Mungkin ramai daripada kita yang tidak tahu mengenai kedua-dua istilah ini iaitu Masihi dan Sebelum Masihi. Disini akan diterangkan secara ringkas mengenai kedua-dua istilah ini berlandaskan kalendar ROMAWI, JULIAN atau GREGORIAN, iaitu kalendar yang kita gunakan sekarang, kalendar Kristian.
Sebelum itu, cuba anda fahami istilah-istilah ini:
1. B.C.E : BEFORE COMMON ERA atau COMMON ERA atau BEFORE CURRENT ERA.
2. C.E : COMMON ERA atau CHRISTIAN ERA atau CURRENT ERA
3. A.D : ANNO DOMINI atau IN THE YEAR OF OUR LORD
4. SEBELUM MASIHI : B.C.E (Orang-orang Kristian menetapkan bahawa ini adalah kalendar / tahun sebelum kelahiran Jesus Christ. Contohnya 99999999999 sehingga 1 SM itu bermaksud sebelum kelahiran Jesus Christ)
5. MASIHI : C.E atau A.D (Selepas kelahiran Jesus Christ, iaitu 1 Masihi sehingga sekarang, adalah pentarikhan selepas kelahiran Jesus Christ.
Di dalam bahasa inggeris, SEBELUM MASIHI (SM) disebut B.C.E (BEFORE COMMON ERA atau COMMON ERA atau BEFORE CURRENT ERA) dan MASIHI pula disebut sebagai C.E (COMMON ERA atau CHRISTIAN ERA atau CURRENT ERA) dan A.D (ANNO DOMINI atau IN THE YEAR OF OUR LORD). Bagi istilah A.D, ianya merupakan istilah Latin iaitu ANNO DOMINI yang bermaksud 'Tahun Tuhan Kita', dimana ianya merujuk kepada kelahiran Jesus. Kesimpulannya MASIHI, C.E dan A.D mempunyai maksud yang sama.
Sejarahwan di dunia telah menetapkan bahawa penggunaan terkini di dalam pentarikhan adalah BCE dan CE. Pada zaman dahulu, penulis buku-buku sejarah karya orang-orang barat menggunakan istilah B.C (BEFORE CHRIST) dan AD (ANNO DOMINI) di dalam penceritaan tahun, tetapi pada zaman kini ianya telah ditukar kepada B.C.E (BEFORE COMMON ERA atau COMMON ERA).
Contohnya pada tahun baru 2017 ini, ianya boleh di tambah dengan 2017 M (MASIHI), atau 2017 C.E (COMMON ERA), atau 2017 A.D (ANNO DOMINI).
PERAYAAN TAHUN BARU SEBENARNYA TELAH DIHAPUSKAN OLEH RASULULLAH SAW.
Ketika Rasulullah Saw datang ke Kota Madinah, baginda mendapati mereka sedang bersenang-senang merayakannya dengan berbagai permainan. Lalu Rasulullah Saw berkata: "Apa doa untuk hari ini?" Mereka menjawab: "Kami biasa bermain-main padanya dimasa jahiliyah." Kemudian Rasulullah Saw bersabda:
إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْر
"Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kalian dua hari itu dengan yang lebih baik dari keduanya iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." (Hadis Riwayat Abu Dawud)
Para pensyarah hadis mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan dua hari yang sebelumnya mereka rayakan itu adalah hari Nairuz dan hari Muhrojan yang merupakan hari pertama dari Tahun Masihi.
Selain Majusi, orang-orang Yahudi juga mempunyai kebiasaan di dalam merayakan awal tahun, sebahagian sumber menyebutkan bahawa perayaan awal tahun adalah termasuk hari raya Yahudi, dimana mereka menyebutnya dengan Ra'su Haisya yang bererti hari raya di penghujung bulan. Kedudukan hari raya ini di dalam pandangan mereka adalah seperti hari raya Aidiladha bagi kaum muslimin.
Kemudian Kaum Nashrani juga mengikuti jejak langkah Yahudi dan turut merayakan tahun baru. Dan mereka juga memiliki keyakinan-keyakinan tertentu yang berkaitan dengan perayaan awal tahun ini.
Sebenarnya, perayaan tahun baru ini iaitu perayaan Nairuz dan Muhrojan telah dihapuskan oleh Rasulullah Saw, dan menggantikannya dengan Aidilfitri dan Aidiladha.
Lalu, kenapa kaum muslimin pada zaman sekarang perlu menghidup-hidupkan sesuatu yang telah dihapuskan oleh Rasulullah Saw dan melanggar sabda baginda dan memandang sepi tanpa gemuruh apapun mengenai Awal Muharram, iaitu tahun baru di dalam kalendar kita yang sebenarnya, kalendar islam, kalendar hijriyah? Sungguh benar berita kenabian Rasulullah Saw:
« لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ ، وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ ، حَتَّى لَوْ سَلَكُوا جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ » .قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ « فَمَنْ »
"Benar-benar kalian akan mengikuti jalan-jalan orang yang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga bila mereka masuk ke lubang binatang dhob (semacam biawak), maka kalian juga akan memasukinya. Kami berkata: "Wahai Rasulullah, adakah mereka yang engkau katakan itu ialah kaum Yahudi dan Nashrani? Baginda berkata: "Siapa lagi?" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Melihat fakta sejarah, tidak salah apabila masyarakat Aceh baru-baru ini menutup rapat celah bagi umat Islam untuk ikut merayakan atau sekadar untuk mengucapkan 'Happy New Year'.
Pada kenyataannya, perayaan malam tahun baru dihiasi dengan berbagai hiburan yang menarik dan sayang untuk dilewatkan. Muda-mudi memenuhi di jalanan dan berkumpul di pusat kota menantikan jam 00.00. Pada saat lonceng tengah malam berbunyi, siren dibunyikan, bunga api diledakkan dan orang ramai berteriak mengucapkan 'Selamat Tahun Baru!'. Dimana-mana negara sam sahaja.
Sahabat Rasulullah Saw Abdullah Bin ’Amr ra telah memberi peringatan: "Barangsiapa yang membangun negeri orang-orang kafir, meramaikan peringatan hari raya Nairuz (tahun baru) dan karnival mereka serta menyerupai mereka sehingga meninggal dunia di dalam keadaan sedemikian. Ia akan dibangkitkan bersama mereka di hari kiamat."
Bagi orang Islam, merayakan tahun baru Masihi, tentu saja akan semakin turut menghapus jejak-jejak sejarah Islam yang hebat dan Islam akan terhapus sedikit demi sedikit tanpa ada yang peduli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan