Khamis, 31 Ogos 2017

BAB TENTANG BACAAN BISMILLAH DI AWAL SURAH AL-FATIHAH.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ إِذَا قَرَأْتُمْ الفَاتِحَةِ فَاقْرَءُوا ( بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ) فَإِنَّهَا إِحْدَى آيَاتِهَا

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu, bahawa Rasulullah Saw bersabda : "Apabila kamu membaca Surah Al-Fatihah, maka bacalah 'Bismillahirrohmanirrohiim', kerana 'Bismillahirrohmanirrohiim' itu adalah salah satu daripada ayatnya."
(Hadith Riwayat Ad-Daruquthuny)

أنّ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ كان يفتتح الصلاة ببسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah Saw membuka bacaan sholatnya dengan bacaan 'Bismillaahirrohmaanirrohiim'."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi dari Ibn Abbas dan ia berkata : "laysa Isnaaduhu Bi-dzalik", yang menunjukkan bahawa isnadnya tidak kuat)

Hadith dari Anas Radhiyallahu'anhu, ketika ia di tanya tentang bacaan Rasulullah Saw (di dalam shalat), ia menjawab : "Bacaannya panjang. Kemudian baginda membaca :

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(2) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

3) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ

Yang Menguasai Pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

(4) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

(5) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

(6) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(Surah Al-Fatihah)

(Hadith ini dikeluarkan oleh Al-Bukhari. Ad-Daraquthni mengatakan Isnadnya shahih)

Dari Anas Radhiyallahu'anhu, ia berkata, suatu hari Rasulullah Saw berada di hadapan kami dan ia menunduk. Kemudian baginda mengangkat kepalanya sambil tersenyum. Maka kami pun bertanya : "Apakah yang membuatmu tersenyum, wahai Rasulullah Saw?" Rasulullah Saw menjawab : "Baru saja turun surah kepadaku." Kemudian baginda membaca Surah Al-Kautsar :

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1.  إِنَّآ أَعۡطَيۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) dengan kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

2.  فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

3.  إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
(Surah Al-Kautsar : 1 - 3)

(Hadith Riwayat Muslim, An-Nasa'i, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah. At-Tirmidzi mengatakan bahawa ia Hasan Shahih)

فَاتِحَةُ الْكِتَابِ سَبْعُ آيَاتٍ إِحْدَاهُنَّ : بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Fatihatul-kitab (Surah Al-Fatihah) berjumlah sebanyak tujuh ayat. Ayat pertamanya ialah 'Bismillahirrohmanirrohiim'.
(Hadith Riwayat Al-Baihaqi)

عَنْ عَلِيٍّ t كَانَ إِذَا افْتَتَحَ السُّورَةَ فِي الصَّلاَةِ يَقْرَأُ : بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dari Ali Bin Abi Thalib Radhiyallahu'anhu, beliau berkata : "Rasulullah Saw memulakan shalatnya dengan membaca  'Bismillahirrohmanirrohiim'."

(Hadith yang senada juga turut diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dengan isnad yang shahih dari Ummi Salamah, manakala di dalam kitab Al-Majmu' menyebutkan bahawa ada enam orang sahabat yang meriwayatkan hadith tentang 'Bismillah' dengan mengatakan bahawa ianya adalah sebahagian daripada Surah Al-Fatihah)

Tiada ulasan: