Ahad, 11 Disember 2016

KISAH MUSA SAMIRI



AS-SAMIRI @ AL-MASIH AD-DAJJAL

 

KISAH MUSA SAMIRI. (AL-MASIH AD-DAJJAL)

Dajjal pada asalnya bererti التَّغْطِيَة, yang bermakna menutupi. Orang yang berdusta disebut dajjal kerana ia menutupi kebenaran dengan kebatilan. Menurut Dr. Isa Daud (Kemunculan Dajjal Di Segi Tiga Bermuda, 2000), Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan yayudi yang telah dipertangguhkan ajalnya, 'Minal Munzharin' seperti halnya Nabi Isa as yang telah diangkat oleh Allah Swt ke langit dan dipertangguhkan akan kematiannya sehingga beliau nantinya akan turun semula ke atas muka bumi ini untuk menjalankan tanggungjawabnya. Sama juga halnya dengan Nabi Khidir as dan iblis yang telah dipertangguhkan kematiannya sehingga ke hari kiamat nanti.

 

ASAL-USUL AL-MASIH AD-DAJJAL.

Keluarga Samiriberasal dari sebuah negeri yang bernama Samirah yang terletak di Palestin. Nama negeri ini berasal dari nama salah seorang anak kepada Nabi Nuh as iaitu Sam Bin Nuh. Penduduk di negeri ini berasal dari keturunan susur galur Sam Bin Nuh selepas peristiwa banjir besar yang melanda dunia sewaktu zaman Nabi Nuh as. Penduduk di negeri ini telah mengamalkan cara kehidupan yang melazimi perbuatan maksiat seperti liwat dan seks bebas. Mereka juga turut mengagungkan patung anak lembu sebagai dewa dan tuhan. Dari sejarah negeri ini, para ulama' berpendapat Samiri dilahirkan selepas peristiwa banjir besar yang melanda dunia dan ada juga yang beberapa pendapat yang mengatakan ia dilahirkan pada zaman Nabi Sulaiman as.


 1. Parung Apis                                                 2. Patung Hathor

Ibubapa Samiri merupakan golongan penyembah patung anak lembu yang pada ketika itu adalah agama berhala bagi bangsa yahudi sejak sebelum dari kelahiran Nabi Musa as lagi. Ayah dan ibunya berketurunan Ashkenazi, iaitu suku dari salah satu cabang dari bangsa yahudi. Bangsa yahudi mempunyai benerapa cabang suku iaitu Suku Mizrahi, Suku Khazar, Suku Sephardi, Suku Ashkenazi, Suku Samaritan dan lain-lain lagi. Manakala bangsa yahudi itu pula berasal daripada suku bangsa sebelah Siti Sarah iaitu isteri kepada Nabi Ibrahim as. Semua anak dari keturunan Siti Sarah adalah digelar bani isra'il. Bani isra'il ialah gelaran kepada keturunan Nabi Yaakob as yang mana semua keturunannya bermula dari Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as sehinggalah ke keturunan Nabi Musa as dan Nabi Isa as.

Ayah kepada Samiri adalah seorang yang tinggi, gemuk dan hidungnya pula seperti paruh burung, manakala ibunya pula adalah seorang perempuan yang gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal-usul keturunan bapanya ialah dari seorang dukun yahudi yang dikenali dengan nama 'Syaqq', manakala ibunya pula adalah dari kalangan bangsa jin. Kelahiran Samiri bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Ibubapa Samiri adalah hasil dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram. Kedua-dua ibubapa Samiri adalah adik-beradik kandung seibu sebapa. Pada malam kelahiran Samiri, ibubapanya telah menyerahkan kehidupan mereka kepada syaitan dengan membawa seekor lembu betina yang telah disembelih untuk mendapatkan restu dari patung anak lembu yang sebenarnya adalah jelmaan iblis yang mahu menyesatkan anak cucu Adam. Ibubapa Samiri telah melakukan upacara penyembahan dan berdoa kepada patung anak lembu tersebut supaya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu patung anak lembu tersebut memberikan beberapa syarat-syarat aneh yang perlu di penuhi jika mereka menginginkan seorang anak lelaki.

Mereka dikehendaki menyediakan korban berupa seekor lembu betina dan diletakkan dihadapan patung anak lembu tersebut serta di suruh melakukan hubungan badan sewaktu si isteri sedang haid. Oleh kerana terlalu menginginkan seorang anak lelaki, mereka hanya menuruti sahaja apa yang telah diarahkan oleh patung anak lembu tersebut yang sebenarnya adalah jelmaan iblis laknatullah. Maka iblis pun turut serta bersama si suami setiap kali dia menggauli isterinya. Maka bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh dengan kedengkian dari jin. Setelah 30 tahun menanti, maka lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama Musa Samiri, seperti mana yang telah disabdakan oleh Rasulullah Saw:

"Ayah dan ibu dajjal itu telah melewati kehidupan mereka selama 30 tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak lelaki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi orang yang paling merbahaya dan palingvsedikit manfaatnya(bagi kedua-dua orang tuanya dan bagibumat manusia). Kedua-dua matanya sentiasa tertutup tetapi hatinya tetap terjaga."

Dari hasil kelahiran dengan jalan yang kotor kerana melakukan hubungan badan sesama mahram pada ketika ibu kepada Samiri sedang haid, menjadikan Samiri sebagai manusia yang cacat dengan matanya buta sebelah. Malah sejak dari kelahirannya, Samiri tidak mahu menyusu dan senantiasa tidur sepanjang hari hingga mengakibatkan payudara ibunya mengalami pembengkakkan dan menimbulkan rasa panas yang luar biasa. Berbagai-bagai cara, ikhtiar dan usaha telah dilakukan tetapi hampa dan sia-sia. Hal ini telah menjadi buah mulut penduduk negeri Samirah dan membuatkan ibubapa Samiri menjadi semakin tertekan dengan keadaan tersebut. Manakala iblis pula meneruskan perancangannya dengan menculik Samiri dan meletakkannya di bawah patung anak lembu tersebut. Ia adalah propaganda iblis untuk menjadikan penduduk negeri Samirah begitu terpegun dengan Samiri apabila melihat ia berada di bawah patung anak lembu penyembahan mereka itu. Sehinggakan mereka telah mencatatkannya di dalam sebuah manuskrip lama :

"Anak itu memang benar-benar dari keturunan Samirah, tanda isyarat bagi negeri Sam (bukan Syam), kerana Nabi Sam Bin Nuh as adalah pendiri gerakan negeri Samirah setelah terjadinya peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu. Ketika Nabi Sam Bin Nuh as masih kecil, ia tidak banyak bergerak, sehingga ia telah didatangi oleh malaikat yang telah mengajarnya bagaimana cara untuk menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Sam."

Begitulah halus dan licik sekali perancangan syaitan untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam as. Nauzubillah..


SAMIRI DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL AS.

Penduduk-penduduk negeri Samirah merupakan golongan penyembah patung anak lembu dan mengamalkan cara kehidupan yang di larang oleh Allah Swt, walaupun telah diberi peringatan oleh Nabi Ibrahim as. Lalu, Allah Swt telah menurunkan bala ke atas para penduduk negeri tersebut kerana kedegilan mereka yang telah mengingkari ajaran yang di bawa oleh Nabi Ibrahim as. Maka berlakulah gempa di dasar laut yang telah menimbulkan tsunami yang sangat menakutkan di negeri Samirah. Seluruh negeri itu telah hancur akibat banjir besar tersebut. Namun yang demikian, Allah Swt telah mengarahkan Malailat Jibril as supaya menyelamatkan seorang anak kecil bernama Samiri yang pada ketika itu telah hanyut di bawa arus deras banjir tersebut dan diletakkan di dalam sebuah gua di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di dalam gua itulah Malaikat Jibril as bersama-sama dengan seekor binatang yang berbulu tebal bernama Al-Jassasah telah memelihara Samiri di atas perintah Allah Swt. Di pulau tersebut, tabiat Samiri masih tetap sama seperti sebelumnya iaitu senantiasa tidur siang dan malam. Ia hanya terjaga untuk makan dan minum saja. Pada ketika umurnya telah mencapai lapan tahun, kedua-dua matanya mulai terbuka. Mulai saat itu ia tidak sering tidur dan hanya tidur seperti layaknya kebiasaan manusia biasa. Di waktu ini, ia sudah mampu berdiri, bergerak dan berfikir.

Pada suatu hari, Samiri telah keluar berjalan-jalan mengelilingi sekitar pulau tempat tinggalnya itu. Ia merasa kagum dan terasing dengan keindahan semulajadi pulau tersebut, namun ia sentiasa berwaspada. Ia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh berhati-hati. Ketika sedang merayau-rayau di pulau tersebut, ia telah bertemu dengan Al-Jasassah.



Pada mulanya, Samiri merasa takut pada Al-Jassasah, tetapi Al-Jasassah kemudian mengajaknya untuk berbicara:

"Engkau adalah seorang anak kecil yang telah diselamatkan oleh Malaikat Jibril as di atas perintah Allah Swt daripada malapetaka banjir besar akibat dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah iaitu tempat di mana engkau dilahirkan telah dilanda malapetaka tersebut. Engkau telah di bawa oleh Malaikat Jibril as ke sini. Malaikat itulah yang telah menjaga makan dan minum engkau dengan izin Allah Swt. Aku pula telah diperintahkan untuk mengawasimu dan memberitahu bahawa engkau adalah seorang anak yang disayangi oleh Allah Swt dan diberikan kebebabsan di dalam memilih jalan hidupmu. Jika engkau mengikuti jalan Malaikat Jibril as dan para Nabi, maka engkau akan menjadi seorang hamba yang dimuliakan dan seorang raja yang hebat di muka bumi ini.Tetapi jika engkau mengikuti jalan yang dipilih oleh iblis dan syaitan, maka engkau akan menjadi seorang penderhaka yang akan dikutuk oleh makhluk di langit dan seisi bumi kerana engkau akan berbuat kerosakan dan kejahatan yang sangat besar dan tiada taranya."

Kemudian Samiri di bawa oleh Al-Jasassah ke suatu tempat di pulau tersebut. Tempat tersebut terdapat banyak batu-batuan yang tertera tulisan di atasnya. Kemudian Al-Jasassah berkata:

"Ini telah ditulis sendiri oleh Malaikat Jibril as dan merupakan pedoman hidup untuk engkau. Maka, janganlah engkau melencong dari pedoman-pedoman ini kerana ia akan menyebabkan engkau akan menjadi seorang manusia yang derhaka."

Pada batu-batu tersebut tertera kalimah:

Batu pertama   : 'La ilaha illallah'. (Tiada Tuhan Selain Allah Swt)
Batu ke-2        : ''Allahu Wahid La Syarikalahu'. (Allah Maha Esa, Tiada Sekutu Bagi-Nya)
Batu ke-3        : 'Engkau di jaga dan di urus oleh Malaikat Jibril as. Oleh itu janganlah
                           engkau mengkhianati janjimu pada Allah Swt'.
Batu ke-4        : 'Hanya engkau saja di Pulau ini'.
Batu ke-5        : 'Makan dan nikmatilah makanan dari rezeki Allah Swt ini yang sesuai dengan
                           keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesuka hatimu. Sembahlah Allah Swt di
                           dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keEsaan kepadanya, yakni
                           sholat yang telah diwajibkan ke atasmu. Allah Swt adalah raja, Allah Swt
                           Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah Swt
                           adalah Tuhan yang Maha Agung'.
Batu ke-6        : 'Jadilah engkau seorang anak pada masa kini, dan janganlah engkau menjadi
                           seorang anak pada masa lalu atau pada zaman apa pun di pulau  ini'.
Batu Ke-7       : 'Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang di bawa kepadamu oleh seorang Nabi                            yang terakhir iaitu Nabi Muhammad Saw yang akan datang menjelang akhir
                           zaman. Jika engkau beriman kepadanya maka engkau adalah manusia pada
                           masa hadapan yang beriman dan mempunyai keyakinan kepada Allah Swt.
                           Tetapi jika engkau ingkar kepada-Nya, maka engkau adalah manusia pada
                           masa hadapan yang dijanjikan akan mendapat seksaan azab yang pedih dari
                           Allah Swt. Sesungguhnya engkau berada di antara dua Nabi yang berserah diri
                           kepada Allah Swt. Jika engkau beriman dan berkeyakinan kepada apa yang
                           kami ani dan kami yakini, maka Allah Swt akan mempermudahkan engkau
                           untuk mengimani penutup para Nabi yang terdahulu dan pengganti Nabi yang
                           telah wafat. Dia bernama Muhammad Al-Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi
                           dan Rasul di tengah-tengah kaum yang jahil dan buta huruf. Dia akan
                           berhijrah ke tempat yang banya ditumbuhi dengan pohon-pohon kurma dan
                           yang banyak mata air serta perigi dengan tanah yang subur. Jika engkau
                           mendustakan Nabi yang mendahului Nabi Muhammad Saw, maka Allah Swt
                           akan menutup pintu hatimu dengan tabir kain hitam dan hatimu akan menjadi
                           hitam dan condong kepada keburukan. Akibatnya hatimu tidak akan dapat
                           melihat cahaya dan akalmu hanya akan dapat melihat dirimu sendiri seperti
                           halnya iblis dan syaitan. Semoga laknat Allah Swt ditimpakan ke atasnya, yang
                           mendiami segitiga bermuda yang lama itu dan engkau pun akan menjadi
                           teman karibnya. Betapa buruknya seseorang yang ditemani oleh makhluk yang
                           terkutuk dan telah dijauhkan dari rahmat Allah Swt yang dibiarkan saja hidup
                           sehingga sampai ke suatu masadi suatu negeri, iaitu di suatu lautan yang penuh
                           dengan hembusan angin kelak, ketika Allah Swt tidak lagi menyayangi
                           orang-orang yang terusir dari rahmat-Nya."

Samiri kemudian melihat di tepi sebuah batu besar yang ketujuh itu, iaitu batu yang paling besar di antara batu-batu lain yang telah di tulis oleh Malaikat Jibril as, lalu menghampirinya. Di situ, ia terjumpa segumpal zat/materi yang merupakan sisa bahan penulisan Malaikat Jibril as yang di bawa dari syurga. Samiri memegang zat tersebut dan bermain-main dengannya dan ia mendapati bahawa zat tersebut sangat ajaib kerana mampu menghidupkan kembali untuk sejenak, haiwan yang sudah mati (zat inilah yang kelak akan digunakan oleh dajjal sehingga mampu menghidupkan makhluk yang sudah mati).

SAMIRI MENGEMBARA KE DUNIA LUAR.

Selama ia tinggal di pulau tersebut, Samiri telah banyak mempelajari ilmu-ilmu Tauhid dan ilmu-ilmu pengetahuan lain dari Al-Jasasah dan Malaikat Jibril as. Di antara ilmu pengetahuannya ialah setiap benda yang disentuh oleh malaikat Jibril as akan hidup, seolah-olah ada rohnya dan kerana itulah Malaikat Jibril as digelar sebagai 'Ruhul Quddus' atau 'Ruhul Amin'. Sehingga pada suatu waktu, Samiri telah keluar merantau keluar dari pulau tersebut dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan telah berlabuh di pulau itu.
 
Maka sejak dari saat itu, Samiri mula mengenali masyarakat dunia. Ia mulai mengembara, menjelajah ke berbagai-bagai tempat dengan tujuan untuk mencari dan mengumpulkan pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia. Oleh kerana daya pemikirannya yang sangat genius yang telah di anugerahkan oleh Allah Swt, Samiri mampu mempelajari sesuatu perkara itu dengan cepat. Kepandaian serta kemahirannya di dalam pelbagai bidang juga semakin meningkat, malah ia juga mudah menyesuaikan dirinya dengan suatu lingkungan baru. Pengalaman yang telah di laluinya itu telah menjadikan Samiri seorang manusia yang misteri, pintar dan mempunyai kepakaran di dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya.

Setelah sekian lama ia mengembara melihat dunia luar, terlintas difikirannya untuk pergi ke negeri tempat kelahirannya. Lantas ia pun membuat persiapan untuk belayar pergi menuju ke negeri Samirah. Semasa dalam perjalanannya itu, Samiri telah singgah sebentar ke pulau tempat ia pernah di asuh oleh Al-Jasassah dan Malaikat Jibril as. Setelah ia tiba di pulau tersebut, Samiri terus melangkah menuju ke tempat batu-batu di mana Al-Jasassah pernah membawanya ke situ semasa kecilnya dulu. Samiri lantas mengambil segumpal Zat/Materi yang merupakan sisa bahan penulisan peninggalan Malaikat Jibril as. Al-Jasassah yang pada ketika itu berada tidak jauh dari tempat Samiri berada, hanya berdiam diri dan memerhatikan saja tindak-tanduk perlakuan Samiri itu. Samiri kemudiannya melanjutkan perjalanannya menuju ke negeri tempat kelahirannya.

Setelah beberapa hari lamanya mengharungi lautan, ia berlabuh di salah satu lembah di Palestin yang tersembunyi. Kemudian ia meneruskan perjalanannya ke kampung halamannya iaitu negeri Samirah dengan menaiki seekor unta yang dibelinya. Apabila ia tiba di negeri Samirah, ia mendapati negeri tersebut telah hancur binasa. Ketika sedang meninjau-ninjau di kawasan tersebut, Samiri telah bertemu dengan beberapa orang yang usianya telah lanjut yang bernama Al-Jalil dan Al-Arbad. Mereka bercerita mengenai kisah seorang anak kecil yang telah di ambil oleh Dewa. Ada juga yang menceritakan kisah anak kecil yang diculik oleh Malaikat ketika terjadinya bencana banjir besar yang telah menghancurkan negeri Samirah. Samiri mengetahui bahawa kisah anak kecil yang diceritakan oleh mereka itu adalah dirinya.


SAMIRI DI ZAMAN NABI MUSA AS.
Diriwayatkan, Samiri itu tidak pernah tua di mamah usia. Itulah salah satu di antara kelebihan yang telah diberikan oleh Allah Swt kepada Samiri. Dan kerana kelebihan-kelebihan yang telah diberikan oleh Allah Swt kepadanya jugalah yang telah membuatkan Samiri mula menjadi angkuh dan sombong dan merasakan dirinya pantas untuk menjadi tuhan, kerana ia merasakan dirinya lebih cerdas daripada setiap manusia lain, bahkan baginya rohnya adalah roh dewa. Setelah beberapa tahun tinggal di Palestin, Samiri meneruskan pengembaraannya ke Mesir. Di sepanjang perjalanannya, Samiri selalu datang pada setiap masa kenabian untuk menyesatkan umat manusia.



Gambar Illustrasi Ketika Peristiwa Nabi Musa as Membelah Laut Merah Untuk Menyelamatkan Diri Dan Kaumnya Dari Buruan Bala Tentera Firaun

Ketika di Mesir, Samiri telah melihat berbagai-bagai perkara dan peristiwa termasuklah mukjizat-mukjizat Nabi Musa as, di antaranya ialah peristiwa ketika Nabi Musa as membelah Laut Merah dengan tongkatnya semasa ia diburu oleh firaun dan bala tenteranya. Pada ketika itu Nabi Musa as tidak menyedari bahawa salah seorang daripada pengikut yang menyertai rombongannya ketika itu adalah Samiri. Ketika sedang melalui belahan Laut Merah tersebut, Samiri telah terlihat suatu 'lukisan-lukisan aneh' yang terdapat pada dinding-dinding belahan Laut Merah tersebut. 'Lukisan-lukisan aneh' tersebut adalah 'lukisan-lukisan' peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula daripada situlah Samiri telah mengenali suatu bangsa yang mampu memberikan bantuan kepadanya yang tidak mampu diberikan oleh manusia biasa.

Ketika Nabi Musa as dan para pengikutnya telah selamat dari buruan firaun dan bala tenteranya, mereka pun meneruskan perjalanan dan tiba di Gunung Thursina. Kemudian Allah Swt telah mewahyukan kepada Nabi Musa as agar berangkat ke Puncak Gunung Thursina kerana di sana Allah Swt akan menurunkan Syariat-Nya dan kitab Taurat kepada Nabi Musa as, kitab yang berisi petunjuk dan bimbingan bagi kaum bani Israil. Nabi Musa as pun bersiap untuk pergi ke puncak Gunung Thursina seperti yang telah diarahkan. Sebelum berangkat, Nabi Musa as berwasiat kepada saudaranya Nabi Harun as agar menjaga bani Israil selama pemergiannya. Nabi Musa as berjanji kepada kaum bani Israil yang ditinggalkan di bawah pimpinan Nabi Harun as bahawa ia tidak akan meninggalkan mereka lebih dari tiga puluh hari. Akan tetapi Allah Swt telah memerintahkan kepada Nabi Musa as supaya berpuasa selama sepuluh hari lagi di puncak gunung tersebut. Maka Nabi Musa as tidak dapat menepati janjinya kepada kaum bani Israil untuk kembali kepada mereka di dalam waktu seperti yang telah dijanjikannya.


Gunung Thursina @ Gunung Sinai

Bani Israil mula merasa kecewa dan kesal kerana Nabi Musa as masih belum kembali kepada mereka seperti yang telah dijanjikan oleh Nabi Musa as. Mereka menggerutu dan mengomel dengan melontarkan kata-kata seolah-olah Nabi Musa as telah meninggalkan mereka di dalam kegelapan dan di dalam keadaan yang tidak menentu. Mereka merasa seakan-akan telah kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak memberikan bimbingan dan petunjuk kepada mereka. Di dalam keadaan yang tidak berpuas hati dan bingung yang sedang meliputi kelompok bani Israil itu, ianya telah digunakan oleh Samiri sebagai suatu kesempatan yang baik untuk menyebarkan benih syiriknya dan merosakkan akidah para pengikut Nabi Musa as yang baru sahaja menerima ajaran Tauhid dan beriman kepada Allah Swt. Samiri menghasut mereka dengan mengatakan bahawa Nabi Musa as telah tersesat di dlam tugasnya untuk mencari Tuhan bagi mereka dan dia tidak akan kembali lagi. Kemudian Samiri telah menganjurkan kepada mereka agar mencari tuhan yang lain sebagai ganti kepada Tuhan Nabi Musa as. Samiri melihat bahawa hasutannya itu dapat menggoyahkan iman dan akidah para pengikut Nabi Musa as yang belum benar-benar meresapi ajaran Tauhidnya, segera membuat sebuah patung anak lembu untuk di sembah oleh kaum bani Israil sebagai tuhan, pengganti Tuhan kepada Nabi Musa as. Patung anak lembu tersebut diperbuat dari emas yang telah dikumpulkannya dari perhiasan-perhiasan para wanita yang ada pada kaum bani Israil. Dengan kemahirannya di dalam bidang pengukiran, patung anak lembu tersebut dibuat dengan begitu teliti sehingga dapat mengeluarkan suara menguap seakan-akan anak lembu yang hidup. Kemudian Samiri berkata kepada mereka: "Ini adalah tuhan kalian dan juga tuhan kepada Musa." Oleh kerana begitu tertarik dengan patung anak lembu tersebut serta kagum pada Samiri yang petah dan pandai bermain dengan kata-kata, hampir seluruh kaum bani Israil yang masih lemah iman dan akidahnya itu telah terpedaya dan lupa akan pesanan Nabi Musa as untuk kekal dan tidak menyembah selain darip Allah yang maha Esa.

Manakala Nabi Harun as pula tidak mampu untuk menghalang dan menangani akan kedegilan dan sikap keras kepala kaumnya yang telah kembali menjadi murtad itu, kerana ia merasa khuatir jika ia menangani mereka dengan cara yang keras, akan terjadi perpecahan di antara mereka dan ini akan membuatkan keadaan menjadi lebih rumit dan akan menyulitkan baginya dan Nabi Musa as kelak untuk mencarikan jalan penyelesaian dari krisis keimanan yang melanda kaumnya itu.

Maka ia hanya memberikan peringatan dan nasihat kepada mereka sementara menanti kepulangan Nabi Musa as dari Gunung Thursina.

Dalam pada itu, Nabi Musa as yang telah selesai bermunajat kepada Allah Swt dan sedang dalam perjalanan pulang, telah mendapat isyarat mengenai Nabi Harun as yang sedang menghadapi masalah bersama kaumnya itu selama pemergiannya, seperti yang telah disebutkan di dalam Surah Taha Ayat 85:

(85)  قَالَ فَإِنَّا قَدۡ فَتَنَّا قَوۡمَكَ مِنۢ بَعۡدِكَ وَأَضَلَّهُمُ ٱلسَّامِرِىُّ
(Setelah selesainya urusan itu) Maka Allah Swt berfirman kepada Nabi Musa as: "Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu suatu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri."(Surah Taha : Ayat 85)


Nabi Musa as merasa amat sedih sekali dan kemudian menjadi sangat marah tatkala ia tiba, ia melihat kaumnya sedang berpesta mengelilingi, menyembah serta memuji-muji patung anak lembu emas tersebut, seperti yang telah disebutkan di dalam Surah Taha Ayat 86:

(86)  فَرَجَعَ مُوسَىٰٓ إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ غَضۡبَـٰنَ أَسِفًا  ۚ  قَالَ يَـٰقَوۡمِ أَلَمۡ يَعِدۡكُمۡ رَبُّكُمۡ وَعۡدًا حَسَنًا  ۚ  أَفَطَالَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡعَهۡدُ أَمۡ أَرَدتُّمۡ أَن يَحِلَّ عَلَيۡكُمۡ غَضَبٌ مِّن رَّبِّكُمۡ فَأَخۡلَفۡتُم مَّوۡعِدِى
Maka kembalilah Nabi Musa as kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita, ia berkata: "Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan suatu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang telah dijanjikan itu? Atau kamu sengaja mengkehendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?"(Surah Taha : Ayat 86)

(87)  قَالُواْ مَآ أَخۡلَفۡنَا مَوۡعِدَكَ بِمَلۡكِنَا وَلَـٰكِنَّا حُمِّلۡنَآ أَوۡزَارًا مِّن زِينَةِ ٱلۡقَوۡمِ فَقَذَفۡنَـٰهَا فَكَذَٲلِكَ أَلۡقَى ٱلسَّامِرِىُّ
Mereka menjawab: "Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan dengan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka dwmikianlah juga 'Samiri' mencampakkan apa yang dibawanya."(Surah Taha : Ayat 87)

(88)  فَأَخۡرَجَ لَهُمۡ عِجۡلاً جَسَدًا لَّهُ  ۥ خُوَارٌ فَقَالُواْ هَـٰذَآ إِلَـٰهُڪُمۡ وَإِلَـٰهُ مُوسَىٰ فَنَسِىَ
Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: (Surah Taha : Ayat 88)

(89)  أَفَلَا يَرَوۡنَ أَلَّا يَرۡجِعُ إِلَيۡهِمۡ قَوۡلاً وَلَا يَمۡلِكُ لَهُمۡ ضَرًّا وَلَا نَفۡعًا
Patutkah mereka tidak mahu berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat kepada mereka? (Surah Taha : Ayat 89)

(90)  وَلَقَدۡ قَالَ لَهُمۡ هَـٰرُونُ مِن قَبۡلُ يَـٰقَوۡمِ إِنَّمَا فُتِنتُم بِهِۦ   ۖ   وَإِنَّ رَبَّكُمُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ فَٱتَّبِعُونِى وَأَطِيعُوٓاْ أَمۡرِى
Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun as telah pun berkata kepada mereka sebelum itu: "Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Swt yang melimpah-limpahkan rahmat-Nya. Oleh itu, ikutilah daku dan taatlah akan perintahku." (Surah Taha : Ayat 90)

(91)  قَالُواْ لَن نَّبۡرَحَ عَلَيۡهِ عَـٰكِفِينَ حَتَّىٰ يَرۡجِعَ إِلَيۡنَا مُوسَىٰ
Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya sehingga Nabi Musa as kembali kepada kami."(Surah Taha : Ayat 91)

Oleh kerana terlalu sedih dan merasa sangat marah, Nabi Musa as tidak dapat menguasai dirinya, lalu kepingan-kepingan Taurat dilemparkan berantakan. Kemudian Nabi Musa as memegang dan menarik rambut kepala saudara kandungnya, Nabi Harun as seraya berkata:

(92)  قَالَ يَـٰهَـٰرُونُ مَا مَنَعَكَ إِذۡ رَأَيۡتَهُمۡ ضَلُّوٓاْ
(Sekembalinya), Nabi Musa as berkata: "Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat, (Surah Taha : Ayat 92)

(93)  أَلَّا تَتَّبِعَنِ   ۖ   أَفَعَصَيۡتَ أَمۡرِى
daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku? (Surah Taha : Ayat 93)

Lalu Nabi Harun as berkata menanggapi teguran Nabi Musa as:

(94)  قَالَ يَبۡنَؤُمَّ لَا تَأۡخُذۡ بِلِحۡيَتِى وَلَا بِرَأۡسِىٓ   ۖ   إِنِّى خَشِيتُ أَن تَقُولَ فَرَّقۡتَ بَيۡنَ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَلَمۡ تَرۡقُبۡ قَوۡلِى
Nabi Harun as menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambutku) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: 'Engkau telah memecah-belahkan kaum bani Israil sesama sendiri dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!'"(Surah Taha : Ayat 94)

Kemudian, berkatalah Nabi Musa as kepada Samiri, orang munafiq yang menjadi punca kepada kekacauan dan kesesatan itu:

(95)  قَالَ فَمَا خَطۡبُكَ يَـٰسَـٰمِرِىُّ
(Sesudah itu, Nabi Musa as menghadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?"(Surah Taha : Ayat 95)

(96)  قَالَ بَصُرۡتُ بِمَا لَمۡ يَبۡصُرُواْ بِهِۦ فَقَبَضۡتُ قَبۡضَةً مِّنۡ أَثَرِ ٱلرَّسُولِ فَنَبَذۡتُهَا وَڪَذَٲلِكَ سَوَّلَتۡ لِى نَفۡسِى
Ia menjawab: "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil sengenggam dari 'Jejak Rasul' itu, kemudian aku mencampakkannya dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku."(Surah Taha : Ayat 96)

(97)  قَالَ فَٱذۡهَبۡ فَإِنَّ لَكَ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ أَن تَقُولَ لَا مِسَاسَ   ۖ   وَإِنَّ لَكَ مَوۡعِدًا لَّن تُخۡلَفَهُ  ۥ   ۖ   وَٱنظُرۡ إِلَىٰٓ إِلَـٰهِكَ ٱلَّذِى ظَلۡتَ عَلَيۡهِ عَاكِفًا   ۖ   لَّنُحَرِّقَنَّهُ  ۥ ثُمَّ لَنَنسِفَنَّهُ  ۥ فِى ٱلۡيَمِّ نَسۡفًا
Nabi Musa as berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata di dalam kehidupan di dunia ini: ' Jangan sentuh daku', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu suatu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya dan kemudian kami akan menghancurkannya dan menaburkan serbuknya ke laut sehingga hilang lenyap." (Surah Taha : Ayat 97)

Akhirnya kaum Nabi Musa as itu sedar di atas segala kesalahannya dan mengakui bahawa mereka telah disesatkan oleh syaitan dan memohon ampun dan rahmat Allah Swt agar selanjutnya melindungi mereka dari godaan syaitan dan iblis yang akan merugikan mereka di dunia dan akhirat, seperti yang telah disebutkan di dalam surah Al-A'raf Ayat 149:

(149)  وَلَمَّا سُقِطَ فِىٓ أَيۡدِيهِمۡ وَرَأَوۡاْ أَنَّهُمۡ قَدۡ ضَلُّواْ قَالُواْ لَٮِٕن لَّمۡ يَرۡحَمۡنَا رَبُّنَا وَيَغۡفِرۡ لَنَا لَنَڪُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ
Dan setelah mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan) dan mengetahui bahawa mereka telah tersesat, berkatalah mereka: "Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi." (Surah Al-A'raf : Ayat 149)

Demikian pula Nabi Musa as beristighfar memohon ampun baginya dan bagi saudaranya Nabi Harun as, setelah ternyata bahawa ia tidak melalaikan tugasnya sebagai wakil Nabi Musa as di dalam menghadapi krisis iman yang di alami oleh kaumnya. Berdoalah Nabi Musa as kepada Allah Swt:

(151)  قَالَ رَبِّ ٱغۡفِرۡ لِى وَلِأَخِى وَأَدۡخِلۡنَا فِى رَحۡمَتِكَ   ۖ   وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ
Nabi Musa as berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah akau dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmat-Mu, kerana engkaulah sahaja yang maha mengasihani dari segala yang lain mengasihani."(Surah Al-A'raf : Ayat 151)
 
Setelah di usir oleh Nabi Musa as, Samiri pun mengembara sendirian menjauhi wilayah kekuasaan Nabi Musa as. Ia mengembara ke pelbagai negeri, mempelajari bahasa-bahasa dan tulisan-tulisan setiap masyarakat yang ada di dunia ini, mengumpulkan ilmu-ilmu pengetahuan kuno yang kini dianggap telah punah. Ia mengharungi zaman kebesaran Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as sehinggalah sampai ke zaman Nabi Isa as. Namun, setelah sekian lama ia mengembara sehingga beratus-ratus tahun lamanya, bentuk fizikalnya tetap muda seperti seorang lelaki yang berusia 30 tahun, meski pun usianya telah mencecah ribuan tahun.

Pada zaman Nabi Isa as juga, ia turut di usir oleh Nabi Isa as. Namun Samiri berhasil menyesatkan segolongan umat. Kemudian ia pun meneruskan pengembaraannya dengan menjelajahi lautan, tanah-tanah tandus, padang pasir dan kota-kota. Ia juga telah bergaul dengan berbagai-bagai jenis kehidupan dan makhluk-makhluk hidup, mempelajari berbagai-bagai pengalaman tanpa batas. Hari demi hari ia mula menjadi semakin taksub dengan pemikiran untuk menguasai dunia. Tetapi sebelum itu ia merasakan perlu untuknya kembali dahulu ke pulau tempat ia dibesarkan untuk berfikir, merancang dan menyusun agendanya untuk menguasai seluruh negeri di dunia ini.

SAMIRI DI RANTAI DAN DI KURUNG DI DALAM GUA DI SEBUAH PULAU.

Setelah berkelana ke berbagai-bagai tempat, akhirnya Samiri pulang semula ke pulau di mana ia pernah di asuh oleh Al-Jasassah dan malaikat Jibril. Tetapi apabila ia berlabuh dan berjalan menuju ke arah gua tempat ia di asuh dahulu, Al-Jasassah, iaitu binatang berbulu tebal di pulau itu dan bersama-sama dengan dua puluh makhluk yang bertubuh tinggi melebihi pohon-pohon tinggi yang terdapat di pulau itu di mana wajah mereka bersinar seperti matahari, telah merintangi jalannya. Pada tangan mereka terdapat rantai besi waja yang tampak jelas bukan buatan dunia. Samiri yang pada ketika itu sedang menggigil ketakutan, bertanya kepada Al-Jasassah: "Siapakah mereka? Bagaimanakah mereka dapat sampai ke sini?" Al-Jasassah menjawab: "Wahai orang yang paling bodoh! Engkau telah mensia-siakan dua kesempatanyang telah diberokan kepadamu (kesempatan untuk bertaubat ketika pertemuannya dengan Nabi Musa as dan Nabi Isa as),dan tidak tersisa bagimu kecuali janji yang terakhir itu."

Janji terakhir itu adalah pesan Malaikat Jibril as seperti yang tertulis pada batu yang ketujuh untuk Samiri: "Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang telah dibawa kepadamu oleh seorang Nabi yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad Saw, yang akan datang menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman dan meyakini apa yang kami imani, maka Allah Swt akan mempermudahkanmu untuk engimani penutup para Nabi. Ia bernama Muhammad Al-Amin. Ia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul ditengah-tengah Kaum yang buta huruf. Ia akan berhijrah ke tempat-tempat yang banyak ditumbuhi dengan pohon-pohon kurma dan yang mempunyai banyak mata air serta sumur tawarnya dengan tanah subur. Jika engkau mendustakan Nabi yang mendahului Muhammad, kaka Allah Swt akan menutup pintu hatimu dengan selubung hitam. Hatimu akan menjadi condong kepada kejelekan dan tidak dapat melihat cahaya. Akalmu hanya akan melihat dirimu sendiri saja seperti iblis yang terkutuk dan engkau pun akan menjadi teman akrabnya. Jika engkau tidak mempercayai akan kewujudan Allah Swt dan para malaikat-Nya serta para Rasul-Nya, maka engkau akan dimasukkan ke dalam penjara seribu tahun lamanya. Engkau hanya akan dibebaskan pada ketika Nabi Muhammad Saw telah Wafat."

Ketika Samiri tersedar daripada pengsannya, ia mendapati dirinya telah berada di dalam gua dan Al-Jasassah sedang berada dihadapannya. Manakala kedua-dua tangan dan kakinya terbelenggu dengan rantai yang sangat panjang agar ia dapat bergerak, duduk, berdiri, berjalan dan membuang air berhampiran sumur yang telah disiapkan untuknya. Al-Jasassah bersungguh-sungguh untuk memastikan kebersihan dan mengurus badan Samiri. Manakala Samiri pula diliputi dengan ketakutan yang tidak pernah ia rasakan sebelum ini. Ia belum pernah melihat belenggu yang sedang mengikatnya bahkan ketika di dalam penjara firaun dan kerajaan lain yang pernah dikunjungi semasa pengembaraannya. Kemudian Al-Jasassah berkata: "Engkau adalah manusia akhir zaman, raja segala kejahatan di masa hadapan yang dikutuk oleh seluruh penghuni langit dan bumi. Engkau telah dianugerahkan oleh Allah Swt dengan kekuatan dan kecerdasan yang tiada tandingannya serta diberikan kebebasan di dalam memilih jalan hidupmu. Tetapi inilah jalan yang telah engkau pilih. Sekarang engkau berada di zaman penutup para Nabi, iaitu kekasih Allah Swt, Nabi Muhammad Saw. Ia telah lahir beberapa hari yang lalu, ketika engkau sedang berada ditengah-tengah lautan. Engkau kini berada dipenghujung akhir zaman di muka bumi ini. Janji Allah Swt itu telah datang tepat pada masanya. Engkau tidak akan terlepas dari rantai yang sedang membelenggumu kecuali setelah wafatnya Nabi Muhammad Saw. Tanda-tanda keluarmu sebagai orang yang paling sombong di dunia ini ialah keringnya pohon-pohon kurma Baisan, berkurangnya air Danau Thabary, keringnya mata air Zughar dan banyak terjadinya malapetaka gempa bumi yang dahsyat sebelum keluarnya musuh-musuhmu yang akan memarahimu dan memerangimu."Sambil berusaha melepaskan diri dari belenggu yang sedang mengikatnya, Samiri berkata: "Bagaimana aku dapat meyakini bahawa segala perkataanmu itu adalah benar? Sungguh aku ingin keluar dari sini untuk memerintah dunia. Dunia tidak ada rajanya kecuali aku, sedangkan engkau terus-terusan berusaha menghalangi hakku. Aku adalah manusia paling tua di dunia ini kerana waktu tidak berpengaruh kepadaku. Seluruh dunia disekitarku telah berubah, tetapi aku tidak pernah berubah, tidak pernah tua dan tidak beruban. Segala sesuatu disekitarku tunduk kepadaku. Aku adalah anak dewa!"Al-Jasassah menjawab: "Engkau bersabar atau pun tidak, janji Allah Swt itu pasti benar. Engkau akan dilaknat, diusir dan dilemparkan ke dalam neraka seperti iblis dan syaitan yang terkutuk, yang telah diperingatkan kepadamu melalui tulisan-tulisan Malaikat Jibril as untukmu."

Peta Yang Menunjukkan Kedudukan Lokasi Pulau Socotra Yang Dipercayai Menjadi Tempat Dajjal Di Kurung.

Diriwayatkan juga bahawa Allah Swt telah memberikan kesempatan kepada dajjal di akhir zaman nanti untuk menyesatkan seluruh umat manusia terutamanya umat Islam. Dajjal itu akan keluar dan menyebarkan ajarannya kepada umat manusia selama empat puluh hari. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama seperti setahun, dan hari keduanya adalah sama seperti sebulan, dan hari ketiganya adalah sama seperti seminggu. Manakala hari-hari yang seterusnya pula sama seperti hari-hari biasa kita pada hari ini. Jadi, keseluruhan waktu untuk dajjal menyebarkan fitnahnya dan membawa kepada kerosakan itu adalah selama 14 bulan dan 14 hari. Di dalam hadis riwayat muslim disebutkan:

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah Saw! Berapa lamakah dajjal itu akan tinggal di muka bumi ini?" Rasulullah Saw menjawab: "Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari pertamanya sama seperti setahun, dan hari keduanya sama seperti sebulan, dan hari ketiganya sama seperti seminggu. Kemudian hari-hari yang berikutnya (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari-hari kamu yang biasa."

Maka peluang itu akan dimanfaatkan oleh dajjal dengan sebaik-baiknya dengan menimbulkan dan menyebarkan fitnah yang dahsyat dan melakukan huru-hara serta menyebabkan kerosakan besar di muka bumi ini seperti terjadinya gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, ribut taufan dan puting beliung sehingga menyebabkan banyak jiwa yang melayang dan ditangkap oleh bala tenteranya, diseret dan dimasukkan ke dalam penjara mereka.

Dari Ibnu Umar ra, ia berkata, bahawa Rasulullah Saw berdiri di hadapan para jemaah lalu memuji-muji Allah Swt kerana DIA-lah satu-satunya yang berhak di atas pujian itu dan kemudian baginda menceritakan perihal dajjal. Rasulullah Saw bersabda:

إِنِّى لأُنْذِرُكُمُوهُ ، وَمَا مِنْ نَبِىٍّ إِلاَّ أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ ، لَقَدْ أَنْذَرَ نُوحٌ قَوْمَهُ ، وَلَكِنِّى أَقُولُ لَكُمْ فِيهِ قَوْلاً لَمْ يَقُلْهُ نَبِىٌّ لِقَوْمِهِ ، تَعْلَمُونَ أَنَّهُ أَعْوَرُ ، وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ
"Aku akan menceritakan kepada kalian, dan tidak ada seorang Nabi pun melainkan telah menceritakan tentang perihal dajjal kepada kaumnyadan sesungguhnya Nabi Nuh as  itu juga telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku ingin mengatakan kepada kalian tentangnya yang tidak pernah dikatakan oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya, iaitu dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Allah Swt sama sekali tidaklah buta."(Hadis Riwayat Bukhari No. 3337 Dan Hadis Riwayat Muslim No. 169)

Dari Anas ra, Ia berkata, Rasulullah Saw Telah Bersabda:

مَا بُعِثَ نَبِىٌّ إِلاَّ أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الأَعْوَرَ الْكَذَّابَ ، أَلاَ إِنَّهُ أَعْوَرُ ، وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ ، وَإِنَّ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مَكْتُوبٌ كَافِرٌ
"Tidaklah seorang Nabi pun yang diutuskan oleh Allah Swt selain telah memperingatkan kaumnya terhadap yang buta sebelah, lagi pendusta. Ketahuilah bahawasanya dajjal itu buta sebelah, sedangkan Rabb kalian tidak buta sebelah. Tertulis di antara kedua-dua matanya 'KAAFIR'."(Hadis Riwayat Bukhari No. 7131)

Di dalam sebuah hadits shahih, dari Abu Umamah ra, Rasulullah Saw telah bersabda:

يا أيها الناس ! إنها لم تكن فتنة على وجه الأرض منذ ذرأ الله ذرية آدم أعظم من فتنة الدجال و إن الله عز و جل لم يبعث نبيا إلا حذر أمته الدجال و أنا آخر الأنبياء و أنتم آخر الأمم و هو خارج فيكم لا محالة
"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar dari fitnah dajjal di muka bumi ini semenjak Allah Swt menciptakan anak cucu Adam. Tidak ada seorang Nabi pun yang diutuskan oleh Allah Swt melainkan ia akan memperingatkan kepada kaumnya mengenai fitnah dajjal. Sedangkan aku adalah Nabi yang terakhir dan kian juga merupakan umat yang terakhir, maka tidak dapat dimungkiri lagi bahawa dajjal itu akan muncul ditengah-tengah kalian." (Dikeluarkan di dalam Shahih Al-Jaami' Ash Shoghir No.13833. Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadits ini Shahih)


KHUTBAH RASULULLAH SAW BERKENAAN PERIHAL DAJJAL.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah Saw telah berkhutbah di hadapan kami. Di dalam khutbahnya itu baginda banyak menyentuh tentang permasalahan dajjal. Baginda telah bersabda: " Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi ini yang paling hebat selain dari fitnah yang dibawa oleh dajjal. Setiap Nabi yang diutuskan oleh Allah Swt telah mengingatkan kaumnya tentang dajjal. Aku adalah Nabi yang terakhir sedangkan kalian adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil akan datang pada generasi seangkatan kamu. Seandainya ia datang pada waktu aku masih berada ditengah-tengah kalian, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Tetapi jika ia datang sesudah kewafatanku, maka setiap orang harus menjaga dirinya dan sesungguhnya Allah Swt itu akan menjaga orang-orang mukmin. Dajjal itu kelak akan datang dari suatu tempat di antara Syam dan Iraq dan seterusnya akan mempengaruhi manusia dengan begitu pantas sekali. Wahai hambaAllah Swt! Wahai seluruh umat manusia! Tetaplah kalian ditempatmu! Di sini aku akan menerangkan kepada kalian akan ciri-ciri dajjal itu, yang belum pernah diterangkan oleh Nabi-Nabi sebelum aku kepada kaumnya.Kelak dajjal itu akan mengakui bahawa dirinya adalah Nabi sesudah aku, dan ingatlah bahawa tiada lagi Nabi sesudah aku. Setelah itu ia akan mengakui dirinya sebagai tuhan, dan ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin dapat kalian lihat sebelum kalian 'kembali kepadanya' (meninggal dunia). Dan dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah Swt itu tidak cacat. Dan juga di antara kedua-dua mata dajjal itu tertulis 'KAFIR', yang dapat dilihat dibaca oleh setiap orang-orang mukmin yang pandai membaca atau pun yang buta huruf. Di antara fitnah dajjal itu juga, ia mempunyai syurga dan nerakanya sendiri. Nerakanya itu sebenarnya adalah syurga, sedangkan syurganya itu adalah neraka. Sesiapa di antara kalian yang disiksa dengan nerakanya, hendaklah meminta pertolongan daripada Allah Swt dan hendaklah membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan menjadi sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim as."

Di antara tipu dayanya itu juga ialah, ia berkata kepada seorang lelaki arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau sanggup mengaku bahawa aku ini adalah tuhanmu?' Lelaki arab itu akan berkata: " Tentu."Maka syaitan pun datang menyamar menjadi seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya juga sama dan suaranya pun sama. Lalu ibubapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dia adalah tuhanmu."Di antara tipu dayanya juga ialah, apabila ia menyuruh langit supaya menurunkan hujan, dengan izin Allah Swt maka hujan pun turun. Dan apabiIa ia menyuruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, dengan izin Allah Swt maka tumbuh-tumbuhan pun tumbuh. Dan ujian yang paling berat bagi umat manusia pada ketika itu adalah, dajjal itu akan datang ke setiap perkampungan umat manusia dan jika mereka tidak mengakui dirinya (dajjal) sebagai tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak akan menjadi. Dajjal itu akan datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan jika para penduduk kampung itu mengakuinya sebagai tuhan, dajjal akan meminta agar hujan turun, dan dengan izin Allah Swt, hujan pun turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. Tidak ada satu kampung pun atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi oleh dajjal kecuali Kota Makkah dan Kota Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh dajjal kerana telah dikawal ketat oleh para Malaikat. Dajjal hanya berani menginjak pinggiran Kota Makkah dan Kota Madinah. Namun demikian ketika dajjal datang ke pergunungan di luar Kota Madinah, Kota Madinah akan bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik akan kepanasan seperti cacing yang kepanasan dan mereka akan merasa tidak tahan lagi tinggal di Kota Madinah. Mereka Akan keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut dajjal. Inilah yang dikatakan sebagai hari pembersihan Kota Madinah.


KISAH TAMIM AD-DARIY BERTEMU DENGAN AD-DAJJAL.

Agar lebih jelas mengenai hal-hal yang berkaitan dengan dajjal ini, berikut hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Fatimah Binti Qais ra. Di dalam riwayat tersebut telah dinyatakan bahawa ia berkata: "Aku mendengar siak Rasulullah Saw menyeru: Sholat jamaah! Sholat jamaah." (panggilan waktu sholat). Fatimah Binti Qais melanjutkan: "Maka aku pun pergi ke masjid dan sholat berjamaah bersama-sama dengan Rasulullah Saw dan para jamaah yang lain, dan aku berada pada shaf pertama para wanita. Setelah selesai menunaikan sholat, Rasulullah Saw pun duduk di atas mimbar. Kemudian baginda berkata: "Hendaklah masing-masing tetap di tempatnya! Tahukah kalian mengapa aku mengumpulkan kalian semua?" Para sahabat menjawab: "Allah Swt dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Kemudian baginda bersabda: "Bukan kerana suatu khabar gembira dan bukan pula kerana suatu ancaman. Tetapi kerana Tamim Ad-Dari yang pada asalnya adalah seorang nasrani lalu dia datang menyatakan akan keIslamannya dan menceritakan kepada aku tentang kejadian yang sesuai dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian semua tentang al-masih ad-dajjal. Dia menceritakan kepada aku bahawa dia telah pergi berlayar bersama-sama dengan tiga puluh orang dari Lakhm dan Juzam. Ketika di dalam perjalanan, suatu ombak yang besar telah membuatkan mereka terombang-ambing di lautan sehingga sebulan lamanya dan akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau di arah timur matahari. Mereka pun turun dan duduk beristirahat berhampiran kapal mereka dan kemudian memasuki pulau tersebut. Di pulau tersebut mereka telah bertemu dengan seekor makhluk melata yang dipenuhi dengan bulu yang tebal sehinggakan mereka tidak tahu yang manakah bahagian hadapan dan yang manakah bahagian belakangnya.

Kemudian mereka bertanya: "Makhluk apakah engkau ini?"

Al-Jassasah pun menjawab: "Aku adalah Al-Jasassah (Pengintai)."

Mereka bertanya lagi: "Apakah itu Al-Jasassah?"

Tetapi Al-Jassasah tidak menjawab pertanyaan mereka itu. Kemudian AlJassasah berkata: "Pergilah kalian menemui seorang lelaki yang ada di dalam gua besar di sana, kerana dia sangat ingin mendengarkan berita dari kalian."

Tamim berkata: "Ketika dia menyebut nama seorang lelaki, kami merasa takut apakah makhluk itu adalah syaitan. Maka kami pun bergegas pergi ke arah yang telah ditunjukkan oleh Al-Jasassah, dan kami menemui sebuah gua besar lalu masuk ke dalamnya. Di situ ada seorang manusia yang paling besar dan gagah yang belum pernah kami lihat. Kedua-dua tangannya terbelenggu ke lehernya di antara kedua-dua lutut dan sikunya. Lalu kami pun bertanya kepadanya: " Celakalah engkau! Makhluk apakah engkau ini?"

Laki-Laki itu menjawab: "Kalian mampu menemuiku. Sekarang beritahulah aku siapakah kalian ini!"

Mereka (Tamim dan rombongan) menjawab: "Kami adalah orang-orang arab. Ketika kami sedang berlayar di tengah-tengah lautan, tiba-tiba ombak pasang dan kami pun terombang-ambing selama sebulan sampai akhirnya kami terdampar di pulau ini. Kami pun merapat dan memasukinya. Tiba-tiba kami bertemu dengan seekor makhluk melata yang berbulu tebal sehingga sulit bagi kami untuk mengetahui yang mana satukah bahagian hadapan dan belakangnya. Makhluk itulah yang telah menyuruh kami datang ke sini bertemu dengan engkau.

Kemudian laki-laki Iitu berkata: "Beritahukan kepadaku tentang kebun Kurma Baisan!"

Mereka bertanya: "Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"

Laki-laki itu berkata: "Tentang pohon-pohon kurmanya, apakah ianya masih berbuah?"

Mereka berkata: "Ya."

Kemudian laki-laki itu berkata: "Ketahuilah bahawa pohon-pohon kurma itu akan hampir kering dan tidak akan berbuah lagi. Sekarang, ceritakan kepadaku tentang Danau Tiberias!"

Mereka bertanya: "Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"

Laki-laki itu bertanya: "Apakah di sana masih ada airnya?"

Mereka pun menjawab: "Danau itu memang banyak airnya."

Kemudian laki-laki itu berkata: "Ketahuilah bahawa airnya tidak lama lagi akan mengering. Sekarang beritahu aku tentang sumber air Zagar!"

Mereka  Bertanta: "Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"

Laki-Laki itu bertanya: "Apakah masih banyak airnya? Apakah penduduk disekitarnya memanfaatkan airnya untuk bercucuk tanam?"

Mereka menjawab: "Ya, airnya sungguh banyak. Penduduk disekitarnya juga memanfaatkan airnya untuk bercucuk tanam."

Laki-Laki itu berkata: "Sekarang, ceritakan kepadaku tentang Nabi kaum yang ummi, apakah yang telah dilakukannya?"

Mereka menjawab: "Dia telah muncul di Kota Makkah dan tinggal di Yastrib."

Laki-Laki itu bertanya: "Apakah orang-orang arab memeranginya?"

Mereka menjawab: "Ya."

Laki-Laki itu Bertanya: "Apakah yang dilakukannya kepada mereka?"

Maka mereka pun memberitahunya bahawa telah tampak para pengikutnya dari Kalangan orang-orang arab, mereka mematuhinya.

Laki-Laki itu Bertanya: "Adakah hal itu sudah berlaku?"

Mereka menjawab: "Ya."

Kemudian laki-laki itu berkata: "Jika demikian, maka yang terbaik bagi kalian ialah mematuhinya. Sekarang aku akan menerangkan kepada kalian siapakah sesungguhnya aku ini. Aku adalah al-masih, hampir datang waktunya aku akan diizinkan keluar, lalu aku akan berjalan mengelilingi bumi, tidak ada satu tempat pun yang tidak akan aku singgahi di dalam waktu empat puluh malam kecuali Kota Makkah dan Taibah kerana kedua-duanya itu telah diharamkan ke atasku. Setiap kali aku berusaha untuk memasuki salah satu dari kedua-duanya, aku akan dihalang oleh para malaikat yang memegang pedang dan mengusir aku supaya menjauhi kedua-dua kota itu. Setiap celah dan penjuru kota itu telah dijaga dan dikawal rapi oleh para Malaikat."

Fatimah Binti Qais (Perawi Hadits) berkata, Rasulullah Saw menghentakkan tongkat baginda ke mimbar dan berkata: "Inilah Taibah, inilah Taibah (Taibah yang dimaksudkan ialah Madinah). Bukankah aku pernah menyampaikan hal seperti ini kepada kalian?" Para sahabat menjawab: "Benar." Baginda melanjutkan: "Sesungguhnya apa yang telah disampaikan oleh Tamim Ad-Dari itu membuatku kagum kerana ianya sesuai dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian tentang dajjal, Madinah dan Makkah. Ia berada di laut Syam atau laut Yaman, bukan, tetapi ia berada di timur! Ia berada di timur! Ia berada di timur!" Sambil memberi isyarat dengan tangannya ke arah timur.


Keadaan Danau Tiberias Dan Kebun Kurma Baisan.


HADITH RASULULLAH SAW MENGENAI CIRI-CIRI PERWATAKAN AD-DAJJAL.

Dari Huzaifah r.a katanya, Rasulullah Saw telah bersabda: "Dajjal ialah orang yang buta sebelah kiri matanya, lebat (panjang) rambutnya serta dia juga mempunyai syurga dan nerakanya sendiri. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya itu pula ialah neraka. (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri-ciri perwatakkan dajjal yang telah disebutkan di dalam hadith Rasulullah Saw. Di antaranya ialah: "Dia seorang yang kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan. Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun."

Dan terdapat dua tandanya yang paling ketara sekali iaitu:

1. Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang mengecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang.

2. Tertulis di dahinya tulisan 'Kafir' (Kaf-Fa-Ra). Tulisan ini dapat di baca oleh setiap orang Islam, sama ada ia tahu membaca atau pun tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini akan menjelma pada diri dajjal setelah ia mengakui dirinya sebagai tuhan. Ada pun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum lagi ada pada dirinya.

Illustrasi Gambaran Mengenai Tanda-Tanda Yang Terdapat Pada Wajah Dajjal

Dajjal juga telah menemui suatu kaum yang dirasakannya mampu baginya untuk menyamarkan diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini telah ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan. Namun begitu, ia masih belum merasa puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari firaun yang pernah dilihatnya. Maka dajjal meneruskan perjalanannya ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan telah disebarkan seluas-luasnya. Penduduk amat mempercayainya kerana kebijaksanaan dan segala ilmu yang dimilikinya.

Salah satu perkara penting yang berlaku kepadanya ialah tentang penemuan dajjal terhadap kawasan segitiga bermuda yang didiami oleh iblis. Di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia. Kesimpulan mengapa dajjal memilih segitiga bermuda ini ialah kerana dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, dajjal memang tinggal dan membesar di sebuah pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.

Dajjal juga dilihat berjaya membina suatu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilihnya itu sudah pun dipelopori oleh iblis Lllaknatullah. Dajjal telah membina suatu penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu telah dibantu oleh jin dan syaitan itu sendiri. Menurut beberapa manuskrip kuno yahudi, yang masih disimpan sejak turun-temurun oleh beberapa buah keluarga yahudi, ketika berlakunya buruan firaun dan bala tenteranya ke atas pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada di dalam kumpulan itu telah terlihat 'Lukisan-Lukisan Aneh' yang berada di dalam laut merah. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai adalah lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberikan oleh manusia biasa.


FITNAH AD-DAJJAL DI ERA ZAMAN MODEN.

Peluang dajjal untuk menyesatkan umat manusia secara massal semakin terbuka. Pasca revolusi Perancis merupakan zaman baru bagi dajjal. Humanisme yang intinya adalah anti tuhan dan sebagai gantinya, manusialah yang dijadikan tuhan. Gagasan humanisme persis seperti misi dajjal. Bagi melancarkan programnya, dajjal memilih beberapa orang yang terpilih dari kalangan orang-orang yang berdarah yahudi atau dari kalangan orang-orang nasrani tetapi masih berdarah yahudi atau dari luar ras yahudi tetapi sudah menjadi yahudi. Salah seorang daripadanya adalah Adam Waisput yang telah mengibarkan kembali jaringan masonik di seluruh dunia.

Dajjal telah berhasil mendidik putra-putra yahudi sebagai ras terbaiknya. Di antara putra-putra yahudi itu adalah Renan yang merupakan sahabat dari Muhammad Abduh, Jendral Meji dari Jepun, Auguste Comte dari Perancis dan dua orang dari keluarga rahib yahudi tulen iaitu Karl Marx dan Sigmund Freud. Tidak ketinggalan juga seorang pendeta nasrani yang telah murtad menjadi ateis iaitu Frederick Neitze. Kesemua gagasan mereka ini adalah sama iaitu ateis dengan menjadikan manusia sebagai tuhan bagi dirinya sendiri.

Pada abad ke-19 agama masehi di eropah hampir-hampir lumpuh. Ia telah mendapat pertempuran hebat terutama dari ketiga-tiga pemikir yahudi tersebut iaitu Karl Marx, Freud dan Comte. Kesimpulannya sama, 'Agama Itu Adalah Ilusi', 'Agama Itu Adalah Suatu Pembohongan' dan 'Agama Itu 'Perosak Dan Menghina Manusia'. Marx berpendapat, agama merupakan candu di dalam masyarakat. Agama tidak lebih hanya dari bayang-bayang dunia materi. Jadi yang sebenarnya ada ialah materi. Dan sebenarnya agama itu adalah ciptaan manusia itu sendiri, bukan berasal dari Tuhan. Freud mendefinisikan bahawa agama dengan lebih jijik lagi dengan mengatakan bahawa agama itu tidak lebih hanyalah dari nafsu berahi yang tidak tertahan dan tidak tersalurkan secara bebas. Manakala Comte pula, memandang agama itu sebagai suatu tahap pemikiran primitif dari pemikiran manusia. Kerana tahap primitif manusia sudah terlewati, maka agama sudah tidak diperlukan lagi.

Putra-putra hasil didikan dajjal, iaitu Freud dan Comte adalah sangat kuat pengaruhnya di dalam dunia ilmiah sehingga pengetahuan ilmiah menjadi kehilangan aroma spiritualnya. Pengetahuan ilmiah yang mentiadakan dunia rohani. Tidak ada dunia lain kecuali dunia sekarang ini iaitu dunia materi. Manakala Karl Marx pula, kekuatan pengaruhnya adalah pada dunia politik dan kerana dia jugalah komunisme telah diformulasikan dan disebarkan ke seluruh alam. Sama ada pengetahuan ilmiah atau pun komunisme, ianya adalah ateis dan mempertuhankan manusia sebagai pengganti Allah Swt. Inilah di antara lain adalah keberhasilan dajjal di dalam bidang sains dan politik abad ke-20. Dajjal telah menjadi semakin mondial. Kapitalisme merupakan suatu perangkap dajjal yang paling efektif. Manusa dibuat sedemikian rupa untuk mempertuhankan sesuatu benda di samping manusia. Amerika juga telah menjadi sarang dajjal pada abad ini. Setelah perang dunia ke-2, pertarungan dunia telah dimenangi oleh Amerika. Dajjal dan pasukan rahib-rahib yahudi telah mengendalikan Amerika dan sekutunya sehinggakan tanda-tanda mengenai dajjal ada tertera di dalam matawang dollar Amerika. Bintang Daud juga memenuhi simbol-simbol instansi dari militer sehinggakan ke dunia hiburan. Media television juga telah menjadi saranan efektif mengenai dajjal dan yahudi.

Demikianlah, dajjal dan yahudi untuk sementara ini sedang berada di puncak kegemilangan. Tiada suatu sektor, bahagian, tempat atau ceruk mana pun yang tidak mendapat sentuhan daripada dajjal. Sehinggakan Amerika juga telah digantikan dengan nama dajjal : Samiri yang kemudian disingkatkan menjadi Sam yang merupakan kependekan dari nama Samiri, lalu terciptalah simbol Uncle Sam. Di dalam simbol ini Uncle Sam digambarkan sebagai seorang yang berseragam rahib yahudi, menggunakan tudung laken, berjanggut dan berkumis tebal serta mengenakan jas dan dasi, persis seragam rahib yahudi.

Mungkin kerana inilah, muncul suatu ungkapan dari sebahagian para ulama' di dalam hal pendidikan dan pengajaran iaitu: "Musa yang di didik oleh firaun telah menjadi salah seorang Nabi dan Rasul, sedang Musa (Samiri) yang di didik oleh Malaikat Jibril as malah menjadi orang yang paling ingkar kepada Allah Swt...!

Wallahu'alam...

Tiada ulasan: