Memaparkan catatan dengan label LAWAK JENAKA SANTAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAWAK JENAKA SANTAI. Papar semua catatan

Isnin, 11 September 2017

PM DAN DEDAK.

Al-kisah... Tersebutlah kisah... Pada zaman dahulu, di sebuah negeri yg bernama maramprappukapundenparanskepper, berlakulah sebuah kisah, di mana PM di kampung tersebut telah memanggil kesemua menteri-menterinya utk suatu mesyuarat tergempar. Maka, hadirlah kesemua menteri-menteri tersebut dan senyap-sunyi serta khusyuklah mereka utk mendengar apa yg akan disampaikan oleh PM mereka itu. Tiba-tiba, suasana hening dan senyap sunyi itu bertukar menjadi riuh apabila kesemua menteri-menteri itu hampir-hampir menjadi beruk mat yeh kerana begitu terperanjat yang amat terkujat sekali apabila PM mereka telah mengeluarkan seekor ibu ayam dan diletakkan di atas meja dihadapannya. PM kemudiannya telah mencabut sehelai demi sehelai bulu-bulu ayam itu walaupun ayam itu menjerit-jerit kesakitan yg amat sgt. PM tidak mempedulikannya malah dgn rakusnya ia meneruskan perlakuannya sehingga togellah ayam tersebut. Kemudian PM tersebut melepaskan ayam itu lalu meletakkannya di atas meja dan menabur dedak pada ayam tersebut. Lantas ayam itu memakannya dgn begitu lahap sekali. Apabila habis dedak tersebut, PM kemudiannya bangun dari meja beliau dan menabur pula dedaknya di atas lantai. Ayam itu terus mengikuti PM yg sedang menaburkan dedak utknya. Kesemua menteri-menterinya melopong kehairanan dgn perlakuan PM mereka. Setelah selesai dgn perlakuannya itu, bertanyalah PM tersebut kepada para menterinya : "Apakah pengajaran yg kamu dpt drpd apa yg kamu semua lihat sebentar tadi?" Lalu suasana menjadi senyap sunyi kembali apabila kesemua para menterinya yg masih tercangak bangang itu melopong kerana merasa pelik namun tidak berani berkata apa-apa. Beberapa minit kemudian, apabila jawaban kepada pertanyaannya itu tidak kunjung tiba, akhirnya PM pun bersuara : "Kamu semua tentu dapat melihat ayam tersebut tetap mengikuti saya walaupun saya telah menyakitinya. Kesimpulannya di sini ialah, jgnlah kamu semua merasa takut utk menyusahkan rakyat dan menyakiti mereka, kerana selagi kita semua mempunyai dedak, mereka semua pasti akan tetap mengikuti kita." Ucapan PM itu kemudiannya telah mendapat sorakan dan tepukan yg begitu gemuruh sekali dari para menteri-menterinya. Lalu berkumandanglah lagu-lagu mereka dan berjoget-jegotlah mereka semua di dalam majlis tersebut.

-Tamat-

"Renung-renungkan... Dan Selamat Beramal...."

Sabtu, 2 September 2017

MADAH PUJANGGA SEORANG PLAYBOY.

Di suatu petang di sebuah taman bunga indah, bermadah pujanggalah sepasang kekasih...

Makwe: "Abg, setulus & sebesar manakah cinta abg pada ayg...?"

Pakwe : "Abg benar-benar mencintai ayg, tak dpt abg meluahkannya dgn kata-kata."

Makwe : "Abg, luahkanlah segala yg terpendam di dlm hati abg."

Pakwe :"Ayg, cinta abg pada ayg ibarat sebijik handphone. Abg handphonenya & ayglah simcardnya. Tanpa ayg, tidaklah ada ertinya hidup abg ini, syg."

Makwe : "Aaww, sweetnya abg ni. Ternyata abg benar-benar seorg lelaki yg romantik."

Pakwe : (Sambil berdoa di dlm hati) "...Fuh... Nasib baik dia x tau yg handphone aku ni pakai 3 simkad..."

Koh! Koh! Koh! Koh Koh!

PENDEDAHAN PANAS! ROKOK SEBENARNYA TIDAK MERBAHAYA BAGI KESIHATAN. (KHUSUS UTK PEROKOK...!)

Ramai org berpendapat bahawa rokok adalah merbahaya, kerana boleh memudaratkan kesihatan seseorg perokok & org2 disekelilingnya. Tetapi setelah diselidik oleh beberapa org pakar, ternyata rokok itu sama sekali tidak merbahaya. Ada sebuah kisah the untold story yg telah membuka mata dunia bahawa rokok itu tidak merbahaya sama sekali.

Kisah ini bermula dgn 3 org pakar yg selalu bersama walau ke mana saja mereka pergi. Ketiga-tiga org pakar tersebut memiliki kepandaian & kegemaran yg berbeza. Ianya boleh diklafisikasikan sebagai yg berikut:
Pakar A : Dr. Romeo (pakar yg mempunyai kegemaran mengenai wanita)
Pakar B : Dr. Jon Van Walker (pakar yg mempunyai kegemaran mengenai minuman keras)
Pakar C :  Dr. Toni Tobacco (pakar yg mempunyai kegemaran mengenai segala jenis rokok)

Pada suatu hari, ketiga-tiga org pakar tersebut telah bersepakat utk mencabar diri & kepakaran masing2. Mereka telah pergi menemui seorg dukun sakti. Mereka pun menyatakan hasrat mereka kpd dukun tersebut & memilih sesuai dgn kegemaran masing-masing.

Pakar A : "Aku mau perempuan2 muda dari pelbagai bangsa serta makanan & minuman yg cukup. Kemudian letakkan aku di dlm sebuah gua yg tertutup & jgn ganggu aku selama 10 tahun."

Pakar B : "Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia & bekalan makanan yg cukup. Kemudian letakkan aku di dlm gua yg tertutup & jgn ganggu aku selama 10 tahun."

Pakar C : "Dan aku pula mau semua jenis rokok dari seluruh dunia & makanan yg mencukupi. Dan seperti mereka juga, letakkan aku di dlm gua yg tertutup & jgn ganggu aku selama 10 tahun."

Selepas 10 tahun kemudian, dukun sakti tersebut kembali semula ke gua tmpt di mana pakar2 tersebut diletakkan di dlmnya, sesuai dgn perjanjian mereka.
Ketika pintu gua pertama dibuka, keluarlah si pakar A dlm keadaan kurus kering, berjalan terhuyung-hayang sehinggakan berdiri pun ia tidak mampu kerana lututnya sudah goyang & hampir kebas, disebabkan hari-harinya dihabiskan dgn wanita2 tersebut. Beberapa saat kemudian, si pakar A telah jatuh menyembah bumi lalu mati.
Kemudian dukun sakti pergi pula ke pintu gua yg kedua & membukanya, maka keluarlah si pakar B, dgn perutnya yg buncit & mata kemerah-merahan, kerana hari-harinya hanya dihabiskan dgn meminum arak, berjalan terhuyung-hayang ke arah dukun sakti. Beberapa saat kemudian, seperti si pakar A juga, ia jatuh ke tanah lalu mati.
Dukun sakti kemudiannya pergi pula ke pintu gua yg ketiga, iaitu pintu gua yg terakhir yg menempatkan si pakar C, lalu membukanya. Setelah pintu gua yg ketiga di buka, maka keluarlah si pakar C, di dlm keadaan yg sihat walafiat, bahkan lebih sihat drpd 10 tahun yg lalu. Tiba2, si pakar C tangkas berjalan ke arah dukun sakti tersebut & terus menumbuk kepalanya & mengherdik dukun sakti itu seraya berkata:
"DASAR DUKUN BENGONG! LIGHTERNYA MANA, LIGHTER..?! KEMPUNAN AKU DOK DLM TU SELAMA 10 TAHUN, TAU TAK! BONGOK!"

Kesimpulannya : ROKOK TIDAK MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN SELAGI TIDAK ADA APINYA.
Bhahahahahaaa....