Jika golongan para ulama' sebegini berani memutar-belitkan ayat-ayat Al-Qur'an dan melabelkan yang haram kepada harus, maka ia wajar dilabelkan sebagai 'Ulama' Syaitan'.
Seorang ulama' tersohor iaitu Imam Habib Abdullah Haddad telah menyebut di dalam kitabnya, An-Nashaih Ad-Diniyyah Wal Washaaya Al-Imaniyah :
"Mereka (orang alim) gemar membuka pintu Ta'wil dan menunjukkan kepada orang-orang awam mengenai cara-cara mudah untuk menentukan sesuatu hukum agama, sehingga terbuka jalan untuk memutar-belit atau memanipulasikannya."
"Orang-orang alim yang bersikap sedemikian adalah ibarat seperti syaitan yang durjana, pengingkar dan penentang Allah Swt dan Rasul-Nya. Ia sebenarnya telah di lantik oleh syaitan untuk menjadi wakilnya di dunia ini, agar ia bisa menabur fitnah dajjal dan menunjuk ke arah kesesatan dan kekeliruan."
Riba' perbankan khususnya di atas nama 'pinjaman' adalah satu kaedah perancangan tipu muslihat Rothschild bagi menguasai dan memufliskan sesebuah negara. Negara-negara yang dahagakan permodenan kemudahan asas terpaksa membayar kepada syarikat-syarikat kejuruteraan luar yang memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Maka syarikat-syarikat kejuruteraan tersebut akan mencadangkan kepada negara-negara tersebut agar memohon pinjaman kewangan dari bank-bank kroni mereka. Maka terjerumuslah sesebuah negara itu ke dalam perangkap perhutangan yang tiada kesudahannya.
Dan apa yang lebih malang lagi, ulama' kontemporari pada zaman kini menganggap bahawa wang kertas adalah suatu aspek yang berlainan di dalam menentukan hukum riba' perbankan. Golongan ulama' seperti ini sebenarnya berada di dalam kekeliruan dan terpesona dengan 'Zauq' istilah 'Prinsip Darurat' yang berlegar-legar di dalam 'Riba' Al-Nasiah'. Mereka juga mengelak untuk memperbincangkan mengenai isu penggunaan wang kertas dan sistem perbankan yang penuh dengan unsur riba' serta sibuk mencari pembenaran untuk menghalalkannya apabila diajukan persoalan mengenainya.
Nota : Penulisan artikel ini mempunyai banyak persamaan dengan sejarah Malaysia yang sebenarnya di tadbir oleh Freemason.
Wallahua'lam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan