عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَقُولُ :
قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: قَسَمْتُ الصَّلاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: حَمِدَنِي عَبْدِي. وَإِذَا قَالَ: الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي. وَإِذَا قَالَ: مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ، قَالَ مَجَّدَنِي عَبْدِي .وَقَالَ مَرَّةً: فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي. فَإِذَا قَالَ: إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ، قَالَ: هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ: اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ، قَالَ: هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ.
رواه مسلم
Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu berkata, bahawa Rasulullah Saw bersabda : "Allah Swt berfirman yang bermaksud : "Aku bagikan shalat (doa / bacaan shalat) di antara-Ku dan hamba-Ku dua bahagian, dan untuk hamba-Ku apa yang ia minta. Jika seorang hamba mengucapkan 'الحمد لله رب العالمين' (segala Puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam), maka Allah Swt berfirman : "Hamba-Ku telah memuji-Ku." Jika seorang hamba mengucapkan 'الرحمن الرحيم' (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang), maka Allah Swt berfirman : "Hamba-Ku memuji-Ku'. Jika seorang hamba mengucapkan 'مالك يوم الدين', maka Allah Swt berfirman : "Hamba-Ku memuji-Ku." Jika seorang hamba mengucapkan 'إياك نعبد وإياك نستعين' (hanya kepada-Mu kami menyembah, dan hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan), maka Allah Swt berfirman : "Ini bahagian-Ku dan hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang ia minta." Jika seorang hamba mengucapkan 'اهدنا الصراط المستقيم صراط اللذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين' (Tunjukilah kami ke jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan mereka yang di murkai atau mereka yang sesat), maka Allah Swt berfirman : "Ini bahagian hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang ia minta."
(Hadith Riwayat Imam Muslim : No.598)
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
بَيْنَمَا جِبْرِيلُ قَاعِدٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم ، سَمِعَ نَقِيضًا مِنْ فَوْقِهِ، فَرَفَعَ رَأْسَهُ، فَقَالَ: هَذَا بَابٌ مِنْ السَّمَاءِ فُتِحَ الْيَوْمَ لَمْ يُفْتَحْ قَطُّ إِلاَّ الْيَوْمَ. فَنَزَلَ مِنْهُ مَلَكٌ. فَقَالَ: هَذَا مَلَكٌ نَزَلَ إِلَى الأَرْضِ لَمْ يَنْزِلْ قَطُّ إِلاَّ الْيَوْمَ. فَسَلَّمَ وَقَالَ: أَبْشِرْ بِنُورَيْنِ، أُوتِيتَهُمَا لَمْ يُؤْتَهُمَا نَبِيٌّ قَبْلَكَ: فَاتِحَةُ الْكِتَابِ، وَخَوَاتِيمُ سُورَةِ الْبَقَرَةِ، لَنْ تَقْرَأَ بِحَرْفٍ مِنْهُمَا إِلاَّ أُعْطِيتَهُ.
رواه مسلم
Ibn Abbas Radhiyallahu'anhu bercerita, bahawa pada ketika Malaikat Jibril duduk bersama Rasulullah Saw, tiba-tiba terdengar suara yang memekik dari atas kepalanya. Kemudian Rasulullah Saw bersabda : "Ini adalah suara dari pintu di langit yang belum pernah di buka kecuali pada hari ini, yang kemudiannya telah turun melalui pintu itu Malaikat yang belum pernah turun kecuali pada hari ini. Kemudian Malaikat itu memberi salam dan berkata : "Berilah khabar gembira dengan adanya dua cahaya yang kedua-duanya diberikan kepadamu (Muhammad) dan belum pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelum kamu, iaitu Pembuka Kitab (Surah Al-Fatihah) dan penutup Surah Al-Baqarah. Tidaklah engkau membaca satu huruf dari kedua-duanya kecuali akan diberikan kepadamu."
(Hadith Riwayat Imam Muslim : No.1339 dan Al-Nasa'i : No.903)
عَنْ أَبِي سَعِيدِ بْنِ الْمُعَلَّى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ :
كُنْتُ أُصَلِّي فَدَعَانِي النَّبِيُّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم لَمْ أُجِبْهُ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ أُصَلِّي.
قَالَ:
أَلَمْ يَقُلْ اللَّهُ : اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ؟
ثُمَّ قَالَ:
أَلاَ أُعَلِّمُكَ أَعْظَمَ سُورَةٍ فِي الْقُرْآنِ قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ الْمَسْجِدِ ؟
فَأَخَذَ بِيَدِي، فَلَمَّا أَرَدْنَا أَنْ نَخْرُجَ قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قُلْتَ لَأُعَلِّمَنَّكَ أَعْظَمَ سُورَةٍ مِنْ الْقُرْآنِ.
قَالَ:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُوتِيتُهُ.
رواه البخاري
Abu Sa'id Ibn Al-Mu'alla Radiyallahu'anhu bercerita, bahawa pada ketika aku sedang shalat, Rasulullah Saw telah memanggilku, tetapi aku tidak menjawabnya. Setelah selesai aku pun menjelaskan kepada baginda : "Ya Rasulallah Saw, tadi aku sedang shalat." Kemudian Rasulullah Saw bersabda :
"Tidakkah Allah Swt telah berfirman :
اسْتَجِيبُوا لِلَّه'ِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ',
Maksud : "Penuhilah seruan Allah Swt dan Rasul-Nya apabila Rasul-Nya menyeru kamu!
(Surah Al-Anfal : Ayat 8:24)
Kemudian Rasulullah Saw menyambung :
"Mahukah kamu aku ajarkan sebuah Surah di dalam Al-Qur'an sebelum kamu keluar dari masjid?" Rasulullah Saw pun memegang tanganku, dan pada ketika kami hendak keluar dari masjid, aku pun mengingatkan baginda dengan berkata : "Wahai Rasulullah Saw, engkau tadi telah berkata bahawa engkau akan mengajarkanku Surah yang paling besar di dalam Al-Qur’an." Rasulullah Saw menjawab : "Itulah Surah 'Alhamdulillahi Robbil 'Alamin, iaitu Surah Al-Fatihah dan itu adalah Sab' Al-Mathani dan Al-Qur'an Al-Azim yang telah diturunkan kepadaku."
(Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari : No.4333)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم خَرَجَ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم:
يَا أُبَيُّ ! وَهُوَ يُصَلِّي، فَالْتَفَتَ أُبَيٌّ وَلَمْ يُجِبْهُ، وَصَلَّى أُبَيٌّ فَخَفَّفَ ثُمَّ انْصَرَفَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم فَقَالَ: السَّلامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم: وَعَلَيْكَ السَّلامُ، مَا مَنَعَكَ يَا أُبَيُّ أَنْ تُجِيبَنِي إِذْ دَعَوْتُكَ ؟ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ فِي الصَّلاَةِ. قَالَ: أَفَلَمْ تَجِدْ فِيمَا أَوْحَى اللَّهُ إِلَيَّ أَنْ (اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ) ؟ قَالَ: بَلَى، وَلاَ أَعُودُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ. قَالَ: أَتُحِبُّ أَنْ أُعَلِّمَكَ سُورَةً لَمْ يَنْزِلْ فِي التَّوْرَاةِ وَلاَ فِي الإِنْجِيلِ وَلاَ فِي الزَّبُورِ وَلاَ فِي الْفُرْقَانِ مِثْلُهَا ؟قَالَ: نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : كَيْفَ تَقْرَأُ فِي الصَّلاةِ ؟ قَال:َ فَقَرَأَ أُمَّ الْقُرْآنِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، مَا أُنْزِلَتْ فِي التَّوْرَاةِ وَلا فِي الإِنْجِيلِ وَلاَ فِي الزَّبُورِ وَلاَ فِي الْفُرْقَانِ مِثْلُهَا، وَإِنَّهَا سَبْعٌ مِنْ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُعْطِيتُهُ .
رواه الترمذي
Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu berkata, bahawa Rasulullah Saw keluar menemui Ubai Ibn Ka'ab Radhiyallahu'an dan baginda bersabda : "Hai Ubai Ibn Ka'ab!" Ubai Ibn Ka'ab Radhiyallahu'anhu yang pada ketika itu sedang shalat hanya menoleh namun tidak menjawabnya, dan beliau pun menyegerakan shalatnya. Kemudian dengan segera ia pergi menemui Rasulullah Saw seraya berkata : "Assalamualaika wahai Rasulullah Saw." Rasulullah Saw pun menjawab : "Wa'alaikassalam, apakah yang menghalangi kamu wahai Ubai untuk menjawab panggilanku?" Ubai Ibn Ka'ab Radhiyallahu'anhu pun menjawab : "Aku sedang shalat, ya Rasulullah Saw."
Kemudian Rasulullah Saw bersabda : "Tidakkah kamu dapati dari wahyu yang telah diturunkan kepadaku yang menyatakan :
اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ
"Penuhilah seruan Allah Swt dan Rasul-Nya apabila Rasul-Nya menyeru kamu kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepada kamu."
(Surah Al-Anfal : Ayat 8:24)
Ubai Ibn Ka'ab Radhiyallahu'anhu pun menjawab : "Benar ya Rasulullah Saw. Insya'allah aku tidak akan mengulanginya lagi." Kemudian Rasulullah Saw bersabda : "Mahukah kamu aku ajarkan sebuah Surah yang belum pernah diturunkan di dalam kitab Injil, Taurat dan Zabur, dan tidak juga terdapat di dalam yang sepertinya?" Ubai Ibn Ka'ab Radhiyallahu'anhu menjawab : "Ya, wahai Rasulullah Saw." Lantas Rasulullah Saw bertanya lagi : "Apakah yang kamu baca ketika di dalam shalat?" Ubai Ibn Ka'ab Radhiyallahu'anhu menjawab : "Membaca Ummul Qur'an." Kemudian Rasulullah Saw bersabda : "Demi nyawaku yang ada di tangan-Nya, belum pernah diturunkan ke dalam Kitab Taurat, Injil dan Zabur, juga tidak terdapat di dalam Al-Qur'an yang sepertinya. Itulah Sab' Al-Mathani dan Al-Qur'an Al-Azim yang telah diturunkan kepadaku."
(Hadith Riwayat Imam At-Tirmidzi : No.2800. Beliau mengatakan bahawa hadith ini hasan sahih)
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:
كُنَّا فِي مَسِيرٍ لَنَا فَنَزَلْنَا فَجَاءَتْ جَارِيَةٌ فَقَالَتْ: إِنَّ سَيِّدَ الْحَيِّ سَلِيمٌ، وَإِنَّ نَفَرَنَا غَيْبٌ، فَهَلْ مِنْكُمْ رَاقٍ ؟ فَقَامَ مَعَهَا رَجُلٌ مَا كُنَّا نَأْبُنُهُ بِرُقْيَةٍ، فَرَقَاهُ فَبَرَأَ، فَأَمَرَ لَهُ بِثَلاَثِينَ شَاةً وَسَقَانَا لَبَنًا.فَلَمَّا رَجَعَ قُلْنَا لَهُ: أَكُنْتَ تُحْسِنُ رُقْيَةً أَوْ كُنْتَ تَرْقِي؟ قَالَ: لاَ مَارَقَيْتُ إِلاَّ بِأُمِّ الْكِتَابِ. قُلْنَا: لاَ تُحْدِثُوا شَيْئًا حَتَّى نَأْتِيَ أَوْ نَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم. فَلَمَّا قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ، ذَكَرْنَاهُ لِلنَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم، فَقَالَ:
وَمَا كَانَ يُدْرِيهِ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ؟ اقْسِمُوا وَاضْرِبُوا لِي بِسَهْمٍ!.
متفق عليه
Abu Sa'id Al-Khudri Radhiyallahu'anhu bercerita, bahawa pada suatu ketika kami dalam perjalanan, kami pun singgah di sebuah perkampungan. Tiba-tiba datang seorang budak perempuan mengadukan bahawa pemimpin mereka sakit dan dukun kampung sedang tidak ada, ia lalu bertanya : "Apakah ada di antara kalian yang tahu meruqyah?" Lalu salah seorang di antara kami yang tidak kami ketahui sebelumnya bahawa dia tahu melakukan hal ini, berdiri dan melakukan ruqyah. Dengan izin Allah Swt, pemimpin yang sakit itu pun sembuh. Kemudian beliau memerintahkannya untuk memberi 30 ekor kambing dan memberi kami minum susu. Kemudian, ketika kami kembali, kami pun menanyakannya : "Apakah kamu pandai mengubati / ruqyah, atau pernah melakukannya?" Dia menjawab : "Tidak, aku tidak pernah melakukannya kecuali dengan membaca Ummul Qur’an. Kami pun mengingatkannya agar jangan melakukan apa pun sampai kita datang kepada Rasulullah Saw dan menanyakannya. Ketika kami tiba di Madinah, kami pun menceritakannya kepada Rasulullah Saw dan baginda bersabda : "Apa yang dia ketahui kalau Surah itu ruqyah? Bagikanlah (kambing-kambing itu) dan beri aku sebahagian."
(Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari : No.4623 dan Muslim No.4080)
Wallahua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan