Memaparkan catatan dengan label INFO AKHIR ZAMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO AKHIR ZAMAN. Papar semua catatan

Isnin, 11 September 2017

ASAL-USUL NAMA-NAMA PLANET.

Para penyembah syaitan ini turut melaksanakan agenda sulit mereka di dalam sistem pendidikan. Di dalam bidang ilmu astronomi, mereka telah menyelitkan unsur-unsur pemujaan berhala dahulu kala. Ianya jelas nyata pada penggunaan nama-nama yang dijadikan sebagai istilah-istilah di dalam bidang ilmu astronomi. Begitulah liciknya mereka melaksanakan agenda tersembunyi Iluminati di dalam bidang pendidikan dengan menyerapkan kesemua ajarannya di dalam apa sahaja perkara yang ada di dunia ini, sehinggakan nama-nama planet di dalam sistem suria yang selalu kita sebut juga adalah berasal dari nama-nama dewa-dewi yang dipuja oleh mereka tanpa kita sedari.

1. MERCURY - (PLANET UTARID)
Mercury adalah seorang utusan dan juga dikenali sebagai seorang dewa perdagangan dan keuntungan, yang merupakan anak kepada Maia Maiestas. Ia juga dikenali sebagai Ops versi Rom Rhea dan Jupiter.
Di dalam bentuknya yang paling awal, ia seperti mempunyai kaitan dengan Dewa Etruscan Turms. Namun sebahagian besar dari ciri-ciri dan mitologinya dipinjam daripada analogi Dewa Greece iaitu Hermes. Pada aspek dasarnya, Mercury adalah sama seperti Hermes, seperti menggunakan kasut bersayap talaria dan petasos bersayap, membawa caduceus (lambang perubatan) dan sebatang tongkat dengan dua ekor ular yang terjalin padanya, yang merupakan hadiah daripada Apollo untuk Hermes. Mercury juga dianggap sebagai dewa kelimpahan dan kejayaan komersil, khususnya di Gaul. Planet Mercury dinamakan sempena namanya kerana Dewa Mercury dikatakan mempunyai kebolehan untuk terbang dengan sangat laju. Begitu juga dengan planet Mercury yang merupakan planet paling laju mengelilingi matahari berbanding dengan planet-planet yang lain (mengikut kepercayaan mereka)

2. VENUS - (PLANET KEJORA)
Venus adalah nama seorang dewi Romawi kuno yang berkaitan dengan cinta, keindahan dan kesuburan. Ianya memainkan peranan utama di dalam kebanyakan festival keagamaan Rom dan mitos. Dari abad ketiga sebelum masihi, meningkatnya Helenisasi kelas ke atas Rom yang dikenal pasti sebagai padanan dari dewi Greek Aphrodite. Venus merupakan pasangan kekasih kepada Mars. Planet Venus dinamakan sempena namanya kerana planet itu merupakan planet yang paling cantik.

3. EARTH - (PLANET BUMI)
Earth merupakan nama lain kepada Dewi Gaia, iaitu Dewi yang menjaga alam semesta dan memberi kemakmuran serta kehidupan. Kemungkinan, nama tersebut diberikan kepada planet tempat kita bermukim ini kerana di sini merupakan tempat yang memiliki sumber kehidupan yang sangat penting iaitu air. Gaia itu bermakna tanah atau Bumi. Gaia merupakan primordial dewi di kuil dewa-dewi Greek kuno dan dianggap sebagai Ibu Dewi atau Dewi Agung. Dia setara di dalam kuil dewa-dewi Romawi iaitu Terra Mater atau Tellus. Romawi, tidak seperti orang-orang Greek, tidak konsisten di dalam membezakan Dewi Bumi (Tellus) dengan Dewi Gandum (Ceres).

4. MARS - (PLANET MARIKH)
Mars adalah nama kepada dewa perang Romawi, iaitu putera Juno dan Jupiter, suami kepada Bellona dan kekasih Venus. Ia adalah yang paling menonjol daripada tentera dewa yang disembah oleh legion Romawi. Romawi menganggapnya sebagai kedua terpenting selepas Jupiter (dewa utama mereka). Festivalnya diadakan pada bulan Mac (yang dinamakan sempena nama dewa perang tersebut) dan juga bulan Oktober. Tidak seperti Greek, Mars umumnya dihormati dan menyaingi Jupiter sebagai dewa yang paling dihormati. Ia juga merupakan dewa yang menyelia bandar Rom. Ia dianggap sebagai ayah legenda pengasas Rom iaitu Romulus, yang dipercayai bahawa semua orang Romawi adalah berketurunan Mars. Perang merupakan identik dengan darah yang berwarna merah. Maka planet Mars dinamakan sempena namanya kerana planet tersebut berwarna kemerah-merahan.

5. JUPITER - (PLANET MUSYTARI)
Di dalam mitologi bangsa Romawi, Jupiter atau Jove dikenali sebagai dewa langit dan guruh dan merupakan raja kepada para dewa yang lain. Ia juga dikenali sebagai Zeus di dalam kuil para dewa Greek.
Sebagai dewa pelindung Rom purba, ia memerintah di atas hukum dan susunan sosial. Ia juga merupakan ketua kepada dewa Capitoline Triad, dengan saudara / isteri Juno. Jupiter juga adalah ayah kepada dewa Mars dengan Juno. Oleh kerana itu, Jupiter merupakan datuk kepada Romulus dan Remus, iaitu pengasas kepada lagenda Rom. Ia juga merupakan putera kepada Saturn, bersama dengan saudara-saudara Neptune dan Pluto. Planet Jupiter ini dinamakan sempena namanya kerana Raja dewa ini dikatakan bertubuh gergasi, yang bersesuaian dengan bentuk planet tersebut yang merupakan planet yang terbesar di dalam sistem suria kita.

6. SATURN - (PLANET ZUHAL)
Saturn adalah nama kepada dewa Rom pertanian dan tuaian. Pada abad pertengahan ia dikenali sebagai dewa Rom pertanian, keadilan dan kekuatan. Ia memegang sabit di tangan kiri dan seikat gandum di tangan kanannya. Nama ibunya ialah Helen atau Hel.
Ia pertama kali diidentifikasi pada zaman klasik Greek dengan nama dewa Cronus, dan mitologi dari dua dewa yang biasanya dicampurkan. Isteri Saturn ialah Ops (setara Rhea di dalam mitos Romawi). Saturn merupakan ayah kepada Ceres, Jupiter, Veritas, Pluto, dan Neptune. Selain namanya digunakan pada planet Saturn (Zuhal), ia juga digunakan sebagai nama kepada hari iaitu hari 'Saturday' (Sabtu).

7. URANUS - (PLANET URANUS)
Uranus adalah berbentuk Latin Ouranos, iaitu perkataan Greek untuk langit. Di dalam mitologi Greek Ouranos atau bapa langit, ia wujud sebagai anak dan suami dari Gaia, Ibu Bumi (Hesiod dan Theogony). Uranus dan Gaia adalah nenek moyang dari sebahagian besar dewa-dewi Greek, tetapi tidak ada kultus yang ditujukan langsung kepada Uranus selamat ke masa klasik. Kebanyakan bangsa Greek menganggap Uranus sebagai primordial (protogenos), dan tidak memberinya asal-usul. Di bawah pengaruh para ahli falsafah, Cicero di dalam De Natura Deorum (The Nature Of The Gods), ia mendakwa bahawa ia adalah keturunan daripada dewa-dewi kuno Aether dan Hemera, Udara dan Hari. Menurut Nyanyian Rohani Orphic, Uranus adalah putera personifikasi malam, Nyx. Persamaannya di dalam mitologi Romawi iaitu Caelus, ia juga daripada caelum iaitu perkataan latin untuk 'langit'.

8. NEPTUNE - (PLANET NAPTUNE)
Neptune di dalam bahasa latin ialah Neptunus yang merupakan dewa air dan laut di dalam mitologi Romawi dan juga saudara kandung kepada Jupiter dan Pluto. Ia adalah seiringan tetapi tidak identik dengan Poseidon iaitu dewa di dalam mitologi Greek. Di dalam konsep Rom, Neptune berhutang besar kepada dewa Etruscan Nethuns. Untuk beberapa waktu, ia dipasangkan dengan Salacia, iaitu dewi air garam. Neptune juga berkaitan dengan air segar sebagai lawan kepada Oceanus, iaitu dewa dunia laut. Seperti Poseidon, Neptune juga disembah oleh orang-orang Romawi sebagai dewa kuda, di bawah nama 'Neptune Equester' sebagai pelindung pacuan kuda.
Planet Neptune mempunyai lautan air yang sangat luas, sesuai dengan nama Dewa Neptune iaitu Dewa air dan lautan.

9. PLUTO - (PLANET PLUTO)
Pluto adalah nama kepada dewa dari dunia bawah tanah dan kekayaan. Namanya adalah berbentuk Latin Greek iaitu  Πλούτων (Ploutōn), dan nama lain yang digunakan ialah Hades yang dikenali di dalam mitologi Greek, yang berkemungkinan berasal daripada perkataan Greek yang memberi maksud kekayaan. Hal ini dipertikaikan sama ada di kuil dewa-dewi Rom, iaitu anak kepada Saturn, dimana Hades adalah daripada Cronus. Jika demikian, ia mungkin menjadi salah satu anak yang diganyang oleh Saturn, bersama-sama dengan Neptune. Jupiter diselamatkan dan disembunyikan dari Saturn oleh Rhea. Mereka bersama-sama mewakili bumi, air dan udara (bukan sebagai elemen tetapi persekitaran).
Pluto juga merupakan Dewa Kematian, Sakit parah dan mereka yang tercedera di dalam pertempuran. Maka planet Pluto dinamakan sempena namanya kerana gelap, sejuk dan merupakan planet yang paling jauh dari matahari.

Diantara dalil-dalil yang menunjukkan bahawa matahari berputar mengelilingi bumi sehingga terjadi pergantian siang dan malam adalah seperti berikut :

Allah Swt berfirman tentang Nabi Ibrahim Alaihissalam akan hujahnya (argumentasi Nabi Ibrahim Alaihissalam) terhadap kaum yang membantahnya tentang Rabb (Ketuhanan) :

(258) أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِى حَآجَّ إِبۡرَٲهِـۧمَ فِى رَبِّهِۦۤ أَنۡ ءَاتَٮٰهُ ٱللَّهُ ٱلۡمُلۡكَ إِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّىَ ٱلَّذِى يُحۡىِۦ وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا۟ أُحۡىِۦ وَأُمِيتُ‌   ۖ   قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَأۡتِى بِٱلشَّمۡسِ مِنَ ٱلۡمَشۡرِقِ فَأۡتِ بِہَا مِنَ ٱلۡمَغۡرِبِ فَبُهِتَ ٱلَّذِى كَفَرَ   ۗ   وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Maksudnya : Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah (dengan sombongnya) membantah Nabi Ibrahim mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata : "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan." Ia menjawab : "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan." Nabi Ibrahim berkata lagi : "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat." Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 258)

Maka keadaan matahari yang didatangkan dari timur adalah merupakan dalil yang zahir (tekstual atau ayat yang tersurat) bahawa matahari berputar mengelilingi bumi, menurut ayat di atas. Allah Swt juga berfirman tentang Nabi Ibrahim Alaihissalam :

(78) فَلَمَّا رَءَا ٱلشَّمۡسَ بَازِغَةً قَالَ هَـٰذَا رَبِّى هَـٰذَآ أَڪۡبَرُ‌   ۖ   فَلَمَّآ أَفَلَتۡ قَالَ يَـٰقَوۡمِ إِنِّى بَرِىٓءٌ مِّمَّا تُشۡرِكُونَ
Maksudnya : Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia : "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar." Setelah matahari terbenam, dia berkata pula : "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya)."
(Surah Al-An'am : Ayat 78)

Allah Swt berfirman :

(17) ۞ وَتَرَى ٱلشَّمۡسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَٲوَرُ عَن كَهۡفِهِمۡ ذَاتَ ٱلۡيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقۡرِضُہُمۡ ذَاتَ ٱلشِّمَالِ وَهُمۡ فِى فَجۡوَةٍ مِّنۡهُ  ۚ  ذَٲلِكَ مِنۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ   ۗ   مَن يَہۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِ‌   ۖ   وَمَن يُضۡلِلۡ فَلَن تَجِدَ لَهُ  ۥ وَلِيًّا مُّرۡشِدًا
Maksudnya : "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada di dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan, dan sesiapa yang disesatkan-Nya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya."
(Surah Al-Kahfi : Ayat 17)

Allah Swt menjadikan yang condong dan menjauh itu adalah matahari, itu adalah dalil bahawa pergerakan itu adalah dari matahari, jika pergerakan itu dari bumi, nescaya Allah Swt berkata : "Gua mereka (permukaan bumi) condong darinya (matahari)!" Begitu pula bahawa penyandaran terbit dan terbenam kepada matahari menunjukkan bahawa mataharilah yang berputar meskipun dilalahnya (hukum dan petunjuknya) lebih sedikit dibandingkan dilalah  firman-Nya, "(condong) dan menjauhi mereka)."

Allah Swt berfirman :

(33) وَهُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّہَارَ وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ‌   ۖ   كُلٌّ فِى فَلَكٍ يَسۡبَحُونَ
Maksudnya : Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan, yang tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat peredaran masing-masing (di angkasa lepas).
(Surah Al-Anbiya' : Ayat 33)

Ibnu Abbas Radhiyallahu'anhu berkata : "Sesungguhnya matahari dan bulan itu sentiasa berputar di dalam suatu garis peredaran seperti alat pemintal."

Allah Swt berfirman :

(54) إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ يُغۡشِى ٱلَّيۡلَ ٱلنَّہَارَ يَطۡلُبُهُ  ۥ حَثِيثًا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَٲتِۭ بِأَمۡرِهِۦۤ   ۗ   أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُ   ۗ   تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Maksudnya : Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Ia bersemayam di atas Arasy, Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, dan (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu segala urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
(Surah Al-A'raf - Ayat 54)

Allah Swt menjadikan malam mengejar siang, dan yang mengejar itu adalah yang bergerak dan sudah maklum bahawa siang dan malam itulah yang mengikuti matahari. Allah Swt berfirman :

(5) خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّ‌   ۖ   يُكَوِّرُ ٱلَّيۡلَ عَلَى ٱلنَّہَارِ وَيُكَوِّرُ ٱلنَّهَارَ عَلَى ٱلَّيۡلِ‌   ۖ   وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ‌   ۖ   ڪُلٌّ يَجۡرِى لِأَجَلٍ مُّسَمًّى   ۗ   أَلَا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفَّـٰرُ
Maksudnya : "Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar, Ia pula yang menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya), dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintah-Nya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun."
(Surah Az-Zumar : Ayat 5)

Firman Allah Swt bahawa "Melingkari malam atau siang" menerangkan kepada kita bahawa memutarkannya seperti tutup serban, yang menunjukkan bahawa ia berputar adalah dari malam dan siang atas bumi. Kalau saja bumi yang berputar atas keduanya (malam dan siang) niscaya Allah berkata: “Dia menutupkan bumi atas malam dan siang”. Dan firman-Nya: “Matahari dan bulan, semuanya berjalan”, menerangkan apa yang terdahulu menunjukkan bahwa matahari dan bulan keduanya berjalan dengan jalan yang sebenarnya (hissiyan makaniyan), karena menundukkan yang bergerak dengan gerakannya lebih jelas maknanya daripada menundukkan yang tetap diam tidak bergerak. Allah Swt berfirman :

(1) وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَٮٰهَا
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang,

(2) وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَٮٰهَا
Dan bulan apabila ia mengiringinya,

(3) وَٱلنَّہَارِ إِذَا جَلَّٮٰهَا
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata,

(4) وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَٮٰهَا
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

(5) وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَٮٰهَا
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya).
(Surah Asy-Shams : Ayat 1 - 5)

Ayat yang bermaksud "Mengiringinya (bulan mengiringi matahari)" adalah datangnya bulan setelah matahari, dan itulah dalil yang menunjukkan bahawasanya setiap masa matahari dan bulan sentiasa berjalan (beredar) mengelilingi bumi. Seandainya bumi yang beredar mengeliligi bulan dan matahari, bulan tidak akan mengiringi matahari, akan tetapi bumi yang mengelilingi matahari dan matahari yang mengelilingi bulan, kerana matahari adalah lebih tinggi daripada bulan. Untuk menyimpulan ayat ini, ianya memerlukan penelitian dan pengamatan yang mendalam. Allah Swt berfirman :

(37) وَءَايَةٌ لَّهُمُ ٱلَّيۡلُ نَسۡلَخُ مِنۡهُ ٱلنَّہَارَ فَإِذَا هُم مُّظۡلِمُونَ
Maksudnya : Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam, Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada di dalam gelap-gelita.

(38) وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِى لِمُسۡتَقَرٍّ لَّهَا  ۚ  ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ
Maksudnya : Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

(39) وَٱلۡقَمَرَ قَدَّرۡنَـٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلۡعُرۡجُونِ ٱلۡقَدِيمِ
Maksudnya : "Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering."

(40) لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّہَارِ  ۚ  وَكُلٌّ فِى فَلَكٍ يَسۡبَحُونَ
Maksudnya : "(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat peredarannya masing-masing."
(Surah Yasin : Ayat 37 - 40).

Penyandaran kata 'Berjalan (beredar)' kepada matahari dan Dia jadikan hal itu sebagai kadar/batas dari Dzat yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui menunjukkan bahwa itu adalah haqiqi (sebenarnya) dengan kadar yang sempurna, yang mengakibatkan terjadinya perbezaan siang dan malam dan batas-batas (waktu). Dan penetapan batas-batas peredaran bulan menunjukkan perpindahannya di garis peredaran tersebut. Jika seandainya bumi yang berputar mengelilingi maka penetapan garis peredaran itu bukannya untuk bulan. Peniadaan bertemunya matahari dengan bulan dan malam mendahului siang menunjukkan pengertian pergerakan muncul dari matahari dan bulan serta malam dan siang. Allah Swt berfirman :

(29) أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَيُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيۡلِ وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ كُلٌّ يَجۡرِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَأَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya : "Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah Luqman : Ayat 29)

Rasulullah Saw berkata kepada Abu Dzar Radhiyallahu'anhu, iaitu salah seorang daripada sahabat baginda, ketika matahari telah terbenam : "Hai Abu Dzar, apakah kamu tahu kemanakah matahari itu pergi (terbenam)?" Abu Dzar Radhiyallahu'anhu menjawab : "Hanya Allah Swt dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Kemudiannya Rasulullah Saw bersabda : "Sesungguhnya ia pergi (matahari terbenam) kemudian bersujud di bawah Arsy (singgasana Tuhan), kemudian ia meminta izin lalu diizinkan baginya, hampir-hampir ia meminta izin lalu tidak diizinkan. Kemudian dikatakan kepadanya : "Kembalilah dari arah kamu datang (terbit)!" Lalu ia terbit dari arah barat (tempat terbenamnya) (ketika terjadi hari kiamat)."
(Hadith Shahih, Muttafaqun 'Alayh)

Perkataan-Nya iaitu "Kembalilah dari arah kamu datang, lalu ia terbit dari tempat terbenamnya", sangatlah jelas sekali bahawa ia (matahari) itulah yang berputar mengelilingi bumi dan dengan perputarannya itulah terjadinya terbit dan terbenam. Hadith-hadith yang banyak menjelaskan tentang penyandaran terbit dan terbenam kepada matahari, maka itu jelas tentang terjadinya hal itu dari matahari, tidak kepada bumi. Dari Abu Dzar Al-Ghifariy Radhiyallahu'anhu, bahawasanya Rasulullah Saw bersabda : "Sesungguhnya matahari itu terbenam dan ia bersujud di bawah 'Arsy Allah Swt. Hampir-hampir saja matahari tidak diizinkan lagi untuk terbit. Maka terbitlah ia dari arah barat!"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Abu Dzar Radhiyallahu'anhu berkata bahawasanya Rasulullah Saw bersabda : "Tahukah kalian ke manakah matahari itu pergi (terbenam)?" Mereka berkata : "Hanya Allah Swt dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Kemudian Rasulullah Saw bersabda : "Sesungguhnya matahari itu pergi beredar (terbenam) sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah 'Arsy (singgasana Allah Swt), lalu ia (matahari) bersujud. Ia (matahari) tetap sentiasa seperti itu sehinggalah dikatakan kepadanya : "Hai matahari, terbitlah! Kembalilah semula seperti engkau datang (terbit)!" Maka ia pun kembali dan terbit dari tempat terbitnya. Kemudian ia beredar sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah 'Arsy, lalu ia bersujud. Ia tetap sentiasa seperti itu sehingga dikatakan kepadanya : "Hai matahari, bangunlah! Kembalilah semula seperti engkau datang (terbit)!" Maka ia pun kembali dan terbit dari tempat terbitnya (timur). Kemudian ia pun beredar sedangkan manusia sedikit pun tidak menganggapnya sesuatu yang aneh darinya sehinggalah ia sampai ke tempat peredarannya di bawah 'Arsy-Nya, lalu dikatakan kepadanya : "Hai matahari, bangunlah, terbitlah dari arah barat!" Maka ia pun terbit dari barat." Rasulullah Saw bersabda : "Tahukah kalian bilakah hal itu akan terjadi? Hal itu terjadi pada ketika tidak bermanfaat lagi iman seseorang itu bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau seseorang itu belum mengusahakan kebaikan di dalam masa imannya (yakni terbitnya matahari dari barat adalah ketika hari kiamat tiba)!"
(Hadith Shahih ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari - 4802, 3199, 7424 dan 7433 dan Muslim - 159, dan ini lafaznya, Ath-Thayyalisi di dalam musnadnya 460, Ahmad di dalam musnadnya - 5/145 dan 152, 165, 177 dan Abu Dawud - 4002, dan At-Tirmidzi - 3227 dan Nasa'i di dalam Sunan Kubra - 11430 dan Al-Baghawi di dalam Syarh Sunnah - 4292, 4293 dan lain-lain lagi. Seluruhnya adalah dari jalur sanad Ibrahim Bin Yazid At-Taimi, dari ayahnya dari Abu Dzar Radhiyallahu'anhu).

Sesungguhnya manusia tidak akan dapat membandingkan ilmu sains dengan Al-Qur'an kerana ianya tidak akan tercapai pada akal manusa, tetapi tiada yang mustahil bagi Allah Swt.

Wallahu Muwaffiq...

FITNAH DUHAIMA’ : PENGIRING KEDATANGAN AL-MASIH AD- DAJJAL.

Salah satu fitnah yang akan terjadi sebagai persiapan menjelang munculnya Al-Masih Ad-Dajjal ialah fitnah Duhaima', yang secara bahasanya bererti hitam, gelap dan pekat. Inilah fitnah yang akan mengiringi kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal. Kita perlu mengetahui dan memahami mengenai fitnah ini agar kita kelak tidak terjerumus dan hanyut di dalam tipu dayanya. Menurut sebahagian ulama', fitnah Duhaima' ini belum lagi terjadi. Tetapi, menurut sebahagian ulama' yang lain pula, fitnah ini sedang berlangsung dan berada di puncak kegemilangannya pada saat ini! Sebagaimana yang telah dikisahkan dari Abdullah Bin Umar, bahawasannya Rasulullah Saw berbicara mengenai berbagai macam fitnah. Salah satu darinya adalah fitnah 'Ahlas'. Seorang sahabat pun bertanya : "Apakah yang dimaksud dengan fitnah Ahlas itu, ya Rasulullah Saw?" Baginda pun menjawab : "Fitnah Ahlas adalah orang-orang saling memutuskan hubungan dan saling berperang. Kemudian setelahnya akan terjadi fitnah Sara' (kemakmuran hidup), sumber asapnya berasal dari dua telapak kaki seorang laki-laki dari keturunanku (Ahlul Bait). Ia mengakui dirinya adalah sebahagian dariku (pelanjut misi Ahlul Bait), padahal ia sama sekali bukanlah sebahagian dariku, kerana wali-waliku (orang-orang yang hampir akan bersaudara denganku) hanyalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa."

Kemudian manusia itu akan berdamai dengan mengangkat seorang laki-laki sebagai pemimpin mereka seperti pangkal paha yang menempel di atas tulang rusuk. Setelah itu akan terjadinya fitnah Duhaima', yang tidak membiarkan seorang pun dari umat ini kecuali akan ditamparnya dengan tamparan yang keras. Ketika orang-orang mengatakan, "Fitnah ini telah selesai", ternyata fitnah itu masih lagi terjadi. Di waktu pagi seseorang itu di dalam keadaan yang beriman, namun di waktu petangnya ia telah menjadi orang yang kafir. Akhirnya manusia itu terbahagi menjadi dua golongan, iaitu golongan orang-orang yang beriman yang tidak ada kemunafiqan sedikit pun di antara mereka, dan golongan orang-orang yang munafiq yang tidak ada keimanan sedikit pun di antara mereka. Jika hal itu telah terjadi, maka tunggulah saat munculnya Al-Masih Ad-Dajjal pada hari itu atau keesokan harinya." (Hadith Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Al-Hakim)

Inilah fitnah yang akan menghentam ke atas seluruh umat muslimin. Seluruh elemen umat muslimin akan dilanda fitnah ini, yang menyerang kesemuanya dari segenap sudut secara total. Meskipun kebanyakan manusia menganggap bahawa fitnah tersebut telah berhenti, tetapi pada kenyataannya ia masih lagi berlangsung dan akan terus berlangsung bahkan akan semakin menjadi-jadi sehingga mencapai ke puncaknya. Di antara sifat-sifat khusus tentang fitnah ini adalah :

• Fitnah Yang Bersifat Umum.
Fitnah ini akan melanda seluruh umat Islam, lebih-lebih pada bangsa Arab. Tidak seorang pun umat Islam yang tidak akan terkena dari dampak fitnah ini. Di dalam hadith, telah digambarkan bahawa fitnah ini umpama seperti menghentam atau memukul wajah dengan telapak tangan (menampar), yang memberi maksud bahawa fitnah ini merupakan sebuah fitnah yang sangat keras dan ganas.

• Fitnah yang akan terus berlangsung.
Proses fitnah ini akan terjadi di dalam jangka waktu yang lama dan tidak diketahui oleh manusia bilakah ianya akan berakhir. Bahkan pada ketika adanya manusia yang berkata bahawa fitnah ini sudah pun berakhir, tetapi sebenarnya fitnah ini masih lagi terus berlangsung dan akan terus berlangsung dan amat sulit untuk mengetahui bilakah ianya akan berhenti.

• Kesan yang timbul dari fitnah.
Kesan yang nyata akan timbul pada ketika fitnah ini berlangsung ialah wujudnya sekelompok manusia yang mana di waktu paginya ia masih memiliki iman, namun di petang harinya ia telah menjadi kafir. Inilah gambaran tentang kedahsyatan fitnah tersebut. Fitnah ini akan mencabut keimanan seseorang di dalam jangka waktu yang amat singkat.

• Fitnah yang berpusat pada Syubhat dan Syahwat.
Fitnah yang berpusat pada syubhat dan syahwat, fitnah yang hitam dan gelap, yang dikelilingi oleh para pengikut dan penyembah syaitan dan dajjal serta jin-jin kafir. Mereka bersarang dengan menggunakan segala jerat-jerat syaitan pada setiap tempat dan ruang dan menyebarkan eksploitasi syahwat dan menebarkan syubhat. Inilah fitnah yang sangat berpengaruh pada hati seseorang, mempengaruhi cara pandangnya terhadap fakta-fakta di sebalik setiap peristiwa. Pengaruhnya yang sedemikian dahsyat itu menjadi salah satu bukti yang cukup kuat bahawa media informasi adalah merupakan satu peranan besar di dalam penyebaran fitnah ini.

• Fitnah yang paling dekat dengan fitnah Dajjal sama ada di dalam sifatnya mahupun waktunya.
Rasulullah Saw telah mengaitkan di antara zaman terjadinya fitnah ini dengan saat keluarnya Al-Masih Ad-Dajjal. Seperti yang kita ketahui, bahawa Al-Masih Ad-Dajjal memiliki kemampuan yang luar biasa, berpengaruh, menggentarkan dan mendominasi seluruh belahan dunia (dengan izin Allah Swt), sehingga ia mendakwa dan mengakui bahawa dirinya mempunyai sifat-sifat ketuhanan dan memiliki kemampuan yang tiada tanding-taranya oleh sesiapa pun. Begitulah sombong dan angkuhnya makhluk laknatullah ini! Dajjal kemudiannya akan mengerahkan seluruh kekuatannya dan berusaha untuk memperdayakan seluruh hamba-hamba Allah Swt dan menyesatkan mereka dengan menyebarkan syubhat di sekitar mereka serta menyerang dan menghimpit dari setiap penjuru dan segenap sudut pada sesiapa pun yang berusaha untuk membantu mereka. Hal ini di antaranya dapat di lihat pada negara-negara yang tidak mahu mengikuti apa saja perkataan dan perintah mereka, dengan memboikot mereka di dalam segala hal. Sedangkan orang-orang yang mahu mengimaninya dan mengikut segala telunjuknya, akan dilimpahi dengan berbagai macam kenikmatan dunia pemberiannya, kerana Dajjal mempunyai agenda dan prinsip iaitu "Bersamaku, atau menjadi musuhku!"

Wallahua'lam....

KEMUNCULAN AL-MASIH AD-DAJJAL SEMAKIN HAMPIR!

Detik-detik bagi kemunculan makhluk terlaknat di atas muka bumi ini yang dikenali oleh para pengikutnya sebagai 'Nabi Penyelamat' atau 'Messiah' atau 'Anti-Christ' atau 'Al-Masih Ad-Dajjal' sudah begitu hampir!

Ini bukan perkara mitos atau cerita-cerita di layar perak mahupun cerekarama di kaca-kaca televisyen, tetapi ini adalah suatu perkara yang benar dan nyata! Sesungguhnya, mereka (kubu-kubu kesesatan) telah mula menonjolkan diri masing-masing. Mereka terdiri daripada kalangan jin dan syaitan yang bersekongkol bersama-sama dengan 'manusia syaitan' dengan 'membuka lorong' bagi mempercepatkan lagi kemunculan ketua kesesatan mereka dari golongan manusia yakni Al-Masih Ad-Dajjal laknatullah! Pada masa yang sama juga, mereka cuba menarik seberapa ramai manusia supaya menyertai mereka ke lembah kesesatan yang penuh dengan kebatilan ini. Telah byk info dan bukti tentang hampirnya kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal laknatullah ini. Tidak rugi untuk kita mengetahui sehampir manakah makhluk terlaknat itu dengan kita. Kita perlu mengetahui mengenai ilmu persediaan akhir zaman kerana : "Berbahagialah bagi org2 yg mengambil peduli tentang hal ini & merugilah bagi org2 yg mengabaikan pesanan org2 yg menyampaikan kebenaran dgn penuh kesabaran di jln Allah Swt."

Allahua'lambissawap...

KEBANGKITAN ISLAM DAN KEJAHILAN UMAT ISLAM - MUKMIN HAQQAN DAN MUNAFIK HAQQAN.

Sebenarnya, perjalanan Islam pada akhir zaman kini sedang menuju ke zaman kebangkitannya. Namun, di dalam masa yang sama juga umat Islam kini sedang menuju kembali ke zaman kejahilan. Apabila menyebut tentang kedua-dua perkara ini, terdapat dua persepsi yang akan menimbulkan tanda tanya, iaitu apakah yang dimaksudkan mengenai kebangkitannya dan dimanakah kejahilannya.

• KEBANGKITAN ISLAM.
Umum mengetahui bahawa umat Islam pada hari ini sedang berada di fasa keempat bagi tangga keseluruhan untuk umat Nabi Muhammad Saw, yakni bermulanya dari zaman baginda sendiri yang merupakan zaman fasa pertama umat Islam. Setelah kejatuhan empayar Islam terakhir di Turki pada tahun 1924, umat Islam telah memasuki zaman di mana ianya adalah zaman kediktatoran yang penuh dengan hasutan dan kesesatan yang bertujuan untuk memusuhi serta menjatuhkan empayar umat Islam. Jika diperhatikan pada sekitar 60, 50, 40, 30 dan 20 tahun yang lepas, rata-rata umat Islam telah dicondongkan pemikiran mereka ke arah budaya barat. Tetapi pada hari ini dengan izin Allah Swt, yang bersesuaian dengan janji-Nya di dalam surah An-Nur ayat 55, bahawa Allah Swt telah menjanjikan bahawa kemenangan yang mutlak akan kembali semula ke tangan umat Islam kelak. Dengan itu, Allah Swt telah menggantikan dengan orang-orang yang dikehendaki-Nya yang membenci akan budaya barat tersebut. Fakta ini juga dapat dilihat pada hari ini di mana ramai dari kalangan muda-mudi muslim yang kembali menyintai Islam serta tidak menggemari mengenai perihal keduniaan. Inilah tanda-tanda awal kebangkitan Islam yang akhirnya kemenangan mutlak kembali semula kepada umat Islam pada akhir zaman ini.

• KEJAHILAN UMAT ISLAM.
Perhatikan pula fenomena umat Islam hari ini. Rata-rata dari mereka telah dijangkiti Al-Wahn, yakni mereka yang cintakan keduniaan serta takut akan kematian. Mereka berlumba-lumba mengejar keseronokkan dunia seperti tiadanya hari kematian bagi mereka, sedangkan mereka beragama Islam dan tahu apa yang telah diajar dan dituntut di dalam Islam. Tetapi kerana nikmat dunia yang penuh dengan tipu daya ini, ramai di antara mereka yang kecundang dibuai dengan nikmat keduniaan. Mereka rela meninggalkan agama, mereka rela mempersendakan agama malah ada di antara mereka yang sanggup murtad dan memeluk agama lain atau kepercayaan lain setelah tidak lagi yakin dengan Islam. Inilah senario umat Islam pada hari ini. Bagi mereka halal dan haram itu sudah sama dan sebati dengan diri mereka. Mereka menganggap hanya orang-orang yang kolot dan ketinggalan zaman sahaja yang mengamalkan ajaran Islam sejati. Bagi mereka, jika ingin maju harus mencontohi cara hidup orang-orang kafir. Maka, ramailah dari kalangan umat Islam yang secara tidak sedar telah masuk ke dalam perangkap orang-orang kafir dan syaitan laknatullah sehingga membuatkan mereka tergolong di dalam golongan orang-orang yang fasik dan munafik. Na'uzubillah...!
Bukankah tanda-tanda ini pernah disebutkan Rasulullah Saw? Adakah ini realitinya?

Wallahua'lam...

Kredit By : Hamza Asadullah

ARMAGEDDON

'ARMAGEDDON' tidak disebut jelas di dalam hadith-hadith Rasulullah Saw. Ini cuma tafsiran dari para ahli kitab. Kita boleh menerimanya, menilai dan membuat kesimpulan mengenainya kerana peperangan itu ada diceritakan di dalam hadith, cuma namanya yang berlainan. Di dalam perkataan 'ARMAGEDDON' itu, 'AR' bererti gunung atau bukit, 'MAGEDDO' pula adalah nama sebuah lembah di Palestin di dalam bahasa Ibrani. Kebanyakkan peristiwa akhir zaman yang telah diceritakan di dalam hadith-hadith Rasulullah Saw, kini telah pun berlaku. Hanya tanda-tanda kiamat besar seperti Perang besar, Imam Mahdi, Dajal, Nabi Isa Alaihissalam dan lain-lain lagi yang masih belum muncul.

Isu terhangat kini ialah tentang etnik Rohingya. Adakah negara-negara Islam akan bersatu dan menyalurkan bantuan kepada mereka atau masih tetap dengan pendirian masing-masing? Sebelum ini, konflik Saudi - Qatar menjadi perbualan panas, dan sebelum itu perkara ini juga berlaku ke atas Syiria, Iraq, Libya dan Afghanistan. Jika diperhatikan dan dikaji tentang kebanyakkan konflik-konflik di negara Islam, kita akan menjumpai satu titik persamaannya iaitu Amerika dan sekutunya Arab Saudi. Banyak daripada kes-kes tersebut adalah berpunca dari kedua-dua negara ini. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah Saw bersabda : "Kalian akan memerangi jazirah Arab sehingga Allah Swt memenangkan kalian ke atasnya. Kemudian (kalian perangi) Persia sehingga Allah Swt memenangkan kalian ke atasnya. Kemudian kalian perangi Ruum sehingga Allah Swt memenangkan kalian ke atasnya. Kemudian kalian perangi Dajjal sehingga Allah Swt memenangkan kalian ke atasnya."

Jadi, benarlah bahawa umat Islam akan berperang dengan Arab Saudi di dalam masa yang terdekat. Tetapi bila? Ianya sangat-sangat dekat dan waktunya sudah semakin hampir!

Wallahua'lam...

Sabtu, 2 September 2017

RUU 164 : TRAGEDI MALANG BUAT UMAT ISLAM DI NEGARA INI.

(10 Ogos 2017)

1. Parlimen Malaysia telah mencatatkan sebuah lagi episod sejarah yang perlu dikenang pada 9 Ogos 2017 & akan terpahat di dalam memori yang mengerikan buat negara yang selama ini digelar sebagai sebuah negara Islam apabila rang undang-undang bagi meminda Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 atau dikenali juga sebagai Akta 164 diluluskan pada jam 1 pagi setelah diperbahaskan selama beberapa jam di parlimen.

2. Di pihak PAS, seramai 13 orang ahli parlimennya telah mengambil bahagian dengan memberikan peranan yang sepenuhnya di dalam membahaskan RUU 164 ini. Mereka adalah ibarat benteng terakhir umat Islam yang mempertahankan kesucian Islam di negara ini. Mereka telah melaksanakan amanah mereka dengan baik, namun parlimen telah membuat keputusannya. Apa yang pasti kesemua mereka akan menjadi saksi di hadapan Allah Swt di akhirat kelak.

3. Tidak timbul soal PAS hanya bersikap pilih kasih & hanya menjadi 'penyokong' kerajaan UMNO - BN. Ianya sudah jelas bersuluh untuk dilihat. Bagi PAS, jika sesuatu perkara itu baik untuk Islam & negara ini, sama ada kerajaan mahu pun pembangkang, PAS akan menyokongnya. Sebaliknya, jika ianya bertentangan dengan Islam & rakyat di negara ini, tidak kira siapa yang mencadangkan usul ini, PAS tetap akan menentangnya. PAS mempunyai prinsip & prinsip mereka amat mudah difahami, iaitu Islam adalah matlamat yang tertinggi di dalam perjuangan PAS.

4. Di dalam usul tersebut, PAS menentang apa yg telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. PAS tetap berdiri teguh mempertahankan prinsip Islamnya, di dalam keadaan pihak pembangkang lain yang tidak bersatu & tidak bersepakat di dalam menyatakan pendirian mereka. Bahkan, ahli parlimen pembangkang sanggup pula bersekongkol dengan ahli parlimen BN utk meranapkan hak-hak umat Islam di negara ini.

5. Apa yang lebih menyedihkan, daripada sejumlah 141 ahli parlimen yang beragama Islam, sama ada dari pihak kerajaan UMNO - BN mahupun pembangkang, tidak ada satu pun suara daripada mereka untuk membangkang akan usul ini. Dan apa yang menjadi tanda tanya ialah apabila ahli parlimen yang beragama Islam dari parti Amanah Negara (PAN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengaku berjuang untuk Islam, tidak turut sama mengambil bahagian untuk membantah usul ini. Speaker parlimen dengan mudah telah menolak bantahan dari MP PAS yang berjumlah seramai 13 orang tersebut tanpa perlu mengundi kerana mereka tidak mempunyai cukup 'korum' untuk membuat belah bahagi.

6. PAS mempunyai sebab-sebab dan alasan yang kukuh untuk menentangnya & bukannya bangkit menentang secara semberono atau menentang untuk meraih kepentingan politik demi populariti semata-mata. RUU 164 ini perlu ditarik balik dengan alasan yang sangat jelas & kuat, iaitu ianya bercanggah dengan undang-undang persekutuan yang sedia ada seperti Seksyen 46 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2003 & juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

7. Apa yang dibimbangkan ialah RUU 164 dapat membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini. Di antara bahaya yang bakal menjelma hasil dari RUU 164 ini ialah seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa yang beragama Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Selain dari itu, RUU 164 ini juga memperuntukkan bahawa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan untuk keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa perlu dikenakan apa-apa tindakan undang-undang

8. Di antara lain, hak-hak umat Islam yang terlucut hasil dari RUU 164 ini ialah seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak harus diberikan hak-hak penjagaan anak. Bahkan orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk agama Islam hendaklah diberikan hak-hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

9. Dengan meluluskan Akta RUU 164, bererti ianya adalah suatu kekalahan besar terhadap kepentingan Islam & kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini. Selepas ini, satu demi satu hak-hak umat Islam akan terlucut, ditarik, ditukarkan dengan memberikan pelbagai kelebihan buat sesiapa yang ingin murtad & ingin menukar agama serta mengikis hak-hak terutamanya di dalam hak-hak penjagaan anak-anak.

10. Semoga tragedi di parlimen pada 9 Ogos 2017 ini dapat membuka mata rakyat bahawa kerajaan pimpinan UMNO - BN tidak boleh diharapkan untuk membela agama Islam. Selama mereka memerintah, selama itulah maruah umat Islam akan terus tergadai & terabai. Di sisi yang lain, kelihatan jelas parti-parti pembangkang bukanlah pembela Islam yang sejati, sebaliknya hanya untuk menjadikan Islam sebagai bahan pelaris produk mereka sahaja. Ketika di dalam keadaan yang tersepit & terdesak, Islam dijulang & ketika ingin mencapai sesuatu, Islam dibuang! Bayangkan seandainya mereka dapat memerintah kelak, apa yang akan berlaku kepada nasib umat Islam di negara ini?

Dr. RIDUAN MOHD NOR
(Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)

TEORI KONSPIRASI.

Kita mmg tidak dpt utk meminta supaya semua org setuju dgn pendapat kita. Terkadang, kebenaran itu mmg pahit tetapi terpaksa juga di telan.

Freemason telah bertapak di negara kita sejak sekian lama & telah diluluskan oleh kerajaan. Sama ada kerajaan mengetahuinya atau buat2 tidak tahu, itu terpulang kepada kita sebagai rakyat utk membuat penilaian. Byk sumber2 yg disertakan utk dijadikan rujukan agar rakyat Malaysia tidak paranoid & taksub membuta tuli terhadap teori konspirasi. Tapi tahukah anda, di dlm kebykkan kes teori awal telah menjadi kenyataan dgn bukti yg kukuh setelah siasatan dijalankan...?

Di antara kes yg paling hangat ialah kes Nayirah Al-Sabah yg dikawal oleh CIA, yg mana teori konspirasi ternyata benar di dlm kes itu. Di dlm kes 9/11, jika siasatan adil dijalankan bagi kes tersebut, ternyata teori awal 'Inside job' akan menjadi kenyataan. Siapa yg kata? Beratus orang pakar yg kata. Nak sebutkan nama mereka satu persatu? Andakan pakar, carilah sendiri siapa yg kata.

Setakat ini, 51% drpd rakyat Amerika sendiri percaya bahawa ianya adalah kerja 'Orang Dalam'. Tapi yg bkn dari rakyat Amerika, rakyat yg nun jauh di sana, di ufuk timur pula berkata... "Elehhh... Mengarut...!"

Saya tidak mengatakan bahawa semua teori konspirasi itu benar & Islam juga melarang keras terhadap ramalan & tuduhan Tetapi kamu jgn lupa bahawa Islam juga melarang kamu berdiam diri jika terdapat kemungkaran. Jadi jgn ambil buku rujukan yg hanya menyokong hujah2 kita. Sekali-sekala kita harus keluar dari kotak pemikiran kita utk mengambil ilmu sahih karangan para alim ulama' kita. Ada juga buku2 yg bagus seperti "Malaysia : A Study In direct & Indirect Rule" yg di tulis pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson. Dia menjelaskan tentang apa sebenarnya yg berlaku pada negara kita & cara Freemason mengawal Tanah Melayu.

Wallahu'alam...

Jumaat, 6 Januari 2017

MAKSUD MASIHI DAN SEBELUM MASIHI

Mungkin ramai daripada kita yang tidak tahu mengenai kedua-dua istilah ini iaitu Masihi dan Sebelum Masihi. Disini akan diterangkan secara ringkas mengenai kedua-dua istilah ini berlandaskan kalendar ROMAWI, JULIAN atau GREGORIAN, iaitu kalendar yang kita gunakan sekarang, kalendar Kristian.

Sebelum itu, cuba anda fahami istilah-istilah ini:

1. B.C.E : BEFORE COMMON ERA atau COMMON ERA atau BEFORE CURRENT ERA.

2. C.E : COMMON ERA atau CHRISTIAN ERA atau CURRENT ERA

3. A.D : ANNO DOMINI atau IN THE YEAR OF OUR LORD

4. SEBELUM MASIHI : B.C.E (Orang-orang Kristian menetapkan bahawa ini adalah kalendar / tahun sebelum kelahiran Jesus Christ. Contohnya 99999999999 sehingga 1 SM itu bermaksud sebelum kelahiran Jesus Christ)

5. MASIHI : C.E atau A.D (Selepas kelahiran Jesus Christ, iaitu 1 Masihi sehingga sekarang, adalah pentarikhan selepas kelahiran Jesus Christ.

Di dalam bahasa inggeris, SEBELUM MASIHI (SM) disebut B.C.E (BEFORE COMMON ERA atau COMMON ERA atau BEFORE CURRENT ERA) dan MASIHI pula disebut sebagai C.E (COMMON ERA atau CHRISTIAN ERA atau CURRENT ERA) dan A.D (ANNO DOMINI atau IN THE YEAR OF OUR LORD). Bagi istilah A.D, ianya merupakan istilah Latin iaitu ANNO DOMINI yang bermaksud 'Tahun Tuhan Kita', dimana ianya merujuk kepada kelahiran Jesus. Kesimpulannya MASIHI, C.E dan A.D mempunyai maksud yang sama.

Sejarahwan di dunia telah menetapkan bahawa penggunaan terkini di dalam pentarikhan adalah BCE dan CE. Pada zaman dahulu, penulis buku-buku sejarah karya orang-orang barat menggunakan istilah B.C (BEFORE CHRIST)  dan AD (ANNO DOMINI) di dalam penceritaan tahun, tetapi pada zaman kini ianya telah ditukar kepada B.C.E (BEFORE COMMON ERA atau COMMON ERA).

Contohnya pada tahun baru 2017 ini, ianya boleh di tambah dengan 2017 M (MASIHI),  atau 2017 C.E (COMMON ERA), atau 2017 A.D (ANNO DOMINI).

PERAYAAN TAHUN BARU SEBENARNYA TELAH DIHAPUSKAN OLEH RASULULLAH SAW.
Ketika Rasulullah Saw datang ke Kota Madinah, baginda mendapati mereka sedang bersenang-senang merayakannya dengan berbagai permainan. Lalu Rasulullah Saw berkata: "Apa doa untuk hari ini?" Mereka menjawab: "Kami biasa bermain-main padanya dimasa jahiliyah." Kemudian Rasulullah Saw bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْر

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kalian dua hari itu dengan yang lebih baik dari keduanya iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Para pensyarah hadis mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan dua hari yang sebelumnya mereka rayakan itu adalah hari Nairuz dan hari Muhrojan yang merupakan hari pertama dari Tahun Masihi.

Selain Majusi, orang-orang Yahudi juga mempunyai kebiasaan di dalam merayakan awal tahun, sebahagian sumber menyebutkan bahawa perayaan awal tahun adalah termasuk hari raya Yahudi, dimana mereka menyebutnya dengan Ra'su Haisya yang bererti hari raya di penghujung bulan. Kedudukan hari raya ini di dalam pandangan mereka adalah seperti hari raya Aidiladha bagi kaum muslimin.

Kemudian Kaum Nashrani juga mengikuti jejak langkah Yahudi dan turut merayakan tahun baru. Dan mereka juga memiliki keyakinan-keyakinan tertentu yang berkaitan dengan perayaan awal tahun ini.

Sebenarnya, perayaan tahun baru ini iaitu perayaan Nairuz dan Muhrojan telah dihapuskan oleh Rasulullah Saw, dan menggantikannya dengan Aidilfitri dan Aidiladha.

Lalu, kenapa kaum muslimin pada zaman sekarang perlu menghidup-hidupkan sesuatu yang telah dihapuskan oleh Rasulullah Saw dan melanggar sabda baginda dan memandang sepi tanpa gemuruh apapun mengenai Awal Muharram, iaitu tahun baru di dalam kalendar kita yang sebenarnya, kalendar islam, kalendar hijriyah? Sungguh benar berita kenabian Rasulullah Saw:

« لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ ، وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ ، حَتَّى لَوْ سَلَكُوا جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ » .قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ « فَمَنْ »

"Benar-benar kalian akan mengikuti jalan-jalan orang yang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga bila mereka masuk ke lubang binatang dhob (semacam biawak), maka kalian juga akan memasukinya. Kami berkata: "Wahai Rasulullah, adakah mereka yang engkau katakan itu ialah kaum Yahudi dan Nashrani? Baginda berkata: "Siapa lagi?" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Melihat fakta sejarah, tidak salah apabila masyarakat Aceh baru-baru ini menutup rapat celah bagi umat Islam untuk ikut merayakan atau sekadar untuk mengucapkan 'Happy New Year'.

Pada kenyataannya, perayaan malam tahun baru dihiasi dengan berbagai hiburan yang menarik dan sayang untuk dilewatkan. Muda-mudi memenuhi di jalanan dan berkumpul di pusat kota menantikan jam 00.00. Pada saat lonceng tengah malam berbunyi, siren dibunyikan, bunga api diledakkan dan orang ramai berteriak mengucapkan 'Selamat Tahun Baru!'. Dimana-mana negara sam sahaja.

Sahabat Rasulullah Saw Abdullah Bin ’Amr ra telah memberi peringatan: "Barangsiapa yang membangun negeri orang-orang kafir, meramaikan peringatan hari raya Nairuz (tahun baru) dan karnival mereka serta menyerupai mereka sehingga meninggal dunia di dalam keadaan sedemikian. Ia akan dibangkitkan bersama mereka di hari kiamat."

Bagi orang Islam, merayakan tahun baru Masihi, tentu saja akan semakin turut menghapus jejak-jejak sejarah Islam yang hebat dan Islam akan terhapus sedikit demi sedikit tanpa ada yang peduli.

DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG?

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah Saw bersabda: "Akan datang suatu masa di mana orang-orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila ia berlari membawanya dari satu puncak bukit ke satu puncak bukit yang lain dan dari satu lubang ke satu lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, maka segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak akan dapat dicapai kecuali dengan perkara-perkara yang membabitkan akan kemurkaan Allah Swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang itu adalah berpunca dari kerana untuk menepati kehendak isteri dan anak-anaknya. Jika ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari kerana untuk menepati kehendak kedua-dua orang tuanya. Jika kedua-dua orang tuanya sudah tiada, maka kebinasaannya adalah berpunca dari kerana untuk menepati kehendak kaum kerabatnya (adik-beradiknya sendiri) atau dari kerana untuk menepati kehendak jiran-jirannya." Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah Saw, apakah maksud perkataan engkau itu?" Rasulullah Saw menjawab: "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan suatu kesempitan di dalam kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan atau memenuhi kehendak mereka dengan menjerumuskan dirinya ke dalam jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya." (Hadis Riwayat Baihaqi)

ZAMAN DIMANA UMAT ISLAM TIDAK AKAN MEMPEDULIKAN DARI MANA PUNCA HASIL HARTA PENCARIANNYA.
Dari Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Rasulullah Saw telah bersabda: "Akan datang pada suatu suatu zaman di mana seseorang itu tidak akan memperdulikan dari mana hasil punca harta pencariannya, apakah ianya dari sumber yang halal atau pun yang haram." (Hadith Riwayat Muslim)

HARTA RIBA’ WUJUD DI MERATA-RATA TEMPAT.
Dari Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah Saw telah bersabda: "Akan tiba pada suatu zaman, tidak akan ada seorang pun yang tidak akan terlibat daripada memakan harta riba. Jika ia tidak terlibat secara langsung, ia pasti akan terkena debu-debunya juga." (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

PESANAN LARANGAN RIBA ADALAH SALAH SATU PESANAN TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.
Di dalam khutbah baginda semasa di Arafah ketika baginda menunaikan Haji Wida, Nabi Muhammad Saw telah menyatakan mengenai larangan riba secara Spesifik.
Nabi Muhammad Saw mengetahui bahawa riba adalah senjata pemusnah SENYAP yang diamalkan oleh orang-orang yahudi di dalam proses urusniaga jahilliyah sedangkan ianya adalah suatu larangan daripada Allah Swt yang telah dinyatakan di dalam semua kitab-kitab-NYA sejak dari kitab Taurat sehinggalah kepada kitab Al-Qur'an. Hatta, pengharaman riba juga ada termaktub di dalam agama kristian pada era medieval. Tetapi pada zaman kini umat Islam seperti sudah tidak merasakan bahawa riba itu suatu perbuatan yang berdosa sedangkan dosa riba itu adalah sama seperti seseorang yang melakukan zina dengan ibunya! Jika anda mengatakan bahawa anda tiada pilihan, pasti ada yang bakal mengatakan, jika begitu mereka yang berzina juga tiada pilihan kerana perkahwinan pada hari ini semakin hari telah menjadi semakin sulit. Dosa riba adalah lebih besar dari dosa seorang penzina. Perkahwinan pula adalah untuk mengelakkan zina, tetapi berapa ramai pula yang terpaksa membuat pinjaman dengan riba untuk berkahwin di atas desakan hidup atau desakan dari pihak tertentu?

Rasulullah Saw juga melaknat orang-orang yang menjadi pemakan, pemberi, saksi dan penulis riba sebagaimana yang telah disebut di dalam sebuah hadits sahih, Jabir telah berkata bahawa: "Rasulullah Saw melaknat orang-orang yang memakan riba, memberi (membayar) riba, kedua- dua saksi dan penulisnya, dan baginda juga telah bersabda, golongan ini semuanya adalah sama." (Hadits Riwayat Muslim)

Perkara mengenai riba' ini ada disebutkan di dalam surah Al-Baqarah, ayat 278 hingga 283. Allah Swt berfirman:

(278)  يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِىَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah Swt dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.

(279)  فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌   ۖ   وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَڪُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٲلِڪُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu, akan adanya peperangan dari Allah Swt dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

(280)  وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ  ۚ  وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٌ لَّڪُمۡ‌   ۖ   إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

(281)  وَٱتَّقُواْ يَوۡمًا تُرۡجَعُونَ فِيهِ إِلَى ٱللَّهِ‌   ۖ   ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡسٍ مَّا ڪَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ
Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah Swt. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

(282)  يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيۡنٍ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَٱڪۡتُبُوهُ  ۚ  وَلۡيَكۡتُب بَّيۡنَكُمۡ ڪَاتِبُۢ بِٱلۡعَدۡلِ  ۚ  وَلَا يَأۡبَ كَاتِبٌ أَن يَكۡتُبَ ڪَمَا عَلَّمَهُ ٱللَّهُ  ۚ  فَلۡيَڪۡتُبۡ وَلۡيُمۡلِلِ ٱلَّذِى عَلَيۡهِ ٱلۡحَقُّ وَلۡيَتَّقِ ٱللَّهَ رَبَّهُ ۥ وَلَا يَبۡخَسۡ مِنۡهُ شَيۡـًٔا  ۚ  فَإِن كَانَ ٱلَّذِى عَلَيۡهِ ٱلۡحَقُّ سَفِيهًا أَوۡ ضَعِيفًا أَوۡ لَا يَسۡتَطِيعُ أَن يُمِلَّ هُوَ فَلۡيُمۡلِلۡ وَلِيُّهُ ۥ بِٱلۡعَدۡلِ  ۚ  وَٱسۡتَشۡہِدُواْ شَہِيدَيۡنِ مِن رِّجَالِڪُمۡ‌   ۖ   فَإِن لَّمۡ يَكُونَا رَجُلَيۡنِ فَرَجُلٌ وَٱمۡرَأَتَانِ مِمَّن تَرۡضَوۡنَ مِنَ ٱلشُّہَدَآءِ أَن تَضِلَّ إِحۡدَٮٰهُمَا فَتُذَڪِّرَ إِحۡدَٮٰهُمَا ٱلۡأُخۡرَىٰ  ۚ  وَلَا يَأۡبَ ٱلشُّہَدَآءُ إِذَا مَا دُعُواْ  ۚ  وَلَا تَسۡـَٔمُوٓاْ أَن تَكۡتُبُوهُ صَغِيرًا أَوۡ ڪَبِيرًا إِلَىٰٓ أَجَلِهِۦ  ۚ  ذَٲلِكُمۡ أَقۡسَطُ عِندَ ٱللَّهِ وَأَقۡوَمُ لِلشَّہَـٰدَةِ وَأَدۡنَىٰٓ أَلَّا تَرۡتَابُوٓاْ‌   ۖ   إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَـٰرَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيۡنَڪُمۡ فَلَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٌ أَلَّا تَكۡتُبُوهَا   ۗ   وَأَشۡهِدُوٓاْ إِذَا تَبَايَعۡتُمۡ  ۚ  وَلَا يُضَآرَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌ  ۚ  وَإِن تَفۡعَلُواْ فَإِنَّهُ ۥ فُسُوقُۢ بِڪُمۡ   ۗ   وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌   ۖ   وَيُعَلِّمُڪُمُ ٱللَّهُ   ۗ   وَٱللَّهُ بِڪُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah Swt telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Swt, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil dan benar), dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah Swt dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah Swt dan (ingatlah), Allah Swt (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah Swt sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(283)  ۞ وَإِن كُنتُمۡ عَلَىٰ سَفَرٍ وَلَمۡ تَجِدُواْ كَاتِبًا فَرِهَـٰنٌ مَّقۡبُوضَةٌ‌   ۖ   فَإِنۡ أَمِنَ بَعۡضُكُم بَعۡضًا فَلۡيُؤَدِّ ٱلَّذِى ٱؤۡتُمِنَ أَمَـٰنَتَهُ ۥ وَلۡيَتَّقِ ٱللَّهَ رَبَّهُ ۥ   ۗ   وَلَا تَكۡتُمُواْ ٱلشَّهَـٰدَةَ  ۚ  وَمَن يَڪۡتُمۡهَا فَإِنَّهُ ۥۤ ءَاثِمٌ قَلۡبُهُ ۥ   ۗ   وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٌ
Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Swt. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah Swt sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah : Ayat 278 - 283)

MEKANISMA KEMUSNAHAN SENYAP.
Pada zaman sekarang, anda yang kononnya 'MERDEKA' dan menikahkan anak gadis anda sendiri sebagai walinya telah hilang 'KEMERDEKAAN' yang menjadi salah satu syarat sah seorang wali kerana anda sebenarnya belum lagi 'MERDEKA' dari segala hutang piutang anda. Anda sentiasa merasa anda tidak boleh mati pada hari ini kerana anda masih mempunyai hutang piutang yang tidak mahu anda wariskan kepada anak-anak dan isteri anda nanti. Maka secara tidak langsung anda telah menjadi seorang manusia yang tidak bersedia untuk dipanggil Allah Swt. Setiap jari anda akan bangkit untuk bekerja dari pagi sehingga ke malam KERANA TERPAKSA UNTUK MEMBAYAR HUTANG. Anda mengatakan bahawa anda Mencintai Allah Swt tetapi anda mungkin tidak menyedari bahawa anda hanya meluangkan masa untuk Allah Swt hanya selama 25 Mlminit saja sehari (5 minit untuk setiap waktu) atau mungkin selama satu jam. Sedangkan baki dari masa itu anda gunakan untuk mengejar wang ringgit untuk membayar hutang piutang riba anda. Bukankah itu sama seperti seorang hamba? Berapa ramai di antara kita yang gajinya belum pun sempat masuk ke akaun banknya tetapi telah ada bahagian orang lain daripada gaji tersebut. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kahwin, hutang ceti, hutang kad kredit, hutang pembelajaran dan sebagainya. Jika kita sibuk bekerja kerana untuk membayar segala hutang piutang kita, adakah masa untuk kita membangunkan ummah? Bilakah masanya untuk kita memperkasakan Islam? Adakah lagi baki dari masa kita untuk kita melaksanakan sunnah?

Anda semua sebenarnya kini berada di dalam hutang piutang anda dengan kadar kemampuan PALSU. Anda sebenarnya tidak melihat berdasarkan kemampuan kewangan anda tetapi anda menjengah PUSAT-PUSAT RIBA untuk melihat berapa banyakkah anda layak untuk berhutang.

Golongan BERHUTANG adalah salah satu daripada golongan ASNAF menurut Al-Qur'an dan layak untuk menerima zakat. Jika begitu, kebanyakan daripada kita sebenarnya adalah golongan ASNAF. Jika apa yang terjadi pada kita pada hari ini adalah yang Haq, adakah kita akan menzalimi baitulmal yang terpaksa memberikan kita bantuan zakatnya? Jadi, siapakah pula yang hendak membayar zakat jika kesemua daripada kita adalah golongan PENGHUTANG?

Pada zaman nabi dahulu tiada orang yang berhutang. Jika ada pun yang berhutang, mereka adalah daripada golongan yang S
sangat terdesak dan mungkin mereka berhutang kerana kelaparan dan keputusan bekalan makanan. Golongan-golongan seperti inilah yang layak menerima pembelaan baitulmal dan tergolong di dalam lapan kategori asnaf.

ROTHSCHILD MEWUJUDKAN SISTEM RIBA (SISTEM AD-DAJJAL)
Pada hari ini kita mampu untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM500,000 hanya dengan pinjaman. Contohnya, kita ukur kemampuan kita yang bergaji RM5,000 sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita merasa kita mampu menanggung hutang tersebut. Lalu kita membuat pembayaran rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang telah kita langsaikan berjumlah RM1,500,000. RM1 juta tersebut adalah faedah yang diambil oleh pihak bank di mana kita membuat pinjaman tersebut. Sistem riba telah menjadikan nilai barang atau sesuatu perkara itu menjadi mahal. Ini adalah kerana kos tambahan dari sistem riba di dalam seluruh rantaian sistem produksi yang juga menjadi punca pertambahan 'Demand' akibat keghairahan nafsu membeli yang tidak berdasarkan kepada kemampuan seseorang tetapi berdasarkan pada kemudahan berhutang yang disediakan oleh pihak bank.

Tahukah anda, jika tiada sistem riba di dalam dunia ini, rumah yang anda beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 saja. Manakala gaji anda pula mungkin mampu mencecah RM10,000 (pada nilainya dan bukan pada kertasnya).

Pada zaman sekarang, jabatan agama Islam telah melaksanakan hukum Islam sebagai contoh dengan menangkap seorang penzina lalu dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Tetapi apa yang menjadi persoalannya di sini, mengapa pesalah yang melakulan riba di mana ianya merupakan dosa ke-empat terbesar di dalam Islam tidak pula ditangkap. Malah, ianya dibiarkan berleluasa di semua peringkat.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa anda sudah tidak lagi terlibat dengan riba kerana anda telah menggunakan 'SISTEM EKONOMI ISLAM' dan sistem perbankan Islam. Hakikatnya, dari pengertian riba yang sebenarnya, sistem perbankkan Islam hanyalah pada namanya saja yang memperkenalkan akad tanpa perubahan 'Actual' di dalam kekejaman kewangan. Hari ini anda pasti akan merasa keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan pembayaran semula RM1,500,000 berbanding konvensional yang sedikit terbuka dengan spekulasi pasaran yang secara puratanya mungkin lebih rendah dan kadang-kadang (atau jarang-jarang) lebih tinggi dari Islamik. Oleh sebab itu, perbankkan Islam kini telah menjadi suatu agenda Rothschild dan ekonomi dunia kerana ianya lebih menguntungkan dari sistem konvensional. Seperti ayam yang disembelih dengan betul tekniknya oleh Ah Seng dan juga ayam yang disembelih oleh Pak Karim yang dibacakan Bismillah, itu saja bezanya. Secara teknikal ianya sama cuma secara luaran ianya kelihatan Islamik. Malah kadangkala cara sembelihan dan pengurusan Ah Seng mungkin jauh lebih bersih dan sihat. Realitinya, semua bank-bank yang ada di dunia ini adalah milik keluarga Rothschild.

SISTEM RIBA ADALAH AGENDA PENJAJAHAN DAN PERHAMBAAN MODEN.
Pada zaman kini, seorang bayi yang baru saja dilahirkan telah tertulis hutang piutangnya. Seorang lelaki dewasa yang dikatakan sebagai 'MERDEKA' akan berhadapan dengan berbagai-bagai jenis hutang seperti hutang pembelajaran, hutang kad kredit, hutang kenderaan, hutang rumah dan sebagainya. Berapa ramaikah yang masih bebas dari sistem riba? Boleh dikatakan jika jabatan agama Islam telus di dalam menjalankan tanggungjawabnya, pastinya tidak cukup penjara hendak disumbatkan pesalah-pesalah yang melakukan riba ini.

PENJELASAN SECARA TEKNIKAL.
Pada zaman ini, anda berbelanja bukan kerana mengikut kemampuan anda tetapi anda berbelanja mengikut kemampuan yang anda mampu membayarnya sebelum anda MATI. Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang piutang mereka seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana sentiasa berkeinginan untuk membeli kereta baru), hutang rumah (40 tahun atau sampai mati), hutang kahwin (5 - 10 tahun), hutang pembelajaran (5 - 15 tahun), hutang kad kredit dan sebagainya. Semua ini membuatkan ANDA MENJADI ORANG YANG TERJAJAH dan bukannya seorang yang  MERDEKA. Anda tidak mungkin mampu untuk melepaskan diri dari segala kekangan hutang-piutang itu sehinggakan anda terpaksa bekerja buat SELAMA-LAMANYA untuk melangsaikan segala hutang-piutang yang telah anda mulakan sejak sedari awal usia anda.

Perhatikan di sini dengan tenang. Contohnya, jika tanpa riba, kita yang bergaji RM3,000 dan kita mampu memiliki kereta bernilai RM10,000 saja. Pengeluar kereta juga akan mengeluarkan kereta pada harga pasaran mampu milik dengan kadaran RM10,000 sebuah kereta. Maka anda akan menabung atau berkongsi wang sehingga cukup RM10,000 dan pergi ke kedai untuk membelinya, bayar dan bawa pulang dengan senang hati. Insuran pun memadailah dengan jenis 'THIRD PARTY' saja. Manakala 'INSURANCE FIRST PARTY' tidak perlu menjadi suatu kewajipan melainkan di atas kesedaran pemilik untuk menginsurankan kereta mereka. Apabila insuran tidak wajib, maka ianya adalah satu pilihan yang mampu kita pilih dan insuran juga akan menjadi rendah premiumnya kerana kita mempunyai pilihan. Tidak seperti sekarang, insuran 'FIRST PARTY' telah menjadi suatu kewajipan. Maka berapa saja yang mereka nilaikan, anda wajib membayarnya tanpa banyak soal. Itu juga adalah salah satu cabang riba, iaitu suatu perniagaan secara paksa, menindas dan mengambil keuntungan yang berlebihan. Pada kes ini, anda akan berbelanja mengikut kemampuan anda. Tetapi apabila sistem riba diperkenalkan, maka anda yang bergaji RM3,000 MAMPU UNTUK MEMBAYAR KEMBALI PINJAMAN ANDA SEHINGGA RM50,000. Maka penjual kereta juga akan bertindak mengikut situasi pasaran yang mana orang sudah mampu memiliki kereta bernilai RM50,000. Maka harga kereta juga akan menjadi sebanyak itu.  Ini tidak termasuk lagi dengan perlaksanaan riba di dalam semua lapisan. Contohnya, sebutir skrew pada sebuah kereta yang sepatutnya bernilai RM10,000 itu juga dikilangkan oleh sebuah kilang yang membuat pinjaman dari bank untuk modal pengeluaran mereka. Lalu, kos riba itu ditanggung secara efek domino di dalam keseluruhan rangkaian bekalan. Pengilang enjin pula akan membeli skrew dan nut dari kilang itu secara hutang dan hutang tersebut juga mempunyai kosnya. Walaupun tidak dinyatakan di dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan yang anda beli itu secara tunai, pasti akan mendapat diskaun. Sebenarnya ia bukanlah diskaun tetapi itulah harga sebenarnya. Jika di beli secara hutang atau 'consignment', ia akan menjadi tinggi harganya dan di sinilah berlakunya riba. Ini tidak termasuk lagi dengan kilang pengeluar enjin yang juga membuat pinjaman dengan pihak bank untuk modal pengeluaran enjin mereka. Pendek kata, jika hendak memahami akan hal ini, dalamilah atau cuba gali sehingga ke lombong besi yang menggali besi untuk dibuat material skrew tadi, dan anda akan dapati bahawa riba itu berlaku di dalam segala lapisan dan kosnya akan terus meningkat.

Jelas sekali riba itu berlarutan di dalam semua rangkaian bekalan. Maka, kereta yang sepatutnya berharga RM10,000 dengan kos pembuatan RM7,000 akan meningkat kos pembuatannya sehingga menjadi RM30,000 dan dijual pula pada harga RM50,000 mengikut KADAR KEMAMPUAN PASARAN MEMBUAT PINJAMAN dan bukannya berdasarkan kos pembuatan sebenar.
Dan oleh sebab tiada pilihan kerana riba sudah menjadi suatu sistem ekonomi yang telah menguasai kehidupan anda, maka anda terpaksa memakan riba itu. Jika tidak pun, anda pasti akan terkena debu-debunya. Sedangkan Allah Swt sudah mengatakan bahawa pemberi dan penerima riba, kedua-duanya adalah sama saja.

HALUSNYA KONSPIRASI MEREKA.
Selagi Islam belum hancur, selagi itulah musuh-musuh Islam akan terus berusaha untuk menghancurkan Islam. Tidakkah anda mempelajari bagaimana skim ekonomi ponzi yang dilaksanakan oleh USA telah menumbangkan gergasi ekonomi ini? Krisis ekonomi sub-prima yang juga disebabkan oleh hutang-piutang dan riba-riba yang dilaksanakan secara sistemik. Manakala kita pula, hendak mengikut akan model kejatuhan tersebut. Contohnya, 'Household Debt' (hutang isi rumah) di Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia. Jika keadaan ini berterusan, anda sedia maklum apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

IKHTIAR MENCARI JALAN KELUAR DARI KEPOMPONG KONSPIRASI AD-DAJJAL.
Pada hari ini, berapa ramaikah yang mahu menjengah Al-Qur'an apabila mereka menghadapi masalah? Jika ada, berapa ramai pula yang benar-benar memahami ayat-ayatnya? Berapa ramai pula yang melaksanakan jalan penyelesaian yang telah diberikan oleh Allah Swt di dalam Al-Qur'an?
Atau kita hanya sekadar mengeluh TANPA ADA USAHA UNTUK MELAKUKAN ISLAH?
Jika begitu, kita seolah-olah seperti seekor anjing yang menyalak-nyalak hingar kerana terdapat paku di tempat tidurnya tetapi tidak pula mahu berganjak dari tempat tidurnya tersebut.

Fikirkan semula, adakah kita ini 'HAMBA TUHAN' atau 'HAMBA TUAN'?
Adakah kita benar-benarkah sudah 'MERDEKA'?

PENGENALAN ILMU AKHIR ZAMAN

1. KEPENTINGAN ILMU FITAN DAN ESKATOLOGI.

Seruan supaya umat Islam mempersiapkan diri untuk menghadapi fitnah akhir zaman dan seterusnya hari kiamat telah tiba, tetapi bukankah seruan tersebut telah sampai sejak 1400 tahun yang lalu? Mengapa baru kini kita menyedari akan ilmu fitan ini? Rasulullah Saw banyak menyampaikan pesanan kepada kita mengenai fitnah dajjal bukanlah untuk menakut-nakutkan kita, tetapi supaya kita dapat bersiap-sedia dan tidak mudah terperdayakan oleh musuh-musuh Islam. Hal ini adalah untuk kesedaran agar kita insaf, bersatu-padu dan seterusnya berusaha untuk membebaskan diri dan negeri daripada segala macam fitnah dan maksiat dan kembali pada-Nya. Tetapi itu tidak bermakna kita harus mengabaikan pembelajaran di dalam bidang ilmu yang lain. Jika umat Islam mengabaikan pendidikan duniawi dan ukhrawi, nescaya umat Islam akan lebih mudah diperbodoh-bodohkan oleh golongan yang cerdik pandai, terutamanya orang-orang yahudi yang sememangnya memusuhi orang-orang Islam sejak dari dahulu lagi
dan sudah tentu umat Islam tidak akan maju ke hadapan. Tetapi umat Islam pada zaman ini kebanyakannya langsung tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini, sedangkan kisah sejarah Freemason ada disebutkan di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Rasulullah Saw. Di dalam himpunan hadits-hadits shahih juga mempunyai banyak maksud yang tersirat, dan kerana itu Allah Swt menyuruh umat Islam mengkaji maksud-maksudnya yang tersirat yang terkandung di dalamnya.

Pertubuhan Freemason ini mengandungi banyak agenda-agenda mereka yang tersirat. Salah satu intipati tersirat ejen-ejen yahudi ini ialah dengan merosakkan pemikiran anak-anak muda umat Islam agar mereka mengabaikan pelajaran/pendidikan. Jika ini terjadi maka ejen-ejen yahudi tersebut telah berjaya meracuni pemikiran pemuda-pemuda umat Islam. Allah Swt berfirman:

(6)  يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah Al-Hujurat : Ayat 6)

(179)  وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرًا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌   ۖ   لَهُمۡ قُلُوبٌ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ  ۚ  أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ  ۚ  أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al-A'raf : Ayat 179)

2. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ILMU ESKATOLOGI?
Ilmu Eskatologi mungkin agak baru dan suatu hal yang asing dari kefahaman masyarakat pada hari ini. Ilmu Eskatologi adalah ilmu akhir zaman dan ilmu strategi di dalam peperangan. Boleh dikatakan Ilmu Eskatologi adalah juzu' baru bagi umat Islam pada hari ini dan memerlukan masa untuk mereka menghadam info-info yang akan diperbincangkan nanti. Disiplin Ilmu Eskatologi adalah memadankan situasi yang berlaku dengan apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan hadits-hadits akhir zaman. Ia memerlukan kepekaan dan kefahaman yang tinggi terhadap murad hadits-hadits tersebut, dan ianya agak mencabar bagi mereka kerana faktor-faktor yang mengikat mereka dan juga keterbatasan akal fikiran yang membuatkan mereka agak ketinggalan di dalam aspek Eskatologi, itu yang kita nampak pada hari ini.

Apa yang akan kita perbincangkan nanti adalah ilmu akhir zaman di dalam mencari kebijakan internal ilahiah manusia, dengan berbagai-bagai ilmu dan informasi kebenaran di dalam menjalani dunia akhir zaman yang berdasarkan Al-Qur'an, As-Sunnah dan Eskatologi Islam, Insya'allah.

(https://www.youtube.com/watch?v=gt09v9vyP4A) -->> Klik link ini untuk penjelasan.

3. ASAL-USUL ILMU ESKATOLOGI.
Pengasas bidang Ilmu Eskatologi Islam atau kajian ilmu akhiruzzaman adalah Imam Al-ghazali, Ibn Kathir, Ibn Majah, Imam Bukhari, Ibn Khuzaimah dan para ahli sufi. Kini ilmu yang semakin hilang ini diteruskan lagi oleh Sheikh Maulana Imran Nazar Hosein secara meluas dengan menggabungkan kajian, fakta dan bukti dari segi aspek agama, politik, kewangan, sains, ekonomi, sejarah peradaban manusia dan lain-lain lagi berserta dengan interpretasi ilmiah berpandukan kitab Al-Qur'an dan As-Sunnah (Hadits).

4. TIGA JENIS FITNAH YANG SEDANG MENGEPUNG UMAT MUSLIM PADA ZAMAN KINI.
Kita mengetahui bahawa akan tiba saatnya dunia ini akan hancur. Sebelum itu semua berlaku, dajjal akan datang untuk merosakkan akhlak dan kepercayaan umat manusia, terutama umat Muslim. Keimanan seseorang akan bergolak dengan cara yang boleh meluluhkan. Hingga, seseorang yang tidak mempunyai kekuatan iman, amat mudah sekali untuk terjerumus ke dalam tipu muslihatnya. Tetapi, tahukah anda, bahawa sebelum itu terjadi akan tiba suatu fitnah besar yang amat dahsyat sekali yang akan menimpa umat muslim?

Ya! Fitnah itu merupakan salah satu dari tanda-tanda akhir zaman. Dan kini, ada tiga jenis fitnah yang sedang mengepung umat muslim dan ianya begitu sukar sekali untuk kita menghapuskannya, kerana ianya sudah berlaku sejak turun-temurun. Ketiga-tiga jenis fitnah itu terdiri daripada:

i. FITNAH AHLAS.
Fitnah pertama yang sedang mengepung umat muslim adalah fitnah peperangan dan pembunuhan di antara sesama umat muslim. Pada zaman dahulu peristiwa tersebut bermula dari pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan. Sejak dari saat itu sehingga ke saat ini masih banyak umat Islam yang bergelut di dalam pertikaian dan peperangan. Hal tersebut sesuai dengan sabda Rasulullah Saw bahawa sekali pedang seorang mukmin tertancap pada tubuh seorang mukmin lainnya, maka ia akan sangat sukar diangkat.

ii. FITNAH SARRA'.
Fitnah besar yang sedang mengepung umat muslim selanjutnya adalah Fitnah Sarra', iaitu fitnah yang berkaitan dengan harta dan kesenangan dunia. Fitnah yang sedemikian ini telah menimpa umat muslim sejak berkuasanya Dinasti Umayyah dan kemuncaknya berlaku apabila industri minyak ditemui. Fitnah Sarra' ini begitu banyak berlaku pada era zaman sekarang. Harta dan kesenangan boleh membuatkan umat manusia gelap mata dan menjadi tamak dan rakus dengan kekayaan serta nikmat dunia. Hal tersebut bahkan boleh membuatkan seseorang itu sanggup untuk membunuh saudaranya sendiri.

iii. FITNAH DUHAIMA'
Fitnah ketiga yang sedang mengepung umat muslim di dunia pada saat ini ialah Fitnah Duhaima'. Fitnah ini berupa fitnah aliran sesat dan pemikiran dan akidah yang menyimpang. Fitnah ini banyak berlaku di sekitar lingkungan tempat tinggal umat manusia. Pada zaman ini pemikiran sekularisme, pluralisme, libralisme dan sebagainya berkembang dengan sangat pesat. Bahayanya pemikiran yang sedemikian ini dianggap sebagai sebuah kebenaran. Sedangkan pada kenyataannya ianya tidaklah seperti itu. Salah satu aliran sesat adalag mereka yang dengan mudahnya mengkafirkan orang muslim di luar kelompok tersebut hanya kerana perbezaan pemahaman serta pemikiran yang dimiliki. Tidak hanya mengenai itu, pada zaman ini juga telah mula muncul orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi bahkan sebagai tuhan dan mengajak umat manusia untuk menjadi pengikutnya.

Ketiga-tiga jenis fitnah inilah yang harus kita ketahui dan harus berhati-hati mengenainya supaya kita tidak mudah terjerumus dan terpedaya oleh fitnah-fitnah tersebut, dan dekatkanlah diri kita pada Allah Swt memohon perlindungan dari-Nya dari segala macam fitnah.

Ahad, 11 Disember 2016

KISAH MUSA SAMIRI



AS-SAMIRI @ AL-MASIH AD-DAJJAL

 

KISAH MUSA SAMIRI. (AL-MASIH AD-DAJJAL)

Dajjal pada asalnya bererti التَّغْطِيَة, yang bermakna menutupi. Orang yang berdusta disebut dajjal kerana ia menutupi kebenaran dengan kebatilan. Menurut Dr. Isa Daud (Kemunculan Dajjal Di Segi Tiga Bermuda, 2000), Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan yayudi yang telah dipertangguhkan ajalnya, 'Minal Munzharin' seperti halnya Nabi Isa as yang telah diangkat oleh Allah Swt ke langit dan dipertangguhkan akan kematiannya sehingga beliau nantinya akan turun semula ke atas muka bumi ini untuk menjalankan tanggungjawabnya. Sama juga halnya dengan Nabi Khidir as dan iblis yang telah dipertangguhkan kematiannya sehingga ke hari kiamat nanti.

 

ASAL-USUL AL-MASIH AD-DAJJAL.

Keluarga Samiriberasal dari sebuah negeri yang bernama Samirah yang terletak di Palestin. Nama negeri ini berasal dari nama salah seorang anak kepada Nabi Nuh as iaitu Sam Bin Nuh. Penduduk di negeri ini berasal dari keturunan susur galur Sam Bin Nuh selepas peristiwa banjir besar yang melanda dunia sewaktu zaman Nabi Nuh as. Penduduk di negeri ini telah mengamalkan cara kehidupan yang melazimi perbuatan maksiat seperti liwat dan seks bebas. Mereka juga turut mengagungkan patung anak lembu sebagai dewa dan tuhan. Dari sejarah negeri ini, para ulama' berpendapat Samiri dilahirkan selepas peristiwa banjir besar yang melanda dunia dan ada juga yang beberapa pendapat yang mengatakan ia dilahirkan pada zaman Nabi Sulaiman as.


 1. Parung Apis                                                 2. Patung Hathor

Ibubapa Samiri merupakan golongan penyembah patung anak lembu yang pada ketika itu adalah agama berhala bagi bangsa yahudi sejak sebelum dari kelahiran Nabi Musa as lagi. Ayah dan ibunya berketurunan Ashkenazi, iaitu suku dari salah satu cabang dari bangsa yahudi. Bangsa yahudi mempunyai benerapa cabang suku iaitu Suku Mizrahi, Suku Khazar, Suku Sephardi, Suku Ashkenazi, Suku Samaritan dan lain-lain lagi. Manakala bangsa yahudi itu pula berasal daripada suku bangsa sebelah Siti Sarah iaitu isteri kepada Nabi Ibrahim as. Semua anak dari keturunan Siti Sarah adalah digelar bani isra'il. Bani isra'il ialah gelaran kepada keturunan Nabi Yaakob as yang mana semua keturunannya bermula dari Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as sehinggalah ke keturunan Nabi Musa as dan Nabi Isa as.

Ayah kepada Samiri adalah seorang yang tinggi, gemuk dan hidungnya pula seperti paruh burung, manakala ibunya pula adalah seorang perempuan yang gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal-usul keturunan bapanya ialah dari seorang dukun yahudi yang dikenali dengan nama 'Syaqq', manakala ibunya pula adalah dari kalangan bangsa jin. Kelahiran Samiri bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Ibubapa Samiri adalah hasil dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram. Kedua-dua ibubapa Samiri adalah adik-beradik kandung seibu sebapa. Pada malam kelahiran Samiri, ibubapanya telah menyerahkan kehidupan mereka kepada syaitan dengan membawa seekor lembu betina yang telah disembelih untuk mendapatkan restu dari patung anak lembu yang sebenarnya adalah jelmaan iblis yang mahu menyesatkan anak cucu Adam. Ibubapa Samiri telah melakukan upacara penyembahan dan berdoa kepada patung anak lembu tersebut supaya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu patung anak lembu tersebut memberikan beberapa syarat-syarat aneh yang perlu di penuhi jika mereka menginginkan seorang anak lelaki.

Mereka dikehendaki menyediakan korban berupa seekor lembu betina dan diletakkan dihadapan patung anak lembu tersebut serta di suruh melakukan hubungan badan sewaktu si isteri sedang haid. Oleh kerana terlalu menginginkan seorang anak lelaki, mereka hanya menuruti sahaja apa yang telah diarahkan oleh patung anak lembu tersebut yang sebenarnya adalah jelmaan iblis laknatullah. Maka iblis pun turut serta bersama si suami setiap kali dia menggauli isterinya. Maka bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh dengan kedengkian dari jin. Setelah 30 tahun menanti, maka lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama Musa Samiri, seperti mana yang telah disabdakan oleh Rasulullah Saw:

"Ayah dan ibu dajjal itu telah melewati kehidupan mereka selama 30 tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak lelaki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi orang yang paling merbahaya dan palingvsedikit manfaatnya(bagi kedua-dua orang tuanya dan bagibumat manusia). Kedua-dua matanya sentiasa tertutup tetapi hatinya tetap terjaga."

Dari hasil kelahiran dengan jalan yang kotor kerana melakukan hubungan badan sesama mahram pada ketika ibu kepada Samiri sedang haid, menjadikan Samiri sebagai manusia yang cacat dengan matanya buta sebelah. Malah sejak dari kelahirannya, Samiri tidak mahu menyusu dan senantiasa tidur sepanjang hari hingga mengakibatkan payudara ibunya mengalami pembengkakkan dan menimbulkan rasa panas yang luar biasa. Berbagai-bagai cara, ikhtiar dan usaha telah dilakukan tetapi hampa dan sia-sia. Hal ini telah menjadi buah mulut penduduk negeri Samirah dan membuatkan ibubapa Samiri menjadi semakin tertekan dengan keadaan tersebut. Manakala iblis pula meneruskan perancangannya dengan menculik Samiri dan meletakkannya di bawah patung anak lembu tersebut. Ia adalah propaganda iblis untuk menjadikan penduduk negeri Samirah begitu terpegun dengan Samiri apabila melihat ia berada di bawah patung anak lembu penyembahan mereka itu. Sehinggakan mereka telah mencatatkannya di dalam sebuah manuskrip lama :

"Anak itu memang benar-benar dari keturunan Samirah, tanda isyarat bagi negeri Sam (bukan Syam), kerana Nabi Sam Bin Nuh as adalah pendiri gerakan negeri Samirah setelah terjadinya peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu. Ketika Nabi Sam Bin Nuh as masih kecil, ia tidak banyak bergerak, sehingga ia telah didatangi oleh malaikat yang telah mengajarnya bagaimana cara untuk menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Sam."

Begitulah halus dan licik sekali perancangan syaitan untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam as. Nauzubillah..


SAMIRI DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL AS.

Penduduk-penduduk negeri Samirah merupakan golongan penyembah patung anak lembu dan mengamalkan cara kehidupan yang di larang oleh Allah Swt, walaupun telah diberi peringatan oleh Nabi Ibrahim as. Lalu, Allah Swt telah menurunkan bala ke atas para penduduk negeri tersebut kerana kedegilan mereka yang telah mengingkari ajaran yang di bawa oleh Nabi Ibrahim as. Maka berlakulah gempa di dasar laut yang telah menimbulkan tsunami yang sangat menakutkan di negeri Samirah. Seluruh negeri itu telah hancur akibat banjir besar tersebut. Namun yang demikian, Allah Swt telah mengarahkan Malailat Jibril as supaya menyelamatkan seorang anak kecil bernama Samiri yang pada ketika itu telah hanyut di bawa arus deras banjir tersebut dan diletakkan di dalam sebuah gua di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di dalam gua itulah Malaikat Jibril as bersama-sama dengan seekor binatang yang berbulu tebal bernama Al-Jassasah telah memelihara Samiri di atas perintah Allah Swt. Di pulau tersebut, tabiat Samiri masih tetap sama seperti sebelumnya iaitu senantiasa tidur siang dan malam. Ia hanya terjaga untuk makan dan minum saja. Pada ketika umurnya telah mencapai lapan tahun, kedua-dua matanya mulai terbuka. Mulai saat itu ia tidak sering tidur dan hanya tidur seperti layaknya kebiasaan manusia biasa. Di waktu ini, ia sudah mampu berdiri, bergerak dan berfikir.

Pada suatu hari, Samiri telah keluar berjalan-jalan mengelilingi sekitar pulau tempat tinggalnya itu. Ia merasa kagum dan terasing dengan keindahan semulajadi pulau tersebut, namun ia sentiasa berwaspada. Ia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh berhati-hati. Ketika sedang merayau-rayau di pulau tersebut, ia telah bertemu dengan Al-Jasassah.



Pada mulanya, Samiri merasa takut pada Al-Jassasah, tetapi Al-Jasassah kemudian mengajaknya untuk berbicara:

"Engkau adalah seorang anak kecil yang telah diselamatkan oleh Malaikat Jibril as di atas perintah Allah Swt daripada malapetaka banjir besar akibat dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah iaitu tempat di mana engkau dilahirkan telah dilanda malapetaka tersebut. Engkau telah di bawa oleh Malaikat Jibril as ke sini. Malaikat itulah yang telah menjaga makan dan minum engkau dengan izin Allah Swt. Aku pula telah diperintahkan untuk mengawasimu dan memberitahu bahawa engkau adalah seorang anak yang disayangi oleh Allah Swt dan diberikan kebebabsan di dalam memilih jalan hidupmu. Jika engkau mengikuti jalan Malaikat Jibril as dan para Nabi, maka engkau akan menjadi seorang hamba yang dimuliakan dan seorang raja yang hebat di muka bumi ini.Tetapi jika engkau mengikuti jalan yang dipilih oleh iblis dan syaitan, maka engkau akan menjadi seorang penderhaka yang akan dikutuk oleh makhluk di langit dan seisi bumi kerana engkau akan berbuat kerosakan dan kejahatan yang sangat besar dan tiada taranya."

Kemudian Samiri di bawa oleh Al-Jasassah ke suatu tempat di pulau tersebut. Tempat tersebut terdapat banyak batu-batuan yang tertera tulisan di atasnya. Kemudian Al-Jasassah berkata:

"Ini telah ditulis sendiri oleh Malaikat Jibril as dan merupakan pedoman hidup untuk engkau. Maka, janganlah engkau melencong dari pedoman-pedoman ini kerana ia akan menyebabkan engkau akan menjadi seorang manusia yang derhaka."

Pada batu-batu tersebut tertera kalimah:

Batu pertama   : 'La ilaha illallah'. (Tiada Tuhan Selain Allah Swt)
Batu ke-2        : ''Allahu Wahid La Syarikalahu'. (Allah Maha Esa, Tiada Sekutu Bagi-Nya)
Batu ke-3        : 'Engkau di jaga dan di urus oleh Malaikat Jibril as. Oleh itu janganlah
                           engkau mengkhianati janjimu pada Allah Swt'.
Batu ke-4        : 'Hanya engkau saja di Pulau ini'.
Batu ke-5        : 'Makan dan nikmatilah makanan dari rezeki Allah Swt ini yang sesuai dengan
                           keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesuka hatimu. Sembahlah Allah Swt di
                           dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keEsaan kepadanya, yakni
                           sholat yang telah diwajibkan ke atasmu. Allah Swt adalah raja, Allah Swt
                           Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah Swt
                           adalah Tuhan yang Maha Agung'.
Batu ke-6        : 'Jadilah engkau seorang anak pada masa kini, dan janganlah engkau menjadi
                           seorang anak pada masa lalu atau pada zaman apa pun di pulau  ini'.
Batu Ke-7       : 'Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang di bawa kepadamu oleh seorang Nabi                            yang terakhir iaitu Nabi Muhammad Saw yang akan datang menjelang akhir
                           zaman. Jika engkau beriman kepadanya maka engkau adalah manusia pada
                           masa hadapan yang beriman dan mempunyai keyakinan kepada Allah Swt.
                           Tetapi jika engkau ingkar kepada-Nya, maka engkau adalah manusia pada
                           masa hadapan yang dijanjikan akan mendapat seksaan azab yang pedih dari
                           Allah Swt. Sesungguhnya engkau berada di antara dua Nabi yang berserah diri
                           kepada Allah Swt. Jika engkau beriman dan berkeyakinan kepada apa yang
                           kami ani dan kami yakini, maka Allah Swt akan mempermudahkan engkau
                           untuk mengimani penutup para Nabi yang terdahulu dan pengganti Nabi yang
                           telah wafat. Dia bernama Muhammad Al-Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi
                           dan Rasul di tengah-tengah kaum yang jahil dan buta huruf. Dia akan
                           berhijrah ke tempat yang banya ditumbuhi dengan pohon-pohon kurma dan
                           yang banyak mata air serta perigi dengan tanah yang subur. Jika engkau
                           mendustakan Nabi yang mendahului Nabi Muhammad Saw, maka Allah Swt
                           akan menutup pintu hatimu dengan tabir kain hitam dan hatimu akan menjadi
                           hitam dan condong kepada keburukan. Akibatnya hatimu tidak akan dapat
                           melihat cahaya dan akalmu hanya akan dapat melihat dirimu sendiri seperti
                           halnya iblis dan syaitan. Semoga laknat Allah Swt ditimpakan ke atasnya, yang
                           mendiami segitiga bermuda yang lama itu dan engkau pun akan menjadi
                           teman karibnya. Betapa buruknya seseorang yang ditemani oleh makhluk yang
                           terkutuk dan telah dijauhkan dari rahmat Allah Swt yang dibiarkan saja hidup
                           sehingga sampai ke suatu masadi suatu negeri, iaitu di suatu lautan yang penuh
                           dengan hembusan angin kelak, ketika Allah Swt tidak lagi menyayangi
                           orang-orang yang terusir dari rahmat-Nya."

Samiri kemudian melihat di tepi sebuah batu besar yang ketujuh itu, iaitu batu yang paling besar di antara batu-batu lain yang telah di tulis oleh Malaikat Jibril as, lalu menghampirinya. Di situ, ia terjumpa segumpal zat/materi yang merupakan sisa bahan penulisan Malaikat Jibril as yang di bawa dari syurga. Samiri memegang zat tersebut dan bermain-main dengannya dan ia mendapati bahawa zat tersebut sangat ajaib kerana mampu menghidupkan kembali untuk sejenak, haiwan yang sudah mati (zat inilah yang kelak akan digunakan oleh dajjal sehingga mampu menghidupkan makhluk yang sudah mati).

SAMIRI MENGEMBARA KE DUNIA LUAR.

Selama ia tinggal di pulau tersebut, Samiri telah banyak mempelajari ilmu-ilmu Tauhid dan ilmu-ilmu pengetahuan lain dari Al-Jasasah dan Malaikat Jibril as. Di antara ilmu pengetahuannya ialah setiap benda yang disentuh oleh malaikat Jibril as akan hidup, seolah-olah ada rohnya dan kerana itulah Malaikat Jibril as digelar sebagai 'Ruhul Quddus' atau 'Ruhul Amin'. Sehingga pada suatu waktu, Samiri telah keluar merantau keluar dari pulau tersebut dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan telah berlabuh di pulau itu.
 
Maka sejak dari saat itu, Samiri mula mengenali masyarakat dunia. Ia mulai mengembara, menjelajah ke berbagai-bagai tempat dengan tujuan untuk mencari dan mengumpulkan pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia. Oleh kerana daya pemikirannya yang sangat genius yang telah di anugerahkan oleh Allah Swt, Samiri mampu mempelajari sesuatu perkara itu dengan cepat. Kepandaian serta kemahirannya di dalam pelbagai bidang juga semakin meningkat, malah ia juga mudah menyesuaikan dirinya dengan suatu lingkungan baru. Pengalaman yang telah di laluinya itu telah menjadikan Samiri seorang manusia yang misteri, pintar dan mempunyai kepakaran di dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya.

Setelah sekian lama ia mengembara melihat dunia luar, terlintas difikirannya untuk pergi ke negeri tempat kelahirannya. Lantas ia pun membuat persiapan untuk belayar pergi menuju ke negeri Samirah. Semasa dalam perjalanannya itu, Samiri telah singgah sebentar ke pulau tempat ia pernah di asuh oleh Al-Jasassah dan Malaikat Jibril as. Setelah ia tiba di pulau tersebut, Samiri terus melangkah menuju ke tempat batu-batu di mana Al-Jasassah pernah membawanya ke situ semasa kecilnya dulu. Samiri lantas mengambil segumpal Zat/Materi yang merupakan sisa bahan penulisan peninggalan Malaikat Jibril as. Al-Jasassah yang pada ketika itu berada tidak jauh dari tempat Samiri berada, hanya berdiam diri dan memerhatikan saja tindak-tanduk perlakuan Samiri itu. Samiri kemudiannya melanjutkan perjalanannya menuju ke negeri tempat kelahirannya.

Setelah beberapa hari lamanya mengharungi lautan, ia berlabuh di salah satu lembah di Palestin yang tersembunyi. Kemudian ia meneruskan perjalanannya ke kampung halamannya iaitu negeri Samirah dengan menaiki seekor unta yang dibelinya. Apabila ia tiba di negeri Samirah, ia mendapati negeri tersebut telah hancur binasa. Ketika sedang meninjau-ninjau di kawasan tersebut, Samiri telah bertemu dengan beberapa orang yang usianya telah lanjut yang bernama Al-Jalil dan Al-Arbad. Mereka bercerita mengenai kisah seorang anak kecil yang telah di ambil oleh Dewa. Ada juga yang menceritakan kisah anak kecil yang diculik oleh Malaikat ketika terjadinya bencana banjir besar yang telah menghancurkan negeri Samirah. Samiri mengetahui bahawa kisah anak kecil yang diceritakan oleh mereka itu adalah dirinya.


SAMIRI DI ZAMAN NABI MUSA AS.
Diriwayatkan, Samiri itu tidak pernah tua di mamah usia. Itulah salah satu di antara kelebihan yang telah diberikan oleh Allah Swt kepada Samiri. Dan kerana kelebihan-kelebihan yang telah diberikan oleh Allah Swt kepadanya jugalah yang telah membuatkan Samiri mula menjadi angkuh dan sombong dan merasakan dirinya pantas untuk menjadi tuhan, kerana ia merasakan dirinya lebih cerdas daripada setiap manusia lain, bahkan baginya rohnya adalah roh dewa. Setelah beberapa tahun tinggal di Palestin, Samiri meneruskan pengembaraannya ke Mesir. Di sepanjang perjalanannya, Samiri selalu datang pada setiap masa kenabian untuk menyesatkan umat manusia.



Gambar Illustrasi Ketika Peristiwa Nabi Musa as Membelah Laut Merah Untuk Menyelamatkan Diri Dan Kaumnya Dari Buruan Bala Tentera Firaun

Ketika di Mesir, Samiri telah melihat berbagai-bagai perkara dan peristiwa termasuklah mukjizat-mukjizat Nabi Musa as, di antaranya ialah peristiwa ketika Nabi Musa as membelah Laut Merah dengan tongkatnya semasa ia diburu oleh firaun dan bala tenteranya. Pada ketika itu Nabi Musa as tidak menyedari bahawa salah seorang daripada pengikut yang menyertai rombongannya ketika itu adalah Samiri. Ketika sedang melalui belahan Laut Merah tersebut, Samiri telah terlihat suatu 'lukisan-lukisan aneh' yang terdapat pada dinding-dinding belahan Laut Merah tersebut. 'Lukisan-lukisan aneh' tersebut adalah 'lukisan-lukisan' peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula daripada situlah Samiri telah mengenali suatu bangsa yang mampu memberikan bantuan kepadanya yang tidak mampu diberikan oleh manusia biasa.

Ketika Nabi Musa as dan para pengikutnya telah selamat dari buruan firaun dan bala tenteranya, mereka pun meneruskan perjalanan dan tiba di Gunung Thursina. Kemudian Allah Swt telah mewahyukan kepada Nabi Musa as agar berangkat ke Puncak Gunung Thursina kerana di sana Allah Swt akan menurunkan Syariat-Nya dan kitab Taurat kepada Nabi Musa as, kitab yang berisi petunjuk dan bimbingan bagi kaum bani Israil. Nabi Musa as pun bersiap untuk pergi ke puncak Gunung Thursina seperti yang telah diarahkan. Sebelum berangkat, Nabi Musa as berwasiat kepada saudaranya Nabi Harun as agar menjaga bani Israil selama pemergiannya. Nabi Musa as berjanji kepada kaum bani Israil yang ditinggalkan di bawah pimpinan Nabi Harun as bahawa ia tidak akan meninggalkan mereka lebih dari tiga puluh hari. Akan tetapi Allah Swt telah memerintahkan kepada Nabi Musa as supaya berpuasa selama sepuluh hari lagi di puncak gunung tersebut. Maka Nabi Musa as tidak dapat menepati janjinya kepada kaum bani Israil untuk kembali kepada mereka di dalam waktu seperti yang telah dijanjikannya.


Gunung Thursina @ Gunung Sinai

Bani Israil mula merasa kecewa dan kesal kerana Nabi Musa as masih belum kembali kepada mereka seperti yang telah dijanjikan oleh Nabi Musa as. Mereka menggerutu dan mengomel dengan melontarkan kata-kata seolah-olah Nabi Musa as telah meninggalkan mereka di dalam kegelapan dan di dalam keadaan yang tidak menentu. Mereka merasa seakan-akan telah kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak memberikan bimbingan dan petunjuk kepada mereka. Di dalam keadaan yang tidak berpuas hati dan bingung yang sedang meliputi kelompok bani Israil itu, ianya telah digunakan oleh Samiri sebagai suatu kesempatan yang baik untuk menyebarkan benih syiriknya dan merosakkan akidah para pengikut Nabi Musa as yang baru sahaja menerima ajaran Tauhid dan beriman kepada Allah Swt. Samiri menghasut mereka dengan mengatakan bahawa Nabi Musa as telah tersesat di dlam tugasnya untuk mencari Tuhan bagi mereka dan dia tidak akan kembali lagi. Kemudian Samiri telah menganjurkan kepada mereka agar mencari tuhan yang lain sebagai ganti kepada Tuhan Nabi Musa as. Samiri melihat bahawa hasutannya itu dapat menggoyahkan iman dan akidah para pengikut Nabi Musa as yang belum benar-benar meresapi ajaran Tauhidnya, segera membuat sebuah patung anak lembu untuk di sembah oleh kaum bani Israil sebagai tuhan, pengganti Tuhan kepada Nabi Musa as. Patung anak lembu tersebut diperbuat dari emas yang telah dikumpulkannya dari perhiasan-perhiasan para wanita yang ada pada kaum bani Israil. Dengan kemahirannya di dalam bidang pengukiran, patung anak lembu tersebut dibuat dengan begitu teliti sehingga dapat mengeluarkan suara menguap seakan-akan anak lembu yang hidup. Kemudian Samiri berkata kepada mereka: "Ini adalah tuhan kalian dan juga tuhan kepada Musa." Oleh kerana begitu tertarik dengan patung anak lembu tersebut serta kagum pada Samiri yang petah dan pandai bermain dengan kata-kata, hampir seluruh kaum bani Israil yang masih lemah iman dan akidahnya itu telah terpedaya dan lupa akan pesanan Nabi Musa as untuk kekal dan tidak menyembah selain darip Allah yang maha Esa.

Manakala Nabi Harun as pula tidak mampu untuk menghalang dan menangani akan kedegilan dan sikap keras kepala kaumnya yang telah kembali menjadi murtad itu, kerana ia merasa khuatir jika ia menangani mereka dengan cara yang keras, akan terjadi perpecahan di antara mereka dan ini akan membuatkan keadaan menjadi lebih rumit dan akan menyulitkan baginya dan Nabi Musa as kelak untuk mencarikan jalan penyelesaian dari krisis keimanan yang melanda kaumnya itu.

Maka ia hanya memberikan peringatan dan nasihat kepada mereka sementara menanti kepulangan Nabi Musa as dari Gunung Thursina.

Dalam pada itu, Nabi Musa as yang telah selesai bermunajat kepada Allah Swt dan sedang dalam perjalanan pulang, telah mendapat isyarat mengenai Nabi Harun as yang sedang menghadapi masalah bersama kaumnya itu selama pemergiannya, seperti yang telah disebutkan di dalam Surah Taha Ayat 85:

(85)  قَالَ فَإِنَّا قَدۡ فَتَنَّا قَوۡمَكَ مِنۢ بَعۡدِكَ وَأَضَلَّهُمُ ٱلسَّامِرِىُّ
(Setelah selesainya urusan itu) Maka Allah Swt berfirman kepada Nabi Musa as: "Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu suatu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri."(Surah Taha : Ayat 85)


Nabi Musa as merasa amat sedih sekali dan kemudian menjadi sangat marah tatkala ia tiba, ia melihat kaumnya sedang berpesta mengelilingi, menyembah serta memuji-muji patung anak lembu emas tersebut, seperti yang telah disebutkan di dalam Surah Taha Ayat 86:

(86)  فَرَجَعَ مُوسَىٰٓ إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ غَضۡبَـٰنَ أَسِفًا  ۚ  قَالَ يَـٰقَوۡمِ أَلَمۡ يَعِدۡكُمۡ رَبُّكُمۡ وَعۡدًا حَسَنًا  ۚ  أَفَطَالَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡعَهۡدُ أَمۡ أَرَدتُّمۡ أَن يَحِلَّ عَلَيۡكُمۡ غَضَبٌ مِّن رَّبِّكُمۡ فَأَخۡلَفۡتُم مَّوۡعِدِى
Maka kembalilah Nabi Musa as kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita, ia berkata: "Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan suatu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang telah dijanjikan itu? Atau kamu sengaja mengkehendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?"(Surah Taha : Ayat 86)

(87)  قَالُواْ مَآ أَخۡلَفۡنَا مَوۡعِدَكَ بِمَلۡكِنَا وَلَـٰكِنَّا حُمِّلۡنَآ أَوۡزَارًا مِّن زِينَةِ ٱلۡقَوۡمِ فَقَذَفۡنَـٰهَا فَكَذَٲلِكَ أَلۡقَى ٱلسَّامِرِىُّ
Mereka menjawab: "Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan dengan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka dwmikianlah juga 'Samiri' mencampakkan apa yang dibawanya."(Surah Taha : Ayat 87)

(88)  فَأَخۡرَجَ لَهُمۡ عِجۡلاً جَسَدًا لَّهُ  ۥ خُوَارٌ فَقَالُواْ هَـٰذَآ إِلَـٰهُڪُمۡ وَإِلَـٰهُ مُوسَىٰ فَنَسِىَ
Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: (Surah Taha : Ayat 88)

(89)  أَفَلَا يَرَوۡنَ أَلَّا يَرۡجِعُ إِلَيۡهِمۡ قَوۡلاً وَلَا يَمۡلِكُ لَهُمۡ ضَرًّا وَلَا نَفۡعًا
Patutkah mereka tidak mahu berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat kepada mereka? (Surah Taha : Ayat 89)

(90)  وَلَقَدۡ قَالَ لَهُمۡ هَـٰرُونُ مِن قَبۡلُ يَـٰقَوۡمِ إِنَّمَا فُتِنتُم بِهِۦ   ۖ   وَإِنَّ رَبَّكُمُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ فَٱتَّبِعُونِى وَأَطِيعُوٓاْ أَمۡرِى
Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun as telah pun berkata kepada mereka sebelum itu: "Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Swt yang melimpah-limpahkan rahmat-Nya. Oleh itu, ikutilah daku dan taatlah akan perintahku." (Surah Taha : Ayat 90)

(91)  قَالُواْ لَن نَّبۡرَحَ عَلَيۡهِ عَـٰكِفِينَ حَتَّىٰ يَرۡجِعَ إِلَيۡنَا مُوسَىٰ
Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya sehingga Nabi Musa as kembali kepada kami."(Surah Taha : Ayat 91)

Oleh kerana terlalu sedih dan merasa sangat marah, Nabi Musa as tidak dapat menguasai dirinya, lalu kepingan-kepingan Taurat dilemparkan berantakan. Kemudian Nabi Musa as memegang dan menarik rambut kepala saudara kandungnya, Nabi Harun as seraya berkata:

(92)  قَالَ يَـٰهَـٰرُونُ مَا مَنَعَكَ إِذۡ رَأَيۡتَهُمۡ ضَلُّوٓاْ
(Sekembalinya), Nabi Musa as berkata: "Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat, (Surah Taha : Ayat 92)

(93)  أَلَّا تَتَّبِعَنِ   ۖ   أَفَعَصَيۡتَ أَمۡرِى
daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku? (Surah Taha : Ayat 93)

Lalu Nabi Harun as berkata menanggapi teguran Nabi Musa as:

(94)  قَالَ يَبۡنَؤُمَّ لَا تَأۡخُذۡ بِلِحۡيَتِى وَلَا بِرَأۡسِىٓ   ۖ   إِنِّى خَشِيتُ أَن تَقُولَ فَرَّقۡتَ بَيۡنَ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَلَمۡ تَرۡقُبۡ قَوۡلِى
Nabi Harun as menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambutku) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: 'Engkau telah memecah-belahkan kaum bani Israil sesama sendiri dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!'"(Surah Taha : Ayat 94)

Kemudian, berkatalah Nabi Musa as kepada Samiri, orang munafiq yang menjadi punca kepada kekacauan dan kesesatan itu:

(95)  قَالَ فَمَا خَطۡبُكَ يَـٰسَـٰمِرِىُّ
(Sesudah itu, Nabi Musa as menghadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?"(Surah Taha : Ayat 95)

(96)  قَالَ بَصُرۡتُ بِمَا لَمۡ يَبۡصُرُواْ بِهِۦ فَقَبَضۡتُ قَبۡضَةً مِّنۡ أَثَرِ ٱلرَّسُولِ فَنَبَذۡتُهَا وَڪَذَٲلِكَ سَوَّلَتۡ لِى نَفۡسِى
Ia menjawab: "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil sengenggam dari 'Jejak Rasul' itu, kemudian aku mencampakkannya dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku."(Surah Taha : Ayat 96)

(97)  قَالَ فَٱذۡهَبۡ فَإِنَّ لَكَ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ أَن تَقُولَ لَا مِسَاسَ   ۖ   وَإِنَّ لَكَ مَوۡعِدًا لَّن تُخۡلَفَهُ  ۥ   ۖ   وَٱنظُرۡ إِلَىٰٓ إِلَـٰهِكَ ٱلَّذِى ظَلۡتَ عَلَيۡهِ عَاكِفًا   ۖ   لَّنُحَرِّقَنَّهُ  ۥ ثُمَّ لَنَنسِفَنَّهُ  ۥ فِى ٱلۡيَمِّ نَسۡفًا
Nabi Musa as berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata di dalam kehidupan di dunia ini: ' Jangan sentuh daku', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu suatu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya dan kemudian kami akan menghancurkannya dan menaburkan serbuknya ke laut sehingga hilang lenyap." (Surah Taha : Ayat 97)

Akhirnya kaum Nabi Musa as itu sedar di atas segala kesalahannya dan mengakui bahawa mereka telah disesatkan oleh syaitan dan memohon ampun dan rahmat Allah Swt agar selanjutnya melindungi mereka dari godaan syaitan dan iblis yang akan merugikan mereka di dunia dan akhirat, seperti yang telah disebutkan di dalam surah Al-A'raf Ayat 149:

(149)  وَلَمَّا سُقِطَ فِىٓ أَيۡدِيهِمۡ وَرَأَوۡاْ أَنَّهُمۡ قَدۡ ضَلُّواْ قَالُواْ لَٮِٕن لَّمۡ يَرۡحَمۡنَا رَبُّنَا وَيَغۡفِرۡ لَنَا لَنَڪُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ
Dan setelah mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan) dan mengetahui bahawa mereka telah tersesat, berkatalah mereka: "Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi." (Surah Al-A'raf : Ayat 149)

Demikian pula Nabi Musa as beristighfar memohon ampun baginya dan bagi saudaranya Nabi Harun as, setelah ternyata bahawa ia tidak melalaikan tugasnya sebagai wakil Nabi Musa as di dalam menghadapi krisis iman yang di alami oleh kaumnya. Berdoalah Nabi Musa as kepada Allah Swt:

(151)  قَالَ رَبِّ ٱغۡفِرۡ لِى وَلِأَخِى وَأَدۡخِلۡنَا فِى رَحۡمَتِكَ   ۖ   وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ
Nabi Musa as berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah akau dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmat-Mu, kerana engkaulah sahaja yang maha mengasihani dari segala yang lain mengasihani."(Surah Al-A'raf : Ayat 151)
 
Setelah di usir oleh Nabi Musa as, Samiri pun mengembara sendirian menjauhi wilayah kekuasaan Nabi Musa as. Ia mengembara ke pelbagai negeri, mempelajari bahasa-bahasa dan tulisan-tulisan setiap masyarakat yang ada di dunia ini, mengumpulkan ilmu-ilmu pengetahuan kuno yang kini dianggap telah punah. Ia mengharungi zaman kebesaran Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as sehinggalah sampai ke zaman Nabi Isa as. Namun, setelah sekian lama ia mengembara sehingga beratus-ratus tahun lamanya, bentuk fizikalnya tetap muda seperti seorang lelaki yang berusia 30 tahun, meski pun usianya telah mencecah ribuan tahun.

Pada zaman Nabi Isa as juga, ia turut di usir oleh Nabi Isa as. Namun Samiri berhasil menyesatkan segolongan umat. Kemudian ia pun meneruskan pengembaraannya dengan menjelajahi lautan, tanah-tanah tandus, padang pasir dan kota-kota. Ia juga telah bergaul dengan berbagai-bagai jenis kehidupan dan makhluk-makhluk hidup, mempelajari berbagai-bagai pengalaman tanpa batas. Hari demi hari ia mula menjadi semakin taksub dengan pemikiran untuk menguasai dunia. Tetapi sebelum itu ia merasakan perlu untuknya kembali dahulu ke pulau tempat ia dibesarkan untuk berfikir, merancang dan menyusun agendanya untuk menguasai seluruh negeri di dunia ini.

SAMIRI DI RANTAI DAN DI KURUNG DI DALAM GUA DI SEBUAH PULAU.

Setelah berkelana ke berbagai-bagai tempat, akhirnya Samiri pulang semula ke pulau di mana ia pernah di asuh oleh Al-Jasassah dan malaikat Jibril. Tetapi apabila ia berlabuh dan berjalan menuju ke arah gua tempat ia di asuh dahulu, Al-Jasassah, iaitu binatang berbulu tebal di pulau itu dan bersama-sama dengan dua puluh makhluk yang bertubuh tinggi melebihi pohon-pohon tinggi yang terdapat di pulau itu di mana wajah mereka bersinar seperti matahari, telah merintangi jalannya. Pada tangan mereka terdapat rantai besi waja yang tampak jelas bukan buatan dunia. Samiri yang pada ketika itu sedang menggigil ketakutan, bertanya kepada Al-Jasassah: "Siapakah mereka? Bagaimanakah mereka dapat sampai ke sini?" Al-Jasassah menjawab: "Wahai orang yang paling bodoh! Engkau telah mensia-siakan dua kesempatanyang telah diberokan kepadamu (kesempatan untuk bertaubat ketika pertemuannya dengan Nabi Musa as dan Nabi Isa as),dan tidak tersisa bagimu kecuali janji yang terakhir itu."

Janji terakhir itu adalah pesan Malaikat Jibril as seperti yang tertulis pada batu yang ketujuh untuk Samiri: "Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang telah dibawa kepadamu oleh seorang Nabi yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad Saw, yang akan datang menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman dan meyakini apa yang kami imani, maka Allah Swt akan mempermudahkanmu untuk engimani penutup para Nabi. Ia bernama Muhammad Al-Amin. Ia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul ditengah-tengah Kaum yang buta huruf. Ia akan berhijrah ke tempat-tempat yang banyak ditumbuhi dengan pohon-pohon kurma dan yang mempunyai banyak mata air serta sumur tawarnya dengan tanah subur. Jika engkau mendustakan Nabi yang mendahului Muhammad, kaka Allah Swt akan menutup pintu hatimu dengan selubung hitam. Hatimu akan menjadi condong kepada kejelekan dan tidak dapat melihat cahaya. Akalmu hanya akan melihat dirimu sendiri saja seperti iblis yang terkutuk dan engkau pun akan menjadi teman akrabnya. Jika engkau tidak mempercayai akan kewujudan Allah Swt dan para malaikat-Nya serta para Rasul-Nya, maka engkau akan dimasukkan ke dalam penjara seribu tahun lamanya. Engkau hanya akan dibebaskan pada ketika Nabi Muhammad Saw telah Wafat."

Ketika Samiri tersedar daripada pengsannya, ia mendapati dirinya telah berada di dalam gua dan Al-Jasassah sedang berada dihadapannya. Manakala kedua-dua tangan dan kakinya terbelenggu dengan rantai yang sangat panjang agar ia dapat bergerak, duduk, berdiri, berjalan dan membuang air berhampiran sumur yang telah disiapkan untuknya. Al-Jasassah bersungguh-sungguh untuk memastikan kebersihan dan mengurus badan Samiri. Manakala Samiri pula diliputi dengan ketakutan yang tidak pernah ia rasakan sebelum ini. Ia belum pernah melihat belenggu yang sedang mengikatnya bahkan ketika di dalam penjara firaun dan kerajaan lain yang pernah dikunjungi semasa pengembaraannya. Kemudian Al-Jasassah berkata: "Engkau adalah manusia akhir zaman, raja segala kejahatan di masa hadapan yang dikutuk oleh seluruh penghuni langit dan bumi. Engkau telah dianugerahkan oleh Allah Swt dengan kekuatan dan kecerdasan yang tiada tandingannya serta diberikan kebebasan di dalam memilih jalan hidupmu. Tetapi inilah jalan yang telah engkau pilih. Sekarang engkau berada di zaman penutup para Nabi, iaitu kekasih Allah Swt, Nabi Muhammad Saw. Ia telah lahir beberapa hari yang lalu, ketika engkau sedang berada ditengah-tengah lautan. Engkau kini berada dipenghujung akhir zaman di muka bumi ini. Janji Allah Swt itu telah datang tepat pada masanya. Engkau tidak akan terlepas dari rantai yang sedang membelenggumu kecuali setelah wafatnya Nabi Muhammad Saw. Tanda-tanda keluarmu sebagai orang yang paling sombong di dunia ini ialah keringnya pohon-pohon kurma Baisan, berkurangnya air Danau Thabary, keringnya mata air Zughar dan banyak terjadinya malapetaka gempa bumi yang dahsyat sebelum keluarnya musuh-musuhmu yang akan memarahimu dan memerangimu."Sambil berusaha melepaskan diri dari belenggu yang sedang mengikatnya, Samiri berkata: "Bagaimana aku dapat meyakini bahawa segala perkataanmu itu adalah benar? Sungguh aku ingin keluar dari sini untuk memerintah dunia. Dunia tidak ada rajanya kecuali aku, sedangkan engkau terus-terusan berusaha menghalangi hakku. Aku adalah manusia paling tua di dunia ini kerana waktu tidak berpengaruh kepadaku. Seluruh dunia disekitarku telah berubah, tetapi aku tidak pernah berubah, tidak pernah tua dan tidak beruban. Segala sesuatu disekitarku tunduk kepadaku. Aku adalah anak dewa!"Al-Jasassah menjawab: "Engkau bersabar atau pun tidak, janji Allah Swt itu pasti benar. Engkau akan dilaknat, diusir dan dilemparkan ke dalam neraka seperti iblis dan syaitan yang terkutuk, yang telah diperingatkan kepadamu melalui tulisan-tulisan Malaikat Jibril as untukmu."

Peta Yang Menunjukkan Kedudukan Lokasi Pulau Socotra Yang Dipercayai Menjadi Tempat Dajjal Di Kurung.

Diriwayatkan juga bahawa Allah Swt telah memberikan kesempatan kepada dajjal di akhir zaman nanti untuk menyesatkan seluruh umat manusia terutamanya umat Islam. Dajjal itu akan keluar dan menyebarkan ajarannya kepada umat manusia selama empat puluh hari. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama seperti setahun, dan hari keduanya adalah sama seperti sebulan, dan hari ketiganya adalah sama seperti seminggu. Manakala hari-hari yang seterusnya pula sama seperti hari-hari biasa kita pada hari ini. Jadi, keseluruhan waktu untuk dajjal menyebarkan fitnahnya dan membawa kepada kerosakan itu adalah selama 14 bulan dan 14 hari. Di dalam hadis riwayat muslim disebutkan:

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah Saw! Berapa lamakah dajjal itu akan tinggal di muka bumi ini?" Rasulullah Saw menjawab: "Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari pertamanya sama seperti setahun, dan hari keduanya sama seperti sebulan, dan hari ketiganya sama seperti seminggu. Kemudian hari-hari yang berikutnya (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari-hari kamu yang biasa."

Maka peluang itu akan dimanfaatkan oleh dajjal dengan sebaik-baiknya dengan menimbulkan dan menyebarkan fitnah yang dahsyat dan melakukan huru-hara serta menyebabkan kerosakan besar di muka bumi ini seperti terjadinya gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, ribut taufan dan puting beliung sehingga menyebabkan banyak jiwa yang melayang dan ditangkap oleh bala tenteranya, diseret dan dimasukkan ke dalam penjara mereka.

Dari Ibnu Umar ra, ia berkata, bahawa Rasulullah Saw berdiri di hadapan para jemaah lalu memuji-muji Allah Swt kerana DIA-lah satu-satunya yang berhak di atas pujian itu dan kemudian baginda menceritakan perihal dajjal. Rasulullah Saw bersabda:

إِنِّى لأُنْذِرُكُمُوهُ ، وَمَا مِنْ نَبِىٍّ إِلاَّ أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ ، لَقَدْ أَنْذَرَ نُوحٌ قَوْمَهُ ، وَلَكِنِّى أَقُولُ لَكُمْ فِيهِ قَوْلاً لَمْ يَقُلْهُ نَبِىٌّ لِقَوْمِهِ ، تَعْلَمُونَ أَنَّهُ أَعْوَرُ ، وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ
"Aku akan menceritakan kepada kalian, dan tidak ada seorang Nabi pun melainkan telah menceritakan tentang perihal dajjal kepada kaumnyadan sesungguhnya Nabi Nuh as  itu juga telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku ingin mengatakan kepada kalian tentangnya yang tidak pernah dikatakan oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya, iaitu dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Allah Swt sama sekali tidaklah buta."(Hadis Riwayat Bukhari No. 3337 Dan Hadis Riwayat Muslim No. 169)

Dari Anas ra, Ia berkata, Rasulullah Saw Telah Bersabda:

مَا بُعِثَ نَبِىٌّ إِلاَّ أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الأَعْوَرَ الْكَذَّابَ ، أَلاَ إِنَّهُ أَعْوَرُ ، وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ ، وَإِنَّ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مَكْتُوبٌ كَافِرٌ
"Tidaklah seorang Nabi pun yang diutuskan oleh Allah Swt selain telah memperingatkan kaumnya terhadap yang buta sebelah, lagi pendusta. Ketahuilah bahawasanya dajjal itu buta sebelah, sedangkan Rabb kalian tidak buta sebelah. Tertulis di antara kedua-dua matanya 'KAAFIR'."(Hadis Riwayat Bukhari No. 7131)

Di dalam sebuah hadits shahih, dari Abu Umamah ra, Rasulullah Saw telah bersabda:

يا أيها الناس ! إنها لم تكن فتنة على وجه الأرض منذ ذرأ الله ذرية آدم أعظم من فتنة الدجال و إن الله عز و جل لم يبعث نبيا إلا حذر أمته الدجال و أنا آخر الأنبياء و أنتم آخر الأمم و هو خارج فيكم لا محالة
"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar dari fitnah dajjal di muka bumi ini semenjak Allah Swt menciptakan anak cucu Adam. Tidak ada seorang Nabi pun yang diutuskan oleh Allah Swt melainkan ia akan memperingatkan kepada kaumnya mengenai fitnah dajjal. Sedangkan aku adalah Nabi yang terakhir dan kian juga merupakan umat yang terakhir, maka tidak dapat dimungkiri lagi bahawa dajjal itu akan muncul ditengah-tengah kalian." (Dikeluarkan di dalam Shahih Al-Jaami' Ash Shoghir No.13833. Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadits ini Shahih)


KHUTBAH RASULULLAH SAW BERKENAAN PERIHAL DAJJAL.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah Saw telah berkhutbah di hadapan kami. Di dalam khutbahnya itu baginda banyak menyentuh tentang permasalahan dajjal. Baginda telah bersabda: " Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi ini yang paling hebat selain dari fitnah yang dibawa oleh dajjal. Setiap Nabi yang diutuskan oleh Allah Swt telah mengingatkan kaumnya tentang dajjal. Aku adalah Nabi yang terakhir sedangkan kalian adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil akan datang pada generasi seangkatan kamu. Seandainya ia datang pada waktu aku masih berada ditengah-tengah kalian, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Tetapi jika ia datang sesudah kewafatanku, maka setiap orang harus menjaga dirinya dan sesungguhnya Allah Swt itu akan menjaga orang-orang mukmin. Dajjal itu kelak akan datang dari suatu tempat di antara Syam dan Iraq dan seterusnya akan mempengaruhi manusia dengan begitu pantas sekali. Wahai hambaAllah Swt! Wahai seluruh umat manusia! Tetaplah kalian ditempatmu! Di sini aku akan menerangkan kepada kalian akan ciri-ciri dajjal itu, yang belum pernah diterangkan oleh Nabi-Nabi sebelum aku kepada kaumnya.Kelak dajjal itu akan mengakui bahawa dirinya adalah Nabi sesudah aku, dan ingatlah bahawa tiada lagi Nabi sesudah aku. Setelah itu ia akan mengakui dirinya sebagai tuhan, dan ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin dapat kalian lihat sebelum kalian 'kembali kepadanya' (meninggal dunia). Dan dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah Swt itu tidak cacat. Dan juga di antara kedua-dua mata dajjal itu tertulis 'KAFIR', yang dapat dilihat dibaca oleh setiap orang-orang mukmin yang pandai membaca atau pun yang buta huruf. Di antara fitnah dajjal itu juga, ia mempunyai syurga dan nerakanya sendiri. Nerakanya itu sebenarnya adalah syurga, sedangkan syurganya itu adalah neraka. Sesiapa di antara kalian yang disiksa dengan nerakanya, hendaklah meminta pertolongan daripada Allah Swt dan hendaklah membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan menjadi sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim as."

Di antara tipu dayanya itu juga ialah, ia berkata kepada seorang lelaki arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau sanggup mengaku bahawa aku ini adalah tuhanmu?' Lelaki arab itu akan berkata: " Tentu."Maka syaitan pun datang menyamar menjadi seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya juga sama dan suaranya pun sama. Lalu ibubapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dia adalah tuhanmu."Di antara tipu dayanya juga ialah, apabila ia menyuruh langit supaya menurunkan hujan, dengan izin Allah Swt maka hujan pun turun. Dan apabiIa ia menyuruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, dengan izin Allah Swt maka tumbuh-tumbuhan pun tumbuh. Dan ujian yang paling berat bagi umat manusia pada ketika itu adalah, dajjal itu akan datang ke setiap perkampungan umat manusia dan jika mereka tidak mengakui dirinya (dajjal) sebagai tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak akan menjadi. Dajjal itu akan datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan jika para penduduk kampung itu mengakuinya sebagai tuhan, dajjal akan meminta agar hujan turun, dan dengan izin Allah Swt, hujan pun turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. Tidak ada satu kampung pun atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi oleh dajjal kecuali Kota Makkah dan Kota Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh dajjal kerana telah dikawal ketat oleh para Malaikat. Dajjal hanya berani menginjak pinggiran Kota Makkah dan Kota Madinah. Namun demikian ketika dajjal datang ke pergunungan di luar Kota Madinah, Kota Madinah akan bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik akan kepanasan seperti cacing yang kepanasan dan mereka akan merasa tidak tahan lagi tinggal di Kota Madinah. Mereka Akan keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut dajjal. Inilah yang dikatakan sebagai hari pembersihan Kota Madinah.


KISAH TAMIM AD-DARIY BERTEMU DENGAN AD-DAJJAL.

Agar lebih jelas mengenai hal-hal yang berkaitan dengan dajjal ini, berikut hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Fatimah Binti Qais ra. Di dalam riwayat tersebut telah dinyatakan bahawa ia berkata: "Aku mendengar siak Rasulullah Saw menyeru: Sholat jamaah! Sholat jamaah." (panggilan waktu sholat). Fatimah Binti Qais melanjutkan: "Maka aku pun pergi ke masjid dan sholat berjamaah bersama-sama dengan Rasulullah Saw dan para jamaah yang lain, dan aku berada pada shaf pertama para wanita. Setelah selesai menunaikan sholat, Rasulullah Saw pun duduk di atas mimbar. Kemudian baginda berkata: "Hendaklah masing-masing tetap di tempatnya! Tahukah kalian mengapa aku mengumpulkan kalian semua?" Para sahabat menjawab: "Allah Swt dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Kemudian baginda bersabda: "Bukan kerana suatu khabar gembira dan bukan pula kerana suatu ancaman. Tetapi kerana Tamim Ad-Dari yang pada asalnya adalah seorang nasrani lalu dia datang menyatakan akan keIslamannya dan menceritakan kepada aku tentang kejadian yang sesuai dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian semua tentang al-masih ad-dajjal. Dia menceritakan kepada aku bahawa dia telah pergi berlayar bersama-sama dengan tiga puluh orang dari Lakhm dan Juzam. Ketika di dalam perjalanan, suatu ombak yang besar telah membuatkan mereka terombang-ambing di lautan sehingga sebulan lamanya dan akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau di arah timur matahari. Mereka pun turun dan duduk beristirahat berhampiran kapal mereka dan kemudian memasuki pulau tersebut. Di pulau tersebut mereka telah bertemu dengan seekor makhluk melata yang dipenuhi dengan bulu yang tebal sehinggakan mereka tidak tahu yang manakah bahagian hadapan dan yang manakah bahagian belakangnya.

Kemudian mereka bertanya: "Makhluk apakah engkau ini?"

Al-Jassasah pun menjawab: "Aku adalah Al-Jasassah (Pengintai)."

Mereka bertanya lagi: "Apakah itu Al-Jasassah?"

Tetapi Al-Jassasah tidak menjawab pertanyaan mereka itu. Kemudian AlJassasah berkata: "Pergilah kalian menemui seorang lelaki yang ada di dalam gua besar di sana, kerana dia sangat ingin mendengarkan berita dari kalian."

Tamim berkata: "Ketika dia menyebut nama seorang lelaki, kami merasa takut apakah makhluk itu adalah syaitan. Maka kami pun bergegas pergi ke arah yang telah ditunjukkan oleh Al-Jasassah, dan kami menemui sebuah gua besar lalu masuk ke dalamnya. Di situ ada seorang manusia yang paling besar dan gagah yang belum pernah kami lihat. Kedua-dua tangannya terbelenggu ke lehernya di antara kedua-dua lutut dan sikunya. Lalu kami pun bertanya kepadanya: " Celakalah engkau! Makhluk apakah engkau ini?"

Laki-Laki itu menjawab: "Kalian mampu menemuiku. Sekarang beritahulah aku siapakah kalian ini!"

Mereka (Tamim dan rombongan) menjawab: "Kami adalah orang-orang arab. Ketika kami sedang berlayar di tengah-tengah lautan, tiba-tiba ombak pasang dan kami pun terombang-ambing selama sebulan sampai akhirnya kami terdampar di pulau ini. Kami pun merapat dan memasukinya. Tiba-tiba kami bertemu dengan seekor makhluk melata yang berbulu tebal sehingga sulit bagi kami untuk mengetahui yang mana satukah bahagian hadapan dan belakangnya. Makhluk itulah yang telah menyuruh kami datang ke sini bertemu dengan engkau.

Kemudian laki-laki Iitu berkata: "Beritahukan kepadaku tentang kebun Kurma Baisan!"

Mereka bertanya: "Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"

Laki-laki itu berkata: "Tentang pohon-pohon kurmanya, apakah ianya masih berbuah?"

Mereka berkata: "Ya."

Kemudian laki-laki itu berkata: "Ketahuilah bahawa pohon-pohon kurma itu akan hampir kering dan tidak akan berbuah lagi. Sekarang, ceritakan kepadaku tentang Danau Tiberias!"

Mereka bertanya: "Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"

Laki-laki itu bertanya: "Apakah di sana masih ada airnya?"

Mereka pun menjawab: "Danau itu memang banyak airnya."

Kemudian laki-laki itu berkata: "Ketahuilah bahawa airnya tidak lama lagi akan mengering. Sekarang beritahu aku tentang sumber air Zagar!"

Mereka  Bertanta: "Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"

Laki-Laki itu bertanya: "Apakah masih banyak airnya? Apakah penduduk disekitarnya memanfaatkan airnya untuk bercucuk tanam?"

Mereka menjawab: "Ya, airnya sungguh banyak. Penduduk disekitarnya juga memanfaatkan airnya untuk bercucuk tanam."

Laki-Laki itu berkata: "Sekarang, ceritakan kepadaku tentang Nabi kaum yang ummi, apakah yang telah dilakukannya?"

Mereka menjawab: "Dia telah muncul di Kota Makkah dan tinggal di Yastrib."

Laki-Laki itu bertanya: "Apakah orang-orang arab memeranginya?"

Mereka menjawab: "Ya."

Laki-Laki itu Bertanya: "Apakah yang dilakukannya kepada mereka?"

Maka mereka pun memberitahunya bahawa telah tampak para pengikutnya dari Kalangan orang-orang arab, mereka mematuhinya.

Laki-Laki itu Bertanya: "Adakah hal itu sudah berlaku?"

Mereka menjawab: "Ya."

Kemudian laki-laki itu berkata: "Jika demikian, maka yang terbaik bagi kalian ialah mematuhinya. Sekarang aku akan menerangkan kepada kalian siapakah sesungguhnya aku ini. Aku adalah al-masih, hampir datang waktunya aku akan diizinkan keluar, lalu aku akan berjalan mengelilingi bumi, tidak ada satu tempat pun yang tidak akan aku singgahi di dalam waktu empat puluh malam kecuali Kota Makkah dan Taibah kerana kedua-duanya itu telah diharamkan ke atasku. Setiap kali aku berusaha untuk memasuki salah satu dari kedua-duanya, aku akan dihalang oleh para malaikat yang memegang pedang dan mengusir aku supaya menjauhi kedua-dua kota itu. Setiap celah dan penjuru kota itu telah dijaga dan dikawal rapi oleh para Malaikat."

Fatimah Binti Qais (Perawi Hadits) berkata, Rasulullah Saw menghentakkan tongkat baginda ke mimbar dan berkata: "Inilah Taibah, inilah Taibah (Taibah yang dimaksudkan ialah Madinah). Bukankah aku pernah menyampaikan hal seperti ini kepada kalian?" Para sahabat menjawab: "Benar." Baginda melanjutkan: "Sesungguhnya apa yang telah disampaikan oleh Tamim Ad-Dari itu membuatku kagum kerana ianya sesuai dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian tentang dajjal, Madinah dan Makkah. Ia berada di laut Syam atau laut Yaman, bukan, tetapi ia berada di timur! Ia berada di timur! Ia berada di timur!" Sambil memberi isyarat dengan tangannya ke arah timur.


Keadaan Danau Tiberias Dan Kebun Kurma Baisan.


HADITH RASULULLAH SAW MENGENAI CIRI-CIRI PERWATAKAN AD-DAJJAL.

Dari Huzaifah r.a katanya, Rasulullah Saw telah bersabda: "Dajjal ialah orang yang buta sebelah kiri matanya, lebat (panjang) rambutnya serta dia juga mempunyai syurga dan nerakanya sendiri. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya itu pula ialah neraka. (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri-ciri perwatakkan dajjal yang telah disebutkan di dalam hadith Rasulullah Saw. Di antaranya ialah: "Dia seorang yang kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan. Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun."

Dan terdapat dua tandanya yang paling ketara sekali iaitu:

1. Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang mengecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang.

2. Tertulis di dahinya tulisan 'Kafir' (Kaf-Fa-Ra). Tulisan ini dapat di baca oleh setiap orang Islam, sama ada ia tahu membaca atau pun tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini akan menjelma pada diri dajjal setelah ia mengakui dirinya sebagai tuhan. Ada pun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum lagi ada pada dirinya.

Illustrasi Gambaran Mengenai Tanda-Tanda Yang Terdapat Pada Wajah Dajjal

Dajjal juga telah menemui suatu kaum yang dirasakannya mampu baginya untuk menyamarkan diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini telah ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan. Namun begitu, ia masih belum merasa puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari firaun yang pernah dilihatnya. Maka dajjal meneruskan perjalanannya ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan telah disebarkan seluas-luasnya. Penduduk amat mempercayainya kerana kebijaksanaan dan segala ilmu yang dimilikinya.

Salah satu perkara penting yang berlaku kepadanya ialah tentang penemuan dajjal terhadap kawasan segitiga bermuda yang didiami oleh iblis. Di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia. Kesimpulan mengapa dajjal memilih segitiga bermuda ini ialah kerana dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, dajjal memang tinggal dan membesar di sebuah pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.

Dajjal juga dilihat berjaya membina suatu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilihnya itu sudah pun dipelopori oleh iblis Lllaknatullah. Dajjal telah membina suatu penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu telah dibantu oleh jin dan syaitan itu sendiri. Menurut beberapa manuskrip kuno yahudi, yang masih disimpan sejak turun-temurun oleh beberapa buah keluarga yahudi, ketika berlakunya buruan firaun dan bala tenteranya ke atas pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada di dalam kumpulan itu telah terlihat 'Lukisan-Lukisan Aneh' yang berada di dalam laut merah. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai adalah lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberikan oleh manusia biasa.


FITNAH AD-DAJJAL DI ERA ZAMAN MODEN.

Peluang dajjal untuk menyesatkan umat manusia secara massal semakin terbuka. Pasca revolusi Perancis merupakan zaman baru bagi dajjal. Humanisme yang intinya adalah anti tuhan dan sebagai gantinya, manusialah yang dijadikan tuhan. Gagasan humanisme persis seperti misi dajjal. Bagi melancarkan programnya, dajjal memilih beberapa orang yang terpilih dari kalangan orang-orang yang berdarah yahudi atau dari kalangan orang-orang nasrani tetapi masih berdarah yahudi atau dari luar ras yahudi tetapi sudah menjadi yahudi. Salah seorang daripadanya adalah Adam Waisput yang telah mengibarkan kembali jaringan masonik di seluruh dunia.

Dajjal telah berhasil mendidik putra-putra yahudi sebagai ras terbaiknya. Di antara putra-putra yahudi itu adalah Renan yang merupakan sahabat dari Muhammad Abduh, Jendral Meji dari Jepun, Auguste Comte dari Perancis dan dua orang dari keluarga rahib yahudi tulen iaitu Karl Marx dan Sigmund Freud. Tidak ketinggalan juga seorang pendeta nasrani yang telah murtad menjadi ateis iaitu Frederick Neitze. Kesemua gagasan mereka ini adalah sama iaitu ateis dengan menjadikan manusia sebagai tuhan bagi dirinya sendiri.

Pada abad ke-19 agama masehi di eropah hampir-hampir lumpuh. Ia telah mendapat pertempuran hebat terutama dari ketiga-tiga pemikir yahudi tersebut iaitu Karl Marx, Freud dan Comte. Kesimpulannya sama, 'Agama Itu Adalah Ilusi', 'Agama Itu Adalah Suatu Pembohongan' dan 'Agama Itu 'Perosak Dan Menghina Manusia'. Marx berpendapat, agama merupakan candu di dalam masyarakat. Agama tidak lebih hanya dari bayang-bayang dunia materi. Jadi yang sebenarnya ada ialah materi. Dan sebenarnya agama itu adalah ciptaan manusia itu sendiri, bukan berasal dari Tuhan. Freud mendefinisikan bahawa agama dengan lebih jijik lagi dengan mengatakan bahawa agama itu tidak lebih hanyalah dari nafsu berahi yang tidak tertahan dan tidak tersalurkan secara bebas. Manakala Comte pula, memandang agama itu sebagai suatu tahap pemikiran primitif dari pemikiran manusia. Kerana tahap primitif manusia sudah terlewati, maka agama sudah tidak diperlukan lagi.

Putra-putra hasil didikan dajjal, iaitu Freud dan Comte adalah sangat kuat pengaruhnya di dalam dunia ilmiah sehingga pengetahuan ilmiah menjadi kehilangan aroma spiritualnya. Pengetahuan ilmiah yang mentiadakan dunia rohani. Tidak ada dunia lain kecuali dunia sekarang ini iaitu dunia materi. Manakala Karl Marx pula, kekuatan pengaruhnya adalah pada dunia politik dan kerana dia jugalah komunisme telah diformulasikan dan disebarkan ke seluruh alam. Sama ada pengetahuan ilmiah atau pun komunisme, ianya adalah ateis dan mempertuhankan manusia sebagai pengganti Allah Swt. Inilah di antara lain adalah keberhasilan dajjal di dalam bidang sains dan politik abad ke-20. Dajjal telah menjadi semakin mondial. Kapitalisme merupakan suatu perangkap dajjal yang paling efektif. Manusa dibuat sedemikian rupa untuk mempertuhankan sesuatu benda di samping manusia. Amerika juga telah menjadi sarang dajjal pada abad ini. Setelah perang dunia ke-2, pertarungan dunia telah dimenangi oleh Amerika. Dajjal dan pasukan rahib-rahib yahudi telah mengendalikan Amerika dan sekutunya sehinggakan tanda-tanda mengenai dajjal ada tertera di dalam matawang dollar Amerika. Bintang Daud juga memenuhi simbol-simbol instansi dari militer sehinggakan ke dunia hiburan. Media television juga telah menjadi saranan efektif mengenai dajjal dan yahudi.

Demikianlah, dajjal dan yahudi untuk sementara ini sedang berada di puncak kegemilangan. Tiada suatu sektor, bahagian, tempat atau ceruk mana pun yang tidak mendapat sentuhan daripada dajjal. Sehinggakan Amerika juga telah digantikan dengan nama dajjal : Samiri yang kemudian disingkatkan menjadi Sam yang merupakan kependekan dari nama Samiri, lalu terciptalah simbol Uncle Sam. Di dalam simbol ini Uncle Sam digambarkan sebagai seorang yang berseragam rahib yahudi, menggunakan tudung laken, berjanggut dan berkumis tebal serta mengenakan jas dan dasi, persis seragam rahib yahudi.

Mungkin kerana inilah, muncul suatu ungkapan dari sebahagian para ulama' di dalam hal pendidikan dan pengajaran iaitu: "Musa yang di didik oleh firaun telah menjadi salah seorang Nabi dan Rasul, sedang Musa (Samiri) yang di didik oleh Malaikat Jibril as malah menjadi orang yang paling ingkar kepada Allah Swt...!

Wallahu'alam...