Rabu, 16 Mei 2018

KRONOLOGI PERHUBUNGAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DENGAN YAHUDI DAN ISRAEL.

Di bawah ini adalah di antara kronologi perhubungan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Yahudi dan Israel.

1964 : Tun Mahathir di latih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat di dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, yang merupakan Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Tun Mahathir mempunyai hubungan baik dan begitu akrab dengan Henry Kissinger, lebih-lebih lagi semenjak beliau berjaya di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO pada 16 Julai 1981. Bahkan perlantikan Tun Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Mac 1976 oleh Tun Hussein Onn yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga ketika itu, juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Suatu ketika dahulu, telah berlaku krisis di antara Tun Mahathir dengan Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 yang juga di gelar sebagai 'Bapa Kemerdekaan'). Oleh kerana bimbang dan takut dirinya di tangkap, Tun Mahathir telah melarikan diri ke Thailand yang kemudiannya telah mendapat perlindungan 'asing' di Australia dan bekerja di sana di samping menulis di dalam akhbar luar negeri mengenai Tunku Abdul Rahman dengan berbagai kecaman dan kritikan. Tun Mahathir hanya kembali semula setelah Tun Haji Abdul Razak di lantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing), akhirnya Tun Abdul Razak telah terpedaya dengan menerima semula Tun Mahathir dan memberikan kedudukan kepadanya di dalam kerajaan walau pun telah berkali-kali diberikan peringatan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Tun Mahathir. Namun ajal telah menghalang Tun Abdul Razak dari bertindak terhadap Tun Mahathir setelah beliau menyedari kesilapan dan kesalahannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Tun Mahathir untuk menguasai UMNO dan kerajaan.

10 SEPTEMBER 1982 : Di dalam ucapan dasar sulungnya pada Perhimpunan Agung UMNO yang Ke-33 selaku presiden, Tun Mahathir telah membuat kenyataan dengan menafikan bahawa beliau dan setiausaha politiknya adalah ahli anggota dan penyokong pergerakan sulit Yahudi iaitu Freemason, di mana mereka (ahli anggota Freemason) sebenarnya telah bekerjasama secara sukarela di dalam pilihanraya UMNO sejak dari tahun 1974 lagi.

Pertubuhan Freemason di Malaysia telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977, pertubuhan ini telah membina sebanyak 55 perkumpulan (lodges) dan dianggotai seramai 2,984 orang ahli. Malah ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz (PAS Pengkalan Chepa) di dalam parlimen pada 25 Oktober 1978, Tun Husein Onn memberikan jawapan bahawa kerajaan sehingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan tersebut (Freemason) walau pun mengakui ianya nyata bercanggah dan bertentangan dengan aqidah umat Islam. Ramai dari kalangan golongan elit dan berpengaruh di kalangan umat Islam di negara ini yang telah menyertainya.

1986 : Tun Mahathir @ UMNO telah membayar sehingga jutaan ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi iaitu Satchi & Satchi bagi membantu mereka di dalam merangka strategi pilihanraya umum 1986. Syarikat ini juga pernah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. Pada tahun ini juga, Tun Mahathir mengambil sikap membisukan diri di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara haram Israel iaitu Chaim Herzog dengan membenarkan pesawat negara Israel melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala bantahan dan tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Tun Mahathir.

1986 : Tun Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Henry Kissinger di New York. Hal ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan anak didik Dr. Henry Kissinger.

6 Mac 1987 : Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup selama sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai 'Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur'. Menurut Ketua Pengarah ISIS iaitu Dr. Noordin Sophie, Tun Mahathir dan Dr. Henry Kissinger merasakan perlunya bagi para 'Intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung untuk memahami dengan lebih mendalam tentang permasalahan yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

MEI 1994 : Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (Pindaan Bil.7) yang menarik semula sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6 - 9 JULAI 1994 : Tun Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel ketika itu, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini telah dilaporkan oleh TV Israel dan di petik oleh AFP. Apabila Tun Mahathir mengetahui berita mengenainya telah sampai ke Malaysia, beliau dengan segera membuat kenyataan untuk menafikannya dengan alasan beliau ke sana adalah kerana lawatan rasmi ke Perancis. Namun akhirnya Tun Mahathir telah mengakui bahawa beliau ada berhubung dengan Yithzak Rabin, tetapi hanya melalui surat!

16 JULAI 1994 : Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd dan MBF, iaitu Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang merupakan rakan karib Tun Mahathir dan juga proksi perniagaan terpenting UMNO telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994.

Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional sebenarnya telah lama mempunyai perhubungan dagang dengan negara haram Israel. Pada tahun 1967, hasil import Israel dari Malaysia telah meningkat lebih dari sekali ganda dari USD 272,000 pada tahun 1966 kepada USD 565,000 pada tahun 1967. Di dalam waktu yang sama juga, hasil eksport Israel ke Malaysia telah bertambah dari USD 1.1 juta kepada USD 1.7 juta.

17 JULAI 1994 : Berita Harian melaporkan bahawa Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman sebagai berkata : "Ketika di sana, saya di jemput menemui Yithzak Rabin dan Shimon Peres. Kami juga telah mengenal pasti mengenai potensi industri pelancongan, terutamanya bagi rakyat Malaysia untuk mengunjungi Masjidil Al-Aqsa."

13 OKTOBER 1994 : Far Eastern Economic Review melaporkan : "Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pegawai pemerhati khas mereka ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini di dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."

DISEMBER 1996 : Tun Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab berhenti dan menamatkan peperangan dengan Israel bagi menyelesaikan permasalahan di Timur Tengah. Kenyataan Tun Mahathir ini di lihat sebagai cubaan untuk membuat Umat Islam di seluruh dunia tertutup dari seruan jihad dan kamus umat Islam. Ia juga dipercayai mempunyai hubung kait dengan ura-ura kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf negara Israel melalui proses perdamaian yang dianjurkan oleh Amerika.

JANUARI 1997 : Tun Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'Masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh-tokoh terkenal di dalam industri hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles.

Di dalam pertemuan tersebut, Tun Mahathir meminta supaya diwujudkan Taman Hiburan @ Perkampungan Industri Perfileman ala Hollywood (yang di monopoli oleh Yahudi di Amerika) di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah di cadang dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Tun Mahathir. Perancangan di antara Tun Mahathir, Yahudi dan kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan setelah Tun Mahathir mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) pada 9 Julai 1999 bagi projek MSC untuk mewujudkan 'Perkampungan Hollywood' di Cyberjaya.

21 MAC 1997 : Tun Mahathir telah membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai Kejohanan Kriket Antarabangsa (ICC). Umat Islam yang melakukan demonstrasi bagi membantah kehadiran pasukan Israel tersebut telah di ganyang, di tangkap dan di dakwa di mahkamah. Tun Mahathir juga menyatakan tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan kepada dunia bahawa umat Islam di Malaysia adalah bersikap 'Terbuka'. Ini semua dilakukan adalah semata-mata untuk menyembunyikan segala perancangannya.

Di dalam tahun 1997 ini juga, rakyat Malaysia telah digemparkan dengan pengakuan terbuka Tun Mahathir, dengan menyatakan bahawa beliaulah yang telah membenarkan rombongan pelajar-pelajar dari Israel datang melawat ke Malaysia untuk bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibu negara. Sebelum ini, Lawatan pelajar-pelajar Israel yang telah diatur secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini telah didedahkan sehingga memaksa Tun Mahathir untuk membuat pengakuan dan kenyataan (tetapi masih lagi menyembunyikan perancangan sebenarnya) bahawa ianya adalah bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar-pelajar Israel tersebut dan memperlihatkan kepada mereka betapa baiknya umat Islam (terutamanya di Malaysia) yang boleh hidup di dalam suasana aman dan harmoni dengan rakyat yang berbilang kaum dan agama.

1998 : Tun Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan Bon Malaysia di jual kepada pelabur Yahudi di Amerika dan Eropah.

SEPTEMBER 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut, Tun Mahathir telah menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Israel yang baru ketika itu iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya di lantik menjadi Perdana Menteri baru negara haram Israel.

Tiada ulasan: