Hadith Rasulullah Saw yg berasal dari Ruf'ah Bin Rafi' menurut riwayat Al-Bazar yg disahkan oleh Al-Hakim:
أن النبى صلى الله عليه وسلم سئل أى الكسب أطيب قال عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور
Sesungguhnya Rasulullah Saw pernah ditanya tentang usaha apa yang paling baik. Rasulullah Saw bersabda: "Usaha seseorang dengn tangannya & jual-beli yang mabrur."
(Hadith Riwayat Al-Bazzar)
Dari Abu Hurairah Radhiallahu'anhu, beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Rasulullah Saw pernah melewati setumpuk makanan, lalu baginda memasukkan tangan ke dalamnya, kemudian tangan baginda menyentuh sesuatu yg basah. Maka baginda pun bertanya, "Apakah ini wahai pemilik makanan?" Dia menjawab, "Makanan tersebut terkena air hujan, wahai Rasulullah Saw." Lalu baginda bersabda, "Mengapa kamu tidak meletakkannya di bahagian atas agar manusia dapat melihatnya? Barangsiapa yang menipu maka dia bukanlah dari golonganku."
(Hadith Riwayat Muslim - No.102)
Dari Hakim Bin Hizam Radhiallahu'anhu, Rasulullah Saw bersabda:
الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا بُورِكَ لَهُمَا فِي بَيْعِهِمَا وَإِنْ كَذَبَا وَكَتَمَا مُحِقَ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَ
"Kedua-dua orang yang bertransaksi di dalam urusan jual beli berhak melakukan khiyar selama kedua-duanya belum berpisah. Jika kedua-duanya jujur & terbuka, maka kedua-duanya akan mendapatkan keberkahan didalam urusan jual beli itu. Tetapi jika kedua-duanya berdusta & tidak terbuka, maka keberkahan urusan jual beli di antara kedua-duanya akan terhapus."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari - No.1937 & Hadith Riwayat Muslim - No.1532)
Abu Hurairah Radhiallahu'anhu berkata, Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda:
الْحَلِفُ مُنَفِّقَةٌ لِلسِّلْعَةِ مُمْحِقَةٌ لِلْبَرَكَةِ
Sumpah itu (memang biasanya) melariskan dagangan urusan jual beli namun bisa menghilangkan keberkahannya."
(Hadith Riwaya Al-Bukhatri - No.1945 & Hadith Riwayat Muslim - No.1606)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari Radhiallahu anhu, bahawa dia telah mendengar Rasulullah Saw bersabda:
إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِي الْبَيْعِ فَإِنَّهُ يُنَفِّقُ ثُمَّ يَمْحَقُ
Jauhilah oleh kalian dari banyak bersumpah di dalam berdagang, kerana ianya (kebiasaannya) dapat melariskan dagangan itu, tetapi kemudiannya akan menghapuskan keberkahannya."
(Hadith Riwaya Muslitm - No.1607)
Allah Swt berfirman, yang bermaksud :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ . فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ فَأْذَنُواْ بِحَرْبٍ مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ . وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِنكُنتُمْ تَعْلَمُون
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah Swt & tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakannya (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah Swt & Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya & tidak (pula) dianiaya.Dan jika (orang yang berhutang itu) di dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau ke semua hutang) itu, adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 278 - 280)
لا يحل مال امرئ مسلم إلا بطيب نفس منه. رواه أحمد والدارقطني والبيهقي، وصححه الحافظ والألباني
"Tidaklah halal harta seseorang muslim itu kecuali dengan dasar kerelaan jiwa darinya."
(Hadith Riwayat Ahmad, Ad-Daruquthni, Al-Baihaqi)
و عن ابى سعيد قال : نهى رسول الله ص م عن الملامسة والمنابداة فى البيع و الملامسة لمس الرجل ثوب الاخر بيده باليل او بالنهار ولا يقلبه و المنابدة ان ينبد الرجل الى الرجل بثوبه وينبد الاخر بثوبه ويكون دلك بيعهما من غير فظر ولا تراض
"Rasulullah Sawmelarang jual beli barang secara mulamasah & munabazah. Mulamasah, pembeli hanya memegang kain (baik di siang mahu pun di malam hari) tanpa dibolak-balik terlebih dahulu. Munabazah, penjual melemparkan kain kepada pembeli & kemudian kembali dilempar kepada penjual. Penjualnya hanya didasarkan atas saling percaya."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
*Nota : Hadith di atas menunjukkan bahawa cara penjualan muhaqalah, mukhalasah, munabazah, mulamasah dan mubazanah adalah dilarang. Penjualan gharar (yang mengandung unsur penipuan), seperti menjual ikan yang masih di dalam kolam atau menjual burung yang masih berada di angkasa. Hal ini disepakati adalah termasuk di dalam bahagian menjual barang yang belum ada, menjual sesuatu yang belum diketahui, menjual budak yang belum dilihat & setiap penjualan yang mungkin dapat menipu pembeli.
عن ابى عمر ان النبى ص م نهى عن بيع التجارحتى يبدو صلاحها. نهى البائع والمبتاع
"Bahwasanya Rasulullah Saw melarang kita menjual buah-buahan sebelum nyata baik (matangnya). Larangan tersebut berlaku terhadap si penjual & si pembeli."
(Hadith Riwayat Al-Jamaah selain Hadith At-Tirmidzi)
و عن انس, ان النبى ص م نهى عن بيع الثمرة حتى تزهى. قالوا : وما تزهى ؟ قال "تحمر". وقال ادا منع الله الثمرة فبم تستحل مال اخيك ؟
"Bahwasanya Rasulullah Saw melarang menjual buah-buahan (kurma) sehingga berwarna merah. Para sahabat bertanya tentang erti izhak. Maka Rasulullah Saw menjawab, "Berwarna merah”. Kemudian baginda bersabda lagi "Apabila Allah Swt menimpakan bencana ke atas buah-buahan itu, maka dengan apa engkau menghalalkan harta saudara engkau."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
JUAL-BELI GHARAR.
Jual-beli gharar adalah jual-beli barang yang mengandungi kesamaran. Hal itu dilarang di dalam Islam. Rasulullah Saw bersabda:
لا تشترو االسمك فى الماء فاءنه غرور
"Janganlah kamu membeli ikan di dalam air, kerana jual-beli seperti itu adalah termasuk dari gharar (menipu )."
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan