Sabtu, 10 Disember 2016

DAULAH KHILAFAH ISLAMIAH.

Kebanyakkan umat Islam pada masa kini mengakui eksistensi Daulah Khilafah di dalam sejarah. Mereka menggambarkan tentang Khilafah dengan bermacam-ragam dan bias. Ada yang menyamakan Khilafah dengan sistem berkerajaan. Ada yang menganggap Khilafah sebagai suatu sistem pemerintahan otoriter dan anti-demokrasi. Ada yang memandang Khilafah sama seperti sistem pemerintahan teokrasi. Ada juga yang menilai Khilafah sebagai sistem pemerintahan gabungan di antara demokrasi dan teokrasi (teodemokrasi). Ketika diperjelaskan bahawa sistem pemerintahan Khilafah bukanlah seperti sistem monarki (kerajaan), republik, kekaisaran (imperium) dan federasi, sebahagian dari kalangan umat Islam sendiri ada yang menyindir dengan menganggap bahawa Khilafah adalah suatu sistem pemerintahan yang 'bukan-bukan'. Sikap mereka yang sedemikian adalah disebabkan oleh beberapa perkara, iaitu:

i. Umat Islam sudah terlalu lama hidup di bawah sistem pemerintahan sekular.

ii. Pendidikan politik di bangku-bangku sekolah dan lembaga pendidikan hanya memperkenalkan model-model pemerintahan seperti sistem monarki, republik, imperium atau federasi tanpa pernah memasukkan sistem Khilafah di dalam modul pembelajaran di sekolah-sekolah sebagai salah satu model pemerintahan di luar model 'mainstream' tersebut.

iii. Generasi umat Islam pada saat ini telah semakin jauh dari akar sejarah masa lalu mereka, termasuk sejarah Kekhilafahan Islam yang amat panjang, iaitu selama lebih dari 13 abad.

Penulisan berikut, meski pun ianya serba ringkas, tetapi tujuannya adalah ingin memperkenalkan apakah itu Khilafah, supaya kita sedikit sebanyak dapat mengenali dan memahami hakikat sebuah Khilafah sebagai sebuah sistem pemerintahan Islam yang khas, yang berbeza daripada kesemua sistem pemerintahan yang ada di dunia pada saat ini.

PENERANGAN MENGENAI KHILAFAH DAN KHALIFAH.
1. KHILAFAH.
Menurut bahasa, khilafah berasal dari bahasa arab yakni  خَلَفَ – يَخْلُفُ - خَلَفًا وَ خِلاَ فَة
yang bermaksud menggantikan atau menjadi pengganti. Kata  خِلاَ فَة  dapat diertikan sebagai kekuasaan atau pemerintahan. Manakala menurut istilah, Khilafah iaitu susunan pemerintahan yang di atur menurut ajaran Islam, di mana aspek-aspek yang berkenaan dengan pemerintahan keseluruhannya berlandaskan ajaran Islam.

Bentuk khilafah yang benar-benar murni adalah berlandaskan hukum-hukum Al-Qur'an dan As-Sunnah seperti yang pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah Saw dan zaman Khulafa' Ar-Rasyidin, di mana hukum-hukum Al-Qur'an dan As-Sunnah yang diterapkan benar-benar diikuti dan ditaati secara konsisten oleh seluruh kaum muslimin.

Adanya khilafah memang sangat diperlukan oleh umat Islam, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang kerana ianya amat berkaitan di dalam segala aspek kehidupan umat Islam. Tanpa adanya khilafah, kehidupan kebersamaan umat Islam tidak akan teratur, kemakmuran bersama tidak akan tercapai, bahkan eksistensi Islam dan umatnya akan terancam. Na'udzubillahi min dzaliik....
Adanya khilafah atau pemerintahan di dalam Islam bukanlah sebagai tujuan, tetapi ianya sebagai alat untuk mencapai tujuan. Ada pun tujuan khilafah itu ialah:

i. Terciptanya kehidupan beragama yang mantap di dalam pengamalannya dengan segala aspek kehidupan umat, baik di dalam kehidupan peribadi, masyarakat dan negara.

ii. Terwujudnya kehidupan bermasyarakat yang adil, makmur dan sentosa di seluruh lapisan masyarakat, serta jauh dari rasa takut dan kekhawatiran yang berasal dari bangsanya sendiri mahu pun dari luar bangsanya.

iii. Agama Islam dapat tumbuh dan berkembang dengan baik dan teratu dan pada sisi lainnya umat Islam dapat memperoleh kebahagiaan zahir dan batin. Tujuan ini juga sebagaimana yang telah disebutkan di dalam Al-Qur'an, iaitu :

بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُوْرٌ (سبا : ١٥)
Ertinya : Negeri makmur, aman dan tenteram serta berada dalam keredhaan Allah swt.

2. KHALIFAH (خَلِيْفَة)
Khalifah adalah pengganti atau wakil Allah Swt untuk melaksanakan undang-undang-Nya di muka bumi ini, sekaligus melanjutkan kelangsungan kepemimpinan Rasulullah Saw, baik di dalam pengurusan keduniaan mahu pun akhirat. Kata Khalifah bermaksud pengganti, iaitu pengganti kedudukan yang ditinggalkan oleh pendahulunya. Khalifah dapat juga diertikan sebagai orang yang memegang tampuk pemerintahan atau orang yang diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menjalankan pemerintahan berpandukan syari'ah Islam.

Khalifah dari segi khususnya bermaksud ketua negara setelah Rasulullah Saw atau pengganti Rasulullah Saw sebagai ketua negara, tetapi bukan menggantikan kedudukannya sebagai Nabi dan Rasul. Di antara khalifah yang tersohor setelah Rasulullah Saw ialah Abu Bakar Shiddiq ra, Umar Bin Khattab, Utsman Bin Affan, Ali Bin Abi Thalib dan seterusnya.
Maka dengan yang demikian, perbezaan Khilafah dengan khalifah ialah :

i. Khilafah adalah suatu bentuk pemerintahan atau kepemimpinan.

ii. Khalifah adalah individu, iaitu pemimpin atau pemerintah.

iii. Khilafah merupakan bentuk Mashdar, manakala Khalifah pula di dalam bentuk Isim sifat.


DEFINISI KHILAFAH.

1. KHILAFAH DARI SUDUT BAHASA.
Khilafah menurut makna bahasa merupakan mashdar dari fi'il madhi khalafa, yang bererti: menggantikan atau menempati tempatnya (Munawwir, 1984:390). Khilafah menurut Ibrahim Anis (1972) adalah orang yang datang setelah orang lain lalu menggantikan posisinya (Al-Mu'jam Al-Wasith, I/251. Lihat juga: Ibn Manzhur, Lisan Al-'Arab, I/882-883)

Jadi, menurut bahasa, khalifah adalah orang yang mengantikan orang yang sebelumnya. Jamaknya, khala'if atau khulafa'. Allah Swt berfirman:

وَقَالَ مُوسَى لِأَخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي
"Berkata Musa kepada saudaranya, Harun, 'Gantikanlah aku di dalam (memimpin) kaumku'." (Surah Al-A'raf : Ayat 7:142).

Menurut Imam Ath-Thabari, makna bahasa inilah yang menjadi alasan mengapa As-Sulthan Al-A'zham (salah seorang penguasa besar umat Islam) di sebut sebagai khalifah, kerana beliau telah menggantikan penguasa yang sebelumnya, yang juga secara tidak langsung menggantikan posisinya. (Ath-Thabari, Tafsir Ath-Thabari, I/199)

2. KHILAFAH MENURUT SYARI'AH.
Kata khilafah banyak dinyatakan di dalam hadits, misalnya:

إنَّ أَوَّلَ دِيْنِكُمْ بَدَأَ نُبُوَّةً وَرَحْمَةً ثُمَّ يَكُوْنُ خِلاَفَةً وَرَحْمَةً ثُمَّ يَكُوْنُ مُلْكاً جَبَرِيَةً

Sesungguhnya (urusan) agama kalian berawal dengan kenabian dan rahmat, lalu akan ada khilafah dan rahmat, kemudian akan ada kekuasaan yang tiranik. (Hadits Riwayat Al-Bazzar).

Kata khilafah di dalam hadits ini memiliki pengertiannya iaitu sistem pemerintahan atau pewaris pemerintahan kenabian. Hal Ini diperkuatkan lagi oleh sabda Rasulullah Saw:

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُم الأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ
Dahulu Bani Israel di pimpin dan di urus oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi wafat, nabi lain menggantikannya. Namun, tidak ada nabi setelahku, dan yang akan ada adalah para khalifah, yang berjumlah banyak. (Hadits Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Di dalam pengertian syari'ah, Khilafah digunakan untuk menyebut orang yang menggantikan Nabi Muhammad Saw di dalam urusan kepemimpinan negara Islam (Ad-Dawlah Al-Islamiyah) (Al-Baghdadi, 1995:20). Inilah pengertiannya pada masa permulaan awal Islam. Kemudian, di dalam perkembangan selanjutnya, istilah Khilafah digunakan untuk menyebut sebuah negara Islam itu sendiri. (Al-Khalidi, 1980:226. Lihat juga: Dr. Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, IX/823).

Banyak sekali definisi mengenai Khilafah, atau di sebut juga dengan imamah, yang telah dirumuskan oleh para ulama'. Dan kesimpulannya adalah seperti berikut:

i. Khilafah adalah kekuasaan umum ke atas seluruh umat, perlaksanaan urusan-urusan umat, serta pemikulan tugas-tugasnya (Al-Qalqasyandi, Ma'atsir Al-Inafah Fi Ma'alim Al-Khilafah, I/8).

ii. Imamah (Khilafah) ditetapkan bagi pengganti kenabian di dalam penjagaan urusan agama dan pengaturan urusan dunia (Al-Mawardi, Al-Ahkam As-Sulthaniyah, halaman 3).

iii. Khilafah adalah pengembangan seluruh urusan umat sesuai dengan kehendak pandangan syariah di dalam kemaslahatan-kemaslahatan mereka, baik ukhrawiyah mahupun duniawiyah, yang kembali pada kemaslahatan ukhrawiyah (Ibn Khladun Al-Muqaddimah, hlm. 166 & 190).

iv. Imamah (Khilafah) adalah kepemimpinan yang bersifat menyeluruh sebagai kepemimpinan yang berkaitan dengan urusan khusus dan urusan umum di dalam kepentingan-kepentingan agama dan dunia (Al-Juwaini, Ghiyats Al-Umam, Halaman 15).

Dengan demikian, Khilafah (Imamah) dapat didefinisikan sebagai kepemimpinan umum ke atas seluruh kaum muslim di dunia untuk menerapkan hukum-hukum syari'ah dan mengembangkan lagi dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Definisi inilah yang lebih tepat dan definisi inilah yang diadaptasi oleh Hizbut Tahrir (Lihat: Nizham Al-Hukm fi Al-Islam, Qadhi An-Nabhani dan diperluaskan oleh Syaikh Abdul Qadim Zallum, Hizbut Tahrir, Cet. VI [Mu'tamadah]. 2002 M/1422 H).

KHILAFAH VS NON KHILAFAH.
Sesungguhnya sistem pemerintahan Islam (Khilafah) berbeza dengan seluruh bentuk pemerintahan yang ada di seluruh dunia, baik dari segi asas yang mendasarinya, dari segi pemikiran, pemahaman, maqayis (standard) dan hukum-hukumnya untuk mengatur berbagai urusan dari segi konstitusi dan undang-undangnya yang dilegislasi untuk diimplementasi dan diterapkan, atau pun dari segi bentuknya yang mencerminkan Daulah Islam sekaligus membezakannya dari kesemua bentuk pemerintahan yang ada di dunia ini. Di dalam buku yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir berjudul 'Azhijah Ad-Dawlah Al-Khilafah' (Lebanon: Beirut, 2005), perbezaan sistem pemerintahan Khilafah dengan non-Khilafah dijelaskan sebagai berikut:

1. KHILAFAH BUKAN SISTEM MONARKI. (SISTEM BERKERAJAAN)
Islam tidak mengakui sistem berkerajaan kerana di dalam sistem berkerajaan, seseorang anak (putera mahkota) yang menjadi raja itu adalah kerana perwarisan dari keluarganya, dan umat tidak ada hubungannya dengan pengangkatan diraja. Ada pun di dalam sistem Khilafah tidak ada unsur-unsur perwarisan. Ba'iat dari umatlah yang menjadi metode untuk mengangkat khalifah. Sistem berkerajaan juga memberikan keistimewaan dan hak-hak khusus kepada seseorang raja yang tidak dimiliki oleh seorang dari umat. Hal ini menjadikan seseorang raja itu berada di atas undang-undang. Seseorang raja itu tetap tidak tersentuh dari hukum meski pun ia telah melakukan suatu kesalahan atau perkara yang buruk dan zalim. Sebaliknya, di dalam sistem Khilafah, tiada keistimewaan yang diberikan kepada khalifah yang menjadikannya berada di atas umat sebagaimana seorang raja. Khalifah juga tidak diberi hak-hak khusus yang mengistimewakannya di hadapan pengadilan dari umat. Khalifah di pilih dan di ba'iat oleh umat untuk menerapkan hukum-hukum syari'ah ke atas mereka. Khalifah terikat dengan hukum-hukum syari'ah di dalam seluruh tindakan, kebijakan, keputusan hukum, serta pengaturannya di atas urusan-urusan dan kemaslahatan umat.

2. KHILAFAH BUKAN SISTEM KEKAISARAN. (IMPERIUM)
Sistem imperium itu amat jauh dari Islam. Sistem imperium tidak menyamakan pemerintahan di antara suku-suku di wilayah-wilayah di dalam imperium. Sistem imperium memberikan keistimewaan kepada pemerintahan pusat imperium, baik dari segi hal pemerintahan, harta, mahu pun perekonomian. Sebaliknya, sistem khilafah di dalam Islam tidak ada perbezaan di antara seluruh umat yang diperintah di seluruh wilayah negara. Islam menolak segala sentimen primordial (ashabiyat al-jinsiyyah). Islam tidak menetapkan bagi seseorang khalifah di antara rakyat di hadapan pengadilan walau apa pun mazhabnya dengan sejumlah hak istimewa yang tidak diberikan kepada orang lain, meskipun ia seorang muslim. Dengan adanya keserataan ini di dalam sistem pemerintahan Islam, menunjukkan ianya jelas berbeza dari sistem imperium. Dengan sistem sedemikian, Islam tidak menjadikan wilayah kekuasaan di dalam sesebuah negara itu sebagai wilayah jajahan, atau sebagai wilayah yang dieksploitasi, dan bukan pula sebagai 'tambang' yang di keluarkan untuk kepentingan pusat saja. Islam menjadikan kesemua wilayah kekuasaan negara sebagai satu kesatuan meskipun jaraknya saling berjauhan dan para penduduknya yang mempunyai suku yang berbeza-beza. Kesemua wilayah itu dianggap sebagai saling melengkapi di dalam sesebuah negara.

3. KHILAFAH BUKAN SISTEM FEDERASI.
Di dalam sistem federasi, wilayah-wilayah negara itu terpisah di antara satu sama lain dengan memiliki kemerdekaannya sendiri, dan mereka dipersatukan di dalam masalah pemerintahan (hukum) yang bersifat umum. Sebaliknya, Khilafah berbentuk sebagai suatu kesatuan. Kewangan di seluruh wilayah di anggap sebagai suatu kesatuan dan APBN-nya juga satu, yang dibelanjakan untuk kemaslahatan seluruh rakyat tanpa memandang daerahnya. Seandainya suatu daerah pemasukannya tidak mencukupi keperluannya, maka daerah itu akan dibiayai sesuai dengan keperluannya, bukan menurut pemasukannya. Dan seandainya pemasukan sesuatu daerah itu tidak mencukupi keperluannya dan hal itu tidak diperhatikan, tetapi akan dikeluarkan biaya dari APBN sesuai dengan keperluan daerah itu, walaupun pemasukannya mencukupi keperluannya atau pun tidak.

4. KHILAFAH BUKAN REPUBLIK.
Sistem republik pertama kali tumbuh sebagai reaksi praktik terhadap penindasan sistem kerajaan (monarki). Kedaulatan dan kekuasaan dipindahkan kepada rakyat di dalam apa yang disebut sebagai demokrasi. Rakyatlah yang kemudiannya akan membuat undang-undang yang menetapkan halal dan haram, terpuji dan tercelanya sesuatu perundangan itu. Lalu kuasa pemerintahan berada pada presiden dan para menterinya di dalam sistem republik dan di tangan kabinet di dalam sistem republik parlementer.

Ada pun di dalam sistem khilafah, kekuasaan di dalam membuat keputusan untuk melakukan undang-undang yang telah disahkan (menetapkan hukum) bukannya di tangan rakyat, tetapi ianya hanya ada pada Allah Swt dan janya DIA saja yang berhak. Tiada seorang pun selain dari Allah Swt yang dibenarkan untuk menentukan halal dan haram sesuatu perkara itu. Di dalam Islam, menjadikan kekuasaan di dalam membuat sesuatu keputusan untuk membuat hukum yang berada di tangan manusia merupakan suatu kejahatan yang besar. Allah Swt berfirman:

(31)  ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَـٰنَهُمۡ أَرۡبَابًا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلۡمَسِيحَ ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُوٓاْ إِلَـٰهًا وَٲحِدًا‌   ۖ   لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ  ۚ  سُبۡحَـٰنَهُ  ۥ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ
Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. (Surah At-Taubah : Ayat 31)

5. SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM BUKAN SISTEM DEMOKRASI.
Menurut pengertian hakiki demokrasi ini, baik dari segi bahawa kekuasaan membuat hukum menetapkan halal dan haram, terpuji dan tercela, ada di tangan rakyat mahubpun dari segi tidak adanya keterikatan dengan hukum-hukum syari'ah dengan dalih kebebasan. Ini jelas bertentangan dengan Islam yang menjadikan hak membuat hukum hanya ada pada Allah Swt. Allah Swt berfirman:

(40)  مَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِهِۦۤ إِلَّآ أَسۡمَآءً سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُڪُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِہَا مِن سُلۡطَـٰنٍ  ۚ  إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِ  ۚ  أَمَرَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ  ۚ  ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ
Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Ugama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah Yusuf : Ayat 40)

Di atas dasar-dasar yang telah dijelaskan inilah, yang membezakan sistem pemerintahan Islam (Khilafah) dengan sistem berkerajaan, imperium, federasi, republik, dan sistem demokrasi sebagaimana yang telah kami jelaskan sebelumnya.

KHILAFAH SEBAGAI SUATU SISTEM PEMERINTAHAN KHAS.
Sesungguhnya struktur negara Khilafah berbeza dengan kesemua struktur sistem yang dikenali di dunia pada saat ini, meskipun ianya mempunyai ada kemiripan di dalam sebahagian penampakannya. Struktur negara Khilafah diambil (ditetapkan) dari struktur negara yang ditegakkan oleh Rasulullah Saw di Madinah setelah baginda berhijrah ke Madinah dan mendirikan Negara Islam di sana. Struktur negara Khilafah adalah struktur yang telah dijalani oleh Khulafaur Rasyidin setelah Rasulullah Saw wafat.

Dengan penelitian dan pemahaman terhadap nas-nas yang berkaitan dengan struktur negara itu, jelaslah bahawa struktur negara Khilafah adalah seperti yang berikut:

1. Khalifah.
2. Para Mu'awin At-Tafwidh (Wuzara At-Tafwîdh)
3. Wuzarâ’ at-Tanfîdz.
4. Para Wali.
5. Amir Al-Jihad.
6. Keamanan Di dalam Negeri.
7. Urusan Luar Negeri.
8. Industri.
9. Pengadilan.
10. Mashalih an-nas. (jabatan-jabatan)
11. Baitulmal.
12. Lembaga Informasi.
13. Majlis Umat. (Syura dan Muhasabah)

KHILAFAH DI ATAS MANHAJ NUBUWWAH.
Memahami bagaimana bentuk Khilafah Islamiah yang pernah di dukung oleh generasi terbaik umat Islam suatu ketika dahulu adalah salah satu bentuk kajian yang terpenting. Dengan pemahaman yang benar, kita dapat mencermati dengan berbagai-bagai gerakan yang menyeru kepada berdirinya khilafah, sama ada sesuaikah gerakan mereka dengan tuntunan Rasulullah Saw? Bagaimana pula dengan langkah utama yang harus di tempuh agar Allah Swt memberikan kembali sebuah khilafah kepada kaum muslimin?

Judul di atas di ambil berdasarkan sebuah hadits nabawi yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad rahimahullah dari sahabat Hudzaifah radhiallahu 'anhu:

تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا اللهُ إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَهُعَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَهَعَا، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيًّا فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ. ثُمَّ سَكَتَ
"Akan ada masa kenabian pada kalian selama yang Allah Swt mengkehendaki, Allah Swt mengangkat atau menghilangkannya jika Allah Swt mengkehendakinya. Kemudian akan ada masa khilafah di atas manhaj nubuwwah selama Allah Swt mengkehendakinya, kemudian Allah Swt mengangkatnya jika Allah Swt mengkehendakinya. Kemudian akan ada masa kerajaan yang sangat kuat selama yang Allah Swt mengkehendakinya, kemudian Allah Swt mengangkatnya jika Allah Swt mengkehendakinya. Kemudian akan ada masa kerajaan (tirani) selama yang Allah Swt mengkehendakinya, kemudian Allah Swt mengangkatnya jika Allah Swt mengkehendakinya. Kemudian akan ada lagi masa kekhilafahan di atas manhaj nubuwwah. Kemudian baginda diam." (Hadits Riwayat Ahmad, 4/273, dinyatakan sahih oleh Asy-Syaikh Al-Albani di dalam Ash-Shahihah No.5)

Di dalam hadits di atas menerangkan dengan jelas bahawa khilafah di atas manhaj nubuwwah (jalan nabi) merupakan suatu kurniaan dari Allah Swt. Seseorang muslim pasti akan mengharapkan kembalinya kekhilafahan tersebut. Rasulullah Saw dengan tegas mengatakan bahawa hal itu pasti akan berlaku ke atas umatnya. Allah Swt berfirman:

(55)  وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنًا  ۚ  يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔا  ۚ  وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal sholeh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Allah akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa, dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (Surah An-Nur : Ayat 55)

Barangsiapa yang ingin mengetahui bagaimana gambaran Khilafah 'ala Manhaj Nubuwwah itu, maka hendaklah ia melihat kepada daulah yang di pimpin oleh Rasulullah Saw dan para Khulafa'ur Rasyidin sepeninggalan baginda. Secara ringkas gambarannya adalah seperti berikut:

1. Sebuah khilafah yang didirikan di atas tauhid dan dakwah menuju kepada tauhid, ditegakkannya sunnah Rasulullah Saw serta dakwah menuju kepada As-Sunnah. Memerangi kesyirikan dengan berbagai macam bentuknya, sehingga tiada lagi peribadatan yang diberikan kepada selain dari Allah Swt.

2. Memerangi segala bentuk bid'ah baik dari segi akidah, ibadah, mahu pun mu'amalah. Menegakkan syariat Islam oleh setiap muslim sebelum ditegakkan oleh pemerintahnya.

3. Keadaan masyarakatnya senantiasa mengutamakan dan mementingkan ilmu syar'i, jauh dari kongkongan filsafat (ilmu yang berintikan logika, estetika, metafisika, dan epistemologi) dan pengagungan rasio (pemikiran menurut akal).

4. Masyarakatnya taat dan patuh kepada pemerintah serta menegakkan jihad syar'i bersama pemerintah.

Mereka inilah generasi terbaik yang di puji oleh Rasulullah Saw di dalam haditsnya:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
"Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian yang setelahnya, kemudian yang setelahnya." (Hadits Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah Bin Mas'ud radhiallahu 'anhu)

Itulah gambaran singkat mengenai Khilafah 'ala Minhaj Nubuwwah. Ianya bukanlah seperti yang dikhayalkan oleh sebahagian aktivis pergerakan Islam dan para pengikutnya. Tidak mungkin khilafah tersebut akan terwujud melalui tangan orang-orang yang berakidah Tashawwuf, Mu’tazilah, Qadariyah dan sebagainya, sebagaimana hal ini di dapati pada sebahagian aktivis kelompok Al-Ikhwanul Muslimun dan Hizbut Tahrir. Dan tidak mungkin khilafah tersebut akan tertegak di tengah-tengah umat yang masih meremeh-temehkan sunnah Rasulullah Saw dan bergelumang di dalam berbagai macam bid'ah, baik di dalam akidah, ibadah, dakwah, dan mu'amalah. Semoga Allah Swt melindungi dan membimbing umat Islam ke arah jalan yang lurus.

PERBEZAAN DAULAH ISLAMIAH DAN DAULAH KAFIRAH.
Di antara polemik yang sering muncul di tengah-tengah umat Islam dan telah menimbulkan banyak kekeliruan di dalam memahaminya, sehingga membawa kepada sikap dan tindakan yang keliru, ialah pemahaman mengenai definisi Daulah Islamiah dan Daulah Kafirah, iaitu bilakah sesebuah negara itu dinyatakan sebagai Daulah Islamiah atau sebagai Daulah Kafirah.
Tolok ukur sesebuah negara itu dinyatakan sebagai Daulah Islamiah atau Daulah Kafirah adalah berpandukan pada kondisi penduduknya, bukan pada sistem hukum yang diterapkan dan bukan pula pada sistem keamanan yang mendominasi negeri tersebut, sebagaimana yang diterangkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah. (Majmu' Fatawa, 18/282)

Sebahagian ulama' menyebutkan bahawa Daulah Islamiah adalah:

- Sebuah daulah yang majoriti penduduknya adalah dari kaum muslimin dan ditegakkan padanya syiar-syiar Islam seperti azan, sholat berjamaah, sholat Jumaat, shalat aidilfitri dan lain-lain lagi di dalam bentuk perlaksanaan yang bersifat umum dan menyeluruh. Namun, jika perlaksanaan syiar-syiar Islam itu diterapkan di dalam bentuk yang lain dari yang umum dan tidak menyeluruh namun hanya terbatas pada minoriti kaum muslimin, maka negeri tersebut tidak tergolong sebagai negeri Islam. Hal ini sebagaimana yang terjadi di beberapa negara di Eropah, Amerika dan yang lain-lain di mana syi'ar-syi'ar Islam dilakukan oleh segelintir muslimin yang jumlahnya minoriti. (Lihat penjelasan ini di dalam kitab Syarh Tsalatsatul Ushul oleh Asy-Syaikh Muhammad Bin Saleh Al-'Utsaimin rahimahullah)

DENGAN APA KHILAFAH ISLAMIAH ITU WUJUD?
Daulah Islamiah, atau diistilahkan dengan Khilafah Islamiah, yang ditegakkan padanya tauhid dan peribadahan kepada Allah Swt semata-mata, dihidupkan padanya sunnah-sunnah Rasulullah Saw serta diaplikasikan seluruh syi'ar dan hukum-hukum Islam, adalah dambaan bagi setiap umat muslim yang beriman kepada Allah Swt. Namun, bagaimana dan dengan apakah Daulah Islamiah tersebut terwujud dan bersemi di bumi Allah Swt?
Untuk menjawab pertanyaan tersebut, maka sebelumnya kita semua harus mengetahui bahawa generasi awal umat Islam yang diperanankan oleh Rasulullah Saw dan para sahabatnya telah berhasil membentuk sebuah Daulah Khilafah Islamiah dengan izin Allah Swt. Tentunya setiap umat muslim begitu mengharapkan akan wujudnya kembali Khilafah Islamiah di bumi Allah Swt ini, dan menjadikan jejak langkah generasi umat Islam yang telah berhasil itu sebagai suatu contoh dan suri teladan baginya di dalam usaha mewujudkan Daulah Islamiah. Menjadi suatu perkara yang mustahil, jika hal iti akan terwujud tanpa meneladani jejak langkah generasi umat yang telah berhasil itu. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Al-Imam Malik rahimahullah:

لَنْ يَصْلُحَ آخِرُ هَذِهِ الْأُمَّةِ إِ بِمَا صَلُحَ بِهِ أَوَّلُهَا
"Tidak akan menjadi baik (stabil) generasi akhir umat ini kecuali dengan perkara-perkara yang dengannya telah menjadi baik (stabil) generasi awal umat ini."

Kepada semua umat Islam yang mengisytiharkan dirinya berharap akan terwujudnya Daulah Islamiah, dengan jujur dan bersungguh-sungguh ingin melihat dan merujuk kepada jejak langkah generasi terbaik umat Islam yang terdahulu, tinggalkanlah segala bentuk ra'yu, fikiran dan cara yang sama sekali tidak dilandasi oleh jejak langkah generasi awal umat Islam yang terdahulu, kerana hal itu tidak lain hanyalah akan mendatangkan kehancuran.

Ada beberapa hal penting yang menjadi sebab utama bagi mewujudkan Khilafah Islamiah yang di damba-dambakan itu. Jika sebab-sebab utama ini diabaikan oleh kaum muslimin, maka pupuslah harapan tersebut dan mustahil dambaan tersebut akan terwujud. Sebab-sebab itu di antara lain ialah:

1. Kembalinya umat Islam secara menyeluruh kepada bimbingan Al-Qur’an dan As-Sunnah Rasulullah Saw sesuai dengan apa yang telah difahami dan diamalkan oleh Salaful Ummah. Sehingga dengan itu mereka terselamat dari berbagai macam bentuk bid'ah dan kesesatan, sebagaimana sabda Rasulullah Saw:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِي، وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَيَّ الْحَوْضَ
"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang teguh dengan kedua-duanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku. Kedua-duanya tidak akan berselisih sampai kedua-duanya mendatangiku di al-haudh." (Hadits Riwayat Malik dan Al-Hakim. Asy-Syaikh Al-Albani berkata, 'Sanadnya hasan')

Sikap kembali dan merujuk kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah sesuai dengan apa yang di fahami oleh Salaful Ummah ini sangat menentukan akan keberhasilan dan keselamatan umat Islam dari kehancuran. Dan ia juga merupakan salah satu syarat keberhasilan umat Islam. Hal ini sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh Rasulullah Saw di dalam haditsnya:

إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابِ الْبَقَرِ وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ وَتَرَكْتُمْ الْجِهَادَ، سَلَّطَ اللهُ عَلَيْكُمْ ذُلًّا.لَا يَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ
"Apabila kalian telah berjual-beli dengan cara 'inah[2], dan kalian telah disibukkan dengan memegang ekor-ekor sapi, dan telah senang dengan bercocok tanam, serta kalian telah meninggalkan jihad, nescaya Allah Swt akan timpakan kepada kalian dengan kehinaan. Tidak akan dicabut kehinaan tersebut sehingga kalian kembali kepada agama kalian." (Hadits Riwayat Abu Dawud, Ahmad. Dinyatakan sahih oleh Asy-Syaikh Al-Albani di dalam Ash-Shahihah No.11)

2. Syarat yang kedua untuk mewujudkan Khilafah Islamiah bagi kaum muslimin ialah terealisasinya keimanan yang murni dan benar di dalam semua perkara yang telah Allah Swt wajibkan untuk kita imani secara kaffah (menyeluruh). Allah Swt berfirman:

(55)  وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنًا  ۚ  يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔا  ۚ  وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (Surah An-Nur : Ayat 55)

Merealisasikan dakwah tauhid dan pembenihan akhlak umat sebagaimana yang telah dicontohkan oleh para nabi, yang mana ianya merupakan misi utama dakwah mereka. Sebagaimana firman Allah Swt:

(36)  وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِى ڪُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّـٰغُوتَ‌   ۖ   فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ ٱلضَّلَـٰلَةُ  ۚ  فَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (Surah An-Nahl : Ayat 36)

(25)  وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيۡهِ أَنَّهُ  ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدُونِ
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu". (Surah Al-Anbiya' : Ayat 25)

Rasulullah Saw juga bersabda:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الْأَخْلَاقِ
"Sesungguhnya tidaklah aku diutus kecuali untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Hadits Riwayat Al-Bukhari di dalam Al-Adabul Mufrad, Ahmad dan Al-Hakim. Dinyatakan sahih oleh Asy-Syaikh Al-Albani di dalam Ash-Shahihah No.45)

Di dalam kesungguhan untuk menuntut ilmu Dinul Islam, perlu dipastikan ianya adalah dari sumber-sumber yang asli dan referensinya yang terjamin, iaitu para ulama' Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dengan ilmu itulah seseorang muslim dapat memahami dan mengenali agama Islam sesuai dengan apa yang diinginkan oleh Allah Swt. Sesungguhnya Allah Swt telah menjamin terwujudnya kebaikan dan kemuliaan bagi setiap umat Islam jika mereka berkeinginan dan bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu agama. Rasulullah Saw juga telah bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
"Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya nescaya Allah jadikan ia faqih (paham) tentang ad-Dien." (Muttafaqun 'alaihi, dari Mu'awiyah Bin Abi Sufyan radhiallahu 'anhuma)

Di antara bentuk kebaikan dan kemuliaan tersebut adalah terwujudnya kewibawaan Islam dan kaum muslimin serta terjaminnya keamanan dan kesejahteraan umat dengan berdirinya Daulah Islamiyah. Tidak mungkin Daulah Islamiyah akan terwujud jika umat Islam itu sendiri tidak mahu mempelajari dan memahami agamanya dengan benar. Jika umat islam terus lalai dan sibuk dengan berbagai macam aktiviti dan kegiatan politik yang penuh ambisi untuk meraih dunia, atau tindakan-tindakan demonstrasi yang penuh dengan berbagai macam kejahilan dan kepentingan, atau orasi-orasi dusta yang penuh dengan provokasi, maka umat Islam akan tersasar jauh dari aktiviti untuk menuntut ilmu dien dan secara tidak langsung umat Islam itu sendiri akan menjadi umat yang jahil (bodoh).

Kemudian kejahilan itu membawa mereka kepada 'hubbud dunya' (cinta dunia) dan berebut-rebut untuk mendapatkannya. Dan akhirnya mereka menjadi takut untuk mati sehingga menyebabkan mereka enggan berjuang dan berjihad membela agama Allah Swt.

Ini semua merupakan sumber kegagalan dan kehancuran buat umat Islam. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah Saw di dalam hadits Ibnu 'Umar ra, baginda bersabda:

يُوْشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا. فَقَالَ قَائِلٌ: وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ قَالَ: بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ لَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزِعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ، وَلَيَقْذِفَنَّ اللهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهْنَ. فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا الْوَهْنُ؟ قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ
"Hampir-hampir umat-umat (di luar kalian) mengerumuni kalian sebagaimana orang-orang makan mengerumuni piring hidangannya." Ada yang bertanya kepada baginda: "Apakah disebabkan kerana jumlah kita sedikit pada saat itu?"
Rasulullah Saw menjawab: "Bahkan kalian pada hari itu jumlahnya banyak, akan tetapi kalian hanyalah seperti buih-buih yang dibawa air bah (banjir) dan sungguh Allah Swt akan mencabut dari dada musuh-musuh kalian rasa segan (takut) terhadap kalian. Dan Allah Swt akan melemparkan pada hati kalian al-Wahn." Seorang sahabat bertanya lagi: "Wahai Rasulullah Saw, apakah al-Wahn itu?" Baginda menjawab: "Cinta dunia dan takut mati." (Hadits Riwayat Ahmad dan Abu Dawud, dinyatakan sahih oleh Asy- Syaikh Al-Albani di dalam Ash-Shahihah No.958)

KHILAFAH ADALAH SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
Mengangkat Khalifah adalah Kewajiban Seluruh Umat Muslim. Allah Swt mewajibkan umat Islam supaya mengatur kehidupannya berpandukan syari'ah Islam. Allah Swt berfirman:

(48)  وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِ‌   ۖ   فَٱحۡڪُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ‌   ۖ   وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّ  ۚ  لِكُلٍّ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةً وَمِنۡهَاجًا  ۚ  وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَڪُمۡ أُمَّةً وَٲحِدَةً وَلَـٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِى مَآ ءَاتَٮٰكُمۡ‌   ۖ   فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِ  ۚ  إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُڪُمۡ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (Surah Al-Ma'idah : Ayat 48)

Khilafah adalah suatu sistem pemerintahan yang menerapkan syari'ah Islam secara kaffah (menyeluruh). Ianya merupakan suatu keperluan bagi umat Islam untuk mengangkat seorang Khalifah yang akan memimpin Daulah Khilafah. Maka, tegaknya Daulah Khilafah adalah suatu kewajipan, dan setiap kelalaian di dalam upaya untuk menegakkannya merupakan satu dosa besar. Rasulullah Saw memerintahkan umat Islam untuk memberikan bai'at kepada seorang Khalifah. Rasulullah Saw juga menggambarkan bahawa kematian seorang muslim yang tidak memberikan bai'at (kepada seorang Khalifah) merupakan kematian yang sangat buruk, dengan menyebutnya sebagai mati di dalam keadaan jahiliyah:

« وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِيْ عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً »
"Dan barangsiapa mati, sementara tidak ada bai'at di pundaknya, maka matinya (di dalam keadaan) jahiliyah." (Hadits Riwayat Muslim)

Dengan syari'ah Islam, Khilafah memelihara seluruh urusan umat manusia. Jika syari'ah tidak diterapkan di dalam naungan Daulah Khilafah, maka kedaulatan Islam di dalam seluruh aspek kehidupan manusia tidak akan pernah terwujud secara nyata. Maka kerahmatan Islam yang dijanjikan juga tidak dapat dirasakan secara nyata.

Jadi, Khalifah boleh dikatakan sebagai wakil kepada umat di dalam pemerintahan untuk penerapan syari'ah Islam. Khalifah adalah sebagai 'kepala' negara di dalam Daulah Khilafah. Islam memberikan hak kepada umatnya untuk memilih Khalifah yang dikehendakinya untuk mengurus kehidupan mereka. Melalui bai'at, calon khalifah yang menang di dalam pemilihan, sah di lantik menjadi Khalifah. Maka, tidak boleh ada paksaan di dalam pemilihan Khalifah. Pemilihan harus berlangsung di atas dasar prinsip 'ridha wa ikhtiyar' (kerelaan dan kebebasan memilih), sebagaimana umat Islam pada masa lalu yang telah memberikan bai'at kepada keempat-empat Khulafa'ur Rasyidin secara sukarela. Bai'at kepada Khalifah diberikan oleh umat dengan syarat Khalifah yang terpilih akan menerapkan syari'ah Islam secara kaffah.

KHILAFAH BUKAN SISTEM DIKTATOR DAN DEMOKRASI.
Khilafah adalah satu sistem pemerintahan yang berpandukan syari'ah Islam. Khilafah tidak sama dengan sistem diktator atau pun sistem demokrasi. Salah satu prinsip penting di dalam Khilafah, yang sekaligus membezakannya dari sistem lainnya baik diktator mahu pun demokrasi ialah kedaulatan, yakni hak untuk menetapkan hukum, yang menentukan benar dan salah, yang menentukan halal dan haram yang ada pada syari'ah, bukannya di tangan manusia. Kerana itu, baik Khalifah mahupun umat Islam, kedua-duanya sama-sama terikat pada syari'ah Islam. Khalifah wajib menerapkan syari'ah Islam dengan jujur dan benar, sesuai dengan ketetapan Allah Swt di dalam Al-Qur'an dan As Sunnah, tidak boleh dilakukan sesuka hatinya. Allah Swt berfirman:

(44)  إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدًى وَنُورٌ  ۚ  يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ  ۚ  فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنًا قَلِيلاً  ۚ  وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Surah Al-Ma'idah : Ayat 44)

(45)  وَكَتَبۡنَا عَلَيۡہِمۡ فِيہَآ أَنَّ ٱلنَّفۡسَ بِٱلنَّفۡسِ وَٱلۡعَيۡنَ بِٱلۡعَيۡنِ وَٱلۡأَنفَ بِٱلۡأَنفِ وَٱلۡأُذُنَ بِٱلۡأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلۡجُرُوحَ قِصَاصٌ  ۚ  فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ ڪَفَّارَةٌ لَّهُ ۥ  ۚ  وَمَن لَّمۡ يَحۡڪُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Ma'idah : Ayat 45)

(46)  وَقَفَّيۡنَا عَلَىٰٓ ءَاثَـٰرِهِم بِعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلتَّوۡرَٮٰةِ‌   ۖ   وَءَاتَيۡنَـٰهُ ٱلۡإِنجِيلَ فِيهِ هُدًى وَنُورٌ وَمُصَدِّقًا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَهُدًى وَمَوۡعِظَةً لِّلۡمُتَّقِينَ
Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. (Surah Al-Ma'idah : Ayat 46)

(47)  وَلۡيَحۡكُمۡ أَهۡلُ ٱلۡإِنجِيلِ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فِيهِ  ۚ  وَمَن لَّمۡ يَحۡڪُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ
Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (Surah Al-Ma'idah : Ayat 47)

Manakala di dalam sistem demokrasi pula, kedaulatan ada di tangan manusia, bukan pada Allah Swt, Dzat yang Maha Menciptakan manusia dan alam semesta. Di atas nama kebebasan, sistem demokrasi telah menjadikan manusia, melalui wakil-wakilnya di lembaga legislatif bertindak sebagai tuhan, yang merasa berwenang menetapkan hukum-hukum mengikut keinginan mereka. Kredo demokrasi mengatakan "suara rakyat adalah suara tuhan (vox populei vox dei)." Suara majoriti menjadi penentu kepada kebenaran, walau betapa buruknya sebuah keputusan atau pemikiran itu. Ketika sudah didukung suara majoriti, maka keputusan atau pemikiran itu seakan-akan telah menjadi suatu kebenaran. Dengan yang demikian, jelaslah bahawa pada hakikatnya sistem demokrasi ini bertentangan sama sekali dengan akidah Islam. Oleh kerana itu, umat Islam tidak boleh menerima, menerapkan, dan mendakwahkan sistem demokrasi ini dan juga sistem lain yang dibangunkan di atas prinsip demokrasi. Allah Swt telah berfirman:

(19)  إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ   ۗ   وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡ   ۗ   وَمَن يَكۡفُرۡ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Surah Al-Imran : Ayat 19)

PERANAN WAKIL RAKYAT DI DALAM DAULAH KHILAFAH.
Syari'ah Islam telah mengizinkan umat Islam untuk memilih wakil mereka di dalam menjalankan urusan mereka. Pada kesempatan Bai'at Aqabah yang kedua, Rasulullah Saw bersabda:

«أَخْرِجُوْا إِلَيَّ مِنْكُمْ اِثْنَيْ عَشَرَ نَقِيْبًا لِيَكُونُوْا عَلَى قَوْمِهِمْ بِمَا فِيْهِمْ»
"Ajukan kepadaku dua belas pemimpin, agar mereka menjadi pemimpin bagi kaumnya."
Di dalam Daulah Khilafah, wakil rakyat yang menjadi anggota Majlis Umat di pilih oleh umat, bukan dipilih atau ditetapkan oleh Khalifah. Akan tetapi, sebagaimana Khalifah, mereka tidak berhak menetapkan hukum, kerana kedaulatan bukan terletak pada mereka, tetapi terletak pada syari'ah. Majlis Umat berwenang mengawal kebijakan Khalifah dengan ketat di dalam mengatur urusan rakyat. Pada sisi lain, Khalifah berhak hadir ke Majlis Umat untuk bemusyawarah atau meminta pendapat berkaitan dengan pengaturan urusan umat. Tetapi, musyawarah ini bukanlah untuk menetapkan hukum seperti menentukan yang halal menjadi haram, atau sebaliknya. Kerana itu, di dalam Daulah Khilafah tidak boleh dilakukan musyawarah untuk misalnya, menetapkan kebijakan privatisasi sumberdaya energi, kerana ini merupakan perkara yang diharamkan di dalam Islam. Demikian pula, tidak boleh ada musyawarah di dalam perkara-perkara yang diwajibkan di dalam Islam, seperti perlu atau tidaknya untuk mengerahkan pasukan bagi membebaskan negeri-negeri muslim yang terjajah, menjadikan akidah Islam sebagai asas sistem pendidikan, menyatukan seluruh negeri Islam ke dalam wadah Daulah Khilafah.
Mengenai keanggotaan Majlis Umat, warga negara non-muslim boleh menjadi anggota Majlis Umat untuk melakukan pengaduan (syakwa) jika ada penyimpangan di dalam penerapan syari'ah Islam atau kezaliman terhadap diri mereka. Akan tetapi, anggota Majlis Umat yang non-muslim tersebut tidak berhak untuk menyampaikan pendapat mereka tentang syari'ah yang telah ditetapkan oleh Khalifah, kerana mereka tidak meyakini akidah Islam dan sudut pandang Islam yang menjadi dasar penerapan syari'ah.

PROSES PENGAMBILAN KEPUTUSAN.
Islam bukan sekadar menjelaskan prinsip-prinsip dasar mengenai berbagai aspek di dalam kehidupan manusia, tetapi juga memberikan aturan yang terperinci. Sebagai contoh, di dalam aspek perekonomian ada sejumlah ketentuan syari'ah yang mengatur tanah pertanian, riba, mata wang, kepemilikan umum dan berbagai-bagai jenis pendapatan negara. Berkaitan dengan kebijakan luar negeri, ada sejumlah ketentuan syari'ah mengenai jihad, perjanjian internasional dan perhubungan diplomatik. Demikian pula di dalam aspek pemerintahan, syari'ah Islam mengatur masalah pemilihan, bai'at, pengangkatan para wali (kepala daerah) dan syarat mengenai pemakzulan penguasa. Khalifah wajib menerapkan ketentuan-ketentuan tersebut apa adanya, tanpa menambah atau menguranginya. Khalifah tidak dibenarkan bersikap mengikuti kehendak peribadinya. Khalifah juga tidak memerlukan dukungan majoriti anggota Majlis Umat untuk menerapkannya.

Ada pun hal yang bersangkutan dengan ketentuan yang mengandungi ikhtilaf, syari'ah Islam telah memberikan hak kepada Khalifah untuk mengadopsi pendapat yang menurut pertimbangannya mempunyai dalil syara’ yang paling kuat, dan kemudian menetapkannya sebagai undang-undang negara. Abu Bakar ra, pada masa awal kekhilafahannya, telah menolak pendapat majoriti para sahabat mengenai hukuman bagi orang yang menolak untuk membayar zakat. Beliau memilih untuk mengirimkan satu pasukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Umar Bin Khaththab ra tetap menerapkan hasil ijtihadnya mengenai persoalan tanah Irak, walaupun Bilal ra dan para sahabat lainnya tidak setuju. Meskipun yang demikian, Khalifah tidak akan mengadopsi salah satu pendapat yang berkaitan dengan masalah peribadi atau cabang-cabang akidah. Di dalam hal ini, umat diperbolehkan untuk mengikuti pendapat atau hasil ijtihad yang berbeza. Jadi, perbezaan pendapat di dalam permasalahan ini diperbolehkan ada di tengah-tengah masyarakat.

Di dalam perkara-perkara yang di fahami awam dan bersifat praktik, Khalifah terikat dengan pendapat majoriti. Misalnya tentang lokasi yang paling strategik untuk mendirikan universiti di sesebuah daerah. Di dalam hal ini, Khalifah wajib mengikuti pendapat majoriti. Di dalam musyawarah menjelang Perang Uhud, misalnya, Rasulullah Saw dan para sahabat senior berpendapat sebaiknya pasukan Quraisy dihadapi di dalam kota Madinah. Akan tetapi, majoriti dari para sahabat yang muda berpendapat sebaiknya menyambut pasukan Quraisy di luar kota Madinah. Maka pendapat majoriti itulah yang kemudiannya dilaksanakan, sekali pun ianya adalah bertentangan dengan pendapat Rasulullah Saw dan para sahabat senior.

Ada pun di dalam perkara-perkara yang memerlukan keahlian, maka Khalifah akan bermusyawarah dengan para ahli, bukan dengan masyarakat awam. Setelah bermusyawarah, Khalifah akan mengadopsi pendapat tersebut yang dianggap memiliki hujjah (argumentasi) yang paling kuat. Di dalam hal ini, pendapat majoriti ahli tidak menjadi pertimbangan utama, kerana pendapat yang memiliki argumentasi paling kuat tidak selalunya dipegang oleh kelompok majoriti. Misalnya di dalam masalah kekurangan bekalan tenaga elektrik, setelah melakukan musyawarah dengan para ahli, Khalifah akan memberikan keputusan terakhir apakah akan membangunkan punca tenaga elektrik daripada tenaga nuklear, tenaga matahari atau melakukan perubahan dari tenaga bahan bakar yang menggunakan minyak ke batu bara. Model pengambilan keputusan seperti ini pernah dilakukan oleh Rasulullah Saw menjelang Perang Badar, di mana Rasulullah Saw akhirnya memindahkan kem pasukan tentera Islam setelah melakukan musyawarah dengan Hubab Bin Mundzir ra, salah seorang sahabat yang dianggap paling arif mengenai selok-belok daerah itu.

KHILAFAH AKAN MENGAKHIRI SISTEM PENJAJAHAN.
Fakta telah menunjukkan bahawa sistem pemerintahan yang digunakan di negara-negara di dunia ini adalah sistem sekular yang diwariskan oleh penjajah, contohnya negara Indonesia yang mana sistem pemerintahannya diwariskan oleh penjajah Belanda, kemudian dilanjutkan dan dipertahankan oleh Amerika Syarikat. Maka wajarlah apabila kekuatan kolonialisme masih dapat terus mengawal urusan rakyat Indonesia melalui sistem tersebut. Sistem pemerintahan yang diterapkan di dalam negara Indonesia pada saat ini memiliki banyak kelemahan yang dapat dimanfaatkan oleh kekuatan kolonialisme untuk melindungi kepentingan mereka di Indonesia. Dengan hak legislasi yang ada pada wakil rakyat, maka negara-negara kolonialisme itu, melalui infiltrasi kepada wakil-wakil rakyat yang dilakukan dengan berbagai-bagai cara, dengan mudah dapat mempengaruhi produk hukum dan perundangan yang dihasilkan oleh wakil rakyat tersebut. Hasilnya, lahirlah hukum dan perundangan yang pro kepada kepentingan penjajah.

Di dalam Daulah Khilafah, seluruh hukum dan perundangan yang akan diterapkan itu harus berlandaskan dalil-dalil syara'. Oleh kerana itu, seorang Khalifah tidak memiliki pilihan lain kecuali mengambil syari'ah dan peraturan berdasrkan dari Al-Qur'an dan As-Sunnah. Dengan metode ini, kedaulatan benar-benar terletak pada syar'iah, bukan pada wakil rakyat. Dengan cara ini, kekuatan penjajah tidak mempunyai peluang untuk memanfaatkan proses legislasi demi kepentingan mereka. Maka, pintu penjajahan telah tertutup sejak dini. Sistem pemerintahan yang digunakan oleh kebanyakan negara pada saat ini juga membuatkan rakyat sukar meminta pertanggungjawapan daripada pihak penguasa. Hanya di dalam sistem Khilafah, kawalan yang ketat dapat Dilaksanakan.
Di dalam Daulah Khilafah, kepala negara atau Khalifah bukanlah seorang raja atau seorang diktator. Seorang Khalifah tidak boleh menggantikan atau mengubah syari'ah Islam sesuka hatinya. Di dalam Daulah Khilafah, keupayaan meminta pertanggungjawapan dari pihak penguasa bukan hanya sekadar hak, tetapi ianya juga merupakan satu kewajipan setiap umat, kerana amar ma'ruf dan nahi munkar merupakan salah satu kewajipan di dalam Islam. Rasulullah Saw bersabda:

«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُوْشِكَنَّ اللهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلْيِكُمْ عِقَاباً مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُوْنَهُ فَلاَ يُسْتَجَابُ لَكُمْ»
"Demi dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, hendaklah kalian melakukan amar ma'ruf nahi munkar, atau Allah Swt akan menurunkan hukuman ke atas kalian, kemudian kalian berdoa kepada-Nya, maka Dia tidak akan mengabulkan doamu." (Hadits Riwayat Tirmidzi)

Jadi, di dalam Daulah Khilafah setiap orang, kelompok, parti, anggota Majlis Umat atau Qadhi Mahkamah Madzalim (Ketidakadilan) dapat mengawal dan memperbaiki cara pemerintahan seorang Khalifah. Islam memerintahkan untuk memecat seorang Khalifah jika terbukti cara pentadbirannya telah lari dari syari'ah Islam, atau jika ia bersikap zalim kepada rakyatnya. Pemakzulan (proses) ini merupakan sebuah kewajipan untuk menghilangkan unsur-unsur kezaliman. Maka, ketika kezaliman berlaku, masyarakat berhak mengajukan pengaduan kepada Mahkamah Madzalim. Jika kezaliman itu terbukti telah dilakukan oleh Khalifah, maka Mahkamah Madzalim berhak memecatnya serta-merta.

KHILAFAH AKAN MENGHAPUSKAN RASUAH POLITIK.
Rasuah di dalam politik senantiasa muncul di dalam masyarakat sekular, lebih-lebih lagi di negara yang menerapkan sistem demokrasi, tidak terkecuali di Indonesia. Namun masyarakat seringkali menganggap rasuah politik itu terjadi semata-mata kerana kesalahan individu, bukan kerana kesalahan sistem.pemerintahan. Padahal fakta telah menunjukkan bahawa sistem pemerintahanlah yang telah menghasilkan individu-individu yang bermasalah yang kemudiannya membiarkan individu-individu tersebut melakukan berbagai bentuk rasuah.

Salah satu bentuk rasuah politik yang paling menonjol adalah dengan memperjual-belikan hal-hal yang berkaitan dengan perundangan atau keputusan politik seperti penetapan sesebuah jabatan atau penyusunan anggaran. Dengan hak untuk membuat hukum-hukum perundangan yang dimilikinya, anggota lembaga legislatif dapat melakukan perbincangan kepada pihak-pihak tertentu, baik di dalam mahu pun di luar negeri untuk memasukkan fasal-fasal di dalam perundangan yang menguntungkan mereka, atau mengatur anggaran besar dan orang-orang yang tertentu di dalam jabatan kerajaan yang sesuai dengan kepentingan mereka. Untuk melakukan itu semua, anggota legislatif akan mendapatkan sejumlah wang bayaran. Kerana itulah, ratusan juta bahkan berbillion wang sanggup dibelanjakan agar dapat menjadi anggota parlimen dan hal ini dianggap sebagai suatu cara investasi yang terpantas. Dengan cara ini juga orang-orang yang bermental korup yang paling banyak terperangkap masuk ke dalam parlimen. Tidak menghairankan, jika lembaga perwakilan rakyat itu lebih menjadi wadah untuk melindungi kepentingan individu yang korup, bukan sebagai suatu lembaga untuk menguruskan hal kepentingan rakyat. Sementara parti yang seharusnya menjadi tunjang utama perjuangan politik demi kepentingan rakyat, menjadi alat untuk melakukan berbagai macam tindakan rasuah politik tadi. Maka, aktiviti rasuah telah menjadi satu kebiasaan di dalam sistem pentadbiran negara.

Di dalam Daulah Khilafah, hak untuk melaksanakan hukum dan perundangan ada pada syari'ah dan proses legislasinya dilakukan dengan ijtihad, maka tidak ada seorang pun, termasuk anggota Majlis Umat yang dapat melakukan rasuah politik seperti dengan jalan menjual-belikan fasal-fasal di dalam perundangan. Di dalam Daulah Khilafah, para wakil dan rakyat juga tidak dapat memeras ugut Khalifah dengan ancaman mosi tidak percaya di atas prasangka semata-mata. Khalifah hanya dapat dipecat apabila ia telah menyimpang dari syari'ah Islam. Dengan cara inilah, Khilafah akan menghapuskan rasuah politik yang bermaharajalela di dalam sistem demokrasi.

KHILAFAH, TIANG PENGUKUH TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT.
Khilafah adalah satu sistem pemerintahan Islam yang meneruskan pemerintahan Rasulullah Saw di dalam segala aspek, baik di dalam urusan agama mahu pun di dalam urusan dunia. Ia menjadi wadah yang dapat merangkumi seluruh aspek kehidupan umat berdasarkan petunjuk dari Al-Qur'an dan As-Sunnah. Posisinya pun menjadi begitu agung kerana menerapkan hukum-hukum Allah Swt di muka bumi ini. Bahkan sebahagian para ulama' memposisikan khalifah sebagaimana posisi seorang Nabi di dalam penjagaan agama dan pengaturan urusan dunia (lihat: Al-Mawardi, Al-Ahkam As-Sulthaniyah, Hal.3)
Imam Ar-Ramli (wafat 1004 H) menyebutkan: "Khalifah itu adalah imam agung yang menduduki posisi sebagai pengganti kenabian di dalam melindungi agama serta pengaturan urusan dunia." (Al-Imam Muhammad Ar-Ramli, Nihayat Al-Muhtaj Ila Syarh Al-Minhaj, Juz.7, Hal.289)

Pentingnya bagi umat Islam di dalam memilih seorang pemimpin (khalifah) terlihat jelas di dalam kisah para sahabat iaitu ketika terjadi pengangkatan khalifah Abu Bakar As-Shiddiq ra. Disebutkan bahawa ketika Rasulullah Saw wafat, para sahabat tidak langsung menguruskan proses pemakaman baginda. Namun mereka lebih mengutamakan untuk menentukan siapakah pemimpin selanjutnya yang akan mempersatukan barisan kaum muslimin. Tentunya bukan kerana mereka mengabaikan jasad Rasulullah Saw, tetapi urusan untuk mempersatukan kaum muslimin lebih mereka dahulukan. Dan kita tahu bahawa mereka adalah generasi pilihan umat Islam, di mana Rasulullah Saw juga memerintahkan kepada kita untuk senantiasa mengikuti petunjuk darinya.

Selain untuk mempersatukan barisan kaum muslimin, khilafah juga memainkan peranan penting di dalam menjaga, menerapkan serta mengawal tegaknya syari'at Islam. Hal ini menjadi tujuan utama di dalam sistem khilafah. Jadi, adanya khilafah bukan hanya sekadar menjadi pemimpin semata-mata, namun ianya lebih daripada itu, iaitu menegakkan syari'at Allah Swt dan mengawalnya. Oleh kerana itu para ulama menyebut khalifah (pemimpin kaum muslimin) sebagai pengganti nabi di dalam mengatur kehidupan umat manusia.

Allah Swt mewajibkan kepada setiap muslim untuk menjalankan syari'at secara kaffah (keseluruhan). Sementara di dalam perlaksanaannya, banyak hukum-hukum di dalam syari'ah Islam tidak dapat di'aplikasi'kan kecuali dengan adanya khilafah. Misalnya perintah untuk menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar, penegakkan sanksi hudud, sanksi jinayat, pengadilan dan hukum-hukum lain yang memiliki hubungan dengan kinerja khilafah seperti pengangkatan qadhi, menunaikan hak-hak kaum muslimin, menarik jizyah dan sebagainya.

Ibnu Taimiyah Rahimahullah berkata: "Amar makruf dan nahi munkar hanya dapat berjalan dengan sempurna ketika adanya sanksi syariah ('uqubah syar'iyah). Ini kerana melalui kekuasaan (khilafah) Allah Swt akan menghilangkan apa yang tidak dapat dilenyapkan dengan Al-Qur'an. Menegakkan hukum hudud adalah wajib bagi para penguasa.” (Lihat Ibn Taimiyyah, Majmu' Al-Fatawa, Juz. XXVIII, Hal.107)

Imam Al-Ghazali Rahimahullah berkata: "Kerana inilah, dikatakan bahawa agama dan kekuasaan adalah seperti dua saudara kembar. Dikatakan pula bahawa agama adalah pondasi (asas) dan kekuasaan pula adalah penjaganya. Segala sesuatu yang tidak berpondasi nescaya akan roboh dan segala sesuatu yang tidak berpenjaga nescaya akan lenyap." (Al-Iqtishod Fil I'tiqod Hal.128)

PERINTAH UNTUK MENEGAKKAN KHILAFAH.
Menjalankan syari'ah Islam adalah suatu kewajipan buat umat muslim. Bukan hanya sebahagian daripada hukum-hukum yang terdapat di dalam syari'ah Islam itu yang harus diamalkan, tetapi keseluruhannya. Sebagaimana Allah Swt memerintahkan orang-orang yang beriman untuk masuk Islam secara kaffah. Makna kaffah di sini adalah perintah untuk mengamalkan keseluruhan syari'at Allah Swt, menegakkan hukum-hukum-Nya serta sanksi bagi yang melanggar hukum tersebut (penegakkan hudud) tanpa menghilangkan sedikitpun bahagian dari hukum-hukum tersebut. (Lihat Tafsir At-Tabari, 4/255-256)

Seruan untuk berhukum dengan petunjuk Al-Qur'an, bersatu di bawah satu ulil amri (pemerintah atau ulama'), menegakkan hudud seperti hukuman memotong tangan terhadap si pencuri, qishas terhadap tindakan zalim adalah perintah Allah Swt yang tidak dapat terwujud kecuali dengan adanya penguasa. Penguasa yang dapat merealisasikan perintah itu semua adalah penguasa di dalam sistem khilafah atau yang disebut dengan khalifah. Oleh kerana itu, para ulama menyebutkan bahawa segala sesuatu yang mana sebuah kewajiban tidak dapat disempurnakan kecuali dengan melakukannya, maka sesuatu tersebut menjadi wajib untuk dikerjakan."

Dengan yang demikian, para ulama' menyimpulkan bahawa hukum menegakkan khilafah adalah sebahagian dari kewajipan yang harus dijalankan oleh kaum muslimin. Syaikh Abdurrahman Al-Jaziry menyebutkan: "Para imam mazhab telah sepakat bahawa Imamah (khilafah) adalah fardhu, dan bahawa tidak boleh tidak kaum muslimin harus mempunyai seorang Imam (Khalifah) yang akan menegakkan syi'ar-syi'ar agama serta menyelamatkan orang-orang yang di zalimi dari orang-orang zalim." (Lihat Syaikh Abdurrahman Al-Jaziry, Al-Fiqh 'ala Al-Mazhahib Al-Arba'ah, 5/362)

At-Taftazani menyatakan: "Sesungguhnya Asy-Syari’ (Allah Swt sebagai pembuat syari'at) telah memerintahkan untuk menegakkan hudud, menjaga perbatasan, menyiapkan pasukan untuk berjihad, berbagai perkara yang berkaitan dengan penjagaan aturan dan penjagaan wilayah Islam, itu semua merupakan perkara-perkara yang tidak dapat dilaksanakan secara sempurna kecuali dengan keberadaan Imam. Dan setiap perkara yang ketiadaannya membuatkan kewajipan mutlak tidak terlaksana, sementara ia mampu diusahakan maka perkara itu menjadi wajib." ( At-Taftazani, Syarhul Maqashid, 5/ 236)

Ibnu Taimiyah Rahimahullah menegaskan: "Harus diketahui, bahawa adanya kepemimpinan untuk mengurusi urusan umat merupakan suatu kewajipan di dalam agama Islam yang paling besar. Bahkan, tanpanya, agama dan dunia ini tidak akan tegak." (Ibn Taimiyyah, Majmu' Al-Fatawa, 27/ 390)

Tentunya kesimpulan hukum-hukum tersebut bukan tanpa dasar. Namun terdapat banyak ayat-ayat dan hadits-hadits yang mendasari munculnya pendapat-pendapat tersebut. Misalnya ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Qur'an yang memerintahkan umat Islam untuk taat kepada Ulil Amri. Allah Swt berfirman:

(59)  يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌   ۖ   فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ  ۚ  ذَٲلِكَ خَيۡرٌ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah An-Nisa' : Ayat 59)

Syaikh Ad-Dumaiji berkata: "Perintah untuk mentaati Ulil Amri ini adalah dalil wajibnya mengangkat Ulil Amri, kerana tidak mungkin Allah Swt memerintahkan umat Islam untuk mentaati sesuatu yang tidak ada. Dengan kata lain, perintah mentaati Ulil Amri ini bererti perintah mengangkat Ulil Amri. Jadi ayat ini menunjukkan bahawa mengangkat seorang Imam (Khalifah) bagi umat Islam hukumnya adalah wajib. (Abdullah Umar Sulaiman Ad Dumaiji, Al Imamah Al-'Uzhma 'Inda Ahlis Sunnah wal Jama'ah, Hal.47)

Demikian juga dengan ayat-ayat lain yang menyebutkan tentang wajibnya menegakkan syari'ah Islam, menegakkan hukum hudud, hukum qishas, amar ma'ruf nahi mungkar dan hukum-hukum yang lain yang mana ianya tidak mungkin diwujudkan dengan sempurna kecuali dengan adanya khilafah.

Selain daripada itu, ada juga hadits nabi yang menyebutkan bahawa jika seorang muslim mati sedangkan di lehernya tidak ada ba'iat (kepada seorang imam/ khalifah), maka matinya adalah mati jahiliyah. (Hadits Riwayat Muslim). Kesimpulannya, seorang muslim dianggap mati di dalam keadaan jahiliyyah kerana tidak punya ba'iat, bererti ba'iat itu wajib hukumnya. Sedangkan ba'iat itu tidak dapat diwujudkan kecuali ba'iat kepada seorang imam (khalifah). Maka hadits ini memperjelaskan bahawa mengangkat seorang imam (khalifah) itu hukumnya adalah wajib. (Lihat Abdullah Umar Sulaiman Ad-Dumaiji, Al-Imamah Al-'Uzhma 'Inda Ahlis Sunnah Wal Jama'ah, Hal.47-50)
Demikianlah kedudukan khilafah yang telah digariskan di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Tentunya bagi umat muslim yang sejati, ia akan selalu berpedoman dengan petunjuk dari Allah Swt dan Rasul-Nya dan tidak mudah terpengaruh dengan agenda tipu muslihat iblis laknatullah dan para sekutunya kerana prinsip seorang umat muslim yang sejati adalah senantiasa berusaha mengamalkan dan mempertahankan segala yang telah diperintahkan oleh Allah Swt. Oleh kerana itu, perintah untuk menegakkan khilafah menjadi satu tanggungjawab kepada seluruh kaum muslimin. Selama syari'ah Allah Swt belum tegak secara kaffah di muka bumi ini, maka selama itulah kewajipan tersebut tetap melekat pada setiap diri kaum muslimin.
DAULAH KHILAFAH ADALAH SISTEM PEMERINTAHAN DI DALAM ISLAM YANG WAJIB DIPERJUANGKAN.
                                                                            بسم الله الرحمن الرحيم
Wahai kaum muslimin seluruhnya:
Allah Swt berfirman di dalam Al-Qur'an Al-Karim:
(5:3)  الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
"Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu." (Surah Al-Maidah : Ayat 5:3)
Allah Swt berfirman:
(16:89)  وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُد
وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
"Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri." (Surah An-Nahl : Ayat 16:89)
Allah Swt juga berfirman:
(5:44)  وَمَنْ لَمْ يَحكُم بِما أَنْزَلَ اللهُ فَأولئِكَ هُمُ الكافِرون
"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah Al-Maidah : Ayat 5:44)
Rasulullah Saw bersabda:
«كانتْ بَنو إسرائيلَ تَسُوسُهُم الأنبياءُ كُلّمَا هَلَكَ نبيٌّ خَلَفَه نبيّ، وإنّهُ لا نَبيّ بَعدي وستكونُ خُلفاء فتكثُر، قالوا فَما تأمُرُنا، قالَ فوا ببيعةِ الأولِ فالاول، وأعطوهُم حَقّهُم فإنّ اللهَ سائِلُهُم عمّا استَرعاهم»
"Dahulu Bani Israel urusan mereka dipelihara oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal digantikan oleh nabi dan tidak ada nabi setelahku. Akan tetapi akan ada para khalifah dan mereka itu banyak.  Mereka (para sahabat) berkata: 'lalu apa yang engkau perintahkan kepada kami?' Rasulullah Saw bersabda: 'Penuhilah ba'iat yang pertama lalu yang pertama dan beri mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah Swt meminta pertanggungjawaban mereka di atas pemeliharan mereka'."
Rasulullah Saw bersabda:
« من خَلَعَ يداً من طاعة لقيَ اللهَ يومَ القيامةِ ولا حُجّةَ لَه، ومنْ ماتَ وليسَ في عُنُقِه بيعة ماتَ ميتةً جاهلية »
"Siapa saja yang melepaskan tangan dari ketaatan nescaya ia menjumpai Allah Swt pada hari kiamat kelak tanpa memiliki hujjah.  Dan sesiapa saja yang mati sementara di pundaknya tidak ada ba'iat maka ia mati seperti kematian jahiliyah."
Rasulullah Saw juga bersabda:
«إِذَا بُوْيِعَ لِخَلِيْفَتَيْنِ فَأُقْتُلُوْا اْلآخِرَ مِنْهُمَا»
"Jika diba'iat dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya."
Rasulullah Saw bersabda:
«مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيْعاً عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ يُرِيْدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ وَيُفَرِّقُ جَمَاعَتَكُمْ فَاضْرِبُوْا عُنُقَهُ كَائِنًا مَنْ كَانَ»
"Sesiapa saja yang mendatangi kalian sementara urusan kalian berhimpun atas satu orang laki-laki, orang yang datang itu ingin mencerai-beraikan persatuan kalian dan memecah-belahkan jemaah kalian maka penggallah lehernya walau siapa pun dia."
Jadi hukum syara' yang ada adalah wajibnya mengangkat seorang khalifah untuk kaum muslim dan wajibnya kaum muslim memiliki satu negara iaitu Al-Khilafah. Penegakkan sistem pemerintahan di atas asas inilah yang diketahui oleh kaum muslim dalam tempoh masa lebih dari seribu tiga ratus tahun dahulu. Dan itulah berita gembira yang dikhabarkan oleh Rasulullah Saw ketika baginda bersabda:
« ثُمَّ تَكُوْنُ خِلاَفَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ»
"Kemudian ada Khilafah yang berjalan di atas manhaj kenabian, lalu apakah setelah semua kesempurnaan di dalam Islam kita akan berjalan layaknya haiwan ternakan menuju sistem pemerintahan demokrasi barat buatan manusia yang merosakkan kita dan meninggalkan perkara agung yang telah diperintahkan oleh Allah Swt untuk menghimpunkan umat Islam di dalam satu negara di bawah satu sistem pemerintahan, agar hal itu dibiarkan mengikuti hawa nafsu dan pandangan serta pertentangan kepentingan di antara manusia?!"
Wahai kaum muslimin seluruhnya:
Wajibnya perjuangan untuk mewujudkan dan menegakkan Daulah Khilafah memiliki perkara yang sudah 'ma'lumun minad din bidh dharurah'. Sedangkan sistem pemerintahan lainnya, terutama sistem republik yang memerintah bumi al-kinanah pada zaman sekarang, di mana manusia bersaing untuk memimpinnya, maka itu adalah suatu sistem kufur yang di bangunkan di atas selain dari akidah Islamiah. Ini adalah kerana ianya dibangunkan di atas asas akidah kapitalisme, akidah sekulerisme dan suatu agenda pemisahan agama dari kehidupan manusia. Jadi sistem republik itu merupakan suatu sistem yang tertegak di atas hukum rakyat untuk diri mereka sendiri. Rakyat adalah pemilik kedaulatan di dalam membuat perundangan dan pengaturan melalui suara majoriti tanpa mengambil kira halal dan haramnya. Halal dan haram di dalam sistem ini adalah apa yang telah diputuskan oleh majoriti suara rakyat.  Oleh kerana itulah ianya disebut sebagai 'Sistem Republik', baik republik parlimen di mana kuasa pemerintahan ada pada perdana menteri dan bukan menjadi milik presiden, atau pun Republik presidensi di mana presiden memiliki kuasa pemerintahan, bukannya pada perdana menteri, atau campuran di antara presiden dan perdana menteri yang mana ianya sesuai dengan kuasa yang mereka batasi. Oleh kerana itu, sistem republik merupakan suatu sistem yang tidak mampu memerintah sesuai dengan apa yang telah diperturunkan oleh Allah Swt sehingga sistem republik itu menjadi suatu sistem yang kufur. Kaum muslim haram mengambilnya sebagaimana juga haram menjaganya meski pun hanya untuk sebentar. Maka untuk apa kita terus tunduk berasa di bawah sistem pemerintahan seperti itu!
Allah SWT berfirman:
(65;4)  فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim di dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan di dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (Surah An-Nisa' : Ayat 4:65)
Allah Swt berfirman:
(5:49)  وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dari dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik." (Surah Al-Ma'idah : Ayat 5:49)
(73-75: 17)  وإِنْ كَادُوا لَيَفْتِنُونَكَ عَنِ الَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ لِتَفْتَرِيَ عَلَيْنَا غَيْرَهُ وَإِذًا لَاتَّخَذُوكَ خَلِيلاً & وَلَوْلاَ أَنْ ثَبَّتْنَاكَ لَقَدْ كِدْتَ تَرْكَنُ إِلَيْهِمْ شَيْئًا قَلِيلاً{
"Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu menjadi sahabat yang setia. Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati) mu, nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka." (Surah Al-Isra' : Ayat 17:73-74)
Wahai kaum muslimin seluruhnya:
Sistem republik itu adalah sistem sekuler demokratik, meski pun ianya menggunakan kaedah Islam atau memakai referensi Islami seperti yang mereka lakukan pada hari ini sambil menyembunyikan wajah celanya.
Wahai kaum muslimin seluruhnya: Sesungguhnya Al-Khilafah adalah suatu sistem pemerintahan di dalam Islam yang telah disyari'atkan oleh Rabb semesta alam. Kaum muslimin tidak mengenali selainnya. Kaum muslimin tidak menyimpang darinya walau sedikit pun. Al-Khilafah itu merupakan satu-satunya jalan untuk menerapkan syari'ah Allah Swt dengan sempurna dan menyeluruh di dalam kehidupan manusia. Dengan Al-Khilafah, Islam dapat diperkembangkan lagi sebagai dakwah ke seluruh dunia dengan dakwah dan jihad. Al-Khilafah juga merupakan satu-satunya jalan untuk mewujudkan persatuan kaum muslimin, kemuliaan, kekuatan dan memperluaskan keadilan di tengah-tengah mereka dan seluruh umat manusia.
Allah Swt berfirman:
123:124: 20)  فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى & وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
"Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat di dalam keadaan buta." (Surah Thaha : Ayat 20:123-124)
KHILAFAH SESUAI MANHAJ NUBUWWAH PADA AKHIR ZAMAN.
Banyak di dalam hadits-hadits Rasulullah Saw, mengkhabarkan bahawa kekhilafahan Islam seperti pada masa Khulafaur Rasyidin akan kembali tegak sekali lagi. Salah satunya adalah hadits yang menggambarkan bentuk dan tahapan kekuasaan yang akan terjadi sepeninggalnya baginda sehinggalah ke hari kiamat secara berurutan. Rasulullah Saw bersabda:
تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ فِيْكُمْ مَا شَاءَ ا للهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ اَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا عَاضًا ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا جَبَّرِيًّا ، فَتَكُوْنَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، ثُمَّ سَكَتَ
"Periode kenabian akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya. Setelah itu datang periode khilafah aala minhaj nubuwwah (kekhilafahan sesuai manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah ta’ala mengangkatnya. Kemudian datang periode mulkan aadhdhan (penguasa-penguasa yang menggigit) selama beberapa masa. Selanjutnya datang periode mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’ala. Setelah itu akan terulang kembali periode khilafah ‘ala minhaj nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad saw diam." (Hadits Riwayat Ahmad : Shahih).
BENTUK PEMERINTAHAN DAN TAHAPANNYA MENURUT RASULULLAH SAW.
Secara turutan, bentuk dan perubahan sistem pemerintahan yang akan terjadi adalah:
1. Masa pemerintahan yang di pimpin langsung oleh Nabi Muhammad Saw yang disebut sebagai masa Kenabian. Periode ini berakhir dengan wafatnya baginda.
2. Periode Khilafah adalah berdasarkan Manhaj Nubuwwah. Masa ini di mulai dengan berdirinya kekhilafahan Abu Bakar ra sehingga wafatnya Ali ra. Sebahagian ulama' memasukkan pemerintahan Hasan Bin Ali ke dalam periode ini. Inilah 30 tahun tempoh masa Khilafah Ala Manhaj Nubuwwah, seperti yang disebutkan oleh Nabi Muhammad Saw.
3. Periode 'Mulkan Aadhdhan' (penguasa-penguasa yang menggigit). Iaitu setelah kekhilafahan Hasan Bin Ali sehingga runtuhnya kekuasaan Turki Utsmaniah menjelang abad ke-20. Awal periode ini adalah akhir periode khilafah rasyidah, atau disebut di dalam hadits lain sebagai masa raja-raja. Namun, perlu di catat bahawa karakter kerajaan ini bersifat global dan tidak menutup kemungkinan adanya raja yang mengikuti sunnah dan menerapkan syariat dan jihad fisabilillah. Seperti yang berlaku pada masa Umar Bin Abdul Aziz dan khalifah-khalifah setelahnya. (Majmu' Al-Fatawa, 35/18)
4. Periode 'Mulkan Jabbriyyan' (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak). Iaitu sejak runtuhnya dinasti Utsmaniah sehinggalah ke hari ini. Mencakupi seluruh bentuk pemerintahan di dunia Islam, baik kerajaan, warisan, parti atau rejim kafir terhadap kaum muslimin.
5. Khilafah bermanhaj Nubuwwah.
KARAKTER KHILAFAH BERMANHAJ NUBUWWAH.
Rasulullah Saw menamakan Daulah pertama sepeninggalan baginda dengan sebutan khilafah ala sesuai manhaj nubuwwah. Baginda menyebutkan sifat para khalifahnya sebagai 'Khilafah Rasyidah' (lurus) dan mendapatkan petunjuk. Baginda juga mewasiatkan kepada seluruh umat Islam agar terus memegang teguh kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Hal ini juga merupakan pesanan baginda di saat dunia Islam di penuhi dengan perselisihan pendapat.
وَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
"Sesungguhnya siapa saja yang hidup di antara kalian sepeninggalku akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Al-Khulafa Ar-Rasyidin sepeninggalku, gigitlah dengan geraham." (At-Tirmidzi : Shahih)
Khilafah pada masa ini memperoleh sifat 'Rayidah' Kerana ianya berjalan sesuai manhaj nubuwwah. Di dalam hal pengangkatan pemimpin pada periode Khilafah Rasyidah di gambar secara ringkas oleh Syaikh Husein Bin Mahmud sebagai berikut:
Ketika Rasulullah Saw wafat, baginda tidak menunjuk salah seorang pun untuk menjadi khalifah. Namun baginda hanya memberi beberapa isyarat yang mengarah kepada sahabatnya iaitu Abu Bakar As-Shiddiq. Ketika para sahabat Anshar berkumpul di Saqifah, Abu Bakar As-Shiddiq, Umar Al-Faruq dan kepercayaan ummat ini (Abu Ubaidah Bin Jarrah) datang menemui mereka dan setelah terjadi perdebatan sejenak, mereka pun menunjukkan Abu Bakar As-Shiddiq dan berbai'at kepadanya.
Kemudian di ikuti pula oleh tokoh para sahabat dan Ahlul Halliy wal 'Aqdi. Sehingga dengan demikian Abu Bakar As-Shiddiq pun menjadi khalifah kaum muslimin. Pada ketika Abu Bakar As-Shiddiq merasa usianya sudah hampir mendekati ajal, beliau pun bermusyawarah dengan tokoh para sahabatnya tentang ishtikhlaf Umar. Majoriti di antara mereka setuju dengan pengangkatan Umar, meski pun ada beberapa yang menolak (dengan alasan Umar berpewatakan keras).
Abu Bakar As-Shiddiq ra pun terus mengadakan musyawarah sehinggalah kesemuanya bersetuju. Setelah itu, beliau pun berkhutbah di hadapan para penduduk Madinah dan meminta kesepakatan daripada mereka. Akhirnya mereka pun bersepakat di atas pilihannya. Dengan demikian Umar di lantik menjadi khalifah setelah dibai'at dan dipersetujui oleh Ahlul Halli wal 'Aqdi.
Setelah peristiwa Umar r.a di tikam, beliau meninggalkan perkara tersebut kepada enam orang Ahlus Syura. Mereka adalah para sahabat yang mendapat jaminan untuk masuk ke syurga dan termasuk tokoh sahabat yang dipersetujui oleh umat Islam. Namun, keenam-enam orang Ahlus Syura itu menyerahkan urusan tersebut kepada Abdurrahman Bin Auf untuk menentukan pilihan di antara Ali dan Utsman. Oleh kerana beliau telah mendapat amanah seperti itu, Abdurrahman pun bermusyawarah dengan seluruh para sahabat baik sahabat yang lama mahu pun yang baru.
Setelah di minta pendapat mereka, majoriti para sahabat menentukan pilihannya kepada Utsman. Akhirnya, Abdurrahman pun berbai'at kepada Utsman dan di ikuti oleh penduduk Madinah. Utsman juga di lantik menjadi imam yang syar'i setelah bai'atnya dipersetujui oleh Ahlul Halli wal'Aqdi.
Kemudian, setelah peristiwa Utsman di bunuh, orang-orang menunjuk beberapa tokoh sahabat untuk dijadikan khalifah, namun mereka semua menolaknya. Kemudian mereka berkeras untuk mengangkat Ali, beliau pun bersetuju dengan syarat seluruh masyarakat berbai'at kepadanya secara terbuka di masjid, akhirnya masyarakat pun berbai'at kepadanya. Setelah itu beliau menulis surat kepada para gabernur untuk mengambil bai'at dari mereka. Maka kesemuanya berbai'at kecuali penduduk Syam. Dengan demikian Ali pun menjadi khalifah yang syar'i setelah dibai'at oleh Ahlul Halli wal 'Aqdi dan di ikuti oleh majoriti penduduk Madinah.
Perlu di ketahui, sebenarnya penduduk Syam bukan saja tidak bersetuju di atas pengangkatan Ali sebagai khalifah sebagaimana keyakinan sebahagian orang, namun mereka lebih mengutamakan penyerahan para pembunuh Utsman untuk di qishash.
Sementara Khulafaur Rasyidin yang kelima, iaitu Umar Bin Abdul Aziz (Semoga Allah Swt meredhainya dengan mengembalikan kepemimpinan kepadanya secara istikhlaf, di mana beliau melepaskan jabatannya dan menyerahkan urusan tersebut kepada kaum muslimin untuk diputuskan secara musyawarah. Kemudian beliau pun dibai'at oleh Ahlul Halli wal 'Aqdi.
Dengan demikian beliau pun sah di lantik menjadi khalifah yang syar'i, bahkan Khulafaur Rasyidin yang memperbaharui sistem kekhalifahan kepada manhaj nubuwwah.
Demikianlah penerangan singkat mengenai proses bai'at pada masa khalifah ala minhaji nubuwwah. Tidak ada satu pun di antara mereka yang mengambil bai'at melalui cara pemaksaan dengan pedang. Semuanya terjadi dengan keredhaan ahlul halli wal 'aqdi dan mayoritas kaum muslimin.
KHILAFAH RASYIDAH KEDUA.
Terdapat dua kelompok pendapat yang berbeza tentang khilafah akhir zaman, apakah ianya akan bangkit sebelum kemunculan Al-Mahdi ataukah Khilafah berdasarkan manhaj nubuwwah adalah Al-Mahdi itu sendiri. Atau, ada kemungkinan khilafah sebelum Al-Mahdi tetapi bukan khilafah rasyidah sesuai manhaj nubuwwah.
Dalil kelompok yang meyakini ada khilafah rasyidah sebelum Al-Mahdi, di antaranya adalah:
Pertama: "Wahai Ibnu Hawalah, jika engkau telah melihat khilafah telah turun di Baitulmaqdis maka telah dekat terjadinya gempa-gempa, musibah-musibah dan perkara-perkara yang besar. Hari kiamat pada hari itu lebih hampir kepada manusia berbanding dekatnya tanganku ini dari kepalamu." (Abu Daud : Dinyatakan sahih oleh Al-Albani).
Mereka mengatakan: "Teks hadits menunjukkan bahawa khilafah pusatnya di Al-Quds. Isa Bin Maryam setelah turun dari Damaskus akan menuju ke Al-Quds. Ini menunjukkan bahawa Palestin pada saat itu berada di dalam kekuasaan umat Islam dan negara yahudi yang ada akan lenyap dan berakhir."
Kedua: Makmurnya Baitulmaqdis pada saat runtuhnya Yatsrib (Madinah), dan runtuhnya Madinah pada saat terjadinya peperangan besar, dan terjadinya peperangan besar pada saat ditaklukkannya Kota Konstantinopel, dan ditaklukkannya Konstantinopel pada saat keluarnya Dajjal." (Abu Daud : Shahih)
Mereka berkata: "Makmurnya Baitulmaqdis akan menjadi tempat berdirinya khilafah. Ini bererti Al-Quds telah dibebaskan. Pembebasannya seharusnya dilakukan dengan jihad yang syar'i dan Islami melawan yahudi.
Ketiga: "Tidak akan tersisa di atas muka bumi ini sama ada rumah di desa mahu pun di kota kecuali akan dimasuki oleh kalimat Islam (syahadat), dengan kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Ada pun orang-orang yang dimuliakan oleh Allah Swt, Dia menjadikan mereka sebagai pemeluk Islam, bila tidak Allah Swt akan menghinakan mereka, sehingga mereka taat kepada aturan Islam (membayar jizyah)." (Ahmad : Shahih).
Mereka berkata: "Ungkapan 'sehingga mereka mentaati aturan Islam' menunjukkan bahawa hal itu adalah membayar jizyah. Ini menunjukkan bahawa ini terjadi sebelum turunnya Isa Bin Maryam, sebab beliau tidak mahu menerima jizyah dari sesiapa pun."
Sementara itu, pendapat yang menyatakan tidak ada Khilafah Rasyidah sebelum Al-Mahdi beralasan dengan dalil di antaranya sebagai berikut:
Pertama: Sesuai hadits-hadits tentang kemunculannya, Al-Mahdi muncul setelah periode 'Mulkan Jabbariyan' dan perselisihan di antara tiga putra khalifah (lihat hadits selanjutnya). Apakah mungkin terjadi peperangan di antara tiga anak khalifah apabila khalifah pada saat itu adalah Khalifah Rasyidah? Ini tentu saja bukan ciri-ciri Khilafah Rasyidah.
Kedua: Apabila khilafah pada saat itu adalah Khilafah Rasyidah, maka bagaimana kekhilafahannya banyak terjadi kezaliman dan kejahatan? Ini adalah kerana Al-Mahdi keluar setelah bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan kejahatan. Rasulullah Saw bersabda:
لَتُمْلأَنَّ الأَرْضُ جَوْراً وَظُلْماً ، فَإِذَا مُلِئَتْ جَوْراً وَظُلْماً يَبْعَثُ الله رَجُلاً مِنِّي اسْمُهُ اسْمِي ، وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي فَيَمْلَؤُهَا عَدْلاً وَقِسْطاً كما مُلِئَتْ جَوْراً وَظُلْماً
"Sungguh bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman dan kesemena-menaan telah penuh, maka Allah Swt akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku (dalam hadis lain keturunanku), namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapakku. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kesemena-menaan." (Shahih Al-Jami : Hadits No. 5073 : Shahih).
Adapun dalil-dalil yang menunjukkan kemungkinan khilafah sebelum Al-Mahdi, tetapi bukan khilafah rasyidah adalah di antaranya:
يُقْتَلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ هذَا ثَلاَثَةٌ كُلُّهُمُ ابْنُ خَلِيفَةٍ ثُمَّ لاَ يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ المَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلاً لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْواً عَلَى الثّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ الله المَهْدِيُّ
"Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaan kalian. Mereka semua adalah putra khalifah. Tetapi, tak seorang pun di antara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah Timur, lantas mereka memerangi kamu (orang Arab) dengan suatu peperangan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelum kalian. Maka jika kamu melihatnya, berbai'atlah walaupun dengan merangkak di atas salju, kerana dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi." (Riwayat Tsauban. Al-Ahkam Asy-Syar'iyyah Al-Kubra, IV/527, Hasan. Syaikh Al-Albani memberikan catatan bahawa kalimat 'Khalifah Allah Al-Mahdi' adalah dhaif)
Hadits ini menunjukkan adanya khalifah sebelum Al-Mahdi, tetapi bukan Khalifah Rasyidah sesuai manhaj nubuwwah, yang akan terjadi sebelum kemunculan Al-Mahdi (wallahu a'lam) adalah imarah-imarah (pemerintahan) Islam, bukan Khilafah Rasyidah di bawah satu amirul mukminin.
Dalilnya adalah:
سَيصِيرُ الأَمْرُ إلَى أَنْ تَكُونُوا جُنُوداً مُجَنَّدَةً جُنْدٌ بِالشَّامِ وَجُنْدٌ بِالْيَمَنِ وَجُنْدٌ بِالعِرَاقِ ، عَلَيْكَ بِالشَّام فَإِنَّهَا خيرَةُ الله مِنْ أَرْضِهِ يَجْتَبِي إِلَيْهَا خِيرَتَهُ مِنْ عِبَادِهِ فإِنْ أَبَيْتُمْ فَعَلَيْكُمْ يَمَنَكُمْ وَاسْقُوا مَنْ غُدْرِكُمْ فَإِنَّ الله قَدْ تَوَكَّلَ بِي بَالشَّامِ وَأَهْلِهِ
Pada akhirnya umat Islam akan menjadi pasukan perang : satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman, dan satu pasukan lagi di Irak. Ibnu Hawalah bertanya: "Wahai Rasulullah Saw, pilihkan untukku jika aku mengalaminya. Rasulullah Saw menjawab: "Hendaklah kalian memilih Syam, kerana ia adalah negeri pilihan Allah Swt, yang Allah Swt kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya. Jika tidak mampu, hendaklah kalian memilih Yaman dan berilah minum (haiwan kalian) dari kolam-kolam (di lembahnya), kerana Allah Swt menjamin untukku negeri Syam dan penduduknya." (Hadits Riwayat Imam Ahmad : Shahih).
Hadits ini menunjukkan bahawa akan ada tiga imarah Islam. Di dalam hadits lain, Rasulullah Saw bersabda:
يَخْرُجُ مِنْ عَدَنِ أَبْيَنَ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا , يَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ هُمْ خَيْرُ مَنْ بَيْنِى وَبَيْنَهُمْ
"Akan muncul dari Aden Abyan (Yaman), 12000 orang yang menolong Allah Swt dan Rasul-Nya. Mereka adalah sebaik-baik orang di antaraku dan mereka." (Ahmad : Shahih).
Hadits ini juga menunjukkan bahawa akan ada imarah Islam yang kuat dan mengerahkan pasukan sebanyak 12000 personel, dengan izin Allah Swt. Hadits panji hitam dari Khurasan juga menunjukkan bahawa ada imarah Islam yang akan mengerahkan pasukan untuk mendukung Al-Mahdi atau Al-Mahdi akan bersama mereka.
Tidak ada kepastian yang tetap bilakah khilafah akhir zaman akan muncul. Ini adalah suatu perkara ghaib. Semua pendapat para ulama' adalah kesimpulan masing-masing dari penelitian hadits-hadits terkait. Namun, apabila dicermati ianya mempunyai persamaan karakter perjalanan menuju tegaknya khilafah, iaitu tidak lepas dari jihad fisabilillah, pengerahan pasukan-pasukan, dan peperangan besar di akhir zaman.
Tugas dan tanggungjawab umat Islam adalah mempersiapkan diri agar dapat bergabung dengan mereka apabila Allah Swt mentakdirkannya mengalami zaman tersebut. Bukan menunggu dan berpangku tangan seperti kelompok syiah menunggu kedatangan Imam Mahdi mereka yang sedang bersembunyi, seperti menurut keyakinan dan kepercayaan mereka. Salah satu persiapannya adalah mencintai jihad fisabilillah dan mempersiapkan diri agar siap untuk berjihad.
Wallahu'alam bi ash-shawab.

Tiada ulasan: