Rabu, 21 Februari 2018

FAKTA YANG MENGGEMPARKAN DI SEBALIK KELUARGA SAUD DAR'IYYAH.

Pada tahun 1960an, radio Sawtul Araby di Kaherah, Mesir dan pemancar radio di San'a, Yaman telah membuktikan bahawa nenek moyang keluarga Saud Dar'iyyah (Imam Muhammad Ibn Al-Saud Dar'iyyah) adalah berketurunan Yahudi. Bahkan Raja Faisal tidak boleh menyanggah kenyataan itu ketika menyatakan kepada 'The Washington Post' Pada 17 September 1969 dengan mengatakan : "Kami (keluarga Saud) adalah keluarga Yahudi. Kami sepenuhnya tidak bersetuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhan kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan aman dan damai. Negeri kami Saudi Arabia adalah merupakan sumber awal Yahudi dan nenek moyangnya, lalu menyebar keseluruh dunia." Demikianlah deklarasi Raja Faisal Al-Saud Ibn Abdul Aziz.

Dinasti kekeluargaan Al-Saud Dar'iyyah bermula pada tahun 1175 Hijrah/1744 Masihi, yang diasaskan oleh Imam Muhammad Ibn Al-Saud di Ad-Dar'iyyah yang terletak di kawasan sebelah barat di Najdi (Riyadh). Beliau bersama-sama dengan tokoh agama pembaharuan Islam, Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab Bin Sulaiman Bin Ali Bin Musyarraf Al-Tamim An-Najdi mengasaskan fahaman Al-Wahabiyyah. Mereka bergerak dan menyatakan dakwah menuju kemuliaan Tauhid kepada Allah Swt, mencegah perbuatan bid'ah dan kurafat, dengan kembali kepada ajaran para Salafussoleh dan berpegang teguh kepada dasar-dasar Islam yang lurus berpandukan Al-Qur'an dan Hadith.

Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab Bin Sulaiman Bin Ali Bin Musyarraf adalah dari susur galur keturunan kabilah dari Bani Tamim. Hasil daripada kerjasama tersebut, Imam Muhammad Ibn Al-Saud Dar'iyyah dengan Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab yang mahu kembali kepada ajaran Islam, menyebarkan Tauhid yang baru yang telah didoktrinkan menerusi kekuatan pedang pada tahun 1744 masihi. Persoalannya, mengapa Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab dan Imam Muhammad Ibn Al-Saud Dar'iyyah menggunakan pengaruh politik untuk mengembangkan aliran ini dengan menggunakan 'Doktrin Pedang' pada panji-panji mereka? Ini adalah kerana aliran ini telah mendapat pertentangan daripada sebahagian besar para ulama' Ahul Sunnah Wal Jamaah yang menolak dengan apa yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab, pengasas fahaman Al-Wahabiyyah pada kurun ke 12.

Bagi pandangan Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab, sesiapa sahaja yang tidak mahu menerima pembaharuan ini, maka darahnya halal di bunuh. Pembahagian Tauhid 3 iaitu Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma Wa Sifat menjadi doktrin utama bagi aliran Al-Wahabiyyah sehingga para ulama' pada zamannya terpaksa menolak beliau dengan menghasilkan beberapa kitab termasuk abangnya sendiri iaitu Syeikh Sulaiman Ibn Abdul Wahab. Di antara sebab kitab-kitab ini menolak pembahagian Tauhid tersebut adalah kerana ia mudah mengkafirkan umat Islam yang mendukung akidah Imam Abu Hasaan Al-Asya'ari Rahmatullah (Al-Asya'ariah) dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi Rahmatullah (Al-Maturidiyyah) yang muncul pada kurun ke 4 iaitu pada 260 Hijrah di Basrah, Iraq.

1. Fasl Al-Khitab Fi Radd 'Ala Muhammad Ibn Abdul Wahab oleh Syeikh Sulaiman Ibn Abdul Wahab.

2. As- Sowa'qul Liahiyyah Fi Raddi 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab.

3. Ad-Durarus Saniyah Fi Al-Raddi 'Ala Al-Wahabiyyah Oleh Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, yang juga digelar oleh para penyokong wahabi sebagai Ulama' Sufi penyembah kubur!

4. Fitnah Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.

5. Khulastul Kalam Fi Bayani 'Umara Al- Haram karangan oleh Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.

6. Saif Al-Jabbar oleh Syeikh Fadhlur Rasul Al-Aqwal Al-Mardiyyah Fi Al-Raddi 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Al-Faqih 'Atha 'Al-Kasam Al-Dimashqi Al-Hanafi.

7. Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Abu Hafs Umar Al-Mahjub.

8. Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Sholeh Al-Kuwaisy Al-Tunisi.

9. Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Muhammad Sholeh Al-Zamzami Al-Syafie.

10. Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Ibrahim Ibn Abdul Qadir Al-Tarabulasi Al-Riyahi Al-Tunisi.

11. Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Al-Makhdum Al-Mahdi.

12. Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Qadhi Jama'ah di Maghribi, Syeikh Ibn Kiran Syeikh Ismail Al-Tamimi Al-Maliki.

13. Ar-Radd 'Ala Abdul Wahab Al-Syafie Al-Ahmadi Al-Makki.

14. At-Taudhiih 'Ala Al-Khallaq Fi jawab ahli Al-Iraq 'Ala Muhammad Ibn Abdul Wahab, karangan oleh Syeikh Abdullah Afendi Al-Rawi.

15. Al-Haqiqah Al-Islamiyyah Fi Ar-Raddi 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Abdul Ghani Ibn Sholeh Hamdah.

16. Ad-Dalil kafi Ar-Radd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Misbah Ibn Muhammad Syabqalu Al-Beiruti.

17. Al-Haq Al-Mubin Fi Ar-Dadd 'Ala Al-Wahabiyyah oleh Syeikh Ahmad Sa'id Al-Faruqi Al-Sirhindi Al-Naqsyabandi.

18. Al-Haqaiq Al-Islamiyah Fi Radd 'Ala Faruqi Al-Sirhindi Al-Naqsyabandi.

19. Ar-Radd 'Ala Muhammad Ibn Abdul Wahab Syeikh Abdullah Al-Qudumi Al-Hanbali Al-Nablusi.

20. Ar-Radd 'Ala Muhammad Ibn Abdul Wahab Syeikh Abdullah Al-Qudumi Al-Hambali.

21. Risalah Fi Musyajrah Baina Ahl Makkah Wa Ahl Nadj Fil 'Aqidah oleh Syeikh Muhammad Ibn Nasir Al-Hazimi Al-Yamani.

23. Sa'adah Ad-Darain Fi Radd 'Ala Firqatain Al-Wahabiyyah Wa Muqallidah Al-Zhahiriyyah oleh Syeikh Ibrahim Ibn Uthman Bin Muhammad Al-Samhudi Al-Manshuri Al-Misri.

24. Al-Saif Al-Batir Li 'Unuq Al-Munkir 'Ala Akhabir oleh Al-Habib 'Alwi Bin Ahmad Bin Hasan Bin Quthubul Irsyad Al-Habib 'Abdullah Bin 'Alwi Al-Haddad.

Adakah para ulama' Ahul Sunnah Wal Jamaah memfitnah Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab dengan sesuatu yang tidak ada asal-usul periksanya?

Golongan ini mendapat pertentangan yang hebat daripada para ulama' Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang terdiri daripada pelbagai mazhab Fiqah dan 2 mazhab akidah terbesar umat Islam, Al-Asya'ariah dan Al-Maturidiyyah. Menjelang tahun 1902, Abdul Aziz berjaya mendapat sokongan daripada pihak British dan kabilah dari Najdi yang beraliran Al-Wahabiyyah dan seterusnya berjaya menguasai Jazirah Arab. Pada tahun 1913, mereka berjaya menguasai Kota Makkah dan Kota Madinah Al-Munawarah daripada Syarif Makkah iaitu Syarif Hussein Bin Ali, iaitu pemegang yang membelot kepada kerajaan Bani Uthmaniyyah di Hijjaz. Pada tahun 1925 dan 1932, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Hijjaz dan seterusnya tertubuhlah negara Arab Saudi. Pada tahun 1938, Raja Abdul Aziz dan pihak British berjaya menemui telaga minyak dan menjadikannya sumber pendapatan kepada negara Arab Saudi. Namun hasil minyak mentah tersebut yang di bawah pengurusan syarikat Arabian American Oil Company (Aramco) telah dikuasai oleh pihak British dan menyerahkannya kepada Amerika Syarikat. Dari saat itulah tertubuhnya syarikat minyak antarabangsa seperti Shell. Persoalannya, siapakah pemilik sebenar syarikat Arabian American Oil Company (Aramco)?

Raja Abdul Aziz memiliki seramai 45 orang anak lelaki. Kemudian Raja Saud pula menggantikan pengasas pentadbiran diraja tersebut ketika kemangkatan Raja Abdul Aziz pada tahun 1953 dan keturunan mereka terus berkuasa di Hijjaz sehingga kini yang diterajui oleh Raja Salman Bin Raja Abdul Aziz. Adakah Dinasti kekeluargaan ini bakal berakhir?

Terdapat beberapa hadith yang menyebutkan tentang peristiwa fitnah yang berlaku ke atas umat Rasulullah Saw seperti yang telah disabdakan oleh Baginda sejak 1400 tahun dahulu. Hadith daripada Saiyidina Ibnu Umar Radiyallahu'anhu, bahawa Rasulullah Saw pernah berdoa : "Ya Allah, berilah kami barakah pada negeri Syam. Ya Allah, berilah kami barakah pada negeri Yaman."
Sahabat bertanya : "Termasuk Najdi?"
Kemudian Rasulullah Saw berdoa lagi : "Ya Allah, berilah kami barakah pada negeri Syam, Ya Allah berilah kami barakah pada negeri Yaman." Seorang Sahabat mencelah : "Najdi?"
Baginda berdoa lagi : "Ya Allah, berilah kami barakah pada negeri Syam. Ya Allah, berilah kami barakah pada negeri Yaman.
Sesungguhnya akan keluar dari arah sana (Najdi), iaitu terjadinya gempa goncangan fitnah dan huru-hara dan disana juga munculnya dua tanduk syaitan."
(Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari)

Hadith ini direkodkan oleh Imam Ibnu Majah Rahmatullah, daripada Sayyidina Ats-Tsauban Radhiyallahu'anhu. Telah menceritakan kepada kami Muhammad Bin Yahya dan Ahmad Bin Yusuf, keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Abdurazaq daripada Sufyan At-Tsauri, daripada Khalid Bin Al-Khadza, daripada Abu Qilabah, daripada Abu Asma Ar Rahabi, daripada Sayyidina Ats-Tsauban Radhiyallahu'anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Saw bersabda : "Akan berlaku perebutan kuasa tiga orang khalifah, kesemuanya anak-anak khalifah. Namun semuanya tidak mendapat apa yang diperebutkan itu. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah timur yang mana pasukan pembawa bendera tersebut melakukan peperangan terhadap kalian dengan cara yang belum pernah dilakukan oleh sesuatu kaum."
Kemudian Rasulullah Saw menyebutkan sesuatu yang tidak aku hafal. Lalu Baginda bersabda : "Apabila kamu melihatnya, maka berjanji setialah kepadanya, meskipun jalan yang harus engkau tempuhi itu dengan cara merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifatullah (Al-Mahdi) yang mendapatkan petunjuk."
(Hadith direkodkan oleh Imam Ibnu Majah No.4084) dan Imam Al-Hakim (Al-Mustadrak 4/510)

Kejatuhan empayar Islam Bani Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924 merupakan pengakhiran pemerintahan khalifah secara Mulkan Adhudhan yang berlangsung sejak sekian lama. Kemudian umat islam masuk pada fasa ke 4, Mulkan Jabbriyyan iaitu pemerintahan secara Zalim sehingga kini.

Hadith daripada Sayyidina Salman Al-Farisi Radhiyallahu'anhu, ia bercerita bahawa masa-masa di antara Isa dan Nabi Muhammad Saw adalah selama 600 tahun." (Hadith direkodkan Al-Bukhari).

Sehingga umur umat Nasrani yang dihitung dari sejak diutuskan Nabi Isa Bin Maryam Alaihissalam sehingga diutuskan Nabi Muhammad Saw adalah 600 tahun.

Perhitungan umat yang terdahulu.
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu'anhu dari Rasulullah Saw (kepadanya), kemudian ia berkata : "Umur Adam adalah 1000 tahun." Kemudian ia berkata : "Antara Adam dengan Nuh adalah 1000 tahun, dan antara Nuh dengan Ibrahim adalah 1000 tahun, dan antara Ibrahim dengan Musa adalah 700 tahun, dan antara Musa dengan Isa adalah 1500 tahun, sedangkan antara Isa dengan Nabi Muhammad Saw adalah 600 tahun."
(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Hakim)

Rasulullah Saw mendoakan kebaikan kepada Sayyidina Abu Musa Al-Asy'ari, Abu Ayoub Al-Ansari dengan Salman Al-Farisi. Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah Saw bahawa : "Ummatku yg benar adalah Al-Jamaah. Al-Jamaah adalah sanadnya akan ditemui dari sahabat Rasulullah Saw iaitu Abu Musa Al-Asy'ari dan Abu Ayoub Al-Ansari melalui anak cucu mereka iaitu Abu Hasan Al-Asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi (keturunan Abu Ayoub), sementelah salman akan ditemui melalui cucu-cicit Rasulullah Saw iaitu keturunan Sayyidina Hussin yang berkahwin dengan keturunan Salman Al-Farisi dan kebetulan pula keturunan Rasulullah Saw menyebarkan Mazhab Ahlulbait melalui Imam Ja'afar Ash-Shadiq yang diteruskan oleh penerusnya iaitu dua orang murid Imam Ja'afar Ash-Shadiq iaitu Imam Nu'man Abu Hanifah dan Imam Malik Ibn Anas. Dasar ini diteruskan pula melalui anak murid Imam Malik iaitu Imam Asy-Syafi'i dan bersambung kepada Imam Ahmad iaitu murid utama Imam Asy-Syafi'i. Bermakna benarlah Mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah datangnya dari dua orang sahabat Rasulullah Saw iaitu dari Abu Musa Al-Asy'ari dan Abu Ayoub Al-Ansari dan Mazhab Ahlulbait pula dari kesinambungan Ahlulbait Rasulullah Saw dan di jaga oleh keturunan Salman Al-Farisi. Mazhab Ahlul Sunnah adalah Mazhab Aqidah Usuludin melalui Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi, sementara Mazhab Fiqh Ibadah pula datangnya dari Mazhab Ahlulbait yang di sambung oleh 4 Imam Mazhab yg terbesar. Maka kita adalah bermazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah Wal Ahlulbait.

Wahabbiyah Wal Salafiyah?
Mereka adalah orang-orang yang tidak bersanad dan sesat yang terputus nikmat Allah Swt kerana mereka memusuhi Al-Jamaah dan Ahlulbait.

Wallahu'alam...

Tiada ulasan: