Isnin, 11 September 2017

ASAL-USUL NAMA-NAMA HARI DAN BULAN DI DALAM KALENDAR MASIHI.

Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno di bawah pimpinan Al-Masih Ad-Dajjal laknatullah yang telah diperpanjangkan umurnya & diberikan kelebihan padanya oleh Allah Swt itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya umat Islam telah dibentuk & dikuasai secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala yahudi & nasrani. Kita tidak menyedari bahawa kehidupan kita pada hari ini khususnya anak-anak kita, telah pun diajarkan di sekolah dengan nama-nama dewa berhala sejak dari kecil lagi. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala mereka ke dalam diri kita. Perancangan Al-Masih Ad-Dajjal telah berhasil dengan izin Allah Swt, apabila berjaya menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar utama dunia melalui dua konsep iaitu 'Penjajahan' dan 'Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu'.

ASAL-USUL NAMA BULAN-BULAN MASIHI.

1. JANUARI - Nama Januari berasal dari perkataan 'Janus', iaitu tuhan berhala orang-orang Romawi yang 'berwajah dua'. Sebelah muka melihat ke hadapan dan sebelah muka lagi melihat ke belakang.

2. FEBRUARI - Nama Februari berasal dari bahasa Latin iaitu 'Februo' yang bermaksud 'Kesucian'. Biasanya di dalam bulan ini bangsa Romawi akan mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa di dalam suatu majlis, yang mereka percayai dapat menghilangkan dosa-dosa mereka.

3. MAC - Nama Mac berasal dari perkataan 'Mars', iaitu salah satu tuhan berhala bangsa Romawi.

4. APRIL - Nama April berasal dari bahasa latin iaitu 'Aperto', yang bermaksud 'Terbuka’ atau 'Berkembang'. Di dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang-orang Saxon menggelarkan bulan ini sebagai 'Easter' untuk menghormati tuhan musim panas (summer).

5. MEI - Nama Mei berasal dari perkataan 'Maia' iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi yang bernama 'Atlas'.

6. JUN - Nama Jun berasal dari perkataan 'Juno', iaitu salah satu dari tuhan berhala bangsa Romawi.

7. JULAI - Nama Julai berasal dari bahasa latin iaitu nama seorang pemerintah yang bernama 'Julius Caesar', yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

8. OGOS - Nama Ogos berasal dari nama seorang pemimpin Rom iaitu 'Caeser Augustus' yang bermaksud bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama 'Sextilitis', iaitu bulan ke enam mengikut kalendar bangsa Romulus.

9. SEPTEMBER - Nama September berasal dari perkataan 'Septem' yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.

10. OKTOBER - Nama Oktober berasal dari perkataan 'Octo' yang bererti lapan, tetapi ianya telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.

11. NOVEMBER - Nama November berasal dari bahasa latin iaitu 'Novem' yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.

12. DISEMBER - Nama Disember berasal dari bahasa latin iaitu 'Decem' yang bererti sepuluh, tetapi kemudian ianya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

NAMA ASAL HARI-HARI MASIHI
1. SUNDAY (AHAD) - Berasal dari perkataan 'Sun's Day' yang bermaksud 'Matahari'.

2. MONDAY (ISNIN) - Berasal dari perkataan 'Moon's Day’ yang bermaksud 'Hari Bulan'.

3. TUESDAY (SELASA) - Berasal dari perkataan 'Day Of Tyr' iaitu sempena hari dewa perang masyarakat Rom yang bernama 'Tyr'.

4. WEDNESDAY - Berasal dari perkataan 'Woden' iaitu salah satu nama daripada dewa suci Rom.

5. THURSDAY (KHAMIS) - Berasal dari perkataan 'Day Of Thor’, yang diambil sempena nama dewa Rom bernama 'Thor' yang bermakna 'Dewa Halilintar'.

6. FRIDAY (JUMAAT) - Berasal dari perkataan 'Day Of Freya' iaitu Dewa Hari Perkahwinan bangsa Rom yang bernama 'Freya'.

7. SATURDAY (SABTU) - Berasal dari perkataan 'Saturnus' yang bermaksud 'Bintang Saturnus' mengikut kepercayaan bangsa Romawi.

Mengapa bahasa bangsa Romawi dijadikan sebagai rujukan utama?
Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Sejak dari zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewaskan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintahan Julius Caesar dan Hercules, manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan para cendekiawan mereka seperti Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain lagi.
Perlu diingat bahawa di dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga di antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato. Masyarakat Eropah dan Amerika pada zaman sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Segala ilmu yang mereka perolehi, yang mereka cipta dan yang mereka ciplak dari para sarjana Islam, akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek. Misalnya disiplin ilmu 'Psikologi', yang kini banyak diajarkan di universiti-universiti di seluruh dunia termasuk negara-negara Islam. Kesemua para sarjana Yahudi dan Nasrani telah menciplak ilmu ini dari para sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.
Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes, manakala di dalam dunia Islam disiplin ini telah diperkenalkan sejak dari 950 M oleh Abu Nasr Al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk 'Opinions Of The Citizens Of Uthopia'. Kemudian disiplin ini mula diperkembangkan lagi oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sejak sebelum Descartes dilahirkan. Di antara tokoh-tokoh Islam lain yang memperkembangkan lagi disiplin ini ialah :

• Ibnu Sina - (Meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk 'The Moods Of Psyche' dan 'Hints And Notices'.

• Imam Al-Ghazali - (Meninggal pada 1111 M), menulis kitab yang berkaitan dengan jiwa iaitu 'Ihya Ulumuddin'. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.

Untuk mengaburi mata masyarakat dunia, golongan yahudi dan nasrani telah memberikan nama disipilin yang berkaitan dengan jiwa kepada nama 'Psikologi' yang berasal dari perkataan 'Psychos' (Jiwa) dan 'Logos' (kajian) yang bermaksud kajian mengenai jiwa. Nama-nama para tokoh Islam tidak disebut langsung di dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah dari masyarakat barat. Permasalahan di atas telah pun dibincangkan di dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Makkah yang bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah daripada Malaysia telah hadir di dalam persidangan tersebut.

Wallahu'alam...

Tiada ulasan: