Di dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah Saw berkhutbah yang mana di antara isinya ialah baginda berpesan agar berpegang teguh terhadap keluarga Rasulullah Saw yang tidak lain adalah keturunan baginda. Rasulullah Saw bersabda :
« يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّى قَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا إِنْ أَخَذْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا كِتَابَ اللَّهِ وَعِتْرَتِى أَهْلَ بَيْتِى » (رواه الترمذى وحسنه)
Maksudnya : "Wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan untuk kalian 'sesuatu' yang jika kalian berpegang kepadanya tidak akan tersesat, iaitu Al-Qur'an dan keluargaku."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi, Hadith Sahih)
Tidak hanya berpegang terhadap para keturunan Rasulullah Saw, ianya juga adalah perintah agar mencintai keluarga Rasulullah Saw :
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَحِبُّوا اللَّهَ لِمَا يَغْذُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ وَأَحِبُّونِى بِحُبِّ اللَّهِ وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِى لِحُبِّى ». (رواه الترمذى)
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah Saw bersabda : "Cintailah Allah Swt kerana Allah Swt telah memberi nikmat kepada kalian. Cintailah Aku kerana cinta kepada Allah Swt dan Cintailah keluargaku kerana cinta kepadaku."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi di dalam Bab Al-Manaqib dan Al-Hakim di dalam Bab Fadlail Ahlul Bait dari Ibnu Abbas)
قَالَتْ عَائِشَةُ خَرَجَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- غَدَاةً وَعَلَيْهِ مِرْطٌ مُرَحَّلٌ مِنْ شَعْرٍ أَسْوَدَ فَجَاءَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِىٍّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ جَاءَ الْحُسَيْنُ فَدَخَلَ مَعَهُ ثُمَّ جَاءَتْ فَاطِمَةُ فَأَدْخَلَهَا ثُمَّ جَاءَ عَلِىٌّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ قَالَ (إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا) – (رواه مسلم)
Aisyah berkata, suatu pagi Rasulullah Saw keluar dengan membawa selimut yang berukir terbuat dari bulu hitam, lalu Hasan Bin Ali datang, kemudian Rasulullah Saw memasukkan ke dalamnya. Lalu Husain Bin Ali datang, kemudian Rasulullah Saw memasukkan ke dalamnya. Lalu Fatimah datang, kemudian Rasulullah Saw memasukkan ke dalamnya. Lalu Ali datang, kemudian Rasulullah Saw memasukkan ke dalamnya. Rasulullah Saw kemudiannya membaca ayat, seperti yang telah disebutkan di dalam Al-Qur'an, pada Surah Al-Ahzab, Ayat 33 :
(33). وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰ ۖ وَأَقِمۡنَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتِينَ ٱلزَّڪَوٰةَ وَأَطِعۡنَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۚ ۥۤ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذۡهِبَ عَنڪُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ وَيُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِيرًا
Maksudnya : "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah pada zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah Swt dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah Swt (memerintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai 'Ahlul Bait', dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
(Surah Al-Ahzab : Ayat 33 / Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam hadith sahih yang lain :
عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِى سَلَمَةَ رَبِيبِ النَّبِىِّ –صلى الله عليه وسلم- قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ عَلَى النَّبِىِّ –صلى الله عليه وسلم- (إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا) فِى بَيْتِ أُمِّ سَلَمَةَ فَدَعَا فَاطِمَةَ وَحَسَنًا وَحُسَيْنًا فَجَلَّلَهُمْ بِكِسَاءٍ وَعَلِىٌّ خَلْفَ ظَهْرِهِ فَجَلَّلَهُمْ بِكِسَاءٍ ثُمَّ قَالَ « اللَّهُمَّ هَؤُلاَءِ أَهْلُ بَيْتِى فَأَذْهِبْ عَنْهُمُ الرِّجْسَ وَطَهِّرْهُمْ تَطْهِيرًا » (رواه الترمذى)
Diriwayatkan dari Umar Bin Abi Salamah, anak isteri Rasulullah Saw, ia berkata, ketika ayat ini turun : "Sesungguhnya Allah Swt bermaksud hendak menghilangkan dosa-dosa dari kamu, wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (Surah Al-Ahzab : Ayat 33)." Di rumah Ummi Salamah, maka Rasulullah Saw memanggil Fatimah, Hasan dan Husain, kemudian menutupi mereka dengan selimut, Ali dibelakangnya lalu ditutupi dengan selimut, kemudian Rasulullah Saw berdoa : "Ya Allah Swt, mereka inilah Ahli Bait-ku. Hilangkanlah segala dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan