke saat ini. Ianya bukan semata-mata mengenai 'geopolitik', tetapi ada perkara yang lebih besar yang menjadi agenda sulit mereka. Misi utama Amerika dan para sekutunya adalah untuk memecah-belahkan negara-negara Islam dan seluruh umat Islam di dunia ini, dan juga merupakan sebagai persediaan mereka untuk menghadapi peperangan akhir zaman yang akan tercetus kelak. Sesungguhnya, kelangsungan kerajaan Namrud ini sememangnya telah memusuhi Islam sejak dari ribuan tahun yang lalu.

UBAT-UBATAN.
Jika tidak ramai para pesakit, bagaimana mungkin syarikat-syarikat perubatan mereka dapat meraih keuntungan? Maka wabak-wabak dan penyakit-penyakit moden perlu dicipta dan disebarkan ke atas masyarakat dunia. Mereka perlu menjadikan masyarakat dunia terus bergantung dengan sistem perubatan mereka yang sebenarnya memberi kesan yang mudarat, sama ada di dalam jangkamasa yang singkat atau pun jangkamasa yang panjang. Ubat-ubatan ciptaan mereka hanyalah untuk meredakan gejala-gejala wabak dan penyakit untuk sementara waktu sahaja dan bukan untuk menyembuhkannya. Bagi mereka, manusia itu hanya dijadikan sebagai bahan ujikaji seperti tikus makmal. Penjual-penjual dan orang-orang yang banyak berjasa merawat dan menyelamatkan ramai pesakit seperti pesakit yang menghidapi penyakit kanser dengan menggunakan sumber-sumber perubatan yang alami seperti yang bersumberkan daripada marijuana dan 'Cannabis Oil', ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati untuk mengelakkan perniagaan mereka 'gulung tikar', kerana 'kanser dan kimoterapi' merupakan salah satu daripada perniagaan terbesar mereka. Kerajaan, kementerian kesihatan, doktor, pihak berkuasa dan para 'ulama'-ulama' sarkis' pula perlu di'sihir' dan dijadikan sebagai bidak catur untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka kepada masyarakat dunia bahawa '2 x 2 = 5'. Mereka perlu melahirkan 'Para Ilmuan Pro Mason' untuk 'Brainswashed' (mencuci minda) masyarakat dunia bahawa '2 x 2 = 5'. Golongan-golongan yang mempertahankan '2 x 2 = 4' pula perlu dikecam dengan tuduhan-tuduhan paranoid, teori konspirasi, taksub, khurafat, terpesong akidahnya, sesat dan sebagainya.

Kesimpulannya di sini, kita dapat membahagikan dunia ini seperti yang berikut :
Negara di dunia ini semuanya tunduk dan mengikut telunjuk PBB, manakala PBB pula mengikut arahan dari Amerika, Amerika pula ditadbir oleh Trump, manakala Trump pula tunduk kepada arahan Rothschild, dan Rothschild pula menurut arahan siapa? Siapa pula yang menjadi 'pengarah' kepada watak Rothschild ini, yang bertanggungjawab di dalam mengheret kita semua ke dalam kancah penipuan wang kertas dan sistem riba'? Bagi mereka yang telah jelas memahami dan sedia maklum mengenai perkara ini, pastinya telah terbayang dan terlintas di fikiran mereka siapakah yang menjadi 'pengarah kepada watak' Rothschild ini. Bagi mereka yang masih belum jelas dan belum mengetahui jawapan kepada persoalan ini, anda pasti akan menemui jawapannya sekiranya anda benar-benar peduli mengenai apakah yang sedang berlaku di dunia dan benar-benar ingin mengambil tahu mengenainya. Namun bagi mereka yang tidak mahu mengambil tahu dan langsung tidak peduli mengenai perkara ini yang lebih suka hidup dengan keselesaan nikmat dunia ciptaan para penyembah syaitan, pasti akan menjawab, "Karut! Tahyul! Merepek!" dan yang seangkatan dengannya. Dari Abu hurairah Radhiyallahu'anhu, bahawa Rasulullah Saw bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat yang terdahulu." Sahabat kemudiannya bertanya : "Apakah penyakit-penyakit umat-umat yang terdahulu itu, ya Rasulullah?" Baginda menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah mereka terlalu banyak berseronok, terlalu mewah dan sibuk menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu-menipu di dalam merebut harta dunia, saling memarahi dan hasut menghasut sehingga terjadi zalim-menzalimi."
(Hadith Riwayat Hakim)

Allah Swt berfirman :

(14) قَالَ أَنظِرۡنِىٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ
Iblis berkata : "Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)."

(15) قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ
Allah Swt berfirman : "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)."

(16) قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus."

(17) ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌   ۖ   وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."

(18) قَالَ ٱخۡرُجۡ مِنۡہَا مَذۡءُومًا مَّدۡحُورًا‌   ۖ   لَّمَن تَبِعَكَ مِنۡہُمۡ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمۡ أَجۡمَعِينَ
Allah berfirman : "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya, sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya."
(Surah Al-A'raf : Ayat 14 - 18)

Hal ini juga di antara sebab mengapa pergerakan Al-Maunah dahulu begitu menentang akan sistem Rorhschild ini. Namun, pergerakan Al-Maunah terkubur begitu sahaja kerana fitnah-fitnah yang keterlaluan telah disebarkan kepada dunia yang mendakwa bahawa mereka adalah satu pergerakan yang mahu menentang raja-raja melayu. Ini juga merupakan jawapan kepada persoalan mengapa PAS masuk melalui sistem demokrasi untuk melawan sistem sekular. Ada pertanyaan yang diajukan mengenai PAS, yang bertanyakan mengapa PAS tidak mengikut ajaran Al-Qur'an dan Sunnah jika terlalu ingin melaksanakan hukum Islam, dan mengapa pergerakan Al-Maunah tidak bergabung dengan PAS dan PAS pula tidak menyokong pergerakan Al-Maunah? Jawapannya adalah kerana sistem demokrasi Rothschild bukanlah cara Islam dan pergerakan Al-Maunah dahulu tidak mahu bergabung dengan PAS adalah kerana mereka tidak mahu mengikuti cara PAS yang panjang dan berbelit-belit. Pergerakan Al-Maunah adalah cara dengan 'mencantas sahaja apa yang ada di depan mata', tetapi bukan 'mencantas' secara melulu, tetapi 'mencantas' demi menegakkan agama Islam. semua terpulang kepada penilaian individu itu sendiri.

Wallahua'lam...

DOJ (DEPARTMENT OF JUSTICE) DAN 1MDB (1 MALAYSIA DEVELOPEMENT BERHAD).

Gua lebih suka mengkaji sistem dan sejarah Amerika dari sejarah negara kita sendiri kerana sejarah negara kita penuh dengan penipuan yang dirancang oleh para penyembah syaitan. Apa yang gua dapat lihat di dalam sistem dan sejarah Amerika, bermula dari bagaimana sistem perundangan dan badan-badan di dalam kerajaan mereka berfungsi seperti FBI (Federal Bureau Of Investigation), CIA (Central Intelligence Agency), NSA (National Security Agency), NCIS (Naval Criminal Investigative Service), NASA (National Aeronautics And Space Administration), IRS (Internal Revenue Service) dan lain-lain lagi, banyak perkara yang dapat gua ketahui dan pelajari. Kejahatan Amerika dan para sekutunya dengan menjatuhkan negara-negara Islam seperti Afghanistan, Iraq, Libya, Mesir, negara-negara Afrika dan lain-lain lagi adalah amat terancang dan begitu teliti sekali. Pelan perancangan dan strategi yang cukup kukuh akan disusun apabila terdapat pihak yang tidak mahu mengikuti dan menurut segala kehendak mereka. Mukadimah ini adalah untuk menyentuh isu Department of Justice (DOJ) dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tidak perlu bercerita tentang bilakah kewujudan dan sejarah mengenai DOJ, atau apakah yang pernah mereka lakukan. Straight to the point, DOJ adalah pihak yang meluluskan sebarang akta tentang perkara-perkara yang akan mengancam negara, ekonomi atau kejatuhan dolar Amerika. Pada tahun 1970, mereka telah meluluskan OCCA (Crime Control Act) dan CDAPC (Comprehensive Drug Abuse Prevention And Control Act), dan kelulusan serta-merta ini adalah kerana 'tokey-tokey dadah' yang kaya raya telah membeli harta-harta yang bernilai berbilion dolar di dalam negara Amerika dan ianya akan menggugat ekonomi negara Amerika. 'Tokey-tokey dadah' ini juga telah membersihkan wang 'haram' menjadi 'halal' di dalam negara Amerika. Inilah apa yang disebutkan sebagai 'Money Laundering'. Kegiatan 'Money Laundering' ini telah meningkat dari 13 bilion kepada 48 bilion di dalam tempoh masa setahun, dan dolar Amerika sangat terkesan mengenai perkara ini kerana mengalami kejatuhan yang mendadak. Jika nilai matawang dolar Amerika terus merudum, maka kuasa besar Amerika tidak akan dapat bertahan lama. Jadi, DOJ diluluskan aktanya serta-merta dan mula ditugaskan untuk menyita harta 'tokey-tokey dadah' tersebut. Ini juga adalah salah satu sebab mengapa Amerika masih belum meluluskan tentang penggunaan marijuana atau ganja.

Jadi, apakah kaitannya akta ini dengan 1MDB?
Kes mengenai 1MDB pula lain ceritanya. Pada tahun 1984, satu lagi akta iaitu CCCA (Comprehensive Crime Control Act Of 1984) telah diluluskan. Melalui akta ini, pihak berkuasa Amerika telah diberi kuasa untuk 'Seize And Forfeiture' mengenai apa sahaja harta-harta yang disyaki oleh mereka sebagai 'Haram'. Di sini, kita perlu memahami dahulu apakah perbezaan OCCA, CDAPC dan CCCA. Perbezaan ketiga-tiga akta ini ialah dua akta awal daripadanya hanya digunapakai untuk 'tokey-tokey dadah', manakala akta CCCA pula digunapakai ke atas sesiapa saja dan mereka (DOJ) boleh menyita sebarang harta yang dirasakan oleh mereka sebagai haram atau 'Black Money'. Dari permulaan kes 1MDB, DOJ hanya menggunapakai akta ini kerana ingin menyita harta-harta yang mereka rasakan ianya adalah dari sumber yang haram. Namun, melalui akta ini juga mereka tidak boleh menahan atau memenjarakan sesiapa pun yang terlibat. Aku tak peduli pun jika DOJ nak menyita harta-harta tersebut kerana di dalam laporan sebanyak 251 muka surat mengenai kes itu, hanya 4 nama yang dinyatakan memiliki harta-harta tersebut, dan salah satu darinya ialah MO1 (Malaysian Official 1). Jadi, tidak timbul isu campur tangan negara luar di dalam negara kita. Jika DOJ mahu menyita harta-harta di dalam negara kita, kita boleh memfailkan kes tersebut terhadap DOJ dengan bukti-bukti yang kukuh dari siasatan SPRM dan laporan bahawa tidak berlakunya penyelewengan dari Peguam Negara Tan Sri Apandi. Dengan ini, DOJ tidak boleh menjatuhkan negara kita dengan menyita harta-harta tersebut, sebaliknya kita boleh mencabar keputusan DOJ di mahkamah antarabangsa. Persoalannya kini, mengapakah Malaysia tidak bertindak?

Pertama, polis negara kita masih mencari Jho Low yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram sebagaimana yang didakwa oleh DOJ. Jadi, siasatan tersebut masih lagi belum lengkap walaupun peguam negara telah 'memperlengkapkannya' dari awal.

Kedua, Riza yang telah dinyatakan namanya di dalam laporan DOJ tersebut tidak di siasat oleh SPRM atau pihak berkuasa di negara kita. Ini adalah kerana jika mahu melakukan siasatan ke atas anak kepada seorang Perdana Menteri, ianya bukanlah suatu perkara yang mudah.

Ketiga, kita mendakwa bahawa DOJ tidak mempunyai bukti yang kukuh mengenai 1MDB, tetapi kita lupa bahawa kita juga tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh untuk 'counter' DOJ mengenai isu tersebut. Jika kita telah melakukan siasatan yang penuh, maka peguam negara sepatutnya telah bertindak.

Wallahu'alam...

ASAL-USUL NAMA-NAMA HARI DAN BULAN DI DALAM KALENDAR MASIHI.

Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno di bawah pimpinan Al-Masih Ad-Dajjal laknatullah yang telah diperpanjangkan umurnya & diberikan kelebihan padanya oleh Allah Swt itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya umat Islam telah dibentuk & dikuasai secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala yahudi & nasrani. Kita tidak menyedari bahawa kehidupan kita pada hari ini khususnya anak-anak kita, telah pun diajarkan di sekolah dengan nama-nama dewa berhala sejak dari kecil lagi. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala mereka ke dalam diri kita. Perancangan Al-Masih Ad-Dajjal telah berhasil dengan izin Allah Swt, apabila berjaya menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar utama dunia melalui dua konsep iaitu 'Penjajahan' dan 'Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu'.

ASAL-USUL NAMA BULAN-BULAN MASIHI.

1. JANUARI - Nama Januari berasal dari perkataan 'Janus', iaitu tuhan berhala orang-orang Romawi yang 'berwajah dua'. Sebelah muka melihat ke hadapan dan sebelah muka lagi melihat ke belakang.

2. FEBRUARI - Nama Februari berasal dari bahasa Latin iaitu 'Februo' yang bermaksud 'Kesucian'. Biasanya di dalam bulan ini bangsa Romawi akan mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa di dalam suatu majlis, yang mereka percayai dapat menghilangkan dosa-dosa mereka.

3. MAC - Nama Mac berasal dari perkataan 'Mars', iaitu salah satu tuhan berhala bangsa Romawi.

4. APRIL - Nama April berasal dari bahasa latin iaitu 'Aperto', yang bermaksud 'Terbuka’ atau 'Berkembang'. Di dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang-orang Saxon menggelarkan bulan ini sebagai 'Easter' untuk menghormati tuhan musim panas (summer).

5. MEI - Nama Mei berasal dari perkataan 'Maia' iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi yang bernama 'Atlas'.

6. JUN - Nama Jun berasal dari perkataan 'Juno', iaitu salah satu dari tuhan berhala bangsa Romawi.

7. JULAI - Nama Julai berasal dari bahasa latin iaitu nama seorang pemerintah yang bernama 'Julius Caesar', yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

8. OGOS - Nama Ogos berasal dari nama seorang pemimpin Rom iaitu 'Caeser Augustus' yang bermaksud bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama 'Sextilitis', iaitu bulan ke enam mengikut kalendar bangsa Romulus.

9. SEPTEMBER - Nama September berasal dari perkataan 'Septem' yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.

10. OKTOBER - Nama Oktober berasal dari perkataan 'Octo' yang bererti lapan, tetapi ianya telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.

11. NOVEMBER - Nama November berasal dari bahasa latin iaitu 'Novem' yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.

12. DISEMBER - Nama Disember berasal dari bahasa latin iaitu 'Decem' yang bererti sepuluh, tetapi kemudian ianya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

NAMA ASAL HARI-HARI MASIHI
1. SUNDAY (AHAD) - Berasal dari perkataan 'Sun's Day' yang bermaksud 'Matahari'.

2. MONDAY (ISNIN) - Berasal dari perkataan 'Moon's Day’ yang bermaksud 'Hari Bulan'.

3. TUESDAY (SELASA) - Berasal dari perkataan 'Day Of Tyr' iaitu sempena hari dewa perang masyarakat Rom yang bernama 'Tyr'.

4. WEDNESDAY - Berasal dari perkataan 'Woden' iaitu salah satu nama daripada dewa suci Rom.

5. THURSDAY (KHAMIS) - Berasal dari perkataan 'Day Of Thor’, yang diambil sempena nama dewa Rom bernama 'Thor' yang bermakna 'Dewa Halilintar'.

6. FRIDAY (JUMAAT) - Berasal dari perkataan 'Day Of Freya' iaitu Dewa Hari Perkahwinan bangsa Rom yang bernama 'Freya'.

7. SATURDAY (SABTU) - Berasal dari perkataan 'Saturnus' yang bermaksud 'Bintang Saturnus' mengikut kepercayaan bangsa Romawi.

Mengapa bahasa bangsa Romawi dijadikan sebagai rujukan utama?
Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Sejak dari zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewaskan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintahan Julius Caesar dan Hercules, manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan para cendekiawan mereka seperti Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain lagi.
Perlu diingat bahawa di dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga di antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato. Masyarakat Eropah dan Amerika pada zaman sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Segala ilmu yang mereka perolehi, yang mereka cipta dan yang mereka ciplak dari para sarjana Islam, akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek. Misalnya disiplin ilmu 'Psikologi', yang kini banyak diajarkan di universiti-universiti di seluruh dunia termasuk negara-negara Islam. Kesemua para sarjana Yahudi dan Nasrani telah menciplak ilmu ini dari para sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.
Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes, manakala di dalam dunia Islam disiplin ini telah diperkenalkan sejak dari 950 M oleh Abu Nasr Al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk 'Opinions Of The Citizens Of Uthopia'. Kemudian disiplin ini mula diperkembangkan lagi oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sejak sebelum Descartes dilahirkan. Di antara tokoh-tokoh Islam lain yang memperkembangkan lagi disiplin ini ialah :

• Ibnu Sina - (Meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk 'The Moods Of Psyche' dan 'Hints And Notices'.

• Imam Al-Ghazali - (Meninggal pada 1111 M), menulis kitab yang berkaitan dengan jiwa iaitu 'Ihya Ulumuddin'. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.

Untuk mengaburi mata masyarakat dunia, golongan yahudi dan nasrani telah memberikan nama disipilin yang berkaitan dengan jiwa kepada nama 'Psikologi' yang berasal dari perkataan 'Psychos' (Jiwa) dan 'Logos' (kajian) yang bermaksud kajian mengenai jiwa. Nama-nama para tokoh Islam tidak disebut langsung di dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah dari masyarakat barat. Permasalahan di atas telah pun dibincangkan di dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Makkah yang bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah daripada Malaysia telah hadir di dalam persidangan tersebut.

Wallahu'alam...

NEW WORLD ORDER (NWO)

Maha suci Allah Swt dari sebarang kekurangan...
Maha suci Allah Swt yang memiliki Qursi@Kerajaan yang maha luas berbanding langit-langit milik-Nya...
Maha suci Allah Swt yang memiliki Arasy yang menampung Qursi-Nya berserta dengan malaikat-malaikat pemikul Arasy-Nya. Keluasan langit dan bumi-Nya juga tidak setanding dengan Qursi-Nya

Sehebat manapun kerajaan manusia, ia hanyalah sebesar debu nilainya di sisi Allah Swt. Layakkah seseorang manusia itu berlagak sepertu tuhan sedang nafas dan degup jantungnya masih berjalan hanya dengan izin Allah Swt, sedang ia memakan rezeki pemberian Allah Swt dan meminum air yang diturunkan oleh Allah Swt. Bila-bila masa saja Allah Swt boleh menarik kembali segala apa yang telah diberikan-Nya. Tetapi Allah Swt itu Maha Pemurah dan Maha Pengasih, memberikan rezeki dan petunjuk-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya sebagai tanda kekuasaan-Nya. Mereka menyangka bahawa hidup dan mati penduduk dunia berada di dalam percaturan mereka, sedangkan hidup dan mati mereka itu sendiri adalah di dalam genggaman Allah Swt. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang keliru, orang-orang yang menjual jiwa-jiwa mereka kepada Iblis, sedang Iblis itu kelak berlepas diri dari mereka di padang mahsyar nanti. Mereka ini adalah golongan yang  akan dicampakkan ke dalam neraka tanpa di hisab kerana mereka telah membunuh jiwa orang-orang yang beriman dan menghalang manusia ke jalan Allah Swt. Tiada tempat kembali yang lebih sesuai untuk mereka melainkan Neraka Jahannam!
Sehebat manapun perancangan mereka, mereka itu tetap diperdaya oleh Allah Swt. Sedang mereka berusaha untuk memperlemahkan seluruh umat Islam hingga ke puncak kelemasan, secara tidak sedar mereka sendiri telah melaksanakan segala perancangan Allah Swt untuk membangkitkan kembali Khalifah yang mengikut petunjuk Nabi. Sesungguhnya Allah Swt itu Maha Berkuasa menewaskan segala tipu daya. Sedang mereka menyangka mereka berhasil memperdaya seluruh penduduk dunia, pada saat yang sama mereka sendiri telah diperdayakan oleh Allah Swt, kerana mereka sendiri telah membawa dunia ke gerbang kebangkitan semula Khalifah yang akan menamatkan keangkuhan super power mereka. 'New World Order' adalah lubang kubur yang mereka gali sendiri.

Wallahua'lam...

KAITAN DI ANTARA DAJJAL DAN ILLUMINATI.

Para Ilmuwan Islam meyakini (sepanjang pembacaan dan penelitian) bahawa Al-Masih Ad-Dajjal itu adalah seorang manusia. Hal ini bukan saja ada disebutkan di dalam benerapa hadith, tetapi ianya juga diperkuatkan lagi dengan pembuktian mengenai perkembangan yang berlaku di dalam sejarah dunia, khususnya di Benua Eropah. Segala perkembangan yang berlaku sejak dari ratusan tahun dahulu didapati adalah selari dengan perkembangan agama Judais yang juga mengalami perkembangan sejak ratusan tahun dahulu. Berikut adalah di antara sebab-musabab mengapa dikatakan Al-Masih Ad-Dajjal itu adalah seorang manusia yang mengawal pergerakan Illuminati :

• Penubuhan Illuminati pada 1 May 1776 di Perancis.
• Perjumpaan 100 tahun sekali oleh para Rabbi (paderi yahudi).
• Pernyataan-pernyataan yang terkandung di dalam Protokol Pemimpin Zionis.

Cuba perhatikan pada wang kertas dollar Amerika, terdapat lambang mata satu iaitu 'All Seeing Eye' pada bahagian atas hujung piramid dan angka roman MDCCLXXVI yang bermaksud 1 May 1776, iaitu tarikh penubuhan keluarga illuminati.

BUKTI 1 : PENUBUHAN ILLUMINATI PADA 1 MAY 1776 DI PERANCIS.
Pengasas Illuminati iaitu Adam Weishaupt merupakan seorang profesor perundangan di universiti Ingoldstald, Perancis. Di sepanjang penubuhan Illuminati ini, Adam Weishaupt telah menghasilkan suatu kertas kerja pada 1 May 1776 yang merangkumi segala perancangan Illuminati untuk menguasai dunia yang bermula dengan negara-negara Eropah. Perancangan tersebut ditulis dengan mengandaikan bahawa yahudi akan dapat menguasai dunia di dalam tempoh kurang dari 300 tahun. Kertas kerja mengenai perancangan ini telah diedarkan kepada semua ahli-ahli Illuminati di seluruh Eropah. Namun yang demikian, pembawa buku rahsia Illuminati ini telah mati dipanah kilat pada tahun 1784 semasa membawanya di Perancis. Pihak berkuasa Perancis telah mengkaji dokumen-dokumen rahsia tersebut dan mengedarkannya ke seluruh negara Perancis dan beberapa negara-negara Eropah lain sebagai tanda amaran tentang bahayanya pertubuhan Illuminati ini. Dokumen-dokumen tersebut kemudiannya dikeluarkan semula dengan tajuk 'The Original Writings Of The Order And Sect Of The Illuminati'.

Pada tahun 1789, salah seorang daripada pemimpin Freemason iaitu Robinson yang tidak sefahaman dengan Adam Weishaupt telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'The Proof Of A Conspiracy To Destroy All Governments And Religions'. Tujuan buku ini dikeluarkan adalah untuk memberi amaran kepada para golongan Diraja Perancis tentang perancangan sulit Adam Weishaupt untuk mencetuskan Revolusi Perancis pada tahun yang sama iaitu tahun 1789.

Apakah kaitannya penubuhan Illuminati dan kewujudan Al-Masih Ad-Dajjal?
Hujah untuk memperkukuhkan lagi pendapat bahawa Al-Masih Ad-Dajjal itu adalah manusia ialah dengan merujuk kepada dokumen-dokumen rahsia Illuminati yang bertajuk 'The Proof Of A Conspiracy To Destroy All Governments And Religions' dan 'The Original Writings Of The Order And Sect Of The Illuminati'. Kedua-dua dokumen ini adalah satu pendedahan dari Robinson dan Polis Perancis pada tahun 1780an. Persoalannya, di antara isi kandungan dokumen-dokumen tersebut, ianya mengandungi suatu perancangan rahsia yang menyebut mengenai tempoh 300 tahun. Di dalam pemikiran logik kita sebagai manusia biasa, adakah kita mampu merancang sesuatu perkara itu dengan mengambil tempoh masa yang begitu panjang? Di dalam dokumen tersebut juga ada menyatakan bagaimana untuk melaksanakan revolusi-revolusi dan menjatuhkan pemerintahan beraja di negara-negara Eropah. Di dalam erti kata lain, untuk menulis dokumen yang menceritakan mengenai segala perancangan mereka ke atas seluruh negara-negara Eropah, ianya memerlukan seseorang yang pernah menjelajah ke seluruh dunia dan memahami segala macam bentuk kekuatan dan kelemahan kerajaan di negara-negara Eropah. Dan apa yang menjadi persoalan juga, adakah benar isi kandungan dokumen tersebut adalah idea asal dari Adam Weishaupt, sedangkan ia sibuk bekerja sebagai profesor perundangan di Ingoldstadlt? Selain dari itu, di dalam masa yang sama ia juga sibuk dengan pembinaan kuil syaitan (Synagogue Of Satan) di sebuah gereja katholik. Jadi, dimanakah masa yang digunakan olehnya untuk mengkaji seluruh pentabdiran di seluruh negara-negara Eropah? Ianya tidak lain dan tidak bukan, adalah perancangan Al-Masih Ad-Dajjal Laknatullah...! (Dengan izin Allah Swt)

BUKTI 2 : PERJUMPAAN YANG DIADAKAN PADA SETIAP 100 TAHUN SEKALI OLEH PARA RABBI YAHUDI.
Suatu yang agak aneh dan tidak terdapat pada mana-mana pertubuhan di dunia ini, di mana mereka mengambil tempoh masa yang begitu lama untuk mengadakan satu perjumpaan seperti mana yang dilakukan oleh pertubuhan illuminati. Ramai dari kalangan mereka termasuk seluruh rabbi yahudi yang menyokong zionis dan idea mengenai 'One World Goverment' yang diperkenalkan oleh Illuminati telah hadir di dalam perjumpaan tersebut. Perjumpaan pada setiap 100 tahun sekali ini merupakan satu perjumpaan sulit dan rahsia, yang mana ia secara tidak sengaja telah didedahkan oleh Rabbi Reichhorn semasa ia berucap pada majlis pengebumian Rabbi Semeon Bin Yehuda. Ucapan tersebut telah dilakukan pada tahun 1869. Di dalam ucapan tersebut, Rabbi Reichhorn telah menyatakan dengan jelas bahawa :
"Pada setiap 100 tahun, kami para pendeta Israel pada kebiasaannya akan mengadakan satu perjumpaan di Sanhedrin untuk meneliti dan memperbincangkan mengenai kemajuan kami ke arah penguasaan dunia seperti yang telah dijanjikan oleh Jehovah, dan juga mengenai penaklukan kami ke atas musuh-musuh kami iaitu Kristian."
Ucapan Rabbi Reichhorn tersebut telah didedahkan oleh sebuah syarikat penerbitan di Rusia yang bernama 'La Vieilla France' pada 21 Oktober 1920 (No.195).

Apakah kaitannya ucapan Rabbi Reichorn dengan Al-Masih Ad-Dajjal?
Hal ini dapat di lihat pada tempoh masa perjumpaan tersebut yang telah ditetapkan dan juga pada beberapa rangkap perkataan yang terkandung di dalam ucapan tersebut. Tempoh masa selama 100 tahun itu adalah satu tempoh masa yang terlalu lama. Pada logik akal pemikiran manusia, sekiranya seseorang itu telah menghadiri perjumpaan tersebut pada hari ini, kemungkinan besar ia tidak lagi akan dapat menghadiri perjumpaan yang seterusnya, kerana tempoh masa yang seterusnya adalah selama 100 tahun lagi. Apakah rasionalnya perjumpaan tersebut ditetapkan pada tempoh setiap 100 tahun sekali? Seperti apa yang kita ketahui, 100 tahun itu adalah bersamaan dengan 1 abad. Pada setiap kali perjumpaan tersebut diadakan, akan disertakan dengan satu laporan mengenai perkembangan perancangan mereka pada 100 tahun yang lepas. Jadi, mampukah kita membaca, menilai dan meneliti kembali perkembangan mengenai perancangan mereka pada 100 tahun yang lalu untuk di teliti, di analisis dan diperbincangkan? Allah Swt telah memberikan beberapa keistimewaan kepada Al-Masih Ad-Dajjal dan dipertangguhkan ajalnya seperti mana Nabi Isa Alaihissalam. Al-Masih Ad-Dajjal mengetahui bahawa ia mampu hidup lama, malah ia juga mengetahui bahawa dirinya adalah manusia akhir zaman. Penetapan tarikh perjumpaan pada setiap 100 tahun sekali itu sememangnya adalah untuk memudahkan Al-Masih Ad-Dajjal membuat pertimbangan dan penilaian ke atas perkembangan masyarakat dunia (dengan izin Allah Swt).

BUKTI 3 : PERNYATAAN YANG JELAS MENGENAI KEWUJUDAN AL-MASIH AD-DAJJAL DI DALAM PROTOKOL-PROTOKOL RAHSIA SULIT ZIONIS.
Bukti ketiga ini merupakan bukti yang paling kukuh untuk menyokong hadith-hadith Nabi, bukti pertama dan juga bukti kedua yang telah dinyatakan sebelum ini. Para pemimpin zionis itu sendiri telah mengeluarkan kenyataan mengenainya dengan mengaku bahawa mereka sedang giat melakukan persiapan untuk menanti ketibaan raja syaitan mereka. Para pemimpin zionis juga mengetahui bahawa raja mereka itu sememangnya wujud dan pasti akan muncul. Kaedah dan cara mereka (zionis) melaksanakan kerja-kerja mereka juga dengan sendirinya telah membuktikan bahawa mereka memang senantiasa menantikan akan ketibaan raja syaitan mereka yang mereka anggap sebagai seorang yang terhebat dan bakal memerintah dunia kelak. Pernyataan ini jelas dinyatakan di dalam Protokol No.15 mereka iaitu : "Apabila Raja Israel meletakkan di kepalanya yang suci dan mahkota yang diberikan kepadanya oleh Eropah, ia akan menjadi penjaga dunia dan angsa-mangsa yang diperlukan olehnya juga akan mengikut kesesuaian mereka." Manakala di dalam Protokol No.17 pula menyatakan seperti yang berikut :"Melalui penyamaran ini, kita akan dapat menyusup masuk ke dalam institusi Pope ini dan memastikan bahawa kita tidak akan meninggalkannya sehinggalah kita dapat menghancurkan seluruh kekuatan yang terdapat di dalam institusi ini. Raja orang yahudilah yang akan menjadi Pope Sejagat yang sebenar-benarnya dan juga ketua bagi sebuah gereja antarabangsa."

SIHIR, ILLUMINATI, FREEMASON DAN AL-MASIH AD-DAJJAL.

(102) وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ      ۖ    وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ  ۚ  وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ فَلَا تَكۡفُر      ۖ    فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌  ۚ  وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ ‌ ۚ  وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌  ۚ  وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ ۚ  وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌  ۚ  لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Malsudnya : Mereka (membelakangkan Kitab Allah Swt) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan di dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman Alaihissalam, padahal Nabi Sulaiman Alaihissalam itu tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat, Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)." Di dalam pada itu, ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua tentang ilmu sihir yang boleh menceraikan di antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) seseorang itu dengan sihir mereka melainkan dengan izin Allah Swr. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum yahudi itu) telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu, tidaklah lagi mendapat kebahagiaan yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya, amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, jika mereka mengetahuinya.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 102)

Pada tahun 1118, satu kumpulan tentera yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawal keadaan di Jerussalem dan juga telah menciptakan suatu sistem ekonomi mereka sendiri. Akan tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada sekumpulan Knight Templar ini yang jarang kita dengar. Ketika kumpulan tersebut berada di Jerusalem, mereka telah menemui harta yang tidak ternilai harganya, iaitu tepat di bawah Baitulmaqdis atau yang kita kenali pada saat ini sebagai Masjidil Al-Aqsa di Palestin. Harta tersebut sebenarnya merupakan himpunan buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang telah dirampas oleh Nabi Sulaiman Alaihissam, yang kemudiannya menyimpan dan menyembunyikannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah Masjidil Al-Aqsa. Knight Templar telah menemui bilik tersebut lalu mengambil buku-buku sihir purba itu dan mempelajari seluruh simbol-simbol dan ilmu-ilmu sihir purba dari bani Israil itu. Apabila mereka mengetahui tentang kehebatan ilmu-ilmu sihir tersebut, mereka pun terus mengamalkannya dan melakukan seluruh upacara-upacara penyembahan Iblis tersebut. Dengan ilmu sihir purba tersebut, mereka dapat berhubung langsung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang sedang dikurung dan dirantai di sebuah pulau sejak sebelum kelahiran Rasulullah Saw lagi. Al-Masih Ad-Dajjal telah menjanjikan kepada mereka dengan kekuasaan, kekayaan dan segala macam bentuk kenikmatan yang tiada tandingannya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuknya di dalam melaksanakan kesemua konspirasi sulit dan rahsianya, termasuk membina semula Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat di mama Al-Masih Ad-Dajjal akan memerintah dunia. Rahsia amalan sihir-sihir purba tersebut telah berada di hujung jari mereka. Dengan mempelajari ilmu-ilmu sihir dari buku-buku tersebut dan mengamalkan ritual-ritualnya, di dalam tempoh masa yang singkat mereka telah menjadi orang-orang yang berpengaruh dan terkaya pada ketika itu. Mereka kemudiannya telah memindahkan buku-buku tersebut dan mula berlatih serta terus mengamalkannya, agar mereka dapat masuk ke alam syaitan. Mereka benar-benar telah jauh lari dari landasan agama Nabi Sulaiman Alaihissalam dan Allah Swt, dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Selama berabad-abad, buku-buku ilmu sihir tersebut telah diseludup ke Eropah. Kesatria-kesatria Knight Templar kemudiannya menggelarkan diri mereka sebagai 'Free Mason'. Dengan kekuatan yang telah dikumpulkan, mereka mula menyebarkan ilmu-ilmu sihir purba tersebut ke seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia yang mempunyai kaitan dengan mereka. Pada ketika Jerusalem berjaya dirampas kembali oleh tentara-tentera Islam, The Knigth Templar terpaksa melarikan diri pulang semula ke Eropah. Mereka kemudiannya mengumpul dan membina semula kekuatan mereka di Eropah. Akan tetapi, kegiatan mereka telah terbongkar apabila raja-raja Eropah dapat menghidu dan mengetahui tentang amalan-amalan sihir purba mereka, lantas mengharamkan Knight Templar. Hampir kesemua ahli-ahli sihir tersebut telah ditangkap dan dibakar hidup-hidup. Setelah peristiwa tersebut, mereka mula menyusun pergerakan mereka semula dan menukar nama kumpulan mereka menjadi 'Freemason', yang menggunakan simbol segi tiga bermata satu. Seterusnya, Freemason mula giat menjalankan konspirasinya dan menjatuhkan kesemua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi-revolusi yang dicetuskan oleh mereka. Demi menutup kesemua perancangan sulit dan konspirasi jahat mereka, istilah 'Renaissance' mula diperkenalkan oleh mereka di dalam sejarah. Dengan itu, segala perancangan sulit dan konspirasi jahat mereka akan kelihatan sebagai 'Mulia' di dalam lipatan sejarah. Maka, tertipulah seluruh bangsa Eropah, bahawa mereka sedang diperintah oleh para penyembah syaitan. Walaupun Freemason / Illuminati sudah pun mendapatkan hak dan kekayaan di dunia ini dengan menggunakan 'harta rahsia' tersebut, mereka masih tetap menumpukan perhatian untuk melaksanakan perancangan sulit mereka dengan menghancurkan Masjidil Al-Aqsa, kerana mereka sebenarnya sedang membuat persiapan terakhir untuk kedatangan tuhan mereka iaitu Al-Masih Ad-Dajjal'.

Setelah mereka dapat menguasai Eropah, mereka mula memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Disinilah bermulanya era penjajahan. Akhirnya, mereka telah berjaya dan kembali menguasai semula Jerusalem, dan Haikal Sulaiman kembali diduduki untuk penyambutan raja mereka, Dajjal Laknatullah!
Sepertimana yang dapat kita lihat pada hari ini, tentera-tentera Dajjal telah merosakkan Masjidil Al-Aqsa dan sedang di dalam proses pembinaan Haikal Sulaiman.

Wallahua'lam...