Khamis, 17 Mei 2018

RULE OF LAW

Ada beberapa perkara tentang politik Machiavelli. Pertamanya, penguasa yang menguasai 'Virtue' akan menjajah rakyat yang bergantung kepada persepsi. 'Rakyat Persepsi' ibarat masyarakat yang buta dan orang yang 'Bermata Satu' itulah penguasa yang menguasai 'Virtue' tersebut.

'Rakyat Persepsi' akan di hasut untuk mengikuti 'Rule Of Jungle' bagi menyelesaikan permasalahan tertentu, dan ini diperkasakan lagi dengan propaganda-propaganda dari bakal 'Penguasa Virtue'. Apabila bakal 'Penguasa Virtue' naik menjadi penguasa, ia akan menggunakan 'Rule Of Law' bagi menyelesaikan permasalahan yang sama. 'Rakyat Persepsi' pada mulanya panik, namun ditenangkan dengan 'Doktrin' bahawa sikap menerima 'Rule Of Jungle' itu kurang waras, kurang matang dan kurang berpelajaran berbanding standard 'Rule Of Law'.

'Penguasa Virtue' akan bersikap 'Switching' di antara perkakas 'Rule Of Jungle' dan 'Rule Of Law'. Pada musuh, 'Rule Of Jungle' akan di guna pakai. Untuk dirinya, 'Rule Of Law' akan dikuatkuasakan. Ini menyebabkan penyelesaian kepada musuh akan menjadi begitu cepat, namun penyelesaian yang berpihak kepada 'Penguasa Virtue' akan menjadi begitu lambat dan di tangguh-tangguh.

'Membeli Masa' adalah satu daripada prinsip penting bagi menggunakan 'Virtue' itu. 'Rakyat Persepsi' yang gemarkan gosip tidak begitu percaya kepada fakta. 'Rumour' adalah kuasa untuk politik Machiavelli menjajah pemikiran 'Rakyat Persepsi'. 'Rumour' adalah lemak tepu yang di suap ke dalam pemikiran 'Rakyat Persepsi' bagi menggemukkannya dan siap bekerja untuk matlamat 'Penguasa Virtue'.

'Penguasa Virtue' akan bergilir-gilir menggunakan 'Rumour' dan 'Rule Of Law' untuk mengalih perhatian. 'Membeli Masa' akan bertambah penting dan beraksi dengan kenyataan bahawa perhatian akan berkurang 'Melawan Masa'. Dengan itu 'Rakyat Persepsi' akhirnya akan kurang menjadi panik dan menerima sahaja keputusan 'Penguasa Virtue'. Ini mewujudkan satu 'Zon Selesa' bagi 'Rakyat Persepsi' berhidup di bawah kawalan 'Penguasa Virtue'.

(Srikandi - Kursani Segenap Bimasakti)

Tiada ulasan: