Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah Saw bersabda: "Akan datang suatu masa di mana orang-orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila ia berlari membawanya dari satu puncak bukit ke satu puncak bukit yang lain dan dari satu lubang ke satu lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, maka segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak akan dapat dicapai kecuali dengan perkara-perkara yang membabitkan akan kemurkaan Allah Swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang itu adalah berpunca dari kerana untuk menepati kehendak isteri dan anak-anaknya. Jika ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari kerana untuk menepati kehendak kedua-dua orang tuanya. Jika kedua-dua orang tuanya sudah tiada, maka kebinasaannya adalah berpunca dari kerana untuk menepati kehendak kaum kerabatnya (adik-beradiknya sendiri) atau dari kerana untuk menepati kehendak jiran-jirannya." Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah Saw, apakah maksud perkataan engkau itu?" Rasulullah Saw menjawab: "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan suatu kesempitan di dalam kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan atau memenuhi kehendak mereka dengan menjerumuskan dirinya ke dalam jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya." (Hadis Riwayat Baihaqi)
ZAMAN DIMANA UMAT ISLAM TIDAK AKAN MEMPEDULIKAN DARI MANA PUNCA HASIL HARTA PENCARIANNYA.
Dari Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Rasulullah Saw telah bersabda: "Akan datang pada suatu suatu zaman di mana seseorang itu tidak akan memperdulikan dari mana hasil punca harta pencariannya, apakah ianya dari sumber yang halal atau pun yang haram." (Hadith Riwayat Muslim)
HARTA RIBA’ WUJUD DI MERATA-RATA TEMPAT.
Dari Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah Saw telah bersabda: "Akan tiba pada suatu zaman, tidak akan ada seorang pun yang tidak akan terlibat daripada memakan harta riba. Jika ia tidak terlibat secara langsung, ia pasti akan terkena debu-debunya juga." (Hadith Riwayat Ibnu Majah)
PESANAN LARANGAN RIBA ADALAH SALAH SATU PESANAN TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.
Di dalam khutbah baginda semasa di Arafah ketika baginda menunaikan Haji Wida, Nabi Muhammad Saw telah menyatakan mengenai larangan riba secara Spesifik.
Nabi Muhammad Saw mengetahui bahawa riba adalah senjata pemusnah SENYAP yang diamalkan oleh orang-orang yahudi di dalam proses urusniaga jahilliyah sedangkan ianya adalah suatu larangan daripada Allah Swt yang telah dinyatakan di dalam semua kitab-kitab-NYA sejak dari kitab Taurat sehinggalah kepada kitab Al-Qur'an. Hatta, pengharaman riba juga ada termaktub di dalam agama kristian pada era medieval. Tetapi pada zaman kini umat Islam seperti sudah tidak merasakan bahawa riba itu suatu perbuatan yang berdosa sedangkan dosa riba itu adalah sama seperti seseorang yang melakukan zina dengan ibunya! Jika anda mengatakan bahawa anda tiada pilihan, pasti ada yang bakal mengatakan, jika begitu mereka yang berzina juga tiada pilihan kerana perkahwinan pada hari ini semakin hari telah menjadi semakin sulit. Dosa riba adalah lebih besar dari dosa seorang penzina. Perkahwinan pula adalah untuk mengelakkan zina, tetapi berapa ramai pula yang terpaksa membuat pinjaman dengan riba untuk berkahwin di atas desakan hidup atau desakan dari pihak tertentu?
Rasulullah Saw juga melaknat orang-orang yang menjadi pemakan, pemberi, saksi dan penulis riba sebagaimana yang telah disebut di dalam sebuah hadits sahih, Jabir telah berkata bahawa: "Rasulullah Saw melaknat orang-orang yang memakan riba, memberi (membayar) riba, kedua- dua saksi dan penulisnya, dan baginda juga telah bersabda, golongan ini semuanya adalah sama." (Hadits Riwayat Muslim)
Perkara mengenai riba' ini ada disebutkan di dalam surah Al-Baqarah, ayat 278 hingga 283. Allah Swt berfirman:
(278) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِىَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah Swt dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.
(279) فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۖ وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَڪُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٲلِڪُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu, akan adanya peperangan dari Allah Swt dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
(280) وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ ۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٌ لَّڪُمۡ ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
(281) وَٱتَّقُواْ يَوۡمًا تُرۡجَعُونَ فِيهِ إِلَى ٱللَّهِ ۖ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡسٍ مَّا ڪَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ
Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah Swt. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
(282) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيۡنٍ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَٱڪۡتُبُوهُ ۚ وَلۡيَكۡتُب بَّيۡنَكُمۡ ڪَاتِبُۢ بِٱلۡعَدۡلِ ۚ وَلَا يَأۡبَ كَاتِبٌ أَن يَكۡتُبَ ڪَمَا عَلَّمَهُ ٱللَّهُ ۚ فَلۡيَڪۡتُبۡ وَلۡيُمۡلِلِ ٱلَّذِى عَلَيۡهِ ٱلۡحَقُّ وَلۡيَتَّقِ ٱللَّهَ رَبَّهُ ۥ وَلَا يَبۡخَسۡ مِنۡهُ شَيۡـًٔا ۚ فَإِن كَانَ ٱلَّذِى عَلَيۡهِ ٱلۡحَقُّ سَفِيهًا أَوۡ ضَعِيفًا أَوۡ لَا يَسۡتَطِيعُ أَن يُمِلَّ هُوَ فَلۡيُمۡلِلۡ وَلِيُّهُ ۥ بِٱلۡعَدۡلِ ۚ وَٱسۡتَشۡہِدُواْ شَہِيدَيۡنِ مِن رِّجَالِڪُمۡ ۖ فَإِن لَّمۡ يَكُونَا رَجُلَيۡنِ فَرَجُلٌ وَٱمۡرَأَتَانِ مِمَّن تَرۡضَوۡنَ مِنَ ٱلشُّہَدَآءِ أَن تَضِلَّ إِحۡدَٮٰهُمَا فَتُذَڪِّرَ إِحۡدَٮٰهُمَا ٱلۡأُخۡرَىٰ ۚ وَلَا يَأۡبَ ٱلشُّہَدَآءُ إِذَا مَا دُعُواْ ۚ وَلَا تَسۡـَٔمُوٓاْ أَن تَكۡتُبُوهُ صَغِيرًا أَوۡ ڪَبِيرًا إِلَىٰٓ أَجَلِهِۦ ۚ ذَٲلِكُمۡ أَقۡسَطُ عِندَ ٱللَّهِ وَأَقۡوَمُ لِلشَّہَـٰدَةِ وَأَدۡنَىٰٓ أَلَّا تَرۡتَابُوٓاْ ۖ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَـٰرَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيۡنَڪُمۡ فَلَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٌ أَلَّا تَكۡتُبُوهَا ۗ وَأَشۡهِدُوٓاْ إِذَا تَبَايَعۡتُمۡ ۚ وَلَا يُضَآرَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌ ۚ وَإِن تَفۡعَلُواْ فَإِنَّهُ ۥ فُسُوقُۢ بِڪُمۡ ۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ۖ وَيُعَلِّمُڪُمُ ٱللَّهُ ۗ وَٱللَّهُ بِڪُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah Swt telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Swt, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil dan benar), dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah Swt dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah Swt dan (ingatlah), Allah Swt (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah Swt sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(283) ۞ وَإِن كُنتُمۡ عَلَىٰ سَفَرٍ وَلَمۡ تَجِدُواْ كَاتِبًا فَرِهَـٰنٌ مَّقۡبُوضَةٌ ۖ فَإِنۡ أَمِنَ بَعۡضُكُم بَعۡضًا فَلۡيُؤَدِّ ٱلَّذِى ٱؤۡتُمِنَ أَمَـٰنَتَهُ ۥ وَلۡيَتَّقِ ٱللَّهَ رَبَّهُ ۥ ۗ وَلَا تَكۡتُمُواْ ٱلشَّهَـٰدَةَ ۚ وَمَن يَڪۡتُمۡهَا فَإِنَّهُ ۥۤ ءَاثِمٌ قَلۡبُهُ ۥ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٌ
Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Swt. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah Swt sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah : Ayat 278 - 283)
MEKANISMA KEMUSNAHAN SENYAP.
Pada zaman sekarang, anda yang kononnya 'MERDEKA' dan menikahkan anak gadis anda sendiri sebagai walinya telah hilang 'KEMERDEKAAN' yang menjadi salah satu syarat sah seorang wali kerana anda sebenarnya belum lagi 'MERDEKA' dari segala hutang piutang anda. Anda sentiasa merasa anda tidak boleh mati pada hari ini kerana anda masih mempunyai hutang piutang yang tidak mahu anda wariskan kepada anak-anak dan isteri anda nanti. Maka secara tidak langsung anda telah menjadi seorang manusia yang tidak bersedia untuk dipanggil Allah Swt. Setiap jari anda akan bangkit untuk bekerja dari pagi sehingga ke malam KERANA TERPAKSA UNTUK MEMBAYAR HUTANG. Anda mengatakan bahawa anda Mencintai Allah Swt tetapi anda mungkin tidak menyedari bahawa anda hanya meluangkan masa untuk Allah Swt hanya selama 25 Mlminit saja sehari (5 minit untuk setiap waktu) atau mungkin selama satu jam. Sedangkan baki dari masa itu anda gunakan untuk mengejar wang ringgit untuk membayar hutang piutang riba anda. Bukankah itu sama seperti seorang hamba? Berapa ramai di antara kita yang gajinya belum pun sempat masuk ke akaun banknya tetapi telah ada bahagian orang lain daripada gaji tersebut. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kahwin, hutang ceti, hutang kad kredit, hutang pembelajaran dan sebagainya. Jika kita sibuk bekerja kerana untuk membayar segala hutang piutang kita, adakah masa untuk kita membangunkan ummah? Bilakah masanya untuk kita memperkasakan Islam? Adakah lagi baki dari masa kita untuk kita melaksanakan sunnah?
Anda semua sebenarnya kini berada di dalam hutang piutang anda dengan kadar kemampuan PALSU. Anda sebenarnya tidak melihat berdasarkan kemampuan kewangan anda tetapi anda menjengah PUSAT-PUSAT RIBA untuk melihat berapa banyakkah anda layak untuk berhutang.
Golongan BERHUTANG adalah salah satu daripada golongan ASNAF menurut Al-Qur'an dan layak untuk menerima zakat. Jika begitu, kebanyakan daripada kita sebenarnya adalah golongan ASNAF. Jika apa yang terjadi pada kita pada hari ini adalah yang Haq, adakah kita akan menzalimi baitulmal yang terpaksa memberikan kita bantuan zakatnya? Jadi, siapakah pula yang hendak membayar zakat jika kesemua daripada kita adalah golongan PENGHUTANG?
Pada zaman nabi dahulu tiada orang yang berhutang. Jika ada pun yang berhutang, mereka adalah daripada golongan yang S
sangat terdesak dan mungkin mereka berhutang kerana kelaparan dan keputusan bekalan makanan. Golongan-golongan seperti inilah yang layak menerima pembelaan baitulmal dan tergolong di dalam lapan kategori asnaf.
ROTHSCHILD MEWUJUDKAN SISTEM RIBA (SISTEM AD-DAJJAL)
Pada hari ini kita mampu untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM500,000 hanya dengan pinjaman. Contohnya, kita ukur kemampuan kita yang bergaji RM5,000 sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita merasa kita mampu menanggung hutang tersebut. Lalu kita membuat pembayaran rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang telah kita langsaikan berjumlah RM1,500,000. RM1 juta tersebut adalah faedah yang diambil oleh pihak bank di mana kita membuat pinjaman tersebut. Sistem riba telah menjadikan nilai barang atau sesuatu perkara itu menjadi mahal. Ini adalah kerana kos tambahan dari sistem riba di dalam seluruh rantaian sistem produksi yang juga menjadi punca pertambahan 'Demand' akibat keghairahan nafsu membeli yang tidak berdasarkan kepada kemampuan seseorang tetapi berdasarkan pada kemudahan berhutang yang disediakan oleh pihak bank.
Tahukah anda, jika tiada sistem riba di dalam dunia ini, rumah yang anda beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 saja. Manakala gaji anda pula mungkin mampu mencecah RM10,000 (pada nilainya dan bukan pada kertasnya).
Pada zaman sekarang, jabatan agama Islam telah melaksanakan hukum Islam sebagai contoh dengan menangkap seorang penzina lalu dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Tetapi apa yang menjadi persoalannya di sini, mengapa pesalah yang melakulan riba di mana ianya merupakan dosa ke-empat terbesar di dalam Islam tidak pula ditangkap. Malah, ianya dibiarkan berleluasa di semua peringkat.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa anda sudah tidak lagi terlibat dengan riba kerana anda telah menggunakan 'SISTEM EKONOMI ISLAM' dan sistem perbankan Islam. Hakikatnya, dari pengertian riba yang sebenarnya, sistem perbankkan Islam hanyalah pada namanya saja yang memperkenalkan akad tanpa perubahan 'Actual' di dalam kekejaman kewangan. Hari ini anda pasti akan merasa keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan pembayaran semula RM1,500,000 berbanding konvensional yang sedikit terbuka dengan spekulasi pasaran yang secara puratanya mungkin lebih rendah dan kadang-kadang (atau jarang-jarang) lebih tinggi dari Islamik. Oleh sebab itu, perbankkan Islam kini telah menjadi suatu agenda Rothschild dan ekonomi dunia kerana ianya lebih menguntungkan dari sistem konvensional. Seperti ayam yang disembelih dengan betul tekniknya oleh Ah Seng dan juga ayam yang disembelih oleh Pak Karim yang dibacakan Bismillah, itu saja bezanya. Secara teknikal ianya sama cuma secara luaran ianya kelihatan Islamik. Malah kadangkala cara sembelihan dan pengurusan Ah Seng mungkin jauh lebih bersih dan sihat. Realitinya, semua bank-bank yang ada di dunia ini adalah milik keluarga Rothschild.
SISTEM RIBA ADALAH AGENDA PENJAJAHAN DAN PERHAMBAAN MODEN.
Pada zaman kini, seorang bayi yang baru saja dilahirkan telah tertulis hutang piutangnya. Seorang lelaki dewasa yang dikatakan sebagai 'MERDEKA' akan berhadapan dengan berbagai-bagai jenis hutang seperti hutang pembelajaran, hutang kad kredit, hutang kenderaan, hutang rumah dan sebagainya. Berapa ramaikah yang masih bebas dari sistem riba? Boleh dikatakan jika jabatan agama Islam telus di dalam menjalankan tanggungjawabnya, pastinya tidak cukup penjara hendak disumbatkan pesalah-pesalah yang melakukan riba ini.
PENJELASAN SECARA TEKNIKAL.
Pada zaman ini, anda berbelanja bukan kerana mengikut kemampuan anda tetapi anda berbelanja mengikut kemampuan yang anda mampu membayarnya sebelum anda MATI. Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang piutang mereka seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana sentiasa berkeinginan untuk membeli kereta baru), hutang rumah (40 tahun atau sampai mati), hutang kahwin (5 - 10 tahun), hutang pembelajaran (5 - 15 tahun), hutang kad kredit dan sebagainya. Semua ini membuatkan ANDA MENJADI ORANG YANG TERJAJAH dan bukannya seorang yang MERDEKA. Anda tidak mungkin mampu untuk melepaskan diri dari segala kekangan hutang-piutang itu sehinggakan anda terpaksa bekerja buat SELAMA-LAMANYA untuk melangsaikan segala hutang-piutang yang telah anda mulakan sejak sedari awal usia anda.
Perhatikan di sini dengan tenang. Contohnya, jika tanpa riba, kita yang bergaji RM3,000 dan kita mampu memiliki kereta bernilai RM10,000 saja. Pengeluar kereta juga akan mengeluarkan kereta pada harga pasaran mampu milik dengan kadaran RM10,000 sebuah kereta. Maka anda akan menabung atau berkongsi wang sehingga cukup RM10,000 dan pergi ke kedai untuk membelinya, bayar dan bawa pulang dengan senang hati. Insuran pun memadailah dengan jenis 'THIRD PARTY' saja. Manakala 'INSURANCE FIRST PARTY' tidak perlu menjadi suatu kewajipan melainkan di atas kesedaran pemilik untuk menginsurankan kereta mereka. Apabila insuran tidak wajib, maka ianya adalah satu pilihan yang mampu kita pilih dan insuran juga akan menjadi rendah premiumnya kerana kita mempunyai pilihan. Tidak seperti sekarang, insuran 'FIRST PARTY' telah menjadi suatu kewajipan. Maka berapa saja yang mereka nilaikan, anda wajib membayarnya tanpa banyak soal. Itu juga adalah salah satu cabang riba, iaitu suatu perniagaan secara paksa, menindas dan mengambil keuntungan yang berlebihan. Pada kes ini, anda akan berbelanja mengikut kemampuan anda. Tetapi apabila sistem riba diperkenalkan, maka anda yang bergaji RM3,000 MAMPU UNTUK MEMBAYAR KEMBALI PINJAMAN ANDA SEHINGGA RM50,000. Maka penjual kereta juga akan bertindak mengikut situasi pasaran yang mana orang sudah mampu memiliki kereta bernilai RM50,000. Maka harga kereta juga akan menjadi sebanyak itu. Ini tidak termasuk lagi dengan perlaksanaan riba di dalam semua lapisan. Contohnya, sebutir skrew pada sebuah kereta yang sepatutnya bernilai RM10,000 itu juga dikilangkan oleh sebuah kilang yang membuat pinjaman dari bank untuk modal pengeluaran mereka. Lalu, kos riba itu ditanggung secara efek domino di dalam keseluruhan rangkaian bekalan. Pengilang enjin pula akan membeli skrew dan nut dari kilang itu secara hutang dan hutang tersebut juga mempunyai kosnya. Walaupun tidak dinyatakan di dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan yang anda beli itu secara tunai, pasti akan mendapat diskaun. Sebenarnya ia bukanlah diskaun tetapi itulah harga sebenarnya. Jika di beli secara hutang atau 'consignment', ia akan menjadi tinggi harganya dan di sinilah berlakunya riba. Ini tidak termasuk lagi dengan kilang pengeluar enjin yang juga membuat pinjaman dengan pihak bank untuk modal pengeluaran enjin mereka. Pendek kata, jika hendak memahami akan hal ini, dalamilah atau cuba gali sehingga ke lombong besi yang menggali besi untuk dibuat material skrew tadi, dan anda akan dapati bahawa riba itu berlaku di dalam segala lapisan dan kosnya akan terus meningkat.
Jelas sekali riba itu berlarutan di dalam semua rangkaian bekalan. Maka, kereta yang sepatutnya berharga RM10,000 dengan kos pembuatan RM7,000 akan meningkat kos pembuatannya sehingga menjadi RM30,000 dan dijual pula pada harga RM50,000 mengikut KADAR KEMAMPUAN PASARAN MEMBUAT PINJAMAN dan bukannya berdasarkan kos pembuatan sebenar.
Dan oleh sebab tiada pilihan kerana riba sudah menjadi suatu sistem ekonomi yang telah menguasai kehidupan anda, maka anda terpaksa memakan riba itu. Jika tidak pun, anda pasti akan terkena debu-debunya. Sedangkan Allah Swt sudah mengatakan bahawa pemberi dan penerima riba, kedua-duanya adalah sama saja.
HALUSNYA KONSPIRASI MEREKA.
Selagi Islam belum hancur, selagi itulah musuh-musuh Islam akan terus berusaha untuk menghancurkan Islam. Tidakkah anda mempelajari bagaimana skim ekonomi ponzi yang dilaksanakan oleh USA telah menumbangkan gergasi ekonomi ini? Krisis ekonomi sub-prima yang juga disebabkan oleh hutang-piutang dan riba-riba yang dilaksanakan secara sistemik. Manakala kita pula, hendak mengikut akan model kejatuhan tersebut. Contohnya, 'Household Debt' (hutang isi rumah) di Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia. Jika keadaan ini berterusan, anda sedia maklum apa yang akan berlaku kepada kita nanti.
IKHTIAR MENCARI JALAN KELUAR DARI KEPOMPONG KONSPIRASI AD-DAJJAL.
Pada hari ini, berapa ramaikah yang mahu menjengah Al-Qur'an apabila mereka menghadapi masalah? Jika ada, berapa ramai pula yang benar-benar memahami ayat-ayatnya? Berapa ramai pula yang melaksanakan jalan penyelesaian yang telah diberikan oleh Allah Swt di dalam Al-Qur'an?
Atau kita hanya sekadar mengeluh TANPA ADA USAHA UNTUK MELAKUKAN ISLAH?
Jika begitu, kita seolah-olah seperti seekor anjing yang menyalak-nyalak hingar kerana terdapat paku di tempat tidurnya tetapi tidak pula mahu berganjak dari tempat tidurnya tersebut.
Fikirkan semula, adakah kita ini 'HAMBA TUHAN' atau 'HAMBA TUAN'?
Adakah kita benar-benarkah sudah 'MERDEKA'?