Khamis, 17 Mei 2018

ELIT MELAYU DAN DEMOKRASI.

Orang-orang melayu pada ketika ini semakin berpecah. Dari satu parti (Umno), menjadi 2 parti (Umno dan Pas), dari 2 parti menjadi 3 parti (Umno, Pas dan PKR), dan kini ianya semakin berpecah lagi dengan munculnya Parti Amanah, Pribumi Bersatu dan lain-lain lagi.

Parti Umno adalah hasil dari kerjasama pihak British dan Elit Melayu. Umno tidak dapat bernafas dengan baik jika tidak menepati kriteria yang diinginkan oleh pihak British. Di antaranya ialah setiap negara yang majoritinya umat Islam di bawah jajahan British mestilah dipastikan tidak mempunyai agenda perpaduan Islam atau pun menjalankan hukum-hukum Islam. Organisasi-organisasi yang berhaluan kiri mahu pun yang berfahaman Islam akan di cantas dan di sekat oleh pihak British. Hanya Umno sahaja yang 'diredhai' oleh mereka. Lord Cromer, seorang pegawai British di Mesir ketika era imperialisme telah berkata :

"Para penjajah tidak akan memerdekakan mana-mana negara Islam selama mana negara itu tidak ada penggantinya sebagaimana penjajah yang memerintah. Jika ada penggantinya yang sama seperti penjajah, merdekakanlah negara itu."

Sebab itu apabila Malaysia di restui kemerdekaannya, perkara pertama yang harus di terima oleh Tunku Abdul Rahman ialah dengan menubuhkan satu suruhanjaya bagi menggubal undang-undang, yang mana undang-undang penjajah mesti harus berada di atas segala undang-undang.

Lord William Reid, seorang ahli anggota Freemason telah di pilih untuk menerajui suruhanjaya ini. 'Common Law' mesti berada di atas undang-undang Tuhan. Malah undang-undang Tuhan mesti dipastikan tidak berjalan atau terhapus terus berbanding undang-undang 'Common Law' pihak British.

Persolannya ialah, bukankah Umno itu adalah parti orang-orang melayu yang beragama Islam? Bukankah Tunku Abdul Rahman boleh menghapuskan undang-undang 'Common Law' tersebut dan menggantikannya dengan undang-undang Syariah apabila pihak British telah tiada?
Tidakkah pihak British terfikir tentang semua ini?

Sebenarnya, Ini semua sudah ada di dalam perancangan pihak British lama sejak sebelum Perang Dunia Pertama lagi. Organisasinya, ideologinya hatta para elitnya telah di pilih oleh pihak British untuk menggantikannya apabila mereka keluar dari Tanah Melayu. Apabila Umno benar-benar telah melepasi tahap kepercayaan British, barulah Umno dilepaskan untuk memerintah Malaysia.

Cuba kaji isu arak di Selangor. PAS Selangor cuba untuk mempertahankan prinsip agama Islam, namun ianya bukan sahaja diperlecehkan oleh orang-orang bukan Islam malah dari kalangan PAS sendiri (api dalam sekam @ talibarut Freemason) semata-mata untuk menjaga kesatuan di dalam Pakatan Rakyat.

Adakah menjaga kesatuan Pakatan Rakyat itu lebih suci dari tanggungjawab Amal Ma'aruf Nahi Mungkar? Inilah sebenarnya yang mereka katakan sebagai sistem demokrasi terpimpin yang penuh dengan tipu muslihat.

Demokrasi bukanlah semata-mata mengenai suara rakyat, kerana itu hanya propaganda dan kulit luarannya sahaja. DEMOKRASI ADALAH TEMPAT BERMAIN PARA ELIT DAN THE HIDDEN HAND. Demokrasi ibarat permainan poker. Umno dan DAP adalah pemainnya. Manakala PAS pula cuba masuk untuk bermain dan jika PAS menang, ia boleh menubuhkan sebuah negara Islam melalui sistem demokrasi ini. Ketika permainan sedang berlangsung, masing-masing cuba bermain dengan 'psikologi' untuk mengelirukan pihak lawan. Adakalanya PAS mendapat 'Pair Of Ace' dan yakin mereka boleh menang. Ketika 'Flop', PAS semakin yakin bahawa pemain-pamain lain tidak dapat menyainginya sehinggalah 'Turn and Rival' di mana terdapatnya 'Pair of Two'. Namun PAS merasa yakin yang mereka tetap akan menang kerana memiliki 'Daun' yang paling tinggi. Akhirnya PAS pun 'All-In' sehingga sanggup menerima persahabatan DAP dan PKR yang jelas tidak bersetuju dengan konsep negara Islam dan menyerahkan segala-galanya. Tetapi salah seorang pemain juga 'All-In' dan apabila kad masing-masing di buka, pemain tersebut mempunyai kad '2' dan sekaligus memiliki 'House' atau 'Three of Kind'. Maka kecewalah PAS pada akhirnya.

DEMOKRASI adalah perjudian getir buat gerakan agama untuk mendaulatkan Islam melaluinya. Demokrasi adalah suatu jerat jerangkap samar. Jadi bagaimana caranya untuk keluar dari jerangkap samar ini? Jawapannya adalah dengan kembali kepada 'Sang Pencipta'.

Inilah DEMOKRASI, dan PAS perlu kuat di dalam siasah mereka. Para pemimpin mereka perlu mempelajari ilmu siasah politik. Cabaran pada ulama' yang memegang amanah politik tidak sama cabarannya dengan ustaz dan ustazah yang mengajar di surau-surau dan kelas-kelas agama. PAS perlu mengkaji senario politik global, belajar apa itu Freemason dan Illuminati serta siapa sebenarnya proksi-proksi mereka.

PAS perlu keluar dari tempurung politik Malaysia yang sempit dan menjadi lebih berwaspada dengan politik NEW WORLD ORDER. Inilah cabaran yang sebenar. Jika ini dapat di capai, PAS akan dapat melihat siapa lawan dan siapa kawan yang sebenar.

Hak saudara seagama di dalam Umno perlu ditunaikan. Jangan memaki-hamun dan menyisihkan mereka. Dekati dan nasihatilah mereka dengan penuh hikmah, agar mereka sedar mengenai pemikiran bebas dari agenda 'Mind Control'. Umno adalah ibarat saudara yang telah buta matanya (oleh penjajah) dan hampir memegang api dihadapan mereka. Jangan disamakan PAS yang dahulu dengan PAS pada hari ini. PAS hari ini telah rosak kerana agenda Freemason telah menyusup masuk ke dalam parti dengan bertopengkan Islam, untuk mencomotkan lagi imej PAS yang semakin kucar-kacir. Inilah perancangan Freemason untuk memperburukkan perjuangan umat Islam.

Di dalam medan peperangan ini terdapat berbagai ragam manusia dan permainannya. Terdapat golongan Islam liberal, sekular, materialis, kauvinis, sosialis serta non-muslim. Di sana juga berkeliarannya para orientalis, klonspirator dan pejuang agama-agama lain. Ada dari kalangan mereka yang menubuhkan Ngo-Ngo dan pertubuhan-pertubuhan sehingga ada yang mempunyai parti politik mereka sendiri. Organisasi-organisasi mereka mempunyai dua cabang iaitu politik dan propaganda. Di dalam istilah Islamik, organisasi mereka mempunyai bahagian siasah dan usaha dakwah. Bahagian politik mereka dipergunakan untuk berjuang meminda undang-undang yang memberi kelebihan pada Islam kepada undang-undang yang menafikan hak-hak Islam dan memberi kelebihan pula kepada mereka. Bahagian politik mereka juga dipergunakan untuk menghapuskan undang-undang syariah dan berusaha untuk menghapuskan identiti Islam.

Majoriti dari para pemimpin Umno yang terdiri daripada orang-orang Islam ini mendapat pendidikan dari Barat. Mereka tidak memahami atau tidak mempunyai pengetahuan atau mungkin tidak tahu-menahu langsung tentang konsep negara Islam.

Perpecahan orang-orang melayu terbahagi kepada dua iaitu perpecahan politik dan perpecahan pengamalan agama. Kedua-dua faktor inilah yang dijadikan senjata oleh 'mason-mason' ke atas orang-orang melayu untuk memecah-belahkan bangsa ini yang majoritinya menganut agama Islam. Serangan dijalankan dengan berbagai cara di segenap penjuru. Jika terdapat ruang kosong, mereka akan menyelinap masuk dan menyuntik dakyah-dakyah mereka ke dalam pemikiran dan politik orang-orang  melayu.

Perhatikan senario politik global sebagai iktibar buat kita. Umat Islam harus belajar dari sejarah lampau untuk memperbaiki segala kelemahan dan memperkuatkan keimanan serta jati diri, dan merancang serta menyusun strategi agar bersiap sedia di dalam apa jua keadaan. Umat Islam khasnya orang-orang melayu perlu mengkaji keseluruhan senario yang telah atau yang sedang berlaku kini. Hal ini penting sebelum pejuang Islam atau mereka yang mahu memperjuangkan agama Islam berangkat ke medan perang. Jika tidak, para pejuang Islam akan tewas tertusuk pedang rakan sendiri, atau lari dari medan peperangan kerana terkeliru dengan kekeliruan diri sendiri.

STEREOTYPE OF CHILDS POLITICIAN.

Penyokong politik adalah golongan yang paling teruja terkinja-kinja bagaikan anak-anak kecil diberikan gula-gula, manakala ahli politik yang di sokong oleh mereka saban waktu mengira tarikh pilihanraya. Hanya pada ketika inilah profesionnya berfungsi, terhegeh-hegeh untuk bertemu rakyat, berlakon mesra bertanya khabar dan permasalahan mereka serta menabur berbagai janji-janji manis demi menagih 'simpati' (undi) dari rakyat. Dan hanya ketika ini jugalah rakyat dapat melihat bagaimana sebenarnya pekerjaan seseorang wakil rakyat itu. Inilah skrip yang perlu di hafal oleh mereka ketika kempen pilihanraya. Ahli politik yang sebeginilah yang di gelar sebagai 'Stereotype of Childs Politician', di mana mereka ini hanya memikirkan kepentingan diri sendiri atau pihak-pihak tertentu, dan bukan untuk masa depan negara.

MEMAHAMI PERCATURAN THE HIDDEN HAND.

Untuk memahami percaturan Freemason di Malaysia, kita 'recall' semula kata-kata Lord Chromell di parlimen British yang mengatakan : "Jangan memerdekakan mana-mana negara umat Islam sehingga kamu dapati ada di kalangan mereka yang seperti kita."

Inilah lafaz sejahat-jahat musuh Allah Swt. Perancangan yang halus dan teliti telah di atur oleh mereka bagi melaksanakan kata-kata Lord Chromell yang bertujuan untuk melahirkan 'watak-watak' tempatan yang berkiblatkan pemikiran barat melalui sistem pendidikan sekular, kerana dengan cara inilah mereka dapat menzahirkan watak-watak tersebut. Maka lahirlah para Elit Melayu yang menjadi kesinambungan dari perancangan mereka untuk menjayakan gagasan pemikiran Lord Chromell ini. Di sinilah ianya bermula, dan di sini jugalah masyarakat diperpecahkan kepada kelas-kelas tertentu. Memandangkan orang-orang melayu mempunyai sistem monarki di dalam politik bernegara, maka sistem ini dikekalkan. Dan apa yang lebih malang lagi, dari sinilah orang-orang melayu melihat penjajah seolah-olah menghormati institusi politik tradisi orang-orang melayu!

Mereka sebenarnya sedang merosakkan insitusi tertinggi masyarakat melayu dengan menyuntik roh-roh pemikiran kolinial kepada para Elit Melayu. Dan kini, lihatlah hasilnya pada hari ini, lihatlah permasalahan yang wujud di dalam segala peringkat kelas masyarakat orang-orang melayu pada hari ini. Ianya berlaku kerana praktik sistem kapitalism di dalam negara kita, di mana agama dihadkan dan hanya juzuk-juzuk tertentu sahaja yang dipraktikkan, itu pun di dalam bentuk Islam 'make-up'. Islam hanya di lihat pada praktik ibadahnya sahaja, tetapi di dalam hal-hal mu'amalat, orang-orang melayu masih lagi terus mengikut telunjuk mereka.

Bank Islam yang kita lihat pada hari ini sebagai bank yang berdasarkan kepada undang-undang Islam, masih lagi berunsurkan riba'. Hanya saja penggunaan istilah 'Interest Rate' atau 'faedah' sahaja yang mereka gunakan, agar ianya kelihatan 'sah', 'halal', moden dan 'educated'. Islam apakah itu?

Di dalam praktik munakahat juga kita masih berterabur. Sehingga kini masih wujud elemen-elemen syubhah sehingga membebankan masyarakat, seperti budaya berkenduri kahwin berpuluh-puluh ribu ringgit, yang bercampur dengan amalan hindu dan kristian. Itu belum lagi termasuk bab mengenai pengagihan harta. Berapa ramai yang mendapat hak-hak mereka mengikut hukum faraid dan berapa ramai yang benar-benar memahami tentang perkara ini. Bab Jinayat, undang-undang kolonial masih bermaharajalela. Kadar jenayah semakin meningkat malah praktik perlakuan jenayah menjadi semakin agresif, seolah-olah negara ini tiada undang-undang.

Ini hanya beberapa daripada kesan-kesan zahir yang kelihatan pada kita. Apa yang lebih dahsyat lagi adalah kesan dari segi racun pemikiran. Dari pemikiranlah terbentuknya sikap yang kemudian diterjemahkan pula ke dalam bentuk tindakan dan kata-kata, dan kita masih lagi bergelut di dalam hal ini. Berapa ramai daripada kita yang mengakui akan kewujudan pertubuhan rahsia Freemason dan beberapa cabang-cabangnya seperti Rotary Club dan Lion Club yang berada di dalam negara kita, tetapi bersikap defensif apabila watak-watak tertentu yang menjadi idolanya dikaitkan dengan anasir-anasir Freemason. Inilah 'mental block' yang telah menguasai orang-orang melayu, umpama Tembok Berlin dan Tembok pemisah di Tel Aviv.

Orang-orang yang bercelaru sentiasa mencari jalan keluar dari persoalan dan turut mengajak orang lain keluar dari perbincangan asal kerana orang-orang seperti ini hidup di dalam penafian.

Ingat! Buku-buku sejarah, geografi, sains dan sosial dan sebagainya yang kita pelajari di sekolah, kolej atau universiti, adalah buku yang telah di tulis, dikaji, di susun dan diluluskan oleh pihak British. Kesemua buku-buku di dalam Perpustakaan Negara perlu mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Dalam Negeri ini pula di bawah kawalan Freemason. Begitu juga dengan Buletin Utama, RTM, Utusan Malaysia dan sebagainya.

Sistem politik atau sistem pemerintahan yang digunakan oleh kerajaan kita sebenarnya adalah sistem yang di cipta oleh Freemason, yang bertujuan untuk memecah-belahkan umat Islam dan bercerai-berai, kerana mereka mengetahui apabila Islam lemah, senjata umat Islam yang paling hebat iaitu 'DOA' akan menjadi tidak mustajab.

Tiada ulasan: