Khamis, 17 Mei 2018

BERHATI-HATILAH KALIAN DI DALAM MEMILIH PEMIMPIN.

Rasulullah Saw bersabda : "Ketika amanah tidak di pegang teguh oleh pemimpin, maka tunggulah saat kebinasaan." Bertanya Abu Hurairah : "Bagaimanakah orang yang tidak memegang teguh amanah itu, wahai Rasulullah Saw?" Rasulullah Saw menjawab : "Ketika (apabila) sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (yakni, jawatan diberikan kepada mereka yang bukan alim atau pakar atau faqih mengenai urusan tersebut), maka tunggulah saat kehancuran."
(Hadith Riwayat Bukhari)

Fahamilah ucapan Abu Bakar As-Siddiq sewaktu beliau menjadi khalifah :

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah di lantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di dalam kalangan kamu adalah kuat disisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di dalam kalangan kamu, lemah disisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), Insya'allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah Swt timpakan mereka dgn kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah Swt dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah Swt dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku."
(Ibn Athir, Al-Kamil Fi Al-Tarikh, 1/361)

(21) وَبَرَزُواْ لِلَّهِ جَمِيعًا فَقَالَ ٱلضُّعَفَـٰٓؤُاْ لِلَّذِينَ ٱسۡتَكۡبَرُوٓاْ إِنَّا ڪُنَّا لَكُمۡ تَبَعًا فَهَلۡ أَنتُم مُّغۡنُونَ عَنَّا مِنۡ عَذَابِ ٱللَّهِ مِن شَىۡءٍ  ۚ  قَالُواْ لَوۡ هَدَٮٰنَا ٱللَّهُ لَهَدَيۡنَـٰڪُمۡ‌   ۖ   سَوَآءٌ عَلَيۡنَآ أَجَزِعۡنَآ أَمۡ صَبَرۡنَا مَا لَنَا مِن مَّحِيصٍ

"Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk di hisab pada hari kiamat), kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya) : "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu, maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? " Mereka menjawab : "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)."
(Surah Ibrahim : Ayat 21)

(113) وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim. Maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."
(Surah Hud : Ayat 113)

Di dalam sebuah hadith, Rasulullah Saw menyatakan bahawa jika wujud pengikut yang membenarkan dan membiarkan penipuan seseorang pemimpin dan memberi bantuan kepada pemimpin yang zalim, maka di akhirat kelak, pengikut itu tidak akan diakui sebagai umatnya oleh Rasulullah Saw. Baginda bersabda :

إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ

Maksudnya : "Sesungguhnya selepas dari ku, akan ada pemimpin. Barangsiapa membenarkan mereka dengan penipuan yang mereka lakukan dan membantu mereka atas kezaliman yqng mereka lakukan, maka dia bukan dari kalangan ku dan aku bukan dari kalangannya."
(An-Nasai : 4136)